Sunday 25 November 2018

New Zealand Part 1 (Day 1&2)

Niat untuk ke New Zealand ni dah lama. Sepatutnya tahun 2017 pergi sana namun rezeki tak menyebelahi dek kesihatan yang tidak memuaskan.

Bila kesihatan dah bertambah baik, Alhamdulillah pada November 2018 Dia mengurniakan rezeki untuk aku ke sana. Ikutilah perjalanan sepanjang 9 hari di New Zealand termasuk 2 hari perjalanan pergi dan balik.

Day 1

Selepas 13 jam perjalanan, termasuk 1 jam 30 min transit di Gold Coast, sampailah kami di Auckland International Airport pada pukul 5.55 ptg waktu tempatan.

Transit di Gold Coast kene keluar lalui pemeriksaan imigresen even satu jam setengah transit dan bukan nak keluar ke city pun. Australia imigresen ~ biasalah..baju kau pun dia nak amik sample takut ada kuman, bugs berbahaya..dan aku yg kene check untuk test sample tu. Ceh! Selepas pemeriksaan kastam dan scan beg, kami menunggu di gate utk ke Auckland.

Memang jenuh naik AA berbelas jam ni, tp ini je yg murah. Kami dapat return tix RM1.3k including luggage 30kg. Rezeki aku kali ni, dapat hot seat walau aku x beli pun mana2 seat. So, boleh la lunjur2 kaki kalau rasa kejang dan lenguh 😁.

Auckland Airport

Hot seat tempat aku duduk

Gold Coast Airport ~ transit 1.5 jam

Musim bunga ~ siang agak panjang di New Zealand, dalam 14 jam. Nak setel imigresen agak lama juga nak kene beratur dan soal jawab dengan kastam especially kalau kau declare bawa makanan, ubat dsb. Satu jam setengah juga lah nak bagi clear part custom dan luggage kat airport.

Soalan yang dia gemar tanya adalah kau bawa apa dan brp pax (Nanti last post NZ aku share tips NZ walau aku xde la expert sangat pun) dan pekerjaan pun adalah salah satu perkara yang diteliti dalam form declaration tu. So jangan nak main-main tulis ko jobless ke apa.

Lepas setel hal kastam, kami keluar dari Airport untuk menunggu shuttle bus syarikat kereta sewa pick up kami ke pejabat kereta sewa. Kami sewa dengan Go Rental, full insurance coverage untuk 2 hari dengan kos rm400+. Kalau tak nak ambil risiko, baiklah keluarkan duit sikit untuk full coverage insurans. Tempat orang. Jangan kedekut sangat dan bersusah-susah di kemudian hari kalau anything happen.

Selepas pick up kereta sewa, kami ke Air BnB berdekatan Airport untuk bermalam. Selesa. Cukupla tu untuk tidur je pun. Bersih, walau tiada dapur tapi ada fridge dan microwave.

Bilik Tidur

Ruang tamu + katil + dapur

Bilik air

Setelah drop barang dan solat, (Maghrib di Auckland lebih kurang 8pm) kami keluar semula ke Park n Save berhampiran kediaman untuk beli barang keperluan ~ telur, susu, jus, perasa makanan, tuna, mentega. Esok nak ke Rotorua, jauh perjalanannya, jadi kene masak serba ringkas untuk bawa bekal πŸ˜…. 

Balik Park n Save, kami makan malam (megi je sebab dah penat) dan tidur (tidur paksa). Esok kene bangun awal pagi untuk perjalanan seterusnya. Aku lak masih jet lag sebab masa kat sana awal 5 jam dr KL 🀷‍♀️.

Day 2

Seawal 5 pagi aku dah bangun. Subuh pukul 4 dan syuruk 6 pagi. Lepas solat subuh dan mandi, kami sediakan makanan. Masak nasi goreng marjerin + telur + tuna. Entahlah campur semua dalam periuk mini yang dibawa. Janji boleh dimakan dan kenyang. Kami buat juga sandwich telur untuk dimakan dalam perjalanan.

Auckland City

Pukul 7.30 pg kami dah siap packing barang dan check out dari kediaman. Destinasi hari ini adalah ke Rotorua. 

