Thursday 25 October 2018

Autumn in Jeju Part 2

Day 3

Seawal 6.45 pagi, kami bertolak ke Seongsan Ilchulbong sejauh 40km dari hotel.

Seongsan Ilchulbong 

Sampai di Seongsan lebih kurang 7.30 pagi. Kami antara yang terawal sampai. Beli tiket dan terus masuk. Mengah juga la nk berjalan dan memanjat tangga hingga ke puncak. Jangkamasa naik atas adalah 30 minit. Kalo berhenti bergambar bagai kene expect more. If you are fit enough mungkin boleh berlari-lari naik atas dalam 20min je haha.

Seongsan dari pintu masuk

Flat path sebelum jumpa tangga

Tu dia.. Tangga yang agak step

Nampak tak crater shape? 

View dari puncak Seongsan

Seongsan Ilchulbong, diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO dan dikenali juga sebagai 'Sunrise Peak'. Ia adalah sejenis kon tuf arketik yang dibentuk oleh letusan hidrovolcanik di atas laut yang cetek kira-kira 5 ribu tahun yang lalu. Terletak di pantai timur Pulau Jeju dan tuf ini adalah 182 meter tinggi dan mempunyai kawah seperti mangkuk di puncaknya.

Kami turun semula ke bawah setelah spend masa hampir 30 min di atas. Masa ni tak ada orang sangat jadi bahagia untuk bergambar dan lepak. Bila kami turun, berpusu-pusu manusia mula memanjat tangga. Hmmm.. Nasib baik awal kalau tak memang kemurungan lah sebab susah nak ambil gambar. Atas tu sempit OK?

Woman divers performance

Dah tiba di bawah, nampak poster ni. Tapi kami tak dapatlah nak tunggu sebab perlu ke destinasi lain kan... Waktu performance ada dua masa je iaitu 1.30ptg dan 3.30ptg. Tak ada rezeki nak tengok.. ðŸĪ·‍♀️

Berdekatan dengan Seongsan adalah jety bot ke Udo Island. Dengarnya menarik juga pulau ni tapi kami tak pergi sebab kesuntukan masa.

Masa operasi: 7.10 pg - 7 ptg

Fi masuk: 2,000 KW

GPS: 7830959

Seopjikoji

Seopjikoji terletak berhampiran dengan Seongsan Ilchulbong. Siapa yang suka nature memang patut ke sini, nyaman je berjalan-jalan di trek pinggir laut. Kalau nak cantik lagi datang musim bunga, tempat ni akan dipenuhi oleh bunga Canola yang warna kuning tu.

"Seopji" adalah nama lama untuk kawasan itu, dan "Koji" adalah dialek Jeju yang bermaksud bonggolan di atas tanah. Di atas bukit terdapat sebuah rumah api dan dari sini boleh nampak Seongsan Ilchulbong dari jauh.

Seopjikoji adalah lokasi penggambaran beberapa filem dan drama Korea seperti 'All in' (2003), My Girl (2006), Running Man Show, 'Gingko Bed', 'The Uprising', 'One Thousand and One Nights'.

Pedestrian Coastal Track

Tangga ke rumah api

Model bergambar ðŸĪŠ

Free admission

GPS: 7820080

Jeju Folk Village

Jeju Folk Village mempunyai 117 buah rumah tradisi masyarakat Jeju yang disusun mengikut kampung-kampung tertentu sekitar linkungan tahun 1890-an. Antaranya ialah Mountain Village, Hill-Country Village, Fishing Village dan Shamanisme Village. Beberapa jenis barangan rakyat juga dipamerkan seperti 1,046 barangan buluh, 1,699 tembikar, 1,544 porselin, 765 lilin wax, 921 besi dan 579 barangan lain.

Design rumah/bangunan yang ada di sini tidak jauh bezanya. Farmasi, sekolah, rumah nelayan, rumah petani semuanya kelihatan sama rekabentuknya. Satu tingkat di atas tanah, diperbuat dari bongkah batu yg besar yg dicantumkan menggunakan tanah liat serta berbumbungkan jerami kering.

