Sunday 30 September 2018

Balkan (Part 1 - Jordan)

Trip 5/9/18 - 16/9/18

Untuk trip Balkan, aku join trip backpackers Travel More Pay Less ke Balkan West yang merangkumi 4 negara iaitu Turkey, Bosnia Herzegovina, Crotia dan Montenegero. Since aku dah ada pengalaman join the team to Eastern Europe in 2017, so tahun ni aku decide untuk join lagi. Posting Eastern Europe tak sempat-sempat lagi nak buat. Sila bersabar ye.

Route perjalanan Balkan West adalah:

KL - Istanbul - Sarajevo - Dubrovnik - Kotor - Istanbul - KL

Untuk sampai ke Istanbul, aku dan member aku Fazu pilih Royal Jordanian Airline, yang mana perlu transit selama 12 jam di Jordan. Salah satu sebab pemilihan, tiket murah semasa promosi Mothers Day (tix price dapat RM1.7k sahaja) dan nak ambil peluang bersiar siar di Amman memandangkan rakyat Malaysia tidak perlu membayar visa untuk masuk ke Jordan.

Selepas pembelian tiket, aku mencari local guide kat Amman, akhirnya dapatlah pelajar Malaysia di Jordan, En Al Amin.

Royal Jordanian (RJ) ni kurang canggih bagi aku. Masa kami nak cek in luggage, sepatutnya luggage boleh hantar direct ke Istanbul (Berdasarkan pengalaman naik Etihad ke Vienna sebelum ni). Tapi RJ tak dapat berbuat demikian. Yakni, kami perlu ambil luggage di Amman dan cek in balik untuk ke Istanbul. Well...

RJ akan transit di Bangkok sebelum ke Amman untuk mengisi minyak, teknikal prosedur dan cuci flight 🙄🙄. Yang sadis, penumpang yang akan ke Amman tak dibenarkan turun dan kau kene hadap la bunyi bising pekerja diorang vacuum interior, tukar amenities semua tu.

Flight interior

Nampak tak? 

Perkara yang menyejukkan hati aku pasal RJ ni, makanan dia sedap. Especially prawn noodle. Memang habis licin. Meals dapat 3 kali on way to Istanbul. 

Nasi gulai ayam, kek tiramisu, salad, bun dan air

Prawn noodle

Bun, croissant, buah dan air

Day 1 ~ 6/9/2018

Pukul 5.30 pagi waktu Amman, iaitu 10.30 pagi waktu Malaysia, kami tiba di Amman. Selesai imigresen dan solat subuh, lepak Starbuck sementara tunggu En Al Amin pick up kami pada pukul 7.30 pagi. 

Starbuck Queen Alia International Airport

Pukul 7.45 pagi, En Al Amin sampai dengan kawannya (kalau tak silap namanya En Husin). Kami meneruskan perjalanan ke Laut Mati (Dead Sea). Perjalanan melalui bukit bukau, jalan lereng bukit selama 40 minit. 

Sunyi sepi. Itulah yang dapat diperhatikan di Laut Mati. Kerana kesuntukan masa, kami tidak turun ke persisiran pantai. Cukup sekadar mengambil gambar dari tebing yang berdekatan. Ada dua bahagian Laut Mati ni, satu tempat berbayar dan satu tempat percuma. Tempat berbayar lebih terjaga untuk pengunjung yang ingin mandi manda di sini. 

Cantik permandangan. Di seberang Laut Mati adalah bumi Israel. 

Hotel lima bintang yang terdapat di persisiran, khas bagi mereka yang ingin bermalam di sini

Bukit pasir di sepanjang perjalanan ke Laut Mati

Cerita Laut Mati. Laut Mati berada di kedudukan serendah 418m di bawah aras laut yang merupakan kedudukan terendah di dunia dan merupakan tasik masin terdalam dengan kedalaman 330m. Laut Mati adalah tempat Allah melaknat kaum Nabi Lut di atas keingkaran mereka dengan kegiatan maksiat, homoseksual dan merompak barangan yang dibawa kafilah. Allah telah menerbalikkan bumi kaum Luth dari atas ke bawah, disebabkan itulah ketumpatan garam di atas adalah tinggi sehinggakan tiada hidupan di sini. Sunyi dan sepi. Ambillah pelajaran dari kisah kaum sebelumnya. Insaf. 