Sebelum tu, kami ke Auckland City, ronda-ronda sekejap ambil gambar. Sebab ronda Auckland tak ada dalam itinerary, jadi random select je tempat mana nak pergi. Kesudahannya, kami ke Auckland Tower. Tak naik pun, just parked at the street dan ambil gambar. Tak ada orang sangat pun pagi-pagi ni. 

Auckland Tower

Di hujung jalan tempat kami parking ada sebuah church, jadi kami ke sana untuk ambil gambar 😁. Semua bende nak ambil gambar. 

St Patrick's Cathedral, Auckland

Selepas dah habis bergambar di sini, kami ke Stadium Auckland pula. Saje, nak bergambar. Stadium ini terletak di Eden Park, dalam 10 minit perjalanan dari Pusat Bandar. Sebab masa suntuk, memang tak sempat nak cover banyak tempat di Auckland City apatah lagi untuk jenguk kedai-kedai di sini... 

Sebelum bergerak ke Rotorua, kami sempat drive across Auckland Harbour Bridge lepas tu pusing balik hahaha. Saje nak lalu di bawah jambatan. Cantik surrounding tapi tak ada spot untuk berhenti ambil gambar. Hasilnya, aku snap gambar dari atas kereta je... 

Stadium New Zealand

Harbour Bridge

Dalam pukul 10 pg, kami meneruskan perjalanan ke Rotorua. Dalam 2 jam 45 minit perjalanan atau 288km. Had laju di sini pun limit 100kmj sahaja. 

Untuk memandu di sini, kalau dah ada lesen dwibahasa yang baru tu, xperlu buat lesen international. Tapi memandangkan lesen aku yg cap kuno berlaminate tu lagi (lesen expired 2019), maka mereka perlukan lesen international. 

View sepanjang perjalanan ke Rotorua


Karangahake Gorge

Sebelum sampai ke Rotorua, kami singgah di Karangahake Gorge. Gorge ni juga adalah tempat perlombongan emas suatu masa dahulu. Ada tunnel train, batteries, dan window walk. Untuk sampai ke tempat yang disebut tu perlu trekking dalam satu jam. Tapi sebab nak kejar masa untuk sampai Rotorua sebab kami dah book tiket attractions kat sana, terpaksa la menapak dlm 30 minit return je. Tak pelah janji sampai. Pelajarannya, jangan letak attractions too pack dalam satu hari dan kene selidik tempat nak pergi tu perlu trek ke tak.. 

New Zealand ni banyak tempat perlombongan emas. Surprise juga aku. Tapi tak pasti dieksport ke mana dan bagaimana kualitinya. Aku x sempat research lagi... 

Pintu masuk Gorge

Batteries for gold mining

The Gorge

Suspension bridge to window walk

Setelah sejam berada di sini, kami sambung perjalanan ke Whakarewarewa Maori Village. Maori culture show start pukul 2 tapi nampaknya macam xsempat nak catch je.... Mmmm.. 

Whakarewarewa Maori Village

Kami sampai di Kampung Maori tu pada pukul 2.10 petang. As expected, memang tak sempat join show tu.. Jadi, kami round2 je la kawasan ni. Basically Whakarewarewa ni adalah perkampungan dan warisan kaum TΕ«hourangi Ngāti Wāhiao, yang sudi berkongsi cara hidup mereka dengan pengunjung dari seluruh dunia sejak lebih dari dua ratus tahun.

Di pintu masuk kampung ini ada sebuah rumah org Maori. Macam rumah kampung kita je nampaknya. 

Kawasan ini juga merupakan kawasan thermal. Jadi, mereka tinggal di sini untuk menggunakan thermal di sekitar untuk panaskan badan, merebus dan sebagainya. Kuat betul bau belerang a.k.a sulfur. Tak pasti macamana hidung diorang boleh tahan. Aku sendiri keluar air hidung, air mata bagai bila masuk sini. 

Selain dari thermal point, ada juga rumah-rumah dan kedai souvenier di kawasan ni. 

Tarikan yang paling menarik di sini adalah Geiser Pohutu. Pohutu bermaksud explode. Geiser ni memang boleh explode up to 30m tinggi dan dikatakan yang terbesar di New Zealand. Kalau masuk village ni memang ada lookout point untuk melihat Pohutu Geiser. Tapi, kalau nak jelas lagi, kene masuk kampung sebelah Te Puia. Entrance fee mahal sikit, almost rm200. In return, ko dapat lihat geiser ni dengan lebih dekat lagi. Ada jambatan untuk ke tempat geiser tu (aku nampak dari jauh). 

