Monday 24 December 2018

New Zealand Part 2 (Day 3&4)

Day 3

Pagi hari ketiga, di Lake Taupo. Breakfast di Mc Donald sebelum berpatah semula ke Auckland untuk penerbangan ke Christchurch.

Pancake & harsh brown. Ini je la yg dapat makan pun 😂😂

Perjalanan dari Lake Taupo ke Auckland mengambil masa hampir 3jam dengan kelajuan maksima 100kmj. Tu pun bukan semua tempat dapat halaju ni. Kebanyakannya 80kmj je.  Mmmm...

Huka Falls

Dalam perjalanan, kami singgah di Huka Falls (kira-kira 10 min je dari Mc D tadi). Awal pagi, memang takde orang, bahagia untuk bergambar. Huka Falls ni akan mengalir ke Lake Taupo dan menjadi sumber tenaga hidro semulajadi dengan menghasilkan kira-kira 15% sumber tenaga bagi New Zealand.

Memang deras benau airnya

Macam gorge pulak 


Kat sini ada trekking dan mountain biking trail juga ye. Lihat gambar di atas. Lepas dah spend around 30 min di sini, kami beredar. Huka Falls takde fi masuk dan parking juga disediakan. Kemudahan toilet pun ada. So, no worries 😁.

Agrodome

Next, di pertengahan jalan kami singgah di Agrodome. Apa yang ada di sini? This is animal farm guys. Matlamat aku nak tengok Alpaca je. Alpaca ni sejenis mamalia dan berasal dari America Selatan. Binatang lain setakat lembu, bebiri, rusa, kasuari.. Dekat KL ni pun belambak-lambak. Pergi dekat 99 Wonderland, Selayang pun ada deme ni.

So, trip untuk round farm bermula pada pukul 10.30 pagi selama satu jam dan kami sampai on time. Lepas redeem tiket, kita naik trak pulak.

Tiket Agrodome boleh di tempah di sini  👇Agrodome Booking. Harga untuk adult adalah NZD49.50.

Tour menaiki trak transformer ni

Bebiri. Memang gemuk. Seekor pun dah cukup untuk kenduri sekampung. 

Ni la dia alpaca. Sejenis binatang yang comel dan menjadi pujaan hatiku 😍😍

Kami di beri minuman percuma jus kiwi. Memang sedap aku siap refill lagi. Lepas tu, pergi beli pulak dekat souvenier shop air ni 😁. Ketagihan

Ini telur burung kasuari. Berat la jugak. Keras. Nak pegang pun risau takut jatuh pecah mau mak dia kejar aku 😅

Ni burung kasuari. Garang kot. Aku xbagi makan kat burung ni demi menjaga kesucian tangan aku dari dipatuk. 

Lepas dah habis tour around 12pm kami bertolak ke Auckland airport. Dijangka tiba pada pukul 2pm di airport manakala flight kami ke Christchurch adalah pada pukul 6.25pm, menaiki Jet Star. Jet Star bagi 20kg check in luggage. Ok la tu kan? 

3 jam jugak ler mereput kat airport. Penerbangan ke Christchurch mengambil masa 1j 25min.

Tiba di Christchurch pada pukul 8malam disambut hujan renyai-renyai. Hari masih cerah. Linkungan 9malam barulah hari beransur gelap. Kami book uber untuk ke hostel. Tak jauh dari Airport. Dalam 15min ride sahaja.

Airport pun lawa 😍

Sebab dah penat, lapar. Malam tu makan kat bilik ajelah. Dah lupa makan apa. Rasanya telan megi je. Walaupun ada disediakan dapur, tapi tak denya la nak masak. Basuh baju dan tidur sebab esoknya nak catch train pukul 8 pagi.

Day 4

Bangun seawal 6pagi untuk bersiap. Aku makan megi lagi untuk breakfast. Nak alas perut sebab tak pasti atas train nanti ada ke tidak makanan yang boleh dimakan ☺️.

Sampai di stesen keretapi pada pukul 7.30pagi, bergambar dan kemudian beratur untuk check in luggage di gerabak khas.

Tempat aku ambil gambar tu adalah view coach yang open air. Agak sejuk membeku lah kalo duduk dekat coach ni

Tempat duduk agak selesa. Ada meja untuk makan, membaca, letak barang dan membawang

Toilet pun bersih dan comel je. Kelas kau jah.. 