Jeju Folk Village merupakan lokasi pengambaran filem Dae Jang Geum ~ Jewel in the Palace. Aku tak pernah tengok pun. Korang tau ke?

Terdapat beberapa persembahan budaya di sini pada tiga waktu berlainan iaitu 11.30am, 1.30pm dan 3.30pm. Bagi aku, worth juga masuk sini walau sedikit mahal sebab boleh belajar dan tengok tradisi masyarakat Jeju ni, bukan sekadar nk sightseeing nature sahaja. At least you go back with some knowledge maybe?

Pintu masuk

Female divers house

Southern Stock Farmer's house

Hunter's house

Millstone

Reban arnab pun ada 😁

Masa operasi: 8.30 pg - 6 ptg

Fi masuk: 11,000 KW

GPS: 7874501

Autumn in Jeju

Impak Autumn di Jeju kali ni sangat lambat. Boleh dikatakan hanya 20% sahaja kawasan Jeju ni ada impak Autumn, daun-daun berwarna merah, kuning, oren dan hijau. Itupun sekitar Hallasan. Di tempat lain, mmm hijau je nampaknya.. ðŸ˜Đ

Kami dapat info dr Pn Ayu TMPL bahawasanya Hallasan ada impak Autumn (sebab beliau dah naik Hallasan). Maka gigihlah kami ke sana petang tu untuk misi menjejak Autumn. Kami ke Trail Seongpanak Hallasan. Ingat nak masuk trail selangkah dua tapi sebab last admission adalah 12.30pm maka tak dapatlah kami nak masuk ke trail Hallasan.

Apa kami buat? Berhenti tepi jalan dan menikmati suasana autumn di situ. Misi complete bila dapat bergambar dengan autumn 😁.

Aku dan autumn

Cantik betul

Tak leh masuk so bergambar kenangan je

GPS: 7259950 

Lepas bergambar kenangan dengan Autumn, kitorang ke... 

Yellow Cafe

Yellow Cafe ni sebenarnya untuk peminat Banana Uyu, sejenis minuman susu berperisa banana. Kat Malaysia pun banyak je orang buat but still tak sama dengan keenakan Banana Uyu ni huhuhuh. Bila masuk sini ingatkan boleh borong Banana Uyu tapi rupanya diorang tak jual. Kene beli dekat 7E  juga..   

Habis, apa yang diorang jual dekat sini? 

Kitorang order Banana Tiramisu dan Banana Flavoured Milkshake with Ice Cream. Selain itu, ada juga Tea dan Coffee berperisa Banana dan Banana Rolls. 

Pintu masuk cafe

Ini semua replika. Jangan tertipu

Merchandise Yellow Cafe

Our order 😍

Ruangan dalam Cafe ~ serba kuning

Masa operasi: 9pg - 9mlm

GPS: 7391140

Selepas menikmati juadah di Cafe, kami pulang ke Cafe untuk solat sebelum keluar semula ke town utk ke Natural Republic. Ada 50% diskaun on selected item gitewww... 

Day 4

Hari terakhir di Jeju. Sebelum ke airport, kami ke Jeongbang Waterfalls yang tidak jauh letaknya dari hotel. 

Jeongbang Waterfalls ni adalah satu-satunya air terjun di Asia yang jatuh terus ke laut. Mmm.. Aku tak dapat fikir bagaimana campuran air tawar dan air masin itu berlaku. Kebesaran Illahi... 