Pintu masuk

Pahekohuru or Champagne pool. Panas weh

Ni la rumah orang Maori yang aku cakap tadi tu

Kedai souvenier & rumah-rumah penduduk

Pohutu Geiser

Meeting Hall. Abaikan model2 dalam gambar

Fi masuk:NZD40.50 

Kemudian, kami ke Wai O Tapu yang terletak lebih kurang 20 min dari kampung ni. 

Wai O Tapu

Wai O Tapu ni terkenal juga sebagai Thermal Wonderland yang mempunyai elemen geoterma yang paling berwarna dan unik di New Zealand disebabkan oleh aktiviti gunung berapi sejak beribu tahun dahulu. Di sini bau sulfur lagi kuat dan bermacam jenis thermal boleh jumpa. Ada tiga jenis tracking, path 1,2 & 3. Macam biasa kami ambil path paling pendek iaitu 1 jam return sebab dah penat. Ini antara yang kami jumpe sepanjang trekking Track 1...

Pintu masuk Wai o Tapu

 Artists' Pallete - terhasil disebabkan mineral-mineral yang ada di sini (carbon, sulfur, acid sulphate, alkali cloride dan arsenic) 

Asap dari bumi huhuhu

Champagne Pool - terhasil disebabkan oleh kandungan sulfur yang tinggi yang bergabung dengan garam-garam feros dalam air

The Devils Bath Tub. Crater ni terbentuk dari eruption bawah tanah. Warna lime tu pula disebabkan sulfur yang terapung di permukaan 

Ni kedai souvenier 😁

Kalau ikut track 2&3 yang lebih jauh memang akan jumpa banyak lagi thermal pool. Jadi, pilihan di tangan anda. 

Pesanan penaja: kalau hidung tak kebal, bawalah penutup hidung dan mulut. 

Entrance fee:NZD30.50

Lake Taupo

Seterusnya kami ke Mc D Lake Taupo untuk bergambar yang terletak dalam 20min dari Wai O Tapu. Unik, dengan replika kapal terbang di luar bangunan Mc D.

Amik pic je 😁

Kami tak masuk Mc D sebab bekalan makanan kami masih ada. Jangan membazir. Makan apa yang ada. So kami picnic tepi Lake Taupo makan nasi goreng dsn sandwich telur πŸ˜…. Ramai juga orang tempatan mandi di sini. Sambil makan, sambil cuci mata.. Erk.. . Tasik ni pun macam rupa laut dah. Luas terbentang. Cantik tasik ni.... 

Lake Taupo merupakan crater lake yang terhasil dari letusan supervolkanik kira-kira 26,500 tahun yang lalu. Keluasannya adalah 616km persegi menjadikannya tasik terbesar dari segi keluasan permukaan di New Zealand.

Sepetang di Lake Taupo

Selepas makan, kami bergerak ke Air bnb untuk kami menginap malam ni yang terletak tidak jauh dari tempat kami makan tadi. Walau kediaman ni hanya di tingkat bawah rumah host, tapi rasanya selesa la juga untuk satu malam punye stay. 

Dapur

Bilik tidur

Bilik tidur

Ruang tamu

Oleh kerana penat, aku tertidur pukul 8pm dan terjaga pukul 2am cari makanan. Lapar huhuhu... 

Bersambung. .. 




Monday 12 November 2018

Royal Belum April 2016

Trip ke Tasik Banding, Hutan Royal Belum, Perak Darul Ridzuan pada April 2016 selama 3 hari 2 malam ni, aku join Caravan Serai untuk trip pendek ni.

Day 1

Naik bas di BTS pada pukul 10.30 mlm dan bergerak secara berjemaah ke Jeti Tasik Banding.

Day 2

Pukul 8 pagi keesokan harinya kami berhenti di Gerik, Perak untuk sarapan pagi sebelum kami teruskan perjalanan ke Jeti Tasik Banding yang terletak lebih kurang 44km dari Grik.

Pukul 10 pagi lebih kurang, kami sampai di Jeti dan menunggu house boat kami, tempat yang kami akan menginap selama sehingga petang keesokan harinya.

