Monday 24 December 2018

New Zealand Part 2 (Day 3&4)

Day 3

Pagi hari ketiga, di Lake Taupo. Breakfast di Mc Donald sebelum berpatah semula ke Auckland untuk penerbangan ke Christchurch.

Pancake & harsh brown. Ini je la yg dapat makan pun πŸ˜‚πŸ˜‚

Perjalanan dari Lake Taupo ke Auckland mengambil masa hampir 3jam dengan kelajuan maksima 100kmj. Tu pun bukan semua tempat dapat halaju ni. Kebanyakannya 80kmj je.  Mmmm...

Huka Falls

Dalam perjalanan, kami singgah di Huka Falls (kira-kira 10 min je dari Mc D tadi). Awal pagi, memang takde orang, bahagia untuk bergambar. Huka Falls ni akan mengalir ke Lake Taupo dan menjadi sumber tenaga hidro semulajadi dengan menghasilkan kira-kira 15% sumber tenaga bagi New Zealand.

Memang deras benau airnya

Macam gorge pulak 


Kat sini ada trekking dan mountain biking trail juga ye. Lihat gambar di atas. Lepas dah spend around 30 min di sini, kami beredar. Huka Falls takde fi masuk dan parking juga disediakan. Kemudahan toilet pun ada. So, no worries 😁.

Agrodome

Next, di pertengahan jalan kami singgah di Agrodome. Apa yang ada di sini? This is animal farm guys. Matlamat aku nak tengok Alpaca je. Alpaca ni sejenis mamalia dan berasal dari America Selatan. Binatang lain setakat lembu, bebiri, rusa, kasuari.. Dekat KL ni pun belambak-lambak. Pergi dekat 99 Wonderland, Selayang pun ada deme ni.

So, trip untuk round farm bermula pada pukul 10.30 pagi selama satu jam dan kami sampai on time. Lepas redeem tiket, kita naik trak pulak.

Tiket Agrodome boleh di tempah di sini  πŸ‘‡Agrodome Booking. Harga untuk adult adalah NZD49.50.

Tour menaiki trak transformer ni

Bebiri. Memang gemuk. Seekor pun dah cukup untuk kenduri sekampung. 

Ni la dia alpaca. Sejenis binatang yang comel dan menjadi pujaan hatiku 😍😍

Kami di beri minuman percuma jus kiwi. Memang sedap aku siap refill lagi. Lepas tu, pergi beli pulak dekat souvenier shop air ni 😁. Ketagihan

Ini telur burung kasuari. Berat la jugak. Keras. Nak pegang pun risau takut jatuh pecah mau mak dia kejar aku πŸ˜…

Ni burung kasuari. Garang kot. Aku xbagi makan kat burung ni demi menjaga kesucian tangan aku dari dipatuk. 

Lepas dah habis tour around 12pm kami bertolak ke Auckland airport. Dijangka tiba pada pukul 2pm di airport manakala flight kami ke Christchurch adalah pada pukul 6.25pm, menaiki Jet Star. Jet Star bagi 20kg check in luggage. Ok la tu kan? 

3 jam jugak ler mereput kat airport. Penerbangan ke Christchurch mengambil masa 1j 25min.

Tiba di Christchurch pada pukul 8malam disambut hujan renyai-renyai. Hari masih cerah. Linkungan 9malam barulah hari beransur gelap. Kami book uber untuk ke hostel. Tak jauh dari Airport. Dalam 15min ride sahaja.

Airport pun lawa 😍

Sebab dah penat, lapar. Malam tu makan kat bilik ajelah. Dah lupa makan apa. Rasanya telan megi je. Walaupun ada disediakan dapur, tapi tak denya la nak masak. Basuh baju dan tidur sebab esoknya nak catch train pukul 8 pagi.

Day 4

Bangun seawal 6pagi untuk bersiap. Aku makan megi lagi untuk breakfast. Nak alas perut sebab tak pasti atas train nanti ada ke tidak makanan yang boleh dimakan ☺️.

Sampai di stesen keretapi pada pukul 7.30pagi, bergambar dan kemudian beratur untuk check in luggage di gerabak khas.