Kami tidak lama di sini, meneruskan perjalanan ke Bandar Amman. Singgah di  satu restoran untuk alas perut. 

Nutella pancake kot nama dia hahah

Pizza

Bandar Amman. Bangunan warna senada. Jimat cat. Cantik juga ye.. 

Setelah alas perut, kami teruskan perjalanan ke Amman Citadel. Amman Citadel merupakan kompleks sejarah yang penting di Amman. Dikenal juga sebagai Jabal Al-Qal'a. Citadel ini didiami sejak dari zaman Neolitik. Ingat tak masa belajar sejarah dulu? Mesolitik, Neolitik, Paleolitik... Citadel ini didiami oleh pelbagai kaum dan budaya sehingga zaman Umayyad di mana, kejatuhan kota ini bermula dan pada 1878 ianya menjadi sebuah kota yang ditinggalkan dan kesan runtuhan dan kemusnahan masih jelas sehingga hari ini. 

Runtuhan Temple of Hercules. Temple ini dibina oleh Germinius Marcianos yang merupakan gabernor wilayah Arab di antara 161 - 166 AD. 

Kesan runtuhan di sekitar Citadel 

Kompleks Umayyad. Dibina 730 AD. Kompleks ini terdiri daripada masjid, bazaar, hamman, istana dan rumah penduduk. Kompleks ini musnah sebahagiannya dalam kejadian gempa bumi yang kuat pada 749 AD. 

Sistem tadahan air Citadel

Gua batu yang dijadikan sebagai perkuburan pada kurun ke 23 sebelum Masihi. 

Roman Theater

Sedikit cerita mengenai Roman Theater. Roman Theater terletak tidak jauh dari Citadel. Memang boleh nampak dari atas. Kami tak sempat singgah di Roman Theater kerana kesuntukan masa dan kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut. 

Roman Theater boleh menampung 6000 penonton pada satu masa dan masih digunakan untuk aktiviti kebudayaan di Amman. 
Tempat duduk teater ini terbahagj kepada 3 bahagian:

1. Bahagian hadapan - Pemimpin
2. Bahagian tengah - militari
3. Bahagian atas - orang awam

Destinasi terakhir kami, Cave of Seven Sleepers, lebih kurang 30 min perjalanan dari Bandar Amman. 

Kisah pemuda gua ada diceritakan dengan terperinci di dalam Al Quran surah 18 ayat 15 hingga ayat ke 20.

Ada beberapa lokasi yang dipercayai merupakan Gua 7 pemuda kahfi namun yang paling tepat dengan perincian di dalam Al Quran adalah di Jordan. Dikatakan, mereka berasal dari Citadel dan melarikan diri ke Gua ini disebabkan pemerintahan yang zalim pada ketika itu. Sejauh mana kebenarannya hanya Allah yang tahu. Dua lokasi lain adalah di Syria dan Turkey. 

Mengikut jurucakap gua ini, tulang tulang 7 pemuda dihimpunkan dan ditanam di sini. 

Pintu masuk Gua 7 Pemuda 

Sebahagian kubur 7 pemuda kahfi

Kene pakai jubah sebab aku pakai seluar

Masjid bersebelahan Cave of Seven Sleepers

Kami bergerak ke Airport untuk penerbangan seterusnya ke Istanbul. Walau hanya beberapa jam di sini, terlalu banyak yamg dipelajari terutama mengenai sejarah tamadun lama dan Islam itu sendiri. Walau bandar Amman nampak biasa sahaja, tiada MRT, bullet train dsb tapi nilai matawangnya setanding GBP! 