Tasik Banding, terletak di Grik, Perak dan meliputi 15,200 hektar, merupakan tasik buatan manusia terbesar di Perak.e

Hutan Belum pula berusia 130 juta tahun, lebih besar dari saiz Singapura dan lebih tua daripada hutan Amazon, menjadikannya hutan tertua di dunia. Segala macam flora dan fauna ada di sini termasuk beberapa penempatan orang asli.

Houseboat lengkap dengan dapur, bilik, toilet dan ruang makan

Kami bertolak merentasi Tasik Banding jauh ke dalam Hutan Royal Belum. Terdapat beberapa pos tentera yang dilarang sama sekali untuk mengambil gambar. Tentera ada di sini untuk mengawal keselamatan kerana di sini pernah berlakunya pertempuran antara komunis dan tentera Malaysia. 

Destinasi pertama kami adalah perkampungan orang asli Suku Kaum Jahai. Diorang ni sebenarnya berpindah randah dna bukan penduduk asal di sini. Mereka dipercayai berpindah ke Asia Tenggara lebih kurang 60,000 tahun yang lalu. Lama dah tu... Aku pun tak wujud lagi huhuhu.. 

Kalau tengok kawasan petempatan mereka ni pun ada beberapa buah rumah sahaja. Mereka bukan beragama Islam dan kegiatan ekonomi mereka adalah memungut hasil hutan untuk dijual contohnya madu lebah dan menangkap ikan. Rumah mereka ni pula diperbuat daripada buluh dan daun nipah. 

Ketika kami sampai, kelihatan anak-anak bermain dengan riang dan kedatangan kami disambut dengan baik. Setelah mendengar taklimat tentang asal usul kaum Jahai, kami adakan permainan dengan anak-anak di sana. Yelah, mereka bukannya terdedah dengan pembangunan semasa, naik roller coaster bagai. Sekurangnya terhibur juga hati mereka...kan?

Rumah suku kaum Jahai

Game dengan anak-anak orang asli

Bergambar kenangan sebelum teruskan perjalanan

Setelah meluangkan masa lebih kurang 2 jam di sini, kami meneruskan perjalanan kami. Selepas setengah jam berlayar, houseboat kami berlabuh di tengah-tengah tasik di dalam hutan belantara. Seram jugak la sebab dekat sini harimau dan gajah terutamanya ada di mana2... 

Kami berehat di sini. Sebenarnya dari tadi berehat bukan buat apa-apa pun haha.. 

Kami kemudiannya dibahagikan kepada beberapa team, team memasak, team sediakan hidangan dan lain-lain. Hari ni bukan giliran aku masak so aku relax je tunggu makanan siap 😁😁. Bila makanan siap, apalagi makan la sampai kenyang. Sedap jugak diorang ni masak ye.. 

Relax dengan Aishah di atas ruang legar atas bumbung bot

Tasik Banding, Royal Belum

Dalam pukul 4 ptg ada sesi Water Confidence. Boleh bermain rakit, nak mandi dan menyelam semua boleh.. Aku beriya masa warm up je lepas tu memang tak konfident langsung nak masuk air walau pakai safety jacket. Sejak lemas masa form 5 dulu, memang aku fobia bab-bab nak masuk air ni πŸ™„πŸ™„. 

So, aku tengok orang je terjun,menyelam, timbul dan sebagainya.. 

Lepas diorang dah jerit suruh aku turun, aku terjun jap dalam air. Tak sampai 2 minit aku mintak diorang tarik aku naik rakit semula πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚. Tasik ni kalau tak ada konfiden macam aku susah sikit sebab arusnya tak mengalir, jadi instead membiarkan kau hanyut, ia akan menarik kau ke dalam tasik tu sendiri..... 

Warm up session

Berakit ni memang best walau payah juga nak mengemudi rakit ni 😁. 

Berakit. Cari mana aku? 

Senja. Kami di arah untuk naik ke houseboat. Bersihkan diri dan team masak kene masak untuk makan malam hehehe.. Dan sekali lagi, aku tunggu turn makan je 😁. 