Tempat aku ambil gambar tu adalah view coach yang open air. Agak sejuk membeku lah kalo duduk dekat coach ni

Tempat duduk agak selesa. Ada meja untuk makan, membaca, letak barang dan membawang

Toilet pun bersih dan comel je. Kelas kau jah.. 

Headfon disediakan. Audio akan menceritakan tentang sejarah dan keterangan tempat2 yang dilalui

Mini cafe. Ada dijual pastri, kek, dan minuman ringan

Antara permandangan sepanjang journey. Banyak sangat gambar lawa. Pening nak pilih. 

Train berhenti di Arthur Pass untuk bergambar.

View coach. Masa ni dah nak sampai Greymouth. View tak berapa nak lawa dah

More views from the train

And more.. . 

Tiket untuk Tranzalpine ni mahal bagi aku ~ NZD199, lebih kurang RM600 macam tu untuk one way ye. Diulang, one way. Tapi sebab nak dapatkan pengalaman dan view yang sebegini, aku pejam mata je bayar harga tiket. 

Tiket boleh dibeli di sini πŸ‘‰Tranzalpine. Tips untuk dapat harga tiket lebih murah, minta kawan korang yang pergi atau berada di New Zealand untuk book guna url local. Memang dapat harga NZD50 lebih murah. Banyak tu jimat in RM 😁😁. 

Perjalanan ke Greymouth mengambil masa selama 5 jam. Aku yang sejenis tak dapat duduk diam, so, aku ke view coach yang terletak lebih kurang 6 gerabak dari coach tempat duduk aku. Sejuk memang tak boleh blah la. Dengan crowded tourist yang busy masing2 nak amik gambar (termasuk aku) .. Fuhh... Sesak elok kat coach tu. Bukan senang nak dapatkan gambar2 lawa ni. Dalam sejam lebih juga aku berdiri snapping gambo kat situ. Jika dari Christchurch, view cantik adalah di sebelah kiri. Sebelah kanan, view kurang cantik. Jadi, advantage berada di view coach is you can take picture at both sides πŸ˜‰. 

Greymouth

Lebih kurang 1pm sampailah di Greymouth. Kecik je stesen keretapinya. 

Ni gambar stesen keretapi. Aku malas nak amik gambar leklok time ni. Asal snap je 🀣🀣

Yeah, finally arrived here. 

Depan train station Greymouth ada sungai. Bersih sungai ni. Cantik. 

Kami pick up kereta ~ Apex Car Rental dan menghala ke Fox Glacier, bermalam di situ. Perjalanan ke Fox Glacier dari Greymouth mengambil masa selama 2j 30min. Dalam perjalanan, ada beberapa tempat yang kami singgah. Takde dalam itinerary pun. Just based on signboard on the road. 

Hokitika Beach

Pantai ni terletak lebih kurang 30min dari greymouth. Memang orang datang sini untuk bergambar dekat ikon pantai ni je pun. Tidaklah ada yang mandi manda dengan ombak besar, angin yang agak kuat ni 🀣🀣. Kami stop by dalam 15 minit je untuk bergambar. Dah la sejuk. 

Ikon Hokitika

Pekan kecil Hokitika, just beside the beach. Sunyi sepi. 

Next, kami teruskan perjalanan dan singgah di Lake Mahinapua. Sunyi tasik ni, kitorang dan beberapa orang je yang datang ke sini nampaknya huhuh.. 

Lake Mahinapua, terletak kira-kira 10km di selatan Hokitika dan berhampiran bandar kecil Ruatapu.


Ia dinamakan sempena nama Mahinapua, seorang wanita, yang namanya merujuk kepada 'bunga di bawah cahaya suram atau senja'.

Tasik ini merupakan titik pertemuan antara Laut Tasman dan Hokitika Glacier.

Sunyi sepi

Fox Glacier

Lebih kurang 6pm kami sampai di Fox Glacier. Kat sini kami bermalam di backpackers hostel je. Tengok bilik gambar di bawah, simple dimple. Nak tidur je pun kan? Jangan banyak bunyi. 

Lepas berehat, solat, kami keluar berjalan2 di town. Sebenarnya plan ke look out berdekatan (10km dari hotel) untuk sunset, tapi sebab parking hostel limited, so kami berjalan sekitar town Fox Glacier je untuk bergambar. Kang dah keluar susah nak dapat parking semula. 

