Day 4
Setelah 3 jam menunggu di Jodhpur Airport, akhirnya kami berlepas ke Delhi menaiki Air India. Penerbangan selama 1 jam dan ini merupakan first time aku fly dengan Air India. Not bad Air India ni, steward pun hensem2, makanan vege pun sedap siap ada sos cili cap Air India. Kau ada? hehe
Tiba di Delhi, kitorang terus ke connecting flight sebab untuk ke Amritsar, kitorang naik Vistara Airline, seperti Malindo lah standardnya tapi lagi cun, lagi baru dan ada provide makanan yang boleh tahan juga sedapnya. So, aku tak menyesal beli tiket yang agak mahal untuk dedua airline ni...Both about RM645 macam tu hukhuk...
Around 9.45pm kami tiba di Amritsar. Keluar dari Airport Amritsar, satu tuktuk pun tarak. Kosong Airportnya kecuali beberapa teksi dan kenderaan pick up and drop off. Sebab tak sempat nak research bagai so, kitorang ambik teksi Airport je untuk ke hotel. Bila keluar dari gate Airport tu baru nampak beberapa tuktuk di tepi jalan besar. So, kalau korang ke Amritsar naik flight dan bercadang nak naik tuktuk, silalah menapak sedikit dalam 300m ke jalan besar untuk ambik tuktuk di situ, ok?
Tiba di hotel, kami have a rest sebab esok nak jalan banyak lagi. Dan seperti di city lain, kami hire kereta sewa dan driver untuk ke attractions di Amritsar sebab nak jimat masa.
Day 5
Pagi, last day di bumi India, kami check out dan menghala ke Golden Temple. Driver pick up dari hotel dan drop kami di barisan shop lot. Jadi, kami perlu berjalan kaki around 10 minutes untuk ke Golden Temple.
Sebelum sampai ke Golden Temple, aku ternampak Jallianwala Bagh. Kami singgah sebentar nak tengok apakebendenya tempat ni. Entrance is free.
Jallianwala Bagh
Tempat ni merupakan Memorial Peringatan Negara untuk mengingati peristiwa pembunuhan beramai-ramai Jallianwala Bagh yang berlaku di tapak di Festival Vaisakhi, 13 April 1919. Dalam peristiwa berdarah tu, Brigadier-Jeneral Reginald telah memerintahkan tentera-tentera India British untuk menembak orang awam yang tidak bersenjata di dalam compound Jallianwala Bagh dengan menggunakan raifal. Sekurang-kurangnya 400 orang terbunuh, termasuk 41 kanak-kanak, 1 orang bayi, dan lebih 1,000 orang cerdera.
Tak lama pun spend masa kat sini, just around 1 hr sebelum menapak ke Golden Temple.
Golden Temple
Dipanggil Golden Temple sebab ia disalut emas. Kuil ni merupakan Rumah Suci penganut Sikh, atau boleh dikatakan juga tempat Sikh mengerjakan Haji. Nama lain bagi Golden Temple adalah Harmandir Sahib, Darbar Sahib atau Gurdwara Sahib.
Golden Temple ini dibina di atas pelantar kaki persegi 67 di tengah-tengah Man-made pool pada tahun 1577 oleh guru RAM Das. Temple ini telah dibina semula secara berulangkali oleh Sikh selepas ia menjadi sasaran penindasan dan telah beberapa kali dimusnahkan oleh tentera Islam dari Afghanistan dan Empayar Mughal.
Kerja pembinaan semula Golden Temple seperti yang kelihatan pada hari ini bermula pada tahun 1764 di bawah kepimpinan Sultan-e-Quam Sardar Jassa Singh (1718 – 1783) dan Sikh lain yang terkemuka seperti Misl Sardars dan Jagirdars. Pembinaan semula ini siap pada tahun 1776.