Selepas makan, ada sesi ice breaking. Cabut kertas bertuah dan kene perform apa yang tertulis di kertas tu.. Nasib aku xbaik kali ni. Kene menyanyi pulak.. Lagu P Ramlee pulak tu. Mmm... Untuk memboloskan diri dengan cepat, aku nyanyi je lagu 'Di mana ku cari ganti' dalam serangkap. Alasan, tak ingat lirik. Kesian la diorang semua kene dengar suara sumbang aku πŸ˜†πŸ˜†. 

Lepas sesi tersebut, kami masuk tidur. Satu bilik share 4 orang. Walau agak sempit, bolehla setakat untuk survive 2 malam kan... 

Day 3

Pagi hari ni, selepas sarapan kami melawat tapak Raflessia. Pergi menaiki bot laju dari tempat houseboat kami berlabuh dan perlu jungle trekking jugak dalam 30minit untuk sampai ke tapak. Guide kami banyak berkongsi tentang bagaimana nak survive kalau sesat dalam hutan.

1. Selain berpandukan matahari, kita boleh juga mengikut aliran air sungai. Sebab aliran air sungai dah sah-sah akan ke muara (laut).

2. Harimau ni biasanya akan berbau hamis. Jadi, kalau ada terbau hamis semasa berada di hutan boleh berjaga-jaga, mungkin harimau ada berdekatan πŸ˜‚πŸ˜‚.

3. Untuk berselindung dari haiwan liar, boleh bersembunyi di sebalik pokok besar seperti di bawah. Tapi kalau aku, tetap waswas juga 😭.

Berhampiran tapak Raflessia ni ada air terjun kecil. Tak boleh mandi pun, boleh tengok je.

Rezeki bukan berpihak pada kami, bukan masa Raflessia mengembang pada masa kami datang jadi tak adalah bunganya 😩.

Naik speed bot ke tapak Raflessia

Bergambar di sebalik pokok besar. Lupa nama pokok ni

Air terjun berhampiran tapak Raflessia

Berhenti penat setelah tak dapat tengok Raflessia

Setelah kecewa tak dapat tengok Raflessia, kami pulang semula ke houseboat. Kali ini giliran aku dan Aishah masak. Hehe.. Kitorang masak kari ikan. Entahlah rasa apa. 😁😁. Diorang cakap sedap tapi jangan percaya sangat 🀣🀣🀣.. 

Selepas makan tengahari, kami dibawa trekking sekali lagi. Kali ini kami melalui Sira Haiwan. Sira Haiwan adalah tempat haiwan minum dan dikenali juga sebagai hospital haiwan. Ia bukanlah kolam, tasik atau sungai tetapi hanyalah mata air kecil yang keluar dari celah-celah batu untuk haiwan minum dan dipercayai air ini juga mampu mengubati atau menjadi penawar untuk haiwan yang cedera atau sakit. Hebat kuasa Allah...

Selesai trekking lebih kurang satu jam jangkaannya, kami pulang semula ke houseboat. Balik untuk bersihkan diri dan pack barang untuk balik KL 😁. 

Destinasi houseboat seterusnya....pulang ke jeti Tasik Banding. 

Lebih kurang 5 petang, kami sampai di Jeti Tasik Banding. Bas sudah menunggu kami untuk pulang ke KL. 

Best trip macam ni. Dengarnya ada buka trip baru ke Tasik Perdu... Belum cuba lagi ke sana....





Monday 5 November 2018

Bali Trip Februari 2016

Trip pendek ke Bali pada akhir Februari 2016, bersama kawan aku yang juga customer beading aku (boleh tengok IG aku zettandbeads) selama 4hari 3malam.

Meskipun tak banyak tempat boleh cover, tapi dah memadai rasanya untuk mengenali Pulau Bali, Indonesia.

Day 1

Perjalanan ke Bali menaiki MAS selama 3 jam. Bertolak 3.20ptg dari KLIA dan tiba di Bali 6.20ptg. Sampai, hari sudah gelap jadi kami hanya berehat di hotel yang terletak di Seminyak.

