Wednesday 30 October 2019

Explore India 2.0 - Amritsar (Part 3)

Day 4

Setelah 3 jam menunggu di Jodhpur Airport, akhirnya kami berlepas ke Delhi menaiki Air India. Penerbangan selama 1 jam dan ini merupakan first time aku fly dengan Air India. Not bad Air India ni, steward pun hensem2, makanan vege pun sedap siap ada sos cili cap Air India. Kau ada? hehe

Air India.. 

Meal pack Air India

Mineral and Packaging Meal Pack Air India

Tiba di Delhi, kitorang terus ke connecting flight sebab untuk ke Amritsar, kitorang naik Vistara Airline, seperti Malindo lah standardnya tapi lagi cun, lagi baru dan ada provide makanan yang boleh tahan juga sedapnya. So, aku tak menyesal beli tiket yang agak mahal untuk dedua airline ni...Both about RM645 macam tu hukhuk...

Meal Pack Vistara

Packaging Meal Pack Vistara

Around 9.45pm kami tiba di Amritsar. Keluar dari Airport Amritsar, satu tuktuk pun tarak. Kosong Airportnya kecuali beberapa teksi dan kenderaan pick up and drop off. Sebab tak sempat nak research bagai so, kitorang ambik teksi Airport je untuk ke hotel. Bila keluar dari gate Airport tu baru nampak beberapa tuktuk di tepi jalan besar. So, kalau korang ke Amritsar naik flight dan bercadang nak naik tuktuk, silalah menapak sedikit dalam 300m ke jalan besar untuk ambik tuktuk di situ, ok?

Tiba di hotel, kami have a rest sebab esok nak jalan banyak lagi. Dan seperti di city lain, kami hire kereta sewa dan driver untuk ke attractions di Amritsar sebab nak jimat masa.

Day 5

Pagi, last day di bumi India, kami check out dan menghala ke Golden Temple. Driver pick up dari hotel dan drop kami di barisan shop lot. Jadi, kami perlu berjalan kaki around 10 minutes untuk ke Golden Temple.

The memorial of Jallianwala Bagh

Sebelum sampai ke Golden Temple, aku ternampak Jallianwala Bagh. Kami singgah sebentar nak tengok apakebendenya tempat ni. Entrance is free.

Jallianwala Bagh

Tempat ni merupakan Memorial Peringatan Negara untuk mengingati peristiwa pembunuhan beramai-ramai Jallianwala Bagh yang berlaku di tapak di Festival Vaisakhi, 13 April 1919. Dalam peristiwa berdarah tu, Brigadier-Jeneral Reginald telah memerintahkan tentera-tentera India British untuk menembak orang awam yang tidak bersenjata di dalam compound Jallianwala Bagh dengan menggunakan raifal. Sekurang-kurangnya 400 orang terbunuh, termasuk 41 kanak-kanak, 1 orang bayi, dan lebih 1,000 orang cerdera.

Tak lama pun spend masa kat sini, just around 1 hr sebelum menapak ke Golden Temple.

Golden Temple

The Golden Temple 

The other side of the Temple

Temple surroundings

Dipanggil Golden Temple sebab ia disalut emas. Kuil ni merupakan Rumah Suci penganut Sikh, atau boleh dikatakan juga tempat Sikh mengerjakan Haji. Nama lain bagi Golden Temple adalah Harmandir Sahib, Darbar Sahib atau Gurdwara Sahib.

Golden Temple ini dibina di atas pelantar kaki persegi 67 di tengah-tengah Man-made pool pada tahun 1577 oleh guru RAM Das. Temple ini telah dibina semula secara berulangkali oleh Sikh selepas ia menjadi sasaran penindasan dan telah beberapa kali dimusnahkan oleh tentera Islam dari Afghanistan dan Empayar Mughal.

Kerja pembinaan semula Golden Temple seperti yang kelihatan pada hari ini bermula pada tahun 1764 di bawah kepimpinan Sultan-e-Quam Sardar Jassa Singh (1718 – 1783) dan Sikh lain yang terkemuka seperti Misl Sardars dan Jagirdars. Pembinaan semula ini siap pada tahun 1776.

Tempat deposit kasut for free

Dalam kawasan Temple ni ada disediakan makanan percuma tapi tak  tak jumpe pun part mana. Sebelum masuk Temple, perlu deposit kasut di kaunter yang disediakan dan basuh kaki di laluan masuk ke Temple. bagi yang tak bertudung, perlu tutup kepala anda ye.