Sampai di sini pukul 9pg. Ada pelangi. Cantik sangat. Baru aku nak fefeeling tiba-tiba aku jatuh terjelupuk kat tepi tangga kat situ. Entah apasal. Hahahahaha.. Baru je nak bangun dari jatuh, datang pula serombongan budak sekolah menyerbu ke pinggir air terjun. Hahahaha susah betul aku nak ambil gambar kisahnya... Atas kesabaran menunggu line clear, dapat la gambar cun sikit.. Mmm

Cantik sangat. Ada pelangi lagi

Jeongbang dari kejauhan

Masa operasi: 9 pg - 6 ptg

Fi masuk: 2,000 KW

GPS: 7331530

Kami bergerak ke pejabat AJ Car Rental selepas itu untuk memulangkan kereta sewa dan seterusnya ke Airport untuk penerbangan kami petang nanti. Dari Seagwipo ke Airport dalam satu jam perjalanan ye. . 

Setiap tempat attraction aku ada letak GPS nombor. Kenapakah? Sebabnya dekat Jeju ni, google map tak boleh guna dan GPS dia kene guna phone number. Jadi no GPS yang diberi itu adalah nombor telefon tempat berkenaan. Selagi nombor telefon tempat tersebut tak bertukar selagi itu boleh guna nombor GPS yang diberi. 

So, kalau aku nak ke Jeju lagi untuk Hallasan dan Manjanggul Cave, ada sesiapa nak ikut? ðŸĪŠðŸĪŠðŸĪŠ

Sekian trip Jeju...  

Wednesday 24 October 2018

Autumn in Jeju Part 1

Trip pendek bersama tiga orang team Eastern Europe tahun 2017.
Hasrat untuk ke Jeju dah lama tersimpan sejak bertahun dahulu tapi 2018 baru dapat direalisasi. Nampak tak? Berangan tu penting.. So, ikutilah cerita perjalanan pendek kami ni...

Day 1

Flight kami 6.55 pagi dari KLIA2. Direct flight ke Jeju dengan Air Asia selama 5 jam 50 min. Seawal jam 4 pagi kami dah terpacak depan kaunter KLIA2 untuk drop luggage dan cek in.
...........
Lebih kurang pukul 1.45pm waktu Jeju (awal satu jam dari KL), kami tiba di Jeju. Urusan imigresen tak lama sangat, tapi nak ambil luggage kat belt tu lebih setengah jam kot lah berdiri menunggu. Lepas setel hal beg, kami ke Pintu 5 Airport untuk ke kaunter AJ Car Rental sebelum di arah ke Pintu 2 untuk menaiki shuttle bus ke Pejabat AJ Car Rental untuk pick up kereta.

Kami sewa kereta Kia Morning. Cukuplah untuk kami bertiga dan Ezam jadi driver ðŸĪŠðŸĪŠ. Aku driver back up je tapi keseluruhan trip Ezam yang drive 😁.

Jeju left handed driving dan had laju pun memang tak laju sangat. Range 40 - 60 km/hr je. Jadi, nak sampai di hotel kami di Seagwipo sejauh 50km tu memang lebih dari satu jam perjalanan. Kenapa pilih untuk menginap di Seagwipo? Sebab Seagwipo lebih dekat dengan segala attractions.

Tiba di hotel, Choi Hostel Jeju kami solat dulu sebelum keluar semula. Rancangnya ke Jeongbang Waterfall petang ni.

Ini bilik kami. Cantik, selesa dan banyak kemudahan. All in one room.

Tempat tidur

Mini kitchen, ada mini fridge, stove, kettle

Shower 

Amenities yang disediakan

Almari, meja solek, TV 

Berbalik kepada cerita Jeongbang tadi, Jeongbang Waterfall terletak lebih kurang 
2km je dari hotel tapi sebab tarikan kat sini kebanyakannya tutup pukul 6ptg, dan kami sampai 5 minit sebelum pukul 6ptg, jadi tak dapat la masuk ke situ 😭😭. Kami pun mengorak langkah ke Oedolgae Rock yang terletak di sekitar Seagwipo juga.

Oedolgae Rock 

Oedolgae Rock terletak tidak jauh dari pantai Sammaebong, Seogwipo. Ia merupakan batu setinggi 20m yang terpacak di tengah laut dan juga dikenali sebagai Janggunseok Rock. Ia dikelilingi oleh pulau-pulau kecil seperti Pulau Bum, Pulau Sae dan Seonnyu Rock. 

