Wednesday 29 May 2019

Perjalanan Umrah Ramadhan (Part 2)

Tiba di Kota Mekah

Pagi 21 May, kami bertolak ke Mekah menaiki bas. Perjalanan yg mengambil masa 5 jam dan kami tiba di Tanah Haram pada pukul 3.15 ptg. Sebelum tu, kami singgah di Bir Ali untuk berniat ihram untuk umrah pertama. Tak ramai sangat jemaah lain yang berniat di sini. Agak lengang.

Masjid Bir Ali

Gambar sepanjang perjalanan. Ni je yang sempat amik. Waktu lain, aku tido. 

Sampai di Mekah, awal sangat pulak. Hotel belum ready lagi dengan bilik. Jadi, kami terpaksa duduk menunggu di lobi selama 2 jam menunggu bilik masing2 ready untuk di masuki. Kami menginap di Hotel Ajyad Makareem. Katanya 5 star. Overall aku rasa ok hotel ni. Makan sedap tapi menu sama hari2. Cuma sistem saliran bilik air aku kurang gemar sebab air bertakung takde saliran keluar. Ish 🤦‍♀️. Sahabau ajelah. 

Bilik hotel di Ajyad Makareem

Bilik hotel di Ajyad Makareem

Bilik air hotel di Ajyad Makareem

Bilik hotel di Ajyad Makareem

Juadah berbuka hotel. 

Selepas dapat kunci bilik, kami hantar beg ke bilik, dan terus ke in house restaurant untuk berbuka puasa. Jakun aku tengok makanan yang variety lagi2 aku suka try makanan tempat orang. Rasa nak ambil semua. Lepas solat maghrib dan isyak di hotel, kami berkumpul di lobi untuk sama2 bergerak ke Masjidil Haram bagi umrah pertama. 

Tiba di Masjidil Haram, polis hanya benarkan jemaah yang memakai ihram sahaja yang boleh masuk. Jemaah wanita perlu diiringi lelaki berihram. Ni sebab kat dalam masjid tu dah pack, orang tengah terawikh time kami sampai. Nak tawaf pun pack kene pegang satu sama lain takut tercicir. Alhamdulillah, everything went well walau crowd terlalu ramai. Cuma kami tak dapat tunaikan solat sunat tawaf je sebab tempat penuh, tak ada space langsung. Yang cuba untuk solat memang kene halau huhu.. Tak apalah sunat je pun. 

Selesai umrah, terawikh pun habis, maka kami pun balik lah bilik, buat terawikh sendiri2. Aku tak terbuat, penat, tertido sampai 3.30 pagi. Sipi2 dah nak habis waktu sahur. 

Makan aiskrim lepas umrah. Sedap. Nyesal tak repeat 

Hari kedua aku solat subuh di hotel je. Balik bilik sambung tido dan pukul 10 pagi ke Masjid iktikaf sampai Asar. Lepas Asar, kami kene balik hotel sebab ada sesi tazkirah oleh Ustaz. Aku mulanya decide nak iktikaf sampai habis terawikh, berbuka di Masjid je, tapi makcik2 ajak aku balik hotel hadiri majlis ilmu. Terniat dalam hati aku, kalau aku balik hotel ni aku akan tido dan tak berterawikh ni.. 

Sekali, memang betul lah apa yang aku niatkan tu. Lepas majlis ilmu, terus berbuka di in house restoran dan jemaah maghrib di surau hotel. Rancangnya aku nak balik bilik untuk mandi dan proceed untuk isyak dan terawikh di surau hotel (sebab hotel masih dalam tanah haram jadi sama je ganjarannya. Untuk ke Masjidil Haram lewat dikhuatiri tak dapat masuk atau tiada tempat). Sudahnya aku balik bilik dan tertido sampai tengah malam dengan tak mandinya. 😭. Makcik roomate aku memang ada kejut tapi aku minta dia pergi dulu. So, jangan nak niat bukan2 kat sini. Ia boleh jadi kenyataan. 

Keadaan Masjidil Haram 22.5.19, 10.30 pg. Boleh tahan crowd

Sebab bengang dengan kes tertido semalam, aku bangun seawal 2.30 pagi untuk sahur dan ke masjid sesorang tunggu solat subuh. Serik la dei nanti tertido lagi huhuhu. 

Subuh di roof top, best kat sini layan suasana sambil tunggu subuh. 

Sesudah subuh, aku dah janji dengan Asma untuk tawaf sunat bersama. Alhamdulillah pukul 6.15 selesai tawaf kami dalam crowd yang mmm boleh tahan lah ramainya. Berpeluh2 walau seawal 6 pagi. 

Bukan senang nak ambil gambar. Jemaah tawaf rapat sampai tepi.