1 Jordanian Dinar = RM5.80

Kami draw duit dari ATM machine di sana memandangkan JD susah nak tukar kat Malaysia. 

Tidak berkesempatan ke Petra kali ini untuk melihat tinggalan kaum Tsamud. Nampaknya perlu datang lagi ke sini, combined dengan Palestine. Maybe? 

Gambar kenangan dengan En Al Amin

Entri bersambung untuk perjalanan seterusnya.. 





Langkawi oh Langkawi

Langkawi aku datang!!!!.

Trip 3/8/18 - 5/8/18

Dah 5 tahun aku tak ke Langkawi. Last 2013. Banyak betul perubahan dan pembangunan di sini. Banyak restoran dah naik, kedai-kedai dan tak kurang tempat tarikan baru! Its a good development after all!

Day 1

So aku dan geng sampai Langkawi Jumaat malam. Check in di Malibest Resort, Pantai Cenang dan keluar makan malam.

Malibest resort ni memang best. Even 3 star hotel tapi betul-betul tepi pantai, relaxing dan strategik tempatnya. 

Bilik kami... Ok la kan? Kau bukan nak lepak bilik pun. 



Depan Malibest tu banyak kedai makan. Pilih je nak yang mana, so we have decided to choose Telaga Seafood Restaurant. Ni alamatnya:

Jalan Pantai Chenang, Kampung Lubok Buaya, Langkawi. 

Aku order Spagheti Prawn Tempura. Jarang tengok menu ni di restoran lain. Ada banyak lagi makanan lain di restoran ni antaranya Nasi Arab, Tom Yam dan beraneka jenis makanan laut. Rasa Spagheti ni sedap dan sangat recommended, berpatutan dengan harganya lah...Mmmm...

Spagheti Prawn Tempura 

Jalan-jalan area Cenang sebelum balik berehat di bilik. 

Deretan kedai pakaian dan cenderahati

Kesibukan Cenang di malam hari

Day 2

Pagi-pagi lagi selepas pick up kereta sewa, kami cari tempat breakfast. Sewa kereta Axia RM110 sehari pick up depan hotel. Ok la tu kongsi 4 orang. Ronda Cenang cari tempat makan dan nampak van pak cik ni jual makanan di tepi jalan. Just wonder, kenapalah orang ramai sangat. Mesti sedap. So we stopped by tengok apa pak cik ni jual. Nasi lemak dan roti canai. Jadi, bersarapanlah kami di sini. Kongsi meja kecil kat tepi jalan untuk 4 orang makan 😁😁. Street food breakfast gitew...

Van pak cik

Nasi lemak RM2. Simple tapi sedap

Roti canai telur banjir RM2. Sedap jugak

Lepas makan, kami gerak ke Oriental Village untuk Cable Car!! Kali kedua naik cable car. Dulu aku naik sambil pejam mata sebab aku gayat. Sekarang? Improved!! Alhamdulillah. . 

Sampai Oriental Village kami terus beli tiket, kombo pekej RM40 untuk Cable Car, Sky Dome, Sky Trex dan 3D Art Museum. Semua tarikan ni adalah dalam kawasan Oriental Village tu je, next to each other.

Naik cable car Gunung Mat Cincang. Aku dh banyak naik cable car kat banyak negara. Tapi entahlah Cable Car Langkawi ni memang buat aku berpeluh dan nak bergerak pun takut. Lain macam betul. Maybe curam sangat dan berangin dan cable car tu cangkuk sipi-sipi je ðŸĪŠðŸĪŠ. So, setelah berpeluh sekian lama, sampai kat atas. 

Tinggi dan curam jugak la

Senyuman comel berjaya ke atas 😍

Stunning view. Lawanya ciptaan Allah

Motif yang tak pernah difahami. Tulis nama bf/gf dan gantung sini. Apakah?? 