Bali merupakan sebuah kepulauan di Indonesia. Sangat terkenal di seluruh dunia sebagai pusat peranginan yang cantik dan menarik di Indonesia. Bergantung kepada penilaian masing-masing. Ada orang boleh ulang ke Bali beberapa kali. Macam aku, setelah 3 tahun berlalu masih belum rasa nak repeat hehe...Penduduk Bali majoritinya terdiri dari Hindus. Islam sangat minoriti di sini. Jadi amat sukar untuk membezakan siapa Hindu siapa Muslim, melainkan kalau wanita bertudung tu memang Muslim lah. Perkataan 'Bali' itu sendiri berasal dari 'Kembali' di mana selepas kejatuhan Kerajaan Majapahit pada tahun 1515 (kegemilangan Islam), ramai penganut Hindu yakni rakyat Majapahit berhijrah ke Tanah Bali untuk memulakan kehidupan dan seterusnya mengembangkan ajaran Hindu di Bali.

Pemandu yang menjemput kami di Airport membawa kami singgah di gerai makanan untuk membeli nasi sebelum ke hotel. Beli nasi penyet. Sedap ya amat, memang jauh sangat la beza dari segi rasa dengan nasi penyet kat Malaysia ni hehe...

Tiba di hotel, cek in. Mmm bilik hotel agak luas dengan bayaran hanya RM80 semalam. Boleh berguling2 dalam tu ☺...hotel kami untuk 3mlm nanti...The Studio, Seminyak.

Bilik Air

Bilik Tidur

Day 2

Seawal 8 pagi, Supir menjemput kami di hotel untuk ke destinasi pertama, Tanah Lot Temple.

Tanah Lot Temple

Tanah Lot bermaksud "Tanah di Laut" dalam bahasa Bali. Temple ini atau Pura dalam bahasa Bali terletak di Tabanan, kira-kira 20 kilometer dari Denpasar, kuil itu terletak di atas batu luar pesisir yang besar yang telah dibentuk secara berterusan selama beberapa tahun oleh pasang surut air laut. Ada upacara sembahyang waktu kami tiba di sana. Pakaian sembahyang mereka tak sama dengan tradisi Hindu yang biasa kita lihat di Malaysia. Sopan pakaiannya..berbaju kebaya lagi bagi wanita. Lelaki pula bertanjak dan berkain sarung. Aku dan kawan aku tanya salah seorang dari mereka yang membawa bakul menuju pura, apa dalam bakul yang dijunjung tu??? Katanya dalam bakul ada makanan sembahyang yang terdiri daripada buah-buahan, beras dan beberapa perkara lagi yang aku tak ingat.

Fi Masuk: RP30,000


Pandangan Pura Tanah Lot dari jarah dekat

                 
Temple berada di atas batu tu. Jadi mereka perlu seberang laut untuk ke temple. Biasanya mereka ke temple waktu air surut. Bila air pasang, tak dapatlah mereka ke temple. 

Pura Batu Bolong, Tanah Lot. Jarak jalan kaki sahaja dari Pura Tanah Lot.

Tanah Lot ni cantik waktu sunset tapi kami datang pagi, so tak de ler sunsetnya...

Bali ni banyak temple. Aku tak tau apa beza tiap temple..macam sama je, beza pada nama je..erm...

Kami seterusnya ke Taman Ayun Mengwi Temple

Taman Ayun Mengwi Temple

Terletak lebih kurang 18km dari Denpasar, ibu kota wilayah bali. Pura Taman Ayun dibangunkan pada abad 17 oleh seorang raja pertama Kerajaan Mengwi Tjokerda Sakti Blambangan atau I Gusti Agung Putu. Kami tak lama sangat berada di sini, ye lah temple kan. Ambil gambar pusing-pusing tengok apa ada then blah.

                       

Selepas Pura Taman Ayun, kami ke temple  seterusnya tapi aku tak ingat apa dah nama temple ni. Hasil carian aku, senibina terdekat temple ini adalah Pura Penataran. 

Pintu masuk

Disebabkan Bali ni terlalu banyak temple, aku cadangkan select top 10 temple sahaja untuk dilawati seperti Tanah Lot, Uluwati, Saraswati, Taman Uyun, Tirta Empul dan Ulun Danu. Setiap temple ni ada sejarah dan senibina sendiri tapi kalau nak pergi semua 4 hari datang untuk ke temple je. Masjid kat Malaysia pun tak semua kita pergi kan?? 

Supir kemudiannya membawa kami makan tengahari di sebuah restoran Muslim sebelum membawa kami ke destinasi seterusnya, Pantai Tanjung Benoa. 