View sunset di sini sangatlah awesome.. 

Entrance free

GPS :7328027

Sunset, Oedolgae Rock

Different Angle. The other side of the Rock

Selepas pusing-pusing di sini bersama kesejukan malam, kami decide untuk ronda-ronda Seagwipo Town dengan cara menapak. Tengok-tengok apa ada kat bandar ni. Kami masuk ke Seogwipo Maeil Olle Market. Mari tengok apa ada di Market ni. Market tutup pukul 9mlm.

Seogwipo Maeil Olle Market

Buah-buahan. Sini musim limau sekarang

Sayur-sayuran

Pakaian dan bahan makanan kering

Souvenier

Ada bahagian seafood juga. Tapi tak ambil gambar sebab penuh dengan manusia. Tak nampak seafoodnya 😆😆. 

GPS: 7621949

Lepas jelajah pasar tanpa membeli apa-apa, kami menapak pulang ke hotel untuk berehat. Perjalanan hari esok masih panjang ðŸĪŠðŸĪŠ. 

Day 2

Seawal 8 pagi, kami keluar untuk ke destinasi-destinasi berikut:

Jusangjeolli Cliff 

Destinasi pertama adalah Jusangjeolli Cliff. Sampai kat sini awal sangat jadi kami ke kawasan berdekatan yang dipenuhi lalang pampas untuk bergambar. Lalang Pampas atau dalam Koreannya Ogsae hanya wujud pada musim autumn sahaja.

Cari barang tersembunyi ðŸĪŠðŸĪŠ

Setelah bergambar, kami ke Museum Afrika yg berdekatan untuk ambil gambar bangunan sahaja. Sebab tak masuk, aku malas bagi review..

Jusangjeolli Cliff buka pada pukul 9pg. Cliff tersebut terbentuk apabila lava dari Gunung Hallasan meletus ke laut Jungmun. Ia merupakan tiang batu berbentuk seperti kiub atau heksagon dengan pelbagai saiz dan hampir kelihatan seolah-olah tukang batu telah mengukir batu-batu ini. 

Memanglah dapat google gambarnya tapi tak sama dengan pergi tengok sendiri OK? 

Belakang tu adalah Hallasan

The other side of the cliff

Fi masuk: 2,000KW

Waktu operasi : 9am - 6pm

GPS: 7381393

Kat sini tak dapat nak fefeeling sangat sebab orang ramai dan tempat sempit. Lepas bergambar terus blah.

Cheonjeyeon Falls

Kami bergerak pula ke Cheonjeyeon Falls, yang dikenali juga sebagai "Pond of God,". Terdapat 3 waterfall di sini tapi kami hanya pergi yang pertama dan kedua sahaja sebab malas nak menapak dan yang ketiga tu nampak dalam gambar macam biasa je.

Air terjun pertama - air akan mengalir menuruni batu-batu belakang aku tu bila musim hujan sahaja

Air terjun kedua. Deras. Percikan air boleh terasa pada jarak 100m 

Kawasan ini dilarang mandi manda. Bahaya katanya. Kalau nak tau kenapa bahaya, cubalah mandi 😎. 

Di sini juga terdapat Jambatan Seonimgyo  yang juga dikenali sebagai Chilseonyeogyo, yang bermaksud "tujuh jambatan nymphs,". Ia menghubungkan Cheonjeyeon Falls dengan Jungmum Tourist Compleks.

Nampak tak ukiran Nymphs tu? 

Fi masuk: 2,500KW

Waktu operasi : 9am - 6pm

GPS: 7381529

Yongmeori Coast

Destinasi seterusnya adalah Yongmeori Coast, di barat Pulau Jeju. Pantai ini terbentuk dari hidrovolcanik (letusan volcano yang terhasil dari interaksi antara magma/lava dengan air) sebelum membentuk sebuah dataran lava. Ia merupakan batu batan yang tertua di Pulau Jeju.