Untuk ke Sky Bridge, bayaran RM15 dua hala dikenakan untuk furnicular ke Jambatan Gantung (Sky Bridge). Nak berjalan menyelusuri treking yang disediakan pun boleh dengan bayaran RM5 sahaja. 

Sky Bridge ni swaying bila angin bertiup. Tapi aku yakin struktur ni kukuh jadi aku relax je berjalan-jalan kat atas tu ðŸĪĢðŸĪĢ.

Furnicular. Trip 1 minit je. 

Whole Sky Bridge view

Bukti aku atas Sky Bridge 😁😁

Dah hampir satu jam kat atas, langit dah nampak mendung tanda nak hujan, kami cepat-cepat turun bawah (ke permukaan bumi) untuk elakkan kejadian tak diingini. Seterusnya, kami ke 3D Art. Biasa 3D Art ni tempat ambil gambar dan posing-posing tapi 3D Art Langkawi ni aku suka sebab ada 2D show ala-ala kisah Firaun. Menarik walau aku tak faham pun storyline dia.

Venice looks like

                       
Video 2D show yang sempat dirakam

Bersebelahan 3D Art adalah Sky Trex. Apa yang boleh dilihat di sini? Mini 3D Short Movie kisah T Rex menyerang bumi dan manusia. Sebenarnya tak ada yang nak dtakutkan pun tapi aku terjerit-jerit jugak tengok short movie ni sampai keluar air mata. Mmm.. Entahlah. Show 3D ni berlangsung selama 20 minit. 

Sebelah Sky Trex & 3D Art adalah Sky Dome tetapi kami tak masuk. Aku ambil gambar je dari luar. Sky Dome ni ada tayangan dokumentari pasal apa entah. Waktu tayangan setiap satu jam. Jadi sebab lapar, malas nak tunggu. Kami bergerak ke Pekan Kuah.

Sky Dome
Oriental Village. Cantik

Dalam perjalanan ke Pekan Kuah, kami singgah di Nusantara Maju Enterprise, kedai ubat gamat (Sea Cucumber). Terdapat kilang memproses minyak gamat di sini. Selain dari gamat itu sendiri, berbagai herba yang dicampur ke dalam ramuan minyak gamat seperti minyak pala, minyak ketumbar, minyak kayu putih. Ramuan tersebut di masak sebelum dibotolkan untuk dijual. 

Khasiat gamat ni banyak especially untuk luka-luka kecil, lenguh sendi dan sakit urat 😁. Di sebelah kilang terdapat kedai menjual produk berasaskan gamat seperti minyak, bam, syampu, sabun, minyak panas, dan macam-macam lagi. Dijual dalam bentuk dozen dan loose item. Satu dozen minyak gamat berharga RM10. Boleh la kalau nak beli untuk dijadikan souvenier..

Banyak lagi tempat perusahaan gamat lain di Langkawi ni, boleh google cari yang mana berkenan. Dekat Pekan Kuah pun ada dijual minyak gamat. Cuma di sini, everything is there, boleh pilih apa kau nak beli. 

Monumen botol gamat di dalam kawasan Nusantara Gamat. 

Banyak pilihan. Happy shopping! 

Kilang gamat

Setelah ahli rombongan habis membeli belah produk gamat, kami teruskan perjalanan ke Pekan Kuah. Dari tadi tahan lapar. Cari kedai makan banyak pula tutup. Sudahnya random choose kedai mana yang buka. Janji kenyang. Makan nasi ayam je 🙄. 

Hari kedua ni, kebetulan Tun M ada datang Langkawi. Nampak big crowd di pejabat urusan Adun Langkawi. Katanya Tun M datang launch tempat tarikan baru, Langkawi Nature Park. Tak sempat pergi pun tempat tu. Masa suntuk. Kene datang lagi sini heheheh. 

Kami menghabiskan masa shopping petang tu di Haji Ismail Group, Idaman Suri dan beberapa outlet lagi. 