Selesai tawaf, aku balik bersiap untuk ziarah luar. Sebenarnya untuk bulan puasa ni, ziarah luar so-so je sebab panas dan seawal jam 11 pagi, kene balik semula hotel sebab jalan banyak akan tutup. Jadi, kalau keluar pukul 8 pagi apa sangat boleh buat kan? Pagi ni, kami sempat ke Jabal Nur dan Jabal Rahmah, tapi tak naik pun sebab kekangan masa dan cuaca. Di Jabal Rahmah, aku ambil gambar kat bawah je. Aku sendiri pun berdoa dalam bas je. Kemudian, kami ke Mina, Padang Arafah dan Muzdalifah. Di Padang Arafah dah boleh nampak khemah2 untuk jemaah haji dipasang. 

Me at Jabal Rahmah

Khemah2 di padang Arafah

Stesen LRT yang menghubungkan Arafah, Muzdalifah dan Mina

Kami kemudian ke Ja'ranah untuk berniat ihram. Disebabkan banyak bas aku tak dapat ambil gambar proper.. Macam ni je huhu

Masjid Ja'ranah

Balik di hotel, kebanyakan team kami menunaikan umrah tengahari tu juga dengan skooter. Aku tak gemar nak naik skooter sebab aku single jadi bila masa aku nak fokus bawa skooter, bila masa aku nk pegang buku baca doa? Kalau doa sendiri pun, aku tak yakin aku boleh fokus, berdoa sambil bawa skooter jadi aku prefer tawaf guna kaki je hehe. Kebetulan Aini tak ikut famili dia tawaf (sebab ayah dia tawaf di tingkat 1 tolak kerusi roda nenek dia), so aku dengan Aini decide untuk tawaf tengah2 panas ceng pukul 12 tghari tu di bahagian open air tu. 

Sebenarnya, boleh survive. Sebab lantai masjidil haram memang tak panas walau cuaca panas terik. Crowded memang penuh berhimpit2. Biasa tempat yang aku rasa nak penyek tu tempat lampu hijau sebab pertembungan orang nak masuk, nak keluar dan orang nak teruskan tawaf. Lepas area tu Insyaallah lapang. Walau matahari tegak atas kepala, aku tak rasa dahaga atau nak pengsan pun. Kalau kat Malaysia ni, aku rasa lapar pun boleh pitam. Kalau aku hiking tengah panas, perut kosong, konfem pitam aku datang nak rebah. Tapi kat sana, aku keliling kaabah 7 pusingan dalam puasa, manusia padat dan bawah direct matahari, tak ada rasa pitam pun. Rasa letih je la. Itu je. Selesai 7 pusingan, kebetulan masuk waktu zohor, jadi semua jemaah berhenti tawaf dan solat Zohor berjemaah. Aku dan Aini pun solat kt tepi2 tu je. Alhamdulillah. 

Sambung dengan Saie. Alhamdulillah sekali lagi, walau padat sepadatnya manusia, namun ruang tu tetap ada dan aku berjaya habiskan Saie 7 pusingan dan tahallul di situ juga. Bukan tak nak tunggu malam, tapi malas nak berada dalam ihram lama2 dan hati aku pun tak tenang bertangguh2 ni. 

Dataran depan Gate 1. Sini pun dh crowded

Tempat Saie pun crowded



Sebahagian dari Bukit Safa

Balik hotel, tido sampai petang penat kikikiki.. 

Petang rutinnya seperti biasa, tazkirah, buka puasa, solat jemaah maghrib dan sekali lagi aku tertido kat bilik lepas maghrib. Damn! 

Hari ke empat di Mekah, Jumaat 24.5, aku sempat tawaf sunat selepas subuh dan berjemaah solat Jumaat sebelum aku disahkan uzur. Aduh, sedikit kecewa sebab aku target dapat buat sekali lagi umrah, tawaf sunat dan qiamulail tapi aku yakin Allah adalah sebaik2 perancang. Untuk qiamullail, pada 10 malam terakhir, akan bermula pada pukul 1 pagi dengan melaksanakan solat hajat 8 rakaat. Memang meriah sebab dari bilik hotel aku yang jarak 100m pun boleh dengar bacaannya. Aku menyimpan angan2 untuk datang lagi pada 10 akhir Ramadhan. Moga Allah izinkan. 

Bila dah uzur ni, limited aktiviti aku untuk ke Masjid. Jadi, aku ambil peluang ni untuk ronda2 Menara Safwah dan angkut air zam2 untuk dibawa pulang hehe. 


Hudaibiyah - kedai2 cenderahati. Murah2. Belilah di sini

Berhenti untuk berniat ihram di Masjid Hudaibiyah. Aku makan angin je sebab dah uzur

Masjid Hudaibiyah 

Kedai2 dalam Menara Safwah. Agak murah

Bin Dawood. Supermarket ada macam2 tapi mahal sket harganya

Jemaah gelandangan. Aku ternampak ni masa ronda2 Safwah. Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah beri pada aku. Mungkin juga ibadah mereka lebih baik dari ibadah aku. Kalau tak keranaNya, kenapa mereka sanggup begini?? 