Bilik sharing 4 persons

Sunset di Fox Glacier

How beautiful His creation 😌

Town Foz Glacier dipenuhi hostel dan motel je. Tak ada yang menarik sangat pun. Lepas merayau sekitar pekan dalam sejam, kami balik hostel, makan dan berehat. Perjalanan esok jauh lagi jadi kene recharge bateri badan. 🀣🀣

Next entry aku akan cerita lagi tentang Fox Glacier dan kisah yang menghampakan aku (salah satu sebab kenapa aku kene repeat balik NZ) 






Sunday 25 November 2018

New Zealand Part 1 (Day 1&2)

Niat untuk ke New Zealand ni dah lama. Sepatutnya tahun 2017 pergi sana namun rezeki tak menyebelahi dek kesihatan yang tidak memuaskan.

Bila kesihatan dah bertambah baik, Alhamdulillah pada November 2018 Dia mengurniakan rezeki untuk aku ke sana. Ikutilah perjalanan sepanjang 9 hari di New Zealand termasuk 2 hari perjalanan pergi dan balik.

Day 1

Selepas 13 jam perjalanan, termasuk 1 jam 30 min transit di Gold Coast, sampailah kami di Auckland International Airport pada pukul 5.55 ptg waktu tempatan.

Transit di Gold Coast kene keluar lalui pemeriksaan imigresen even satu jam setengah transit dan bukan nak keluar ke city pun. Australia imigresen ~ biasalah..baju kau pun dia nak amik sample takut ada kuman, bugs berbahaya..dan aku yg kene check untuk test sample tu. Ceh! Selepas pemeriksaan kastam dan scan beg, kami menunggu di gate utk ke Auckland.

Memang jenuh naik AA berbelas jam ni, tp ini je yg murah. Kami dapat return tix RM1.3k including luggage 30kg. Rezeki aku kali ni, dapat hot seat walau aku x beli pun mana2 seat. So, boleh la lunjur2 kaki kalau rasa kejang dan lenguh 😁.

Auckland Airport

Hot seat tempat aku duduk

Gold Coast Airport ~ transit 1.5 jam

Musim bunga ~ siang agak panjang di New Zealand, dalam 14 jam. Nak setel imigresen agak lama juga nak kene beratur dan soal jawab dengan kastam especially kalau kau declare bawa makanan, ubat dsb. Satu jam setengah juga lah nak bagi clear part custom dan luggage kat airport.

Soalan yang dia gemar tanya adalah kau bawa apa dan brp pax (Nanti last post NZ aku share tips NZ walau aku xde la expert sangat pun) dan pekerjaan pun adalah salah satu perkara yang diteliti dalam form declaration tu. So jangan nak main-main tulis ko jobless ke apa.

Lepas setel hal kastam, kami keluar dari Airport untuk menunggu shuttle bus syarikat kereta sewa pick up kami ke pejabat kereta sewa. Kami sewa dengan Go Rental, full insurance coverage untuk 2 hari dengan kos rm400+. Kalau tak nak ambil risiko, baiklah keluarkan duit sikit untuk full coverage insurans. Tempat orang. Jangan kedekut sangat dan bersusah-susah di kemudian hari kalau anything happen.

Selepas pick up kereta sewa, kami ke Air BnB berdekatan Airport untuk bermalam. Selesa. Cukupla tu untuk tidur je pun. Bersih, walau tiada dapur tapi ada fridge dan microwave.

Bilik Tidur

Ruang tamu + katil + dapur

Bilik air

Setelah drop barang dan solat, (Maghrib di Auckland lebih kurang 8pm) kami keluar semula ke Park n Save berhampiran kediaman untuk beli barang keperluan ~ telur, susu, jus, perasa makanan, tuna, mentega. Esok nak ke Rotorua, jauh perjalanannya, jadi kene masak serba ringkas untuk bawa bekal πŸ˜…. 

Balik Park n Save, kami makan malam (megi je sebab dah penat) dan tidur (tidur paksa). Esok kene bangun awal pagi untuk perjalanan seterusnya. Aku lak masih jet lag sebab masa kat sana awal 5 jam dr KL 🀷‍♀️.