Oleh kerana tebingnya terbentuk oleh hakisan dan pemendapan yang berterusan, bukit berbatu ini diberi nama Yongmeori (kepala naga) kerana ia berbentuk seperti kepala seekor naga yang terbenam di dalam air.

Hidrovolcano yang meletus menyebabkan dinding gunung berapi runtuh dan membentuk tiga mulut kawah. Seiring dengan hakisan yang berlaku dalam tempoh masa yang panjang, platform yang memotong gelombang terbentuk di bawah tebing dan banyak lubang-lubang telah terbentuk di tepi tebing.

Pesisir Yengmeori Beach. 

Lubang terbentuk dari hakisan

The cliffs

Aunty jual sea pineapple dan sea snail

Kelihatan dua wanita menjual Sea Pineapple dan Sea Snail untuk di makan mentah di sini. Tak pasti berapa harga untuk satu hidangan. Boleh google untuk lihat bagaimana rupa Sea Pineapple dan Sea Snail. 

Berhampiran Yeongmeori Coast juga terdapat Mount Sanbangsan. Gunung ini terbentuk hasil daripada aktiviti volkanik sejak 700,0000 ke 800,000 ribu tahun dahulu dan sebenarnya ia merupakan mendapan lava yang besar. Kami tak naik pun Mount ni, cukupla lihat dari bawah sahaja. Kelihatan kuil-kuil di kaki Gunung iaitu Kuil Sangbanggulsa (kiri gambar) dan Kuil Bomunsa (kanan gambar, statue bewarna emas).

Mount Sanbangsan 

Setelah hampir satu jam di sini, kami singgah sebentar di pantai Yeongmeori untuk makan dan bersiar-siar sebelum bergerak ke Ossuloc Tea Museum. 

Pantai Yeongmeori - batuan hitam hasil dari mendapan lava

Fi masuk: 2,000KW

Waktu operasi : 9am - 6pm

GPS: 7942940

Ossuloc Tea Museum

Ossuloc Tea Museum merupakan museum tea pertama di Korea, ditubuhkan untuk mempamerkan dan memperkenalkan sejarah, tradisi dan rasa Korean Tea. 

Bangunan Tea Museum ini terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu bilik pameran, cafe dan pusat jualan. 

Bilik pameran mempamerkan perkara berkaitan tea termasuk mesin penghasilan tea beg, jenis-jenis teko tea Korea, mesin pemanggang tea dan alatan penyediaan tea tradisional. 

Cafe pula menyediakan dessert dan minuman berasaskan tea seperti kek, minuman panas dan sejuk, aiskrim dan manisan. Harga agak berpatutan. Kami mencuba Green Tea Cake dan Green Tea Fredo. Rasanya sedap tapi bukan sesuatu yang aku akan repeat kalau aku ke Jeju lagi.

Pusat jualan pula menjual berbagai jenis teh dalam berbagai bentuk ~ serbuk, tea bag dan macam2 lah. Aku tak minat tea so memang tak investigate detail tea-tea ni. 

Apa yang menarik perhatian aku adalah, ladang teh mereka. Siap ada kipas bagai. Sila lihat gambar di bawah. Kipas-kipas ini sebenarnya memainkan peranan penting pada pertengahan musim sejuk di mana ia akan dipasang untuk menghasilkan kitaran udara serta menghalang lapisan udara sejuk untuk berada di atas pokok. Lapisan udara sejuk sememangnya boleh merosakkan pokok-pokok teh atau melambatkan pertumbuhan mereka.

Bangunan museum

Penyediaan tea tradisional

Mesin memanggang teh di kanan, mesin penghasilan tea bag di sebelah kiri

Suasana cafe

Menu cafe

Green tea fredo & green tea cake

Produk tea yang dijual

Ladang tea yang terbentang luas

Fi masuk: Percuma

Waktu operasi : 9am - 6pm

GPS: 7945312

Hyeopjae Beach

Pantai ni bertentangan dengan Hallim Park, kedudukannya tak jauh dari Jeju