Sebenarnya kalau uzur, masih boleh tengok kaabah, samada di Gate 1 sebab direct nampak Kaabah (tapi panaslah) ataupun ke tempat Saie sebab tempat Saie bukan kawasan Masjid (tapi crowdes lah). Mana2 tempat pun ada cabarannya jadi hati perlu kental. Rutin aku bila uzur adalah ulang alik ke tempat saie untuk berdoa depan kaabah (walau jarak sedikit jauh tapi masih nampak jelas). 

Gate 1 - boleh nampak direct Kaabah dari sini. Kalau zoom gambar ni boleh nampak k

Tempat Saie - sini pun ble nampak Kaabah kalau zoom

Di Mekah, aku tak berpeluang buka puasa di Masjid. Biasanya akan berbuka di hotel je. Juadahnya aku perhatikan lebih kurang di Madinah sahaja iaitu kurma, air zam2 dan yoghurt.

Ahad, 26hb kami bertolak ke Jeddah sebab tak boleh nak stay di Mekah dah, hotel semua dah fully booked. Ini semua gara2 MAS delaykan flight kami untuk balik KL. 

Disebabkan aku tak dapat lakukan tawaf wida, aku hanya berdoa di hadapan Gate  mohon untuk Allah mudahkan aku untuk sampai lagi ke sini pada masa akan datang Sayunya hati masa ni Allah je yang tahu. 

Sampai di Jeddah, kami singgah di sebuah kedai cenderahati untuk tumpang solat sebelum proceed ke hotel yang disediakan oleh MAS. Memang duduk je kat hotel tu sampai 27hb ptg sebelum berangkat ke Airport. Aku mula2 decide nak keluar berjalan2 tapi dengan cuaca yang panas, lokasi hotel yang jauh dari bandar, membuatkan aku rela duduk hotel update blog aku hehe. 

                
Buka puasa ramai2 di Airport Jeddah 

Free meals diedar di Airport Jeddah

Juadah buka puasa yang disedia oleh ET

Alhamdulillah selamat tiba di tanahair pada 28hb jam 12 tghari waktu tempatan. 

Apa yang aku boleh simpulkan, 

1. Jangan simpan rasa takut untuk mengerjakan umrah di bulan Ramadhan. Aku first timer, pergi seorang dan pada bulan Ramadhan. Tidak ada konsep takut lapar, takut pengsan, takut dahaga, takut itu ini. Allah Maha Pemurah. Kita sebenarnya yang meletakkan persepsi, berburuk sangka dan tidak yakin pada Allah. Mintalah dengan Dia. Aku memang rasa sedikit penat dan mengantuk tapi mampu untuk selesaikab umrah, berpanas, berjalan untuk tawaf dan Saie tanpa rasa dahaga, lapar, nak pengsan dan sebagainya. Semuanya smooth Alhamdulillah. Lepas tawaf sunat dan Umrah berehatlah. No harm 

2. Jangan takut juga untuk datang seorang. Allah akan ada sentiasa bersama kamu. Jangan ada persangkaan. Aku sendiri tak pernah fikir camne aku nk survive seorang atau siapa nak teman aku. Semuanya serah pada Allah. Akan ada nanti. Jikalau situasi boleh berseorang dan Allah akan izin. Jika tidak, Allah akan gerakkan hati sesiapa untuk bersama kita. Mudah. Tiada yang susah dengan pertolongan Allah. Kita sahaja yang banyak perasangka.

Ini sahaja perkongsian aku tentang perjalanan aku. Perjalanan setiap dari kita adalah berlainan. Moga Allah mudahkan setiap urusan kita Insyaallah. 


Monday 27 May 2019

Perjalanan Umrah Ramadhan (Part 1)

Alhamdulillah, transit di Jeddah hari ni disebabkan flight MAS delay menyebabkan aku mempunyai ruang untuk menulis di sini mengenai perjalanan umrah Ramadhan.

Hasrat untuk mengerjakan umrah dah tersimpan lebih 10 tahun yang lalu. Berbagai halangan yang aku tempuhi, dari masalah rumahtangga dan kewangan yang sangat kritikal hinggalah perceraian dan kematian ayah aku sebagai mahram aku. Apapun, aku percaya setiap aturan Allah tu ada hikmah besar yang tersimpan.

Aku rancang untuk melakukan umrah bila aku kahwin lagi, jadi suami aku boleh dijadikan mahram aku. Tapi, bila aku nak kahwin tu memang menjadi persoalan besar. Jadi satu tekanan pula bila aku meletakkan benchmark kahwin untuk mengerjakan umrah.

Umrah Ramadhan 2019

Segalanya bermula selepas mak aku balik dari umrah pada Disember 2018. Time ni aku tak ikut, aku pergi berjimba di Seoul. Astaghfirullah....

Bila mak aku balik dari umrah, dia beritahu aku, sekarang single lady dah boleh pergi umrah, guna mahram tumpang. Cuba tanya agen yang dia pergi 'Eiman Travel' (ET). Aku pun excited lah dengan perkhabaran mak aku tu tapi tetap ada rasa was was.