Dalam kawasan Temple ni ada disediakan makanan percuma tapi tak tak jumpe pun part mana. Sebelum masuk Temple, perlu deposit kasut di kaunter yang disediakan dan basuh kaki di laluan masuk ke Temple. bagi yang tak bertudung, perlu tutup kepala anda ye.
Waktu aku pergi, linkungan 10.30pg, terlalu ramai orang. yang mandi pun ada, yang sembahyang pun ada, yang tidur dan lepak dan ada. Aku observed je diorang2 ni..hormat kepercayaan dan agama bangsa lain sepertimana kita mahu kepercayaan dan agama kita dihormati.
Dalam Temple ni juga ada museum menceritakan kisah silam bangsa Sikh, perjuangan diorang menegakkan agama serta musuh mereka. Musuh mereka Islam lah (Mughal). Kalau kita ada perjuangan kita, mereka juga ada perjuangan diorang....
Setelah spent lebih kurang sejam lebih kat sini, kami keluar dan jalan-jalan di sekitar shoplot sekitar.
Dah penat jalan2 area shoplot bawah panas terik, kitorang ke sini pulak...
Maharaja Ranjit Singh Museum.
Museum ni sangat sunyi sepi dengan beberapa pelawat je. Tak berapa di maintain sangat dan basically takde apa sangat pun yang boleh ditengok (overrated). Rasanya setengah jam paling lama untuk berada di sini. Rasanya museum dalam Golden Temple tu lagi banyak bende boleh tengok.
Entrance Fee: Rs10 per person
Bangunan asal museum ni adalah Summer Palace raja pertama Empayar Sikh, iaitu Maharaja Ranjit Singh. Istana ini kemudiannya di convert menjadi sebuah museum pada tahun 1977. Museum ini banyak memaparkan kisah dan sejarah Maharaja Ranjit Singh. Kebanyakan yang dipamerkan lukisan yang menggambarkan peristiwa yang berlaku pada kurun ke 18 dan 19 yang berkaitan dengan Maharaja Ranjit Singh. Antara lain yang dipamerkan adalah syiling lama, manuscripts, armours and replicas of events.
Next destination kitorang adalah......
Gobind Garh Fort
Gobinh Garh Fort dikenali juga sebagai Bhangian da Killa (kubu Bhangis). Kubu ini mempunyai tapak warisan sejarah yang berusia 257 tahun dari era Bhangi Misl hingga ke era Maharaja Ranjit Singh, British East India Company hinggalah The Indian Army pada masa sekarang. Kubu ini mempunyai 5 biji Meriam termasuk dua Meriam terkenal dikenali sebagai 'Zamzama'.
Fort ini sebelumnya didiami oleh Tentera India dan dibuka untuk orang ramai pada 10 Feb 2017 dengan memaparkan berbagai kisah sejarah Punjab.
Entrance fee ranging from Rs375 - Rs625 bergantung kepada pekej mana yang diambil.
Aktiviti yang dimasukkan ke dalam pekej adalah:
a) Sher-E-Punjab (Lion of Punjab) : Ni bukan cerita singa tetapi cerita tentang kehebatan pahlawan Punjab iaitu Maharaja Ranjit Singh melawan musuh (Mughal) dan mempertahankan agama dan bangsanya. Selalunya kita dengar cerita pahlawan dan pemimpin agung kita, apakata kita buka minda tengok cerita pahlawan bangsa lain pula...
b) Monument areas & Pagri Museum : Tak banyak monument yang ada di dalam kawasan Fort. Museum pula banya berkisar sejarah turban, jenis dan cara pemakaiannya
c) Punjabi Raung Raunak : Aku tak tengok performance ni sebab ia berlangsung pada sebelah petang. Kitorang dating tengahari dan tak dapat tunggu sebab nak ke Wagah Border pula petang nanti
d) Kanda Boldiyan Ne : Aku tak amik pekej yang ada performance ni. Rasanya ni performance tentang sejarah Amritsar lah juga.
e) Animal rides : Horse or Camel
f) Variety of games
Wagah Attari Border Ceremony
Ceremony di sempadan India-Pakistan ini adalah upacara penurunan bendera dan merupakan amalan ketenteraan harian pasukan keselamatan India (Border Security Force, BSF) dan Pakistan (Pakistan Rangers) sejak tahun 1959. Upacara ini ada mix of kawad, macam dancing pun ye, berlawan nafas paling panjang pun ye, bertanding menaikkan kaki setinggi mungkin pun ye jugak. Tengok ajelah video2 kat bawah ni.