Tempat mandi air suci bagi wanita

Waktu aku pergi, linkungan 10.30pg, terlalu ramai orang. yang mandi pun ada, yang sembahyang pun ada, yang tidur dan lepak dan ada. Aku observed je diorang2 ni..hormat kepercayaan dan agama bangsa lain sepertimana kita mahu kepercayaan dan agama kita dihormati.

Ni je gambar yang sempat tangkap di museum memandangkan kamera prohibited di bilik pameran

Dalam Temple ni juga ada museum menceritakan kisah silam bangsa Sikh, perjuangan diorang menegakkan agama serta musuh mereka. Musuh mereka Islam lah (Mughal). Kalau kita ada perjuangan kita, mereka juga ada perjuangan diorang....

Setelah spent lebih kurang sejam lebih kat sini, kami keluar dan jalan-jalan di sekitar shoplot sekitar.

Kedai cenderahati di sekitar Golden Temple

Agak murah kedai kat tepi2 ni. Barangan yang dijual pun menarik

Kat lorong ni ada kedai makan sedap2

Kedai manisan Amritsar 

Contoh Amritsar. Aku ada beli tapi sampai hari ni ada lagi tersimpan dalam fridge 😅

Bharfi Koya - antara manisan yang femes di sini

Aloo Wala Kulcha. Sedap betul. Aku suka kuah macam air asam tu

Sweet Lassi. Ni pun sedap jugak

Jangan lupa try Aiskrim ni. Kedai dalam row shoplot menghala ke Golden Temple 

Dah penat jalan2 area shoplot bawah panas terik, kitorang ke sini pulak...

Maharaja Ranjit Singh Museum.

Museum ni sangat sunyi sepi dengan beberapa pelawat je. Tak berapa di maintain sangat dan basically takde apa sangat pun yang boleh ditengok (overrated). Rasanya setengah jam paling lama untuk berada di sini. Rasanya museum dalam Golden Temple tu lagi banyak bende boleh tengok.

Bangunan museum Maharaja Ranjit Singh

Statue Maharaja di perkarangan museum

Ini menceritakan suasana semasa Maharaja masih bayi lagi, tahun 1781

Gambar ni menceritakan Maharaja ni seorang yang sekular di mana beliau telah membeli Al Quran bertatahkan emas dari seorang kaligraphi disebabkan kaligraphist tak dapat jual Al Quran tu at desired price. Al Quran tu kemudiaannya dihadiahkan kepada Fakir Azizuddin sebagai tanda persahabatan (Muslim Chief Minister in Maharaja Ranjit Singh's government). 

Entrance Fee: Rs10 per person

Bangunan asal museum ni adalah Summer Palace raja pertama Empayar Sikh, iaitu Maharaja Ranjit Singh. Istana ini kemudiannya di convert menjadi sebuah museum pada tahun 1977. Museum ini banyak memaparkan kisah dan sejarah Maharaja Ranjit Singh. Kebanyakan yang dipamerkan lukisan yang menggambarkan peristiwa yang berlaku pada kurun ke 18 dan 19 yang berkaitan dengan Maharaja Ranjit Singh. Antara lain yang dipamerkan adalah syiling lama, manuscripts, armours and replicas of events.

Next destination kitorang adalah......

Gobind Garh Fort

Gobinh Garh Fort dikenali juga sebagai Bhangian da Killa (kubu Bhangis). Kubu ini mempunyai tapak warisan sejarah yang berusia 257 tahun dari era Bhangi Misl hingga ke era Maharaja Ranjit Singh, British East India Company hinggalah The Indian Army pada masa sekarang. Kubu ini mempunyai 5 biji Meriam termasuk dua Meriam terkenal dikenali sebagai 'Zamzama'.

Entrance Gobind Garh Fort 

Benteng kubu

Bahan pameran museum. Mainly about turban, types and and style for wearing it

Fort ini sebelumnya didiami oleh Tentera India dan dibuka untuk orang ramai pada 10 Feb 2017 dengan memaparkan berbagai kisah sejarah Punjab.

Entrance fee ranging from Rs375 - Rs625 bergantung kepada pekej mana yang diambil.