Sebelum itu, kami singgah di Masjid untuk solat Jamak. Walau supir ni Hindu tapi dia hormat kami sebagai Muslim.

                        
Masjid Agung Ibnu Batutah. Sederet dengan Masjid ini adalah rumah ibadat agama lain seperti Gereja dan Tokong. Jadi masing-masing pilih tempat masing-masing.

Pulau Penyu

Seterusnya, kami ke Pulau Penyu. Untuk ke Pulau Penyu, perlu menaiki glass boat dari tepi Pantai Tanjung Benoa. Tak lama. Dalam 15 minit. Boat tu ada ruang kecil lantai kaca yang boleh tengok hidupan laut dalam bot, tapi tak nampak sangat pun. Aku? Macam biasa mabuk, nerves bagai. Memang sejenis penakut dengan apa jua jenis pengangkutan laut dan udara. Masalahnya lagi aku takut, lagi aku buat hehehehe....

Harga terkini untuk menaiki bot ke pulau adalah RP10,0000 seorang.

Di Pulau Penyu ni ada tempat pembiakan penyu ataupun turtle sanctuary. Anak-anak, mak penyu dan bapak penyu dari pelbagai spesis ada di sini samada dalam kolam khas ataupun dilepas di dalam laut dalam kawasan berpagar. Dapatlah merasa pegang anak penyu. Berat kot. Mak bapak penyu memang tak mampu la nak angkat huhu..

Di sini juga ada mini zoo untuk beberapa jenis burung - Hornbill, Kakaktua, Burung Hantu. Ada juga reptilia seperti ular dan biawak dan berpeluang juga bergambar dengan diorang ni, kalau berani la..

Nak naik bot....kami berdua je
                                                   
Anak penyu. Berat weh. Ada kot 5kg..
                                                   
OOTD dengan penyu

Burung Hantu. Nerves takut kene patuk

Selfie dengan biawak :)

Hornbill. Burung ni pun berat. Lenguh tangan...

Layan air kelapa selepas penat layan penyu

Sebelah petang kami di bawa ke Uluwatu Temple pulak oleh Supir. Kononnya nak tunggu tengok Kecak Dance dan sunset tapi sebab crowded sangat, kami pergi ambil gambar aje. Itu pun tak masuk betul-betul dalam temple.

Uluwatu Temple

Pura ini merupakan sebuah kuil Hindu yang terletak di Uluwatu, Kuta Selatan, Bali. Pura ini dibina di pinggir tebing setinggi 70 meter ke dalam laut dan dianggap sebagai salah satu Kahyangan Sedih dan didedikasikan kepada Sang Hyang Widhi Wasa dalam manifestasinya sebagai Rudra. Untuk sampai ke Pura, kene menapak di jalan pesisir tebing tinggi selama 15min - 20min, ditemani oleh monyet-monyet di sepanjang perjalanan. Kami tak lama di sini sebab monyet dan manusia sama ramai...jadi kerimasan dan kami balik ke bilik ke sebab hari pun dah gelap.

Fi masuk: RP20,000


Kat sini je clear untuk duduk bertenang dan ambil gambar. 

Day 3

Hari ketiga kami dibawa ke utara Bali menghala ke Gunung Kintamani. Sepanjang perjalanan, kami singgah di beberapa tempat iaitu Pura Batuan. 

Pura Batuan

Pura Batuan dibina pada tahun 1020 M. Terletak tak di pertengahan jalan antara Denpasar dan Ubud. Pura ini berusia lebih kurang 1000 tahun, dan dikategorikan sebagai kuil Puseh berdasarkan konsep "Tri Kahyangan atau Tri Murti". Pura ini adalah antara kuil tertua di pulau Bali. Kuil ini direka dengan perhiasan Bali dan bumbungnya dibuat dari serat pokok kelapa yang berwarna hitam.

Nak masuk Pura ni kene pakai kain batik pulak sebab aku pakai seluar. Layan je. Lawa pulak kain batik ni  πŸ˜‚πŸ˜‚. Pura ni adalah tempat suci masyarakat Hindu di Bali. Untuk perempuan yang uzur dilarang sama sekali masuk Pura-pura ni ye. 