Headfon disediakan. Audio akan menceritakan tentang sejarah dan keterangan tempat2 yang dilalui

Mini cafe. Ada dijual pastri, kek, dan minuman ringan

Antara permandangan sepanjang journey. Banyak sangat gambar lawa. Pening nak pilih. 

Train berhenti di Arthur Pass untuk bergambar.

View coach. Masa ni dah nak sampai Greymouth. View tak berapa nak lawa dah

More views from the train

And more.. . 

Tiket untuk Tranzalpine ni mahal bagi aku ~ NZD199, lebih kurang RM600 macam tu untuk one way ye. Diulang, one way. Tapi sebab nak dapatkan pengalaman dan view yang sebegini, aku pejam mata je bayar harga tiket. 

Tiket boleh dibeli di sini 👉Tranzalpine. Tips untuk dapat harga tiket lebih murah, minta kawan korang yang pergi atau berada di New Zealand untuk book guna url local. Memang dapat harga NZD50 lebih murah. Banyak tu jimat in RM 😁😁. 

Perjalanan ke Greymouth mengambil masa selama 5 jam. Aku yang sejenis tak dapat duduk diam, so, aku ke view coach yang terletak lebih kurang 6 gerabak dari coach tempat duduk aku. Sejuk memang tak boleh blah la. Dengan crowded tourist yang busy masing2 nak amik gambar (termasuk aku) .. Fuhh... Sesak elok kat coach tu. Bukan senang nak dapatkan gambar2 lawa ni. Dalam sejam lebih juga aku berdiri snapping gambo kat situ. Jika dari Christchurch, view cantik adalah di sebelah kiri. Sebelah kanan, view kurang cantik. Jadi, advantage berada di view coach is you can take picture at both sides 😉. 

Greymouth

Lebih kurang 1pm sampailah di Greymouth. Kecik je stesen keretapinya. 

Ni gambar stesen keretapi. Aku malas nak amik gambar leklok time ni. Asal snap je 🤣🤣

Yeah, finally arrived here. 

Depan train station Greymouth ada sungai. Bersih sungai ni. Cantik. 

Kami pick up kereta ~ Apex Car Rental dan menghala ke Fox Glacier, bermalam di situ. Perjalanan ke Fox Glacier dari Greymouth mengambil masa selama 2j 30min. Dalam perjalanan, ada beberapa tempat yang kami singgah. Takde dalam itinerary pun. Just based on signboard on the road. 

Hokitika Beach

Pantai ni terletak lebih kurang 30min dari greymouth. Memang orang datang sini untuk bergambar dekat ikon pantai ni je pun. Tidaklah ada yang mandi manda dengan ombak besar, angin yang agak kuat ni 🤣🤣. Kami stop by dalam 15 minit je untuk bergambar. Dah la sejuk. 

Ikon Hokitika

Pekan kecil Hokitika, just beside the beach. Sunyi sepi. 

Next, kami teruskan perjalanan dan singgah di Lake Mahinapua. Sunyi tasik ni, kitorang dan beberapa orang je yang datang ke sini nampaknya huhuh.. 

Lake Mahinapua, terletak kira-kira 10km di selatan Hokitika dan berhampiran bandar kecil Ruatapu.


Ia dinamakan sempena nama Mahinapua, seorang wanita, yang namanya merujuk kepada 'bunga di bawah cahaya suram atau senja'.

Tasik ini merupakan titik pertemuan antara Laut Tasman dan Hokitika Glacier.

Sunyi sepi

Fox Glacier

Lebih kurang 6pm kami sampai di Fox Glacier. Kat sini kami bermalam di backpackers hostel je. Tengok bilik gambar di bawah, simple dimple. Nak tidur je pun kan? Jangan banyak bunyi. 

Lepas berehat, solat, kami keluar berjalan2 di town. Sebenarnya plan ke look out berdekatan (10km dari hotel) untuk sunset, tapi sebab parking hostel limited, so kami berjalan sekitar town Fox Glacier je untuk bergambar. Kang dah keluar susah nak dapat parking semula. 

Bilik sharing 4 persons

Sunset di Fox Glacier

How beautiful His creation 😌

Town Foz Glacier dipenuhi hostel dan motel je. Tak ada yang menarik sangat pun. Lepas merayau sekitar pekan dalam sejam, kami balik hostel, makan dan berehat. Perjalanan esok jauh lagi jadi kene recharge bateri badan. 🤣🤣

Next entry aku akan cerita lagi tentang Fox Glacier dan kisah yang menghampakan aku (salah satu sebab kenapa aku kene repeat balik NZ)