Ceremony ni diadakan sebagai simbol persaingan, persaudaraan dan kerjasama antara kedua-dua Negara. Macam nak gaduh pun ye aku tengok.
Ceremony bermula pada pukul 5pm tapi seawal 4pm orang dah ramai dan membanjiri mini stadium di kedua belah Negara. India lagi ramailah dari Pakistan. Locals lah yang ramai. Foreigner satu row tempat duduk je dan untuk foreigner memang ada tempat duduk khas.
Masa aku sampai, sebelah India pasang lagu disco mix ala2, sebelah Pakistan pasang surah Ar-Rahman, memang bertembung elok. Macam berpesta pun ada juga. Aku pun layan je la tengok gelagat masing2.
Performance berlangsung selama 1 jam dan lebih kurang 6pm aku beransur keluar sebab tak nak terlibat dalam kesesakan manusia huhu..
Performance ni free je..
Last but not least sebelum balik Malaysia malam tu jugak.. Kita ke Sadda Pind
Sadda Pind ni tempat tradisi diorang, kampung tradisi, makanan tradisi so kalau nak tau budaya punjabi memang sesuai ke sini. Ala2 macam kampumg budaya sarawak, jeju folk village macam tua contoh yang aku boleh bagi.
So meh kita tengok apa yang aku sempat tangkap memandangkan masa suntuk untuk ke airport.
Entrance Fee Sadda Pind ni mahal sket, Rs750 termasuk lunch/dinner makanan tradisi diorang. Tapi sebab aku sampai kat sini pun lambat, maka tak sempatla nak dinner. Takde rezeki..
Marilah pulang ke Malaysia 😁😁🇲🇾🇲🇾. Aku amik flight direct Amritsar to KL.
Basically Amritsar ada tarikan tersendiri tapi aku rasa sehari dah cukup untuk berada kat sini. Kalau lama nanti bosan..
Sekian cerita India 2.0 aku..
Setelah 3 jam menunggu di Jodhpur Airport, akhirnya kami berlepas ke Delhi menaiki Air India. Penerbangan selama 1 jam dan ini merupakan first time aku fly dengan Air India. Not bad Air India ni, steward pun hensem2, makanan vege pun sedap siap ada sos cili cap Air India. Kau ada? hehe
Air India..
Meal pack Air India
Mineral and Packaging Meal Pack Air India
Tiba di Delhi, kitorang terus ke connecting flight sebab untuk ke Amritsar, kitorang naik Vistara Airline, seperti Malindo lah standardnya tapi lagi cun, lagi baru dan ada provide makanan yang boleh tahan juga sedapnya. So, aku tak menyesal beli tiket yang agak mahal untuk dedua airline ni...Both about RM645 macam tu hukhuk...
Meal Pack Vistara
Packaging Meal Pack Vistara
Around 9.45pm kami tiba di Amritsar. Keluar dari Airport Amritsar, satu tuktuk pun tarak. Kosong Airportnya kecuali beberapa teksi dan kenderaan pick up and drop off. Sebab tak sempat nak research bagai so, kitorang ambik teksi Airport je untuk ke hotel. Bila keluar dari gate Airport tu baru nampak beberapa tuktuk di tepi jalan besar. So, kalau korang ke Amritsar naik flight dan bercadang nak naik tuktuk, silalah menapak sedikit dalam 300m ke jalan besar untuk ambik tuktuk di situ, ok?