Pilih la mana korang suka. Ada banyak pekej

Aktiviti yang dimasukkan ke dalam pekej adalah:

a) Sher-E-Punjab (Lion of Punjab) : Ni bukan cerita singa tetapi cerita tentang kehebatan pahlawan Punjab iaitu Maharaja Ranjit Singh melawan musuh (Mughal) dan mempertahankan agama dan bangsanya. Selalunya kita dengar cerita pahlawan dan pemimpin agung kita, apakata kita buka minda tengok cerita pahlawan bangsa lain pula...
b) Monument areas & Pagri Museum : Tak banyak monument yang ada di dalam kawasan Fort. Museum pula banya berkisar sejarah turban, jenis dan cara pemakaiannya
c) Punjabi Raung Raunak : Aku tak tengok performance ni sebab ia berlangsung pada sebelah petang. Kitorang dating tengahari dan tak dapat tunggu sebab nak ke Wagah Border pula petang nanti
d) Kanda Boldiyan Ne : Aku tak amik pekej yang ada performance ni. Rasanya ni performance tentang sejarah Amritsar lah juga.
e) Animal rides : Horse or Camel
f) Variety of games

Ni jeblah spot paling lawa untuk bergambar

Sebelum bertolak ke Wagah, yang jauhnya dalam 40min macam tu dari pusat bandar Amritsar, kami singgah lunch. Restoran apa nama aku lupa hahah. Kami order nan, Lalla Mussa Dal, Paneer Taka Tak, share 2 orang.. Harga kat sini not bad. Mahal sket. 

Hidangan lunch kitorang. All veges.. 

Manggo Lassy

Wagah Attari Border Ceremony


Ceremony di sempadan India-Pakistan ini adalah upacara penurunan bendera dan merupakan amalan ketenteraan harian pasukan keselamatan India (Border Security Force, BSF) dan Pakistan (Pakistan Rangers) sejak tahun 1959.  Upacara ini ada mix of kawad, macam dancing pun ye, berlawan nafas paling panjang pun ye, bertanding menaikkan kaki setinggi mungkin pun ye jugak. Tengok ajelah video2 kat bawah ni.

Ceremony ni diadakan sebagai simbol persaingan, persaudaraan dan kerjasama antara kedua-dua Negara. Macam nak gaduh pun ye aku tengok.

Ceremony bermula pada pukul 5pm tapi seawal 4pm orang dah ramai dan membanjiri mini stadium di kedua belah Negara. India lagi ramailah dari Pakistan. Locals lah yang ramai. Foreigner satu row tempat duduk je dan untuk foreigner memang ada tempat duduk khas.

India Gate, Wagah-Attari Border

Kene jalan kaki dalam 10min dan melalui security check untuk sampai ke stadium tempat ceremony diadakan 

Masa aku sampai, sebelah India pasang lagu disco mix ala2, sebelah Pakistan pasang surah Ar-Rahman, memang bertembung elok. Macam berpesta pun ada juga. Aku pun layan je la tengok gelagat masing2.

Pack stadium and mostly locals

Diorang bagi priority to ladies untuk turun dancing kat situ sambil pegang flag India

Performance sedang berlangsung. Pintu Gate border dibuka dan ditutup kembali lepas ceremony selesai

Row aku duduk ni memang khas untuk foreigners 

Belah sana tu Pakistan. Cool je. Audience pun tak ramai dan tak riuh rendah like belah India

Video pendek ceremony. Aku nk upload yang panjang sket katanya lebih had. Oklah! 

Performance berlangsung selama 1 jam dan lebih kurang 6pm aku beransur keluar sebab tak nak terlibat dalam kesesakan manusia huhu..

Performance ni free je..

Last but not least sebelum balik Malaysia malam tu jugak.. Kita ke Sadda Pind

Sadda Pind ni tempat tradisi diorang, kampung tradisi, makanan tradisi so kalau nak tau budaya punjabi memang sesuai ke sini. Ala2 macam kampumg budaya sarawak, jeju folk village macam tua contoh yang aku boleh bagi.

So meh kita tengok apa yang aku sempat tangkap memandangkan masa suntuk untuk ke airport.

Ini tempat simpan rumput nak bagi makan kt kuda/lembu 

Ini sedap. Apa nama tak ingat. Kalau banyak masa memang kau boleh kenyang kat sini.. 

Rumah tradisi diorang. Simple. Bantal pun takdak. 

Ada tin tin jugak kat sini. Ingat aku je yang main masa kecik

Aku tenung macam aku tau je bende apa tu. Ini macam alat untuk pintal benang

Ada performance silap mata kat sini. Aku layan kejap je

Ini pejabat pos zaman dulu2 

Ini pula menenun kain

Demonstrasi menenun karpet

Entrance Fee Sadda Pind ni mahal sket, Rs750 termasuk lunch/dinner makanan tradisi diorang. Tapi sebab aku sampai kat sini pun lambat, maka tak sempatla nak dinner. Takde rezeki..