Day 2

Seawal 5 pagi aku dah bangun. Subuh pukul 4 dan syuruk 6 pagi. Lepas solat subuh dan mandi, kami sediakan makanan. Masak nasi goreng marjerin + telur + tuna. Entahlah campur semua dalam periuk mini yang dibawa. Janji boleh dimakan dan kenyang. Kami buat juga sandwich telur untuk dimakan dalam perjalanan.

Auckland City

Pukul 7.30 pg kami dah siap packing barang dan check out dari kediaman. Destinasi hari ini adalah ke Rotorua. 

Sebelum tu, kami ke Auckland City, ronda-ronda sekejap ambil gambar. Sebab ronda Auckland tak ada dalam itinerary, jadi random select je tempat mana nak pergi. Kesudahannya, kami ke Auckland Tower. Tak naik pun, just parked at the street dan ambil gambar. Tak ada orang sangat pun pagi-pagi ni. 

Auckland Tower

Di hujung jalan tempat kami parking ada sebuah church, jadi kami ke sana untuk ambil gambar 😁. Semua bende nak ambil gambar. 

St Patrick's Cathedral, Auckland

Selepas dah habis bergambar di sini, kami ke Stadium Auckland pula. Saje, nak bergambar. Stadium ini terletak di Eden Park, dalam 10 minit perjalanan dari Pusat Bandar. Sebab masa suntuk, memang tak sempat nak cover banyak tempat di Auckland City apatah lagi untuk jenguk kedai-kedai di sini... 

Sebelum bergerak ke Rotorua, kami sempat drive across Auckland Harbour Bridge lepas tu pusing balik hahaha. Saje nak lalu di bawah jambatan. Cantik surrounding tapi tak ada spot untuk berhenti ambil gambar. Hasilnya, aku snap gambar dari atas kereta je... 

Stadium New Zealand

Harbour Bridge

Dalam pukul 10 pg, kami meneruskan perjalanan ke Rotorua. Dalam 2 jam 45 minit perjalanan atau 288km. Had laju di sini pun limit 100kmj sahaja. 

Untuk memandu di sini, kalau dah ada lesen dwibahasa yang baru tu, xperlu buat lesen international. Tapi memandangkan lesen aku yg cap kuno berlaminate tu lagi (lesen expired 2019), maka mereka perlukan lesen international. 

View sepanjang perjalanan ke Rotorua


Karangahake Gorge

Sebelum sampai ke Rotorua, kami singgah di Karangahake Gorge. Gorge ni juga adalah tempat perlombongan emas suatu masa dahulu. Ada tunnel train, batteries, dan window walk. Untuk sampai ke tempat yang disebut tu perlu trekking dalam satu jam. Tapi sebab nak kejar masa untuk sampai Rotorua sebab kami dah book tiket attractions kat sana, terpaksa la menapak dlm 30 minit return je. Tak pelah janji sampai. Pelajarannya, jangan letak attractions too pack dalam satu hari dan kene selidik tempat nak pergi tu perlu trek ke tak.. 

New Zealand ni banyak tempat perlombongan emas. Surprise juga aku. Tapi tak pasti dieksport ke mana dan bagaimana kualitinya. Aku x sempat research lagi... 

Pintu masuk Gorge

Batteries for gold mining

The Gorge

Suspension bridge to window walk

Setelah sejam berada di sini, kami sambung perjalanan ke Whakarewarewa Maori Village. Maori culture show start pukul 2 tapi nampaknya macam xsempat nak catch je.... Mmmm.. 

Whakarewarewa Maori Village

Kami sampai di Kampung Maori tu pada pukul 2.10 petang. As expected, memang tak sempat join show tu.. Jadi, kami round2 je la kawasan ni. Basically Whakarewarewa ni adalah perkampungan dan warisan kaum TΕ«hourangi Ngāti Wāhiao, yang sudi berkongsi cara hidup mereka dengan pengunjung dari seluruh dunia sejak lebih dari dua ratus tahun.

Di pintu masuk kampung ini ada sebuah rumah org Maori. Macam rumah kampung kita je nampaknya. 