Tiba di hotel, kami have a rest sebab esok nak jalan banyak lagi. Dan seperti di city lain, kami hire kereta sewa dan driver untuk ke attractions di Amritsar sebab nak jimat masa.
Day 5
Pagi, last day di bumi India, kami check out dan menghala ke Golden Temple. Driver pick up dari hotel dan drop kami di barisan shop lot. Jadi, kami perlu berjalan kaki around 10 minutes untuk ke Golden Temple.
The memorial of Jallianwala Bagh
Sebelum sampai ke Golden Temple, aku ternampak Jallianwala Bagh. Kami singgah sebentar nak tengok apakebendenya tempat ni. Entrance is free.
Jallianwala Bagh
Tempat ni merupakan Memorial Peringatan Negara untuk mengingati peristiwa pembunuhan beramai-ramai Jallianwala Bagh yang berlaku di tapak di Festival Vaisakhi, 13 April 1919. Dalam peristiwa berdarah tu, Brigadier-Jeneral Reginald telah memerintahkan tentera-tentera India British untuk menembak orang awam yang tidak bersenjata di dalam compound Jallianwala Bagh dengan menggunakan raifal. Sekurang-kurangnya 400 orang terbunuh, termasuk 41 kanak-kanak, 1 orang bayi, dan lebih 1,000 orang cerdera.
Tak lama pun spend masa kat sini, just around 1 hr sebelum menapak ke Golden Temple.
Golden Temple
The Golden Temple
The other side of the Temple
Temple surroundings
Dipanggil Golden Temple sebab ia disalut emas. Kuil ni merupakan Rumah Suci penganut Sikh, atau boleh dikatakan juga tempat Sikh mengerjakan Haji. Nama lain bagi Golden Temple adalah Harmandir Sahib, Darbar Sahib atau Gurdwara Sahib.
Golden Temple ini dibina di atas pelantar kaki persegi 67 di tengah-tengah Man-made pool pada tahun 1577 oleh guru RAM Das. Temple ini telah dibina semula secara berulangkali oleh Sikh selepas ia menjadi sasaran penindasan dan telah beberapa kali dimusnahkan oleh tentera Islam dari Afghanistan dan Empayar Mughal.
Kerja pembinaan semula Golden Temple seperti yang kelihatan pada hari ini bermula pada tahun 1764 di bawah kepimpinan Sultan-e-Quam Sardar Jassa Singh (1718 – 1783) dan Sikh lain yang terkemuka seperti Misl Sardars dan Jagirdars. Pembinaan semula ini siap pada tahun 1776.
Tempat deposit kasut for free
Dalam kawasan Temple ni ada disediakan makanan percuma tapi tak tak jumpe pun part mana. Sebelum masuk Temple, perlu deposit kasut di kaunter yang disediakan dan basuh kaki di laluan masuk ke Temple. bagi yang tak bertudung, perlu tutup kepala anda ye.
Tempat mandi air suci bagi wanita
Waktu aku pergi, linkungan 10.30pg, terlalu ramai orang. yang mandi pun ada, yang sembahyang pun ada, yang tidur dan lepak dan ada. Aku observed je diorang2 ni..hormat kepercayaan dan agama bangsa lain sepertimana kita mahu kepercayaan dan agama kita dihormati.
Ni je gambar yang sempat tangkap di museum memandangkan kamera prohibited di bilik pameran
Dalam Temple ni juga ada museum menceritakan kisah silam bangsa Sikh, perjuangan diorang menegakkan agama serta musuh mereka. Musuh mereka Islam lah (Mughal). Kalau kita ada perjuangan kita, mereka juga ada perjuangan diorang....
Setelah spent lebih kurang sejam lebih kat sini, kami keluar dan jalan-jalan di sekitar shoplot sekitar.