Mak aku minta aku contact sendiri ET siap bagi nombor telefon Datuk Zawawi owner ET. Maka, usaha aku bermula... Aku kontek staff ET dan interview diorang macam2 mengenai konsep pergi tanpa mahram ni. Oh rupanya, mahram ni hanya diperlukan semasa mengisi borang visa sahaja. Mana2 jemaah lelaki di dalam kumpulan yang sama, yang single, akan dipadankan dengan wanita single dalam borang visa sebagai isteri. Kalau adik beradik kang nama bapa lain pula. Kebanyakan agen tak mahu dan takut buat begini, takut ada komplikasi tapi ET memang dah lama buat kaedah ni. Bagi aku, syarat visa adalah syarat Saudi sahaja untuk memastikan keselamatan dan kebajikan jemaah wanita terjamin namun umrah tetap sah jika tiada mahram sekalipun. Islam tu mudah dan aku tak nak membebankan fikiran aku hanya kerana undang-undang manusia.

Terlintas di hati aku untuk datang Ramadhan. Aku terus daftar pekej Tengah Ramadhan tanpa memikirkan suasana, cuaca dan kos pekej untuk bulan Ramadhan. Bila dah daftar, aku memanjat doa ke hadrat Illahi supaya dimudahkan perjalanan aku dan proses mendapatkan visa nanti.

Mac 2019 - aku diberitahu oleh ET yang aku dah ada mahram tumpangnya. Excited aku. Siapa mahram tumpang aku tu? Ingatkan lelaki hensem yang boleh aku ngorat, rupanya Datuk Zawawi sendiri hahahahaha kerana jemaah tidak ramai kali ni. Bila dapat tahu adanya mahram tumpang, aku solat hajat setiap hari supaya Allah mudahkan perjalanan aku, diberikan kesihatan, semangat, tenaga untuk menyempurnakan umrah aku.

Untuk kursus umrah, aku menghadiri kursus percuma yang dianjurkan oleh Andalusia untuk awam di premis Andalusia di Pandan. Aku juga join kursus yang dianjurkan oleh ET sendiri di samping membaca buku2 panduan umrah supaya aku lebih faham apa dan bagaimana.

16 May 2019 Perjalanan bermula

Perjalanan kami dijadualkan berlepas pada asalnya 15 May 2019 namun MAS memberi notis flight delay sehari disebabkan masalah teknikal. Mmm akur sahajalah. Aku dah siap apply cuti dah 15 May tu 😔.

Sebelum berangkat memang banyak ujian yang aku hadapi, dari soal hati dan perasaan, hal tempat kerja hinggalah masalah kesihatan. Beberapa hari sebelum berangkat misalnya aku demam, selsema, batuk dan kene cirit birit. Risau betul aku masa tu sebab badan aku pun dah lemah sebab sakit2 aku tu. Rupanya, Allah bagi bermacam ujian sebelum aku mengerjakan umrah kerana Dia ingin memudahkan perjalanan aku. Mudah. Ya, sangat mudah. Alhamdulillah.

Seawal 11 pagi, 16 May aku dh bergerak ke KLIA. Dek kerana cirit birit yang berterusan dari hari sebelumnya, aku berbuka puasa kerana bimbang risiko penat dan lapar kerana perjalanan yg agak panjang. Kenelah ganti..... Huhuhuhu

Tiba di KLIA, aku menyerahkan beg di kaunter K seperti di arahkan dan menunggu masa untuk taklimat pada pukul 1.30pm oleh mutawif, iaitu Ustaz Zawawi sendiri. Ustaz bagitau penerbangan balik ke Malaysia delay sehingga 27hb disebabkan oleh masalah teknikal, (sepatutnya 26hb dah sampai Malaysia) meaning pada 28hb baru sampai Malaysia. 😭 Jadi hotel arrangement semua kene tukar sebab pada 10 malam terakhir hotel di Makkah tidak dijual dengan harga 1 malam tetapi dijual dengan pekej 10 malam terus. Dan aku, terpaksa la amik EL dua hari sebab baru tahu akan hal ni. Ujian....

Aku nampak pendek dalam gambar ni.. Mm

Kalau biasa aku travel, aku akan datang sendiri ke airport, tapi kali ni Mak dan adik aku yang hantar. Ok lah tu. Ada juga orang hantar kan? 😁😁. Aku ingat akan nangis2 tapi entahlah keras betul hati aku. Tak ada rasa nak nangis langsung. Bersalam biasa je dengan mak aku huhuhu.

Pukul 3pm - flight depart. Kepada yang berpuasa, mereka perlu berpuasa selama 18 jam, iaitu berbuka pada pukul 12 mlm waktu Malaysia, bersamaan 7 mlm waktu Madinah, iaitu satu jam sebelum landing. Memang rush jugak makan sebab dah nak landing kan...

Hidangan berbuka puasa oleh MAS

Kit yang diberi kepada semua jemaah hasil usahasama MAS dan AMAL. Memang bagus dan semua berguna untuk aku - sejadah, cincin zikir, wuduk spray dan berus gigi. 