Ingat petang tu konon nak melayan perasaan jiwa lara bersama sunset tepi laut. Dah tu habis shopping lambat, sampai hotel pun dah lambat, kene pusing pula lima kali nak cari parking so tak sempatlah nk melayan perasaan sangat. Keburukan sewa kereta dan tinggal kt Cenang adalah, susah parking!! Dah nak maghrib baru dapat parking. 

Sempat ambil gambar je. Tak sempat duduk-duduk layan perasaan. Haha. Dah senja sangat. Tak elok katanya senja-senja tepi pantai. 

 Sunset Pantai Cenang. Cantik

Malam layan seafood je. Hajat sebenar nak cari tempat makan yang jauh sikit dari Cenang. Tapi mengenangkan parking susah, kitorang decide explore Cenang je lah dengan berjalan kaki. Restoran Seroja Ikan Bakar. Orang ramai, punya lah lama tunggu order sampai. Nasib baik sedap dan murah. 

Siakap 3 rasa

Prawn Salted Egg

Sotong Celup Tepung 

Total semua nasi + air + telur dadar +lauk di atas adalah RM140. Murah dah tu.. 

Day 3

Pagi hari terakhir di Langkawi, kami pergi cari Nasi Dagang Pak Malau. Dulu lokasi restoran Pak Cik ni kat Jalan Makam Mahsuri. Rasa nyaman je sambil makan nasi dagang sambil tengok sawah. Tapi sekarang, lokasi dah bertukar ke Dataran Lang atas sebab-sebab tertentu. Sedih pula dengar cerita pak cik ni. Takpe la pak cik, rezeki ada di mana-mana.

Ada papan tanda ke lokasi baru Nasi Dagang Pak Malau. 

Nasi Dagang Ayam Gulai 

Suasana gerai baru Pak Malau

Lepas makan, ambil angin di Dataran Lang. Cantik view laut dari sini. Berapa kali dah datang Langkawi, tapi ini pertama kali bergambar dengan si helang ni 😁. 



Kemudian, kami ke Galeria Perdana. Bayaran masuk adalah RM5. Apa yang ada di sini? 

Galeria Perdana ditubuhkan bertujuan untuk menyimpan, mempamer dan berkongsi dengan orang ramai pelbagai anugerah, cenderahati dan hadiah yang diterima dari Ketua-ketua Negara, pemimpin-pemimpin dalam dan luar negara swrta masyarakat Malaysia semasa pentadbiran beliau sebagau Perdana Menteri. Ada tiga blok kesemuanya, jadi masa diperlukan di sini adalah lebih kurang 2 jam. 

 Salah satu blok Galeria Perdana
Anugerah, hadiah dan cenderahati

Potret Tun M dan Tun Siti Hasmah

Kemudian kami bergerak ke Laman Padi. Laman Padi ni dekat je dengan Cenang. Cuma, keadaan di sini tidak terurus. Semak samun. Tiada pekerja kelihatan. Kosong. Tak pasti kenapa tempat yang berpotensi tinggi untuk menarik pelancong ni di abaikan. Memang kecewa dengan persekitaran dan suasana di sini. 😞🙄

Dalam kawasan laman padi ni, ada museum padi. Masuk tanpa sebarang bayaran. Banyak juga lah info mengenai padi dan proses penanaman padi di sini terutamanya alatan yang digunakan oleh masyarakat melayu pada dahulu kala. 

Banyak semak samun

Tong padi dan layar untuk memukul padi

Alatan & jentera padi dulu-dulu termasuk penumbuk padi

Destinasi terakhir sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur adalah... Laksa Ikan Sekoq. Tu dia papan tanda. 


Laksa ikan sekoq RM6, air jagung RM2

    Rojak pasembor (lupa harga) 

Jadi, sekianlah trip Langkawi untuk kali ini. Plannya next trip ke Langkawi (tak tau bila), nak buat aktiviti lasak sket termasuk ke Nature Park yang baru buka tu. Nak join? Pm tepi k.