Fi Masuk: Percuma



Next, kami singgah di Pusat Batik. Round situ dalam setengah jam, dapat juga aku rembat sehelai tudung sutera 😬😬. Lain-lain item tak mampu nak beli hehe..

Selepas tu, kami dibawa pulak ke Teres Padi. Dalam perjalanan, nampak pulak kedai seramik comel-comel untuk dijadikan hiasan. Maka, kami minta supir berhenti untuk menyopping. Aku memang suka beli bende merepek macam ni 🀷‍♀️. Macam ni la berjalan dengan perempuan πŸ’‍♀️πŸ’‍♀️...  

Pinggan seramik berbagai saiz

Akhirnya, sampai di Teres Padi. 

Ambik gambar kat sini je. Malas turun bawah. 

Teres Padi Tegallalang

Teres Padi Tegallalang di Ubud terkenal dengan permandangan sawah yang indah yang melibatkan subak (sistem pengairan tradisional Bali) yang perkenalkan oleh seorang lelaki suci yang dihormati bernama Rsi Markandeya pada abad ke-8. Tegallalang membentuk tiga landskap teres paling indah di Ubud, dengan yang lain berada di kampung Pejeng dan Campuhan.

Fi Masuk: RP10,000

Gunung Batur, Kintamani

Kami dibawa menjamu selera makan tengahari di Restoran Sari, Kintamani  (halal). Restoran ini merupakan buffet restoran dan korang boleh makan sambil menikmati view Gunung Batur.. Sebelah kanan ada sebuah tasik yang dikenali sebagai Danau Batur. Gunung ni masih aktif ye. Boleh nampak kesan lava di lereng gunung.

Fi masuk: RP30,000

Nasi campur + teh

Kilang Kopi Musang Luak

Selepas makan, kami solat di situ dan beredar. Kami ke kilang kopi musang luwak 😁. Kopi ni sangat femes di Bali. Kalau yang suka kopi tu wajib try. Aku xsuka kopi jadi bila try minum xdapat nak beza rasanya dengan kopi brand lain.. πŸ™„πŸ™„.

Macamana kopi ni ada kene mengena dengan musang luwak? Kisahnya, musang luwak akan makan biji kopi dan kemudiannya akan keluarkan balik kopi ni melalui najis. Biji-biji kopi tadi akan dibersihkan dan terjadilah kopi luwak. Erk...

Biji kopi luwak yang dah dibersihkan dan dikeringkan

Musang luwak tengah tidur 😁. Letih menjana kopi kot

Kecak Dance

Destinasi kedua terakhir pada hari ini adalah menyaksikan persembahan Kecak Dance di Ubud.

Kecak Dance atau Tarian Kecak ni merupakan tarian Hindu Bali dan drama muzikal yang dikembangkan sejak tahun 1930-an.

Tarian ini yang juga dikenali sebagau Ramayana Monkey Chant secara tradisinya dilakukan di kuil-kuil dan kampung di seluruh Bali.

Tarian ini mempunyai beberapa watak utama iaitu Ramayana, Sita (Wife Rama) , Ravana (Si jahat), Lakshmana (Adik Rama), Hanuman (Komander Raja Monyet) dan Sugriva (Raja Monyet) serta penari latar sekurangnya 150 orang.

Storyline drama muzikal ini adalah ~ misi Rama menyelamatkan Sita yang diculik oleh Ravana dengan bantuan Raja Monyet, Sugriva. Akhirnya Sugriva yang menang... Dalam tarian ni ada adegan pijak api dan kene rasuk bagai..

Aku tak ambil gambar masa show sebab rasa seram sejuk hahahahaha..

Show start petang dalam pukul 6.30ptg selama satu jam.

Habis show, hari dah malam dan kami pulang ke Denpasar. Singgah Hard Rock Bali sebentar sebelum balik ke hotel untuk beli koleksi Hard Rock.

Fi Masuk: RP75,000 - RP80,000

Day 4

Hari terakhir di Bali. Pagi tu tak ke mana walau flight balik KL adalah pukul 1.40 petang dek keletihan yang amat. Supir datang jemput pukul 10pagi untuk ke Airport.

Kami singgah di kedai Krisna Souvenier Shop berdekatan untuk membeli sedikit oleh-oleh sebelum balik KL...

Sekian trip Bali πŸ˜