Pukul 8pm - kami tiba di Prince Mohammad bin Abdulaziz International Airport, Madinah. Sebuah bas sudahpun menunggu untuk membawa kami ke hotel. Laluan aku ke imigresen amat mudah. Bagi pasport, depa ambil cap jari then thats it. Tak ada nak tanya mana mahram aku bagai. Alhamdulillah amat mudah. Once dah ada visa, memang diorang tak akan tanya mahram mana.

 Madinah Airport 

Kami menginap di Hotel Bahauddin Almadinah Hotel yang terletak 60m dari Gate 25 Masjid Nabawi. Dekat sangat. 

 Hotel kami. Sebelah hotel ada kedai kurma, cenderahati dan money changer. Murah2 harganya

Gate 25 Masjid Nabawi 

Kami berada di Madinah selama 5 hari iaitu dari tarikh kami sampai 16 May sehinggalah 21 May. Pagi 21 May kami bertolak ke Mekah. Rutin seharian adalah sama kecuali ziarah luar ke Masjid Quba pada hari ketiga di Madinah. 

Tiba di hotel, kami letak beg dan bersiap2 ke masjid untuk jamak Isyak dan Maghrib serta berterawikh. Oleh kerana sampai lambat, kami bentang sejadah di dataran sahaja. Ramai betul orang. Dalam dan luar masjid memang penuh melimpah ruah. 

Aku duduk bilik bertiga. Room mate aku adalah mak cik dan kakak yang jauh lebih tua dengan aku, datang dengan husband mereka. Diorang dah banyak kali datang umrah ni. Aku pula first timer, blur2 ayam macam biasa. Jadi, mak cik ni kesian tengok aku sorang2 (in which aku ok je. Just nak familiarize dengan tempat tu sekali dan aku boleh bawa diri sebenarnya) so, dia cakap dia akan teman aku ke mana2. Suami dia orang ternama dan benarkan mak cik ni teman aku. Alhamdulillah Allah mudahkan. Kakak sorang lagi tu memang akan berjalan ke mana2 dengan suaminya. Group kami ada 18 orang sahaja dan yang lain adalah famili. Kiranya aku seorang je yang single perempuan tanpa mahram, tanpa keluarga mahupun kawan dalam Group aku. 

Aku ke Nabawi dengan mak cik tu. As a first timer, aku memang tak tau sangat selok belok masjid ni. Rupanya mudah je. Pintu 25 tu memang pintu untuk jemaah wanita dan juga pintu masuk untuk ke Raudhah. Walau aku ada buat pembacaan, tapi tak sama dengan visualiti. 

Berbalik pada cerita terawikh tadi, terawikh di Nabawi bermula pada pukul 9.20mlm dan habis dalam jangkaan 11.10mlm. Waktu Isyak dilanjutkan hingga pukul 9mlm (pukul 9mlm baru azan) untuk memberi laluan untuk berbuka puasa. Bacaan terawikh agak panjang tetapi laju. Yang paling panjang dan lama adalah bacaan qunut witir. Aku tak pasti apa maksud bacaannya tapi aku dengar suara imam nangis2 so dengan aku sekali jadi sedih. Kadang2 org sebelah aku menangis, dengan aku sekali nangis walau aku x faham. Qunut witir tu adalah juga dalam 10 - 15 minit. Memang lenguh juga berdiri. 

Malam pertama memang dapat 7 rakaat sekali dengan witir tak silap aku. Malam seterusnya aku buat 8, 10, 20 rakaat, ikut kemampuan aku. 

Suasana terawikh di dataran. Dalam masjid aku tak berkesempatan untuk ambil

Sepanjang di Madinah, kami makan sahur yang disediakan oleh pihak hotel. Masakan Indonesia. Bolehlah. Sedap je. Kadang2 ET belikan kami Nasi Mandy tapi tu lah, perut kecik macam aku ni tak pernah habis. Makanan memang mewah di sini. 

Waktu sahur adalah 2.30pg hingga 4pg. Biasanya aku akan bangun pukul 2.30 pg bersiap2 dan turun makan sahur di cafeteria hotel. Subuh di Madinah adalah lebih kurang pukul 4.13pg dan pukul 3.13 azan pertama akan dilaungkan. Kalau aku tersedar awal, aku akan pastikan aku ada kat masjid seawal azan pertama. Lagi2 kalau nak masuk Raudhah. Perlu pastikan dapat tempat di saf hadapan supaya dapat masuk awal. Kalau azan 4.13 baru nak masuk masjid memang dapat duduk belakang2 aje le. Silap2 kene solat kt dataran je sebab penuh dah kat dalam masjid. Lepas subuh biasanya aku akan iktikaf tunggu syuruk untuk solat sunat. Syuruk lebih kurang 5.33 pagi. Lepas solat sunat dhuha baru akan balik ke bilik. Perlu ingat, solat di Nabawi adalah sama dengan 1000 kali solat. 

Rasulullah SAW bersabda, “shalat di mesjidku sama dengan orang yang shalat seribu kali di masjid lainnya, kecuali Masjidil Haram. “(HR. Bukhari).