Kedai cenderahati di sekitar Golden Temple
Agak murah kedai kat tepi2 ni. Barangan yang dijual pun menarik
Kat lorong ni ada kedai makan sedap2
Kedai manisan Amritsar
Contoh Amritsar. Aku ada beli tapi sampai hari ni ada lagi tersimpan dalam fridge 😅
Bharfi Koya - antara manisan yang femes di sini
Aloo Wala Kulcha. Sedap betul. Aku suka kuah macam air asam tu
Sweet Lassi. Ni pun sedap jugak
Jangan lupa try Aiskrim ni. Kedai dalam row shoplot menghala ke Golden Temple
Maharaja Ranjit Singh Museum.
Museum ni sangat sunyi sepi dengan beberapa pelawat je. Tak berapa di maintain sangat dan basically takde apa sangat pun yang boleh ditengok (overrated). Rasanya setengah jam paling lama untuk berada di sini. Rasanya museum dalam Golden Temple tu lagi banyak bende boleh tengok.
Bangunan museum Maharaja Ranjit Singh
Statue Maharaja di perkarangan museum
Ini menceritakan suasana semasa Maharaja masih bayi lagi, tahun 1781
Gambar ni menceritakan Maharaja ni seorang yang sekular di mana beliau telah membeli Al Quran bertatahkan emas dari seorang kaligraphi disebabkan kaligraphist tak dapat jual Al Quran tu at desired price. Al Quran tu kemudiaannya dihadiahkan kepada Fakir Azizuddin sebagai tanda persahabatan (Muslim Chief Minister in Maharaja Ranjit Singh's government).
Entrance Fee: Rs10 per person
Bangunan asal museum ni adalah Summer Palace raja pertama Empayar Sikh, iaitu Maharaja Ranjit Singh. Istana ini kemudiannya di convert menjadi sebuah museum pada tahun 1977. Museum ini banyak memaparkan kisah dan sejarah Maharaja Ranjit Singh. Kebanyakan yang dipamerkan lukisan yang menggambarkan peristiwa yang berlaku pada kurun ke 18 dan 19 yang berkaitan dengan Maharaja Ranjit Singh. Antara lain yang dipamerkan adalah syiling lama, manuscripts, armours and replicas of events.
Next destination kitorang adalah......
Gobind Garh Fort
Gobinh Garh Fort dikenali juga sebagai Bhangian da Killa (kubu Bhangis). Kubu ini mempunyai tapak warisan sejarah yang berusia 257 tahun dari era Bhangi Misl hingga ke era Maharaja Ranjit Singh, British East India Company hinggalah The Indian Army pada masa sekarang. Kubu ini mempunyai 5 biji Meriam termasuk dua Meriam terkenal dikenali sebagai 'Zamzama'.
Entrance Gobind Garh Fort
Benteng kubu
Bahan pameran museum. Mainly about turban, types and and style for wearing it
Fort ini sebelumnya didiami oleh Tentera India dan dibuka untuk orang ramai pada 10 Feb 2017 dengan memaparkan berbagai kisah sejarah Punjab.
Entrance fee ranging from Rs375 - Rs625 bergantung kepada pekej mana yang diambil.
Pilih la mana korang suka. Ada banyak pekej
Aktiviti yang dimasukkan ke dalam pekej adalah:
a) Sher-E-Punjab (Lion of Punjab) : Ni bukan cerita singa tetapi cerita tentang kehebatan pahlawan Punjab iaitu Maharaja Ranjit Singh melawan musuh (Mughal) dan mempertahankan agama dan bangsanya. Selalunya kita dengar cerita pahlawan dan pemimpin agung kita, apakata kita buka minda tengok cerita pahlawan bangsa lain pula...