Marilah pulang ke Malaysia 😁😁🇲🇾🇲🇾. Aku amik flight direct Amritsar to KL.

Basically Amritsar ada tarikan tersendiri tapi aku rasa sehari dah cukup untuk berada kat sini. Kalau lama nanti bosan..

Sekian cerita India 2.0 aku..








Monday 28 October 2019

Explore India 2.0 - Jodhpur (Part 2)

Day 2

Hampir 6 jam jugalah mereput di stesen Jaipur untuk menunggu next train ke Jodhpur. Memandangkan aku beli tiket 1st class sleeper so, ada tempat menunggu khas yang lebih selesa, tak bising dan ada toilet khas (walau tak bersih mana but much better than toilet kat luar). Di tempat menunggu tu juga ada breastfeed room yang ble guna untuk solat. Aku dengan Farah dah pedih biji mata pun tak dapat nak tidur jugak takut terlelap langsung tertinggal keretapi. Haru!

Ruang menunggu awam, Jaipur Railway Station

                       
Finally, train arrived at 2.45am

Untuk train ke Jaipur, aku beli 1st class Acc Sleeper;

1. Coach ni adalah bilik sharing 4 persons. Tapi kami berdua je pun yang ada dalam bilik tu. 
2. Cadar untuk katil pihak train akan provide dan kene pasang sendiri. 
3. Bantal tak diganti pula sarungnya. Geli betul aku nak guna so aku guna beg aku sebagai bantal.
4. Breakfast tak disediakan. Berlapar jugalah. Walhal 1st class.. Mmm

Kesimpulannya, tak best coach 1st class sleeper ni.. 

Cabin 1st class sleeper room

Sharing 4 persons. Bilik yang belum dikemas atendan keretapi

Ni selepas kami pasang cadar sendiri

Lepas je pasang cadar, kitorang terus tidur. Dah ngantuk sangat dah.

Around 7.30am, aku baru tersedar. Subuh terlepas. Memandangkan toilet train punye kesucian pun diragui untuk mandi manda jadi kami tukar baju je. Train akan tiba di Jodhpur lebih kurang pukul 8am.

Yeay sampai dah. Lega betul

People selling fruits at the station

Outside the station 

Tiba di stesen Jodhpur, driver sudah siap sedia menunggu kami. Lepas cuci muka, gosok gigi di toilet Railway Station, kami terus ke kereta.

First destination kitorang adalah Lake Kaylana. Dalam google macam cantik. Memang overrated. Takde apa pun kat sini melainkan beberapa ekor anjing, seekor lembu dan tasik biasa2 je. So, tak payah datang kat sini pun takpe huhu..

Penunggu tasik.. 😅

Tasik ni kosong je..sunyi sepi

Next, kami ke Umaid Bhawan Palace.

Umaid Bhawan Palace

Palace ni merupakan salah satu dari residence yang terbesar at world large. Ada 347 buah bilik, sebahagian dari palace dijadikan hotel dan sebahagian lagi dijadikan museum. Dinamakan bersemperna nama Maharaja Umaid Singh, dan merupakan bekas residen utama keluarga diraja Jodhpur.

Memang besar dan cantik palace ni

Interior painting of the museum

Kami masuk part museum dengan tiket price Rs100. Museum ni mempamerkan sejarah Umaid Bhawan Singh, pameran barang2 kepunyaan beliau termasuk koleksi jam dan kereta antik. 

Koleksi piala dan alatan polo Maharaja Umaid Bhawan Singh

Koleksi kutleri, hiasan dan alatan dining room Umaid Bhawan Singh

Koleksi Jam Antik

Basikal Antik. Kereta antik susah nak amik gambo sebab dalam cermin

Lepas spent around 1 hour kat sini, kami ke Mehrangarh Fort pulak.

Sebelum ke Fort, singgah beli air di restaurant. Bila bagitau dia nak tapau, cenggini dia bungkus air aku. Penuh dengan salotape 😭😭

Mehrangarh Fort

Mehrangarh Fort dibina oleh Rao Jodha pada tahun 1459 dan merupakan salah satu kubu terbesar di negara ini.  Ia terletak di puncak bukit bertingkat 410 kaki dan menjadi tempat penggambaran The Lion King, The Dark Knight Rises, dan Thugs of Hindostan.  Mempunyai 7 pintu, namely, Victory Gate, Fateh Gate, Gopal Gate, Bhairon Gate, Dedh Kamgra Gate, Marti Gate dan Loha Gate. Setiap satunya dibina pada masa yang berlainan dan berfungsi dengan tujuan yang sangat khusus. Victory Gate telah dibina untuk memperingati kemenangan Maharaja Man Singh ke atas Jaipur dan Tentera Bikaner.  Kubu ini juga mempunyai Sheesh Mahal (Glass Palace) dan Phool Mahal (Rose Palace). 