Balik bilik lepas syuruk sempat la tidur sekejap hilangkan mengantuk sebab 7.30 biasanya kami akan ada tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Zawawi sendiri. Kadang-kadang tak sempat tidur pun sebab balik dari masjid lambat. Kiranya dalam sehari ada dua kali majlis ilmu, pada pukul 7.30 pagi dan pukul 5.30 petang. Selepas majlis ilmu sebelah pagi habis kira2 jam 9 pagi barulah aku sambung tidur sampai 11 pagi. 

Pukul 11.30 lebih kurang aku dah bersiap untuk ke masjid zohor berjemaah. Zohor di Madinah adalah pada pukul 12.19 tengahari. Lepas Zohor aku akan iktikaf sampai waktu asar. Masa iktikaf ni, tak semestinya duduk mengaji je. Boleh berzikir, tidur pun boleh. Janji niat iktikaf. Aku kadang-kadang ada juga terlupa niat iktikaf huhu.. 

Lepas asar aku akan balik ke hotel untuk tazkirah petang pula. Biasanya tazkirah habis hampir2 dengan waktu berbuka puasa. Untuk berbuka, aku dengan room mate aku akan ke masjid berbuka di sana dan solat maghrib berjemaah. Kemudian balik hotel untuk makan nasi yang disediakan di hotel dan kembali ke masjid untuk solat Isyak dan terawikh. Begitulah rutin seharian di sini.

Suasana iktikaf 

Perkarangan Nabawi

Berpusu ke masjid untuk Subuh berjemaah

Berbuka Puasa di Masjid Nabawi

Seawal 4.30 ptg, para petugas akan menyediakan tempat untuk berbuka puasa, dihamparkan karpet atau pelapik dan mereka mula mengedarkan makanan kepada para jemaah seperti Roti Arab, Laban, Yogurt, Kurma, Air Kotak, Mineral Water, Chai, Zamzam dan kadang-kadang ada nasi Mandy disediakan. Juadah ini sebenarnya dari sumbangan-sumbangan dari individu untuk jemaah berbuka puasa. Walaupun nampak ringkas, tapi sebenarnya agak mengenyangkan. Itulah berkahnya bumi Madinah. Pengalaman aku berpuasa di sini, memang tidak rasa lapar dan dahaga walau suhu mencecah 35° sehari. Bertenaga untuk berulang alik ke masjid dan masih mampu untuk solat sunat dan berjemaah. Cuma aku rasa mengantuk je sebab tak cukup tidur. Tidur purata 4 jam je sehari kat sini. 

Biasanya berbuka di masjid ni aku akan pergi dengan beberapa orang ahli Group aku. Keadaan di dataran dan dalam masjid, memang full house, padat setiap hari. Kalau sampai lambat nak cari ruang untuk seorang pun susah. Kalau ada kosong, biasanya petugas akan heret untuk ke tempat yang masih kosong. Alhamdulillah beberapa hari di Madinah, walau tak sempat untuk dapatkan makanan, tempat untuk duduk tu ada. Actually tak dapat makanan pun takpe sebab makanan yg kitoranh dapat dari hari sebelumnya pun tak habis2. 

Selepas azan berkumandang, jemaah akan diberikan masa dalam 5 minit untuk berbuka puasa sebelum petugas datang untuk gulung2 plastik saprah dan bersihkan tempat untuk dijadikan tempat solat berjemaah Maghrib. Memang tiada pilihan, nak tak nak kene stop makan hehe.. 

Lepas solat maghrib berjemaah dan solat sunat barulah mereka akan berkelah makan makanan berat sehingga azan isyak lebih kurang pukul 9mlm.

Memang seronok suasana Ramadhan di tanah berkah ni, bersahur, menjalani puasa, berbuka serta bertawarikh.. 

Menunggu berbuka

Makanan memang banyak. Tak kehabisan

The crowd

Antara makanan yang diperolehi jemaah

Suasana di dataran. Ni baru 1/20 kot or smaller. 

Raudhah

Sebagai lone ranger, aku memang tak boleh mengharap 100% pada jemaah aku. Kadang2 untuk ke masjid sekalipun aku pergi sendiri. Ye lah expectation masing2 tidak sama, ada yang nak stay, ada yang nak datang awal dan sebagainya. Bila aku dah familiar selok belok, survive sendiri tu adalah cara terbaik. 

Pertama kali masuk ke Raudhah (taman2 syurga) adalah pada hari ketiga di Madinah. Hari kedua tu aku masih pening2 macamana nak masuk ke Raudhah. Seolah tiada keberanian. Makcik yang selalu ke masjid dengan aku tu pun pada mulanya cakap dia macam malas nak masuk Raudhah. Aku? Dah alang sampai aku nak masuk jugak camne pun. Nak berdoa dan berdoa.

Pagi hari ketiga tu aku terpisah dengan makcik yang biasa pergi masjid dengan aku tu. Orang ramai sangat dan aku pening nak cari dia dan aku juga kejar masa untuk tahajud sebelum subuh, jadi aku masuk je ke ruang kosong yang ada. Dapatlah saf kedua. Aku tanya petugas, pukul berapa Raudhah dibuka, dia jawab pukul 7.30pg. Aku pun, lupakan je la hasrat aku nak masuk sebab pukul 7.30 pagi ada ziarah luar. Mana nak sempat kan?

Lepas solat jenazah pagi tu, aku baru je nak bagi salam, orang dah mula himpit aku. Ermm..dan masa tu dh crowded sangat sampai aku pun fikir banyak kali macamana nk keluar dari situ. Petugas announcekan sesuatu tapi aku tak faham apa pun dia cakap. Pada skrin di ruang aku duduk tu tertera pintu Raudhah di ruang aku duduk akan dibuka pada pukul 7 pagi. Aku pun pikir, sempat ke tak sebenarnya? Sejujurnya aku memang tak tahu Raudhah tu bentuk macamana dan sejauh mana dari tempat aku duduk dan macamana kaedah depa bagi masuk.

Aku pusing kiri kanan semuanya bangsa yang aku tak tahu bahasa diorang apa. Aku pusing belakang, ada seorang Indian lady. Mariam namanya dari Kerala. Muda. Aku tanya dia, you know English? Dia angguk. Aku tanya dia lagi, what she said (petugas). Dia jawab, Raudhah akan buka sekejap lagi dalam 6pg. Aku tanya dia lagi, di screen shown the gate will be opened at 7am. Is it far from the gate and is it i have enough time if i want to go back to hotel by 7.30am? Lady tu jwb, u need to walk a bit, perform salah and get out. Maybe enough time. Aku still ragu2 dengan crowded ribuan manusia yang nak masuk dalam satu masa.

Aku pun doa, minta dengan Allah moga dipermudah dan dicukupkan masa untuk aku masuk. Tak putus aku doa, dalam masa sama tengok jam kot gate buka awal. Beberapa minit sebelum pukul 6, aku dengar riuh rendah dari ruang sebelah. Jadi dapat agak gate ruang sebelah yang dibuka dahulu. Jadi jemaah dalam ruang aku dah gate ready untuk serbu. Aku ni kecik. Risau je kene tolak kang jatuh gedebuk di situ. Memang boleh mati kene pijak sebab ramai sangat doe.

Tengah aku berdoa tu, jemaah di ruang aku bangun. Aku pun bangun jugak blur2. Dan tanpa disangka, Mariam pegang dan tarik tangan aku. Tak sangka Allah bantu aku macam ni. Bila petugas announce jemaah ruang aku kene lalu ikut pagar ruang sebelah untuk ke Raudhah, Mariam tarik tangan aku dan aku pun ikut sama berlari2 dengan dia. Aku ikut je sampai betul2 di Raudhah, kami tunggu giliran dan dia tarik lagi tangan aku untuk cari ruang solat. Memang susah nak dapat tempat di hadapan betul2 tempat mustajab tu tapi kami dapat tempat tak jauh dari tempat tu, berhampiran dengan makam Rasulullah dan sahabat. Setelah solat 2 rakaat dan berdoa dalam sujud, Mariam sempat lagi intro aku Makam Rasulullah dan sahabat. Baiknya dia. Terharu betul aku.

Keluar dari Raudhah, elok2 pula jumpe mak cik yang hilang dari pandangan mata aku tadi kat tempat letak kasut. Aku minta maaf kat mak cik tu sebab tak sempat nak cari dia pagi tadi. Aku kejar masa untuk solat. Mak cik tu pn cakap dia faham. Orang pun ramai. Aku keluar masjid dan bergambar dengan Mariam. Bertukar nombor dan sebagainya.

Kali kedua dan ketiga aku masuk Raudhah adalah dari arrangement ustaz zawawi yang mnta bantuan ustazah dari Indonesia untuk bawa kami masuk. Ustazah ni memang ada taktik untuk solat betul2 di hadapan tempat mustajab tu. Memang berkali2 kami solat sunat dan berdoa dalam sujud. Time ni hati kene kental sebab akan ada orang dengki kau solat lama, siku kepala, pijak kepala dsb. Nak berdoa pun sampai tahap macam tu. Kita kene terima bahawa seluruh bangsa dunia ada di situ dan tak semua bangsa in the same manner with us. Banyakkan bersabar. Apapun, aku tetap syukur sebab diberi peluang masuk ke Raudhah sebanyak 3 kali. Alhamdulillah.

Suasana di Raudhah

Sempat curi ambil gambar huhu

 Mimbar Rasulullah yang segi tiga tu

Aku dan Mariam

Shopping

Di sekitar hotel aku duduk, banyak terdapat kedai2 yang menjual bermacam2 perkara. Jubah, AQ, sejadah, tasbih dan macam2 lagilah. Jubah di Madinah memang cantik2 dan murah. Aku sendiri pun, membeli tak hengat. Boleh dikatakan kalau nak beli apa2 better beli di Madinah. Murah dan cantik. Aku pergi shopping sorang jadi mind aku tenang memilih hahaha.

Kedai jubah

Kedai kacang dan kurma

Kedai sebelah hotel. Mamat ni offer aku kawin dengan orang arab. Banyak betul free gift dia bagi aku. Aku jawab nak kene istikharah dulu huhu

Kedai kacang dan kurma

Mall ni belakang hotel aku je. Murah2 dan cantik. Banyak jugak aku borong kt sini. 

Ziarah luar

Ziarah luar kami di Madinah adalah ke Masjid Quba, bukit Uhud, Masjid Tujuh dan Ladang Kurma je.

Masjid Quba - Masjid Quba ialah masjid pertama yang dibina oleh orang Islam. Masjid ini terletak di Kota Madinah kira-kira dua batu daripada Masjid an-Nabawi. Masjid ini diasaskan oleh Nabi Muhammad (SAW) sebelum baginda tiba di Madinah ketika berhijrah dari Makkah.

Kami berhenti di sini untuk solat dhuha dan hajat. 

Masjid Quba

Papan tanda ni menjelaskan Rasulullah akan ke Masjid Quba pada setiap hari sabtu untuk menunaikan solat dua rakaat dan pahala untuk sesiapa yang menunaikan solat dua rakaat di sini adalah bersamaan dengan Umrah

Tempat solat wanita

Perigi yang menjadi asal nama Quba diambil

Bukit Uhud

Tempat pertempuran Perang Uhud di mana tentera Islam mengalami kekalahan teruk disebabkan lalai dengan harta rampasan perang. Ini membolehkan angkatan berkuda Quraisy Makkah di bawah pimpinan Khalid Al Walid mengelilingi bukit dan menyerang dari belakang. 

Bukit Uhud juga di katakan bukit yang mempunyai perasaan dan bukit yang dijanjikan ada di Syurga kelak. 

Aku tak dapat ambil gambar Bukit Uhud sebab tengok dari atas bas je. Cuaca panas sangat. Tak turun huhu. 

Masjid Tujuh

Masjid ini merupakan gabungan dari tujuh masjid kecil, yang sebenarnya hanya enam masjid ditambah dengan Masjid Qiblatain yang dikunjungi dalam waktu yang bersamaan sehingga disebut dengan Masjid Tujuh. Masjid ni pun tengok dari atas bas je. Panas beb!

Masjid 7

Ladang Kurma

Kat sini, kami masuk kedai buah kurma je. Aku beli kurma hidup dalam 15 rial sekilo. Sedap tapi masa nak gerak ke Mekah aku tertinggal dalam fridge hotel. Bukan rezeki aku.

Ni antara barang jualan di kedai kurma

Berbagai jenis Kurma

Kurma

Coklat dan biskut Kurma

Kurma Hidup

Pada bulan puasa ni, ziarah luar agak limited kerana faktor cuaca. Memang panas dan tak selesa untuk berjalan, mendaki sebagainya. Aku pun takde kisah sangat sebab aku datang nak ibadah. Kalau nak seronok ziarah luar, datanglah musim sejuk dan bukan Ramadhan. Boleh makan2.

Sedekah

Banyak cara untuk sedekah di sini. Antaranya adalah sedekah pada cleaner di Nabawi. Kebanyakan cleaner adalah orang Indonesia atau Bangladesh.

Selain tu korang boleh beli Al Quran di kedai2 dan bagitau tuan kedai Al Quran yang ianya adalah untuk diwakafkan. Tua  kedai akan cop wakaf pada Al Quran tu. Korang juga boleh derma kerusi untuk masjid. Mereka yang kurang upaya dan solat sambil duduk amat memerlukan kerusi tersebut. Betulkan niat Insyaallah Allah akan mudahkan jalan.

Tenang

Sepanjang 5 hari di Madinah, aku rasa amat tenang. Tak pernah aku setenang tu. Langsung tidak ada rasa serabut, memikirkan masalah dunia. Tenang lain macam. Dengan berkah Ramadhannya, crowded macamana pun, ruang untuk ibadah tu tetap ada, tenaga cukup untuk beribadah dan aku juga nampak bermacam petunjuk mengenai diri aku yang Allah tunjuk di sini (too personal too share however). Alhamdulillah.

Kat sini juga aku bertemu Asma, member lama aku masa di EY dulu. Aku tak tahu pun dia akan datang sini. Dalam beribu orang di Nabawi dia boleh nampak dan tegur aku. Alhamdulillah. Aku banyak bersama Asma di Mekah.

Aku dan Asma

Moga Allah jemput lagi aku ke sini. Walau pun aku seorang datang sini, tidak ada kerisauan di hati aku, aku serah segala perjalanan aku di sini kepada Allah dan Alhamdulillah Dia mudahkan aku.

Selamat tinggal ya Rasulullah. Aku akan datang lagi. Menitik2 air mata aku nak tinggalkan bumi Madinah dan aku mengharapkan hayat aku akan berakhir di sini suatu hari. Insyaallah.


Bersambung cerita perjalanan di Mekah dalam part 2