b) Monument areas & Pagri Museum : Tak banyak monument yang ada di dalam kawasan Fort. Museum pula banya berkisar sejarah turban, jenis dan cara pemakaiannya
c) Punjabi Raung Raunak : Aku tak tengok performance ni sebab ia berlangsung pada sebelah petang. Kitorang dating tengahari dan tak dapat tunggu sebab nak ke Wagah Border pula petang nanti
d) Kanda Boldiyan Ne : Aku tak amik pekej yang ada performance ni. Rasanya ni performance tentang sejarah Amritsar lah juga.
e) Animal rides : Horse or Camel
f) Variety of games
Ni jeblah spot paling lawa untuk bergambar
Sebelum bertolak ke Wagah, yang jauhnya dalam 40min macam tu dari pusat bandar Amritsar, kami singgah lunch. Restoran apa nama aku lupa hahah. Kami order nan, Lalla Mussa Dal, Paneer Taka Tak, share 2 orang.. Harga kat sini not bad. Mahal sket.
Hidangan lunch kitorang. All veges..
Manggo Lassy
Wagah Attari Border Ceremony
Ceremony di sempadan India-Pakistan ini adalah upacara penurunan bendera dan merupakan amalan ketenteraan harian pasukan keselamatan India (Border Security Force, BSF) dan Pakistan (Pakistan Rangers) sejak tahun 1959. Upacara ini ada mix of kawad, macam dancing pun ye, berlawan nafas paling panjang pun ye, bertanding menaikkan kaki setinggi mungkin pun ye jugak. Tengok ajelah video2 kat bawah ni.
Ceremony ni diadakan sebagai simbol persaingan, persaudaraan dan kerjasama antara kedua-dua Negara. Macam nak gaduh pun ye aku tengok.
Ceremony bermula pada pukul 5pm tapi seawal 4pm orang dah ramai dan membanjiri mini stadium di kedua belah Negara. India lagi ramailah dari Pakistan. Locals lah yang ramai. Foreigner satu row tempat duduk je dan untuk foreigner memang ada tempat duduk khas.
India Gate, Wagah-Attari Border
Kene jalan kaki dalam 10min dan melalui security check untuk sampai ke stadium tempat ceremony diadakan
Masa aku sampai, sebelah India pasang lagu disco mix ala2, sebelah Pakistan pasang surah Ar-Rahman, memang bertembung elok. Macam berpesta pun ada juga. Aku pun layan je la tengok gelagat masing2.
Pack stadium and mostly locals
Diorang bagi priority to ladies untuk turun dancing kat situ sambil pegang flag India
Performance sedang berlangsung. Pintu Gate border dibuka dan ditutup kembali lepas ceremony selesai
Row aku duduk ni memang khas untuk foreigners
Belah sana tu Pakistan. Cool je. Audience pun tak ramai dan tak riuh rendah like belah India
Video pendek ceremony. Aku nk upload yang panjang sket katanya lebih had. Oklah!
Performance berlangsung selama 1 jam dan lebih kurang 6pm aku beransur keluar sebab tak nak terlibat dalam kesesakan manusia huhu..
Performance ni free je..
Last but not least sebelum balik Malaysia malam tu jugak.. Kita ke Sadda Pind
Sadda Pind ni tempat tradisi diorang, kampung tradisi, makanan tradisi so kalau nak tau budaya punjabi memang sesuai ke sini. Ala2 macam kampumg budaya sarawak, jeju folk village macam tua contoh yang aku boleh bagi.
So meh kita tengok apa yang aku sempat tangkap memandangkan masa suntuk untuk ke airport.
Ini tempat simpan rumput nak bagi makan kt kuda/lembu
Ini sedap. Apa nama tak ingat. Kalau banyak masa memang kau boleh kenyang kat sini..
Rumah tradisi diorang. Simple. Bantal pun takdak.
Ada tin tin jugak kat sini. Ingat aku je yang main masa kecik
Aku tenung macam aku tau je bende apa tu. Ini macam alat untuk pintal benang
Ada performance silap mata kat sini. Aku layan kejap je
Ini pejabat pos zaman dulu2
Ini pula menenun kain
Demonstrasi menenun karpet