Kawasan ini juga merupakan kawasan thermal. Jadi, mereka tinggal di sini untuk menggunakan thermal di sekitar untuk panaskan badan, merebus dan sebagainya. Kuat betul bau belerang a.k.a sulfur. Tak pasti macamana hidung diorang boleh tahan. Aku sendiri keluar air hidung, air mata bagai bila masuk sini. 

Selain dari thermal point, ada juga rumah-rumah dan kedai souvenier di kawasan ni. 

Tarikan yang paling menarik di sini adalah Geiser Pohutu. Pohutu bermaksud explode. Geiser ni memang boleh explode up to 30m tinggi dan dikatakan yang terbesar di New Zealand. Kalau masuk village ni memang ada lookout point untuk melihat Pohutu Geiser. Tapi, kalau nak jelas lagi, kene masuk kampung sebelah Te Puia. Entrance fee mahal sikit, almost rm200. In return, ko dapat lihat geiser ni dengan lebih dekat lagi. Ada jambatan untuk ke tempat geiser tu (aku nampak dari jauh). 

Pintu masuk

Pahekohuru or Champagne pool. Panas weh

Ni la rumah orang Maori yang aku cakap tadi tu

Kedai souvenier & rumah-rumah penduduk

Pohutu Geiser

Meeting Hall. Abaikan model2 dalam gambar

Fi masuk:NZD40.50 

Kemudian, kami ke Wai O Tapu yang terletak lebih kurang 20 min dari kampung ni. 

Wai O Tapu

Wai O Tapu ni terkenal juga sebagai Thermal Wonderland yang mempunyai elemen geoterma yang paling berwarna dan unik di New Zealand disebabkan oleh aktiviti gunung berapi sejak beribu tahun dahulu. Di sini bau sulfur lagi kuat dan bermacam jenis thermal boleh jumpa. Ada tiga jenis tracking, path 1,2 & 3. Macam biasa kami ambil path paling pendek iaitu 1 jam return sebab dah penat. Ini antara yang kami jumpe sepanjang trekking Track 1...

Pintu masuk Wai o Tapu

 Artists' Pallete - terhasil disebabkan mineral-mineral yang ada di sini (carbon, sulfur, acid sulphate, alkali cloride dan arsenic) 

Asap dari bumi huhuhu

Champagne Pool - terhasil disebabkan oleh kandungan sulfur yang tinggi yang bergabung dengan garam-garam feros dalam air

The Devils Bath Tub. Crater ni terbentuk dari eruption bawah tanah. Warna lime tu pula disebabkan sulfur yang terapung di permukaan 

Ni kedai souvenier 😁

Kalau ikut track 2&3 yang lebih jauh memang akan jumpa banyak lagi thermal pool. Jadi, pilihan di tangan anda. 

Pesanan penaja: kalau hidung tak kebal, bawalah penutup hidung dan mulut. 

Entrance fee:NZD30.50

Lake Taupo

Seterusnya kami ke Mc D Lake Taupo untuk bergambar yang terletak dalam 20min dari Wai O Tapu. Unik, dengan replika kapal terbang di luar bangunan Mc D.

Amik pic je 😁

Kami tak masuk Mc D sebab bekalan makanan kami masih ada. Jangan membazir. Makan apa yang ada. So kami picnic tepi Lake Taupo makan nasi goreng dsn sandwich telur πŸ˜…. Ramai juga orang tempatan mandi di sini. Sambil makan, sambil cuci mata.. Erk.. . Tasik ni pun macam rupa laut dah. Luas terbentang. Cantik tasik ni.... 

Lake Taupo merupakan crater lake yang terhasil dari letusan supervolkanik kira-kira 26,500 tahun yang lalu. Keluasannya adalah 616km persegi menjadikannya tasik terbesar dari segi keluasan permukaan di New Zealand.

Sepetang di Lake Taupo

Selepas makan, kami bergerak ke Air bnb untuk kami menginap malam ni yang terletak tidak jauh dari tempat kami makan tadi. Walau kediaman ni hanya di tingkat bawah rumah host, tapi rasanya selesa la juga untuk satu malam punye stay. 

Dapur

Bilik tidur

Bilik tidur

Ruang tamu

Oleh kerana penat, aku tertidur pukul 8pm dan terjaga pukul 2am cari makanan. Lapar huhuhu... 

Bersambung. ..