Pada hari aku ke sini, ada festival Durga Puja. Maka sangatlah sesak dengan locals. Adalah juga foreigners but not as huge crowd as locals. Sesuai sangat aku menyemak kat sini. 

Entrance fee:Rs 600

Berduyun2 manusia ke Fort sebab Durga Festival

Semua yang masuk beli bende alah ni. Ada kelapa kat dalam. 

Bunga2. Aku tak pasti la apa. Nak tanya pun cakap macam ayam dengan itik je nanti

                      
                              The crowds

The Fort. Cantik Fort ni seriously

Museum Fort. Senibina kat sini pun sangat cantik

Pengusung raja zaman dedulu

Pengusung raja zaman dedulu

Koleksi Bidriware pada kurun ke 18

Coins yang digunakan pada zaman Mughal, Marwar, Princely State dan East India Company 

Pedang yang digunakan pada kurun ke 16 - Empayar Mughal

Phool Mahal - A Palace of Flowers. Dibina oleh Maharaja Abhay Singh pada kurun ke18 dan berfungsi sebagai Hall of Private Audience

Sheesh Mahal. Sama je konsepnya dengan yang kat Jaipur tu. 

Aku memang suka senibina kat Fort ni. Cantik berseni. Aku kan orang seni 😜

The crowds.. Yang berjalan dalam line sebelah kiri tu menghala ke tapak festival

Kedudukan Fort dengan Blue City/Old City Jodhpur

Lepas almost 3 jam di Fort ni, kami ke Jaswant Thada. Lokasinya tak jauh dari Fort ni. 

Jaswant Thada

Jaswant Thada merupakan sebuah sinotaph yang dibina oleh Maharaja Sardar Singh pada tahun 1899 sebagai ingatan terhadap bapanya, Maharaja Jaswant Singh II, dan berfungsi sebagai tempat pembakaran istana untuk keluarga diraja Marwar.

Makam ini dibina daripada kepingan marmar. Sinotaph tu apabende? Sinotaph tu tugu atau makam kosong yg dibina untuk peringatan terhadap jasad yang berada di tempat lain. 

Bangunan utama Jaswant Thada

Monumen2 sinotaph banyak di sini. Kelihatan kota lama Jodhpur dari atas ni. Tak nampak biru sangat pun sebenarnya

Mix with local katanya.. Cantik bangunan ni tapi tu lah kene photoboom. Diorang macam takde kisah kau nak ambil gambar pun. Kalau boleh nak masuk dalam gambar kau sekali 😭

Dalam keadaan tak mandi dari semalam, aku memang rasa tak best betul berjalan. Panas pulak tu. Kau rasa? So, kitorang minta driver hantarkan ke restaurant untuk makan dan seterusnya ke hotel untuk cek in dan berehat. 

Hyderabad Vege Beriani

Ini bilik di Jodhpur City. Klasik dan unik kan? 

Hotel kitorang just behind the Fort.. 

Lebih kurang 7pm, kami keluar jalan2 di Jodhpur City. Basically macam berjalan di celah2 kampung lah dengan tuktuk, basikal, motosikal dan jarang-jarang ada kereta yang lalu. Dengan anjingnya. Meriah kau.. City Jodhpur bagi aku agak kotor. Ada satu port ni siap ada tandas open air tepi jalan. Aku ingat nak ambil gambar tapi tiba2 nampak orang tengah buang air lak terus terbatal niat aku tu 😂😂. Kitorang jalan2 dalam lingkungan 1km dari hotel.

Malam di Old City Jodhpur 

Video jalan2 di Old City

Sadar Market

Kami ke Sardar Market, yang terletak dalam Old City, tutup dalam pukul 8pm macam tu. Kat Sadar Market ni ada jual sayur-sayuran, rempah, manisan India, tekstile, barangan dapur, kraftangan dan barangan perak.

Clock Tower

Berdekatan dengan Sardar Market, terdapat Ghanta Ghar, atau dikenali juga sebagai Menara Jam Rajasthan. Tower ni dibina oleh Maharaja Sardar Singh (1880-1911).

Stepwell at night 

Sempat singgah ke Stepwell Jodhpur. Gelap. Locals lepak dan bertenet kat situ. Mmmm

Dan kitorang  singgah juga di satu kedai rempah Muslim kat sini. Dia ajak masuk dan chit chat. Layan je lah. Aku tak beli pun rempah sebab bende sama ada kat Malaysia. Cengkih, buah keras, kayu manis. Normal. Safron susah dapat sini tapi stok beli kat Kashmir pun ada lagi hehe.

Kashmiri tea with Saffron served to us be the shop owner

Rempah2 yang dijual di kedai abang ni.. 

Sambung explore Jodhpur the next day, dah penat, balik dan tidur. Flight ke Amritsar keesokan harinya adalah pada pukul 4pm (asal 2pm tapi Air India ubah flight time last minute) so banyak masa untuk spent kat sini but aku tak tau camne nak berlari2 di Airport untuk connecting flight nanti 😬😬.

Day 4

Pagi selepas breakfast, kitorang sambung tour Old City. Bangunan biru kat sini tak banyak sangat dah pun. Hanya beberapa dan biru pun berlainan ton dan agak pudar warnanya. So, untuk menampakkan kebiruan bandar ni, jenuh jugaklah aku berjalan melalui jalan sempit celah2 rumah. Takut anjing kejar pun ye jugak.

The Blue Building

Tak semua rumah warna biru dan ada yang dah lusuh birunya

Celah bangunan pun boleh nak bergambar 😅

Kedai runcit yang comel di celah2 rumah, Blue City 

Pekan Blue City

Barber & Textile Shop

Semalam sewaktu berjalan-jalan di Sadar Market, ada terdengar bunyi Azan. Maka, hari ni terjumpa lah sebuah masjid di sini. Komuniti Islam di sini lebih kurang 30% dari total population. 

Masjid Miyao Ki, salah satu Masjid di Blue City

Kenapa rumah/bangunan disini di cat biru?
Secara faktanya, rumah yang berwarna biru adalah dimiliki oleh golongan Brahmin, Pendeta dalam Sistem Kasta India. Warna biru juga dikatakan dapat menghalau serangga (nyamuk) dan boleh menjadikan suasana rumah dingin dan sejuk. Jodhpur City juga dikenali sebagai Sun City memandangkan cuaca di Jodhpur cerah dan panas sepanjang tahun.

So, kitorang datang lagi ke stepwell hari ni. Stepwell Jodhpur tak secantik Jaipur cuma kelebihannya, di Jodhpur, kita boleh turun ke bawah untuk bergambar. Kalau nak turun mandi pun boleh. Kalau kau lalu dengan air hijau tu lah!

Entrance free. Tak proper maintain sangat. 

The other side of Stepwell

Toorji Ka Jhalra

Stepwell Jodhpur dikenali dengan nama Toorji Ka Jhalra. Berusia lebih kurang 250tahun dan dibina pada tahun 1740an menggunakan batu bata berwarna merah, Toorji Ka Jhalra menggambarkan sistem pengurusan air tradisi di Jodhpur. Senibina stepwell ini dibina oleh Permaisuri Maharaja Abhaya Singh, sebagai lambang tradisi di mana golongan diraja wanita adalah bertanggungjawab untuk  mengawasi kerja air awam.

Mempunyai kedalaman 200 kaki, stepwell ini juga dihiasi dengan ukiran-ukiran gajah menari, singa zaman pertengahan, pengairan air menggunakan lembu, dan niche yang menunjukkan pelbagai dewa.

Lepas bergambar di Stepwell ni, kitorang ke Blue Bird Restaurant (Restaurant Muslim) di sini untuk lunch.

Cheese & Butter Naan, Chicken Curry

The lemon tea and the Blue City

Lepas lunch, kami terus ke Airport dengan menaiki tuktuk (Rs200) untuk perjalanan seterusnya ke Amritsar. 

Bagi aku, Jodhpur ni menarik. Memang kampung betul tap maksimumnya, kau perlu spend 2 hari cukup kat sini. Persekitaran agak kotor, anjing berkeliaran, jadi pandai2 lah kau nak hidup bila datang sini. In terms of locals, diorang Ok. Takde racist ke apa memandangkan Islam bukan sesuatu yang asing bagi mereka. Be cool je.. 

The Fort & The Blue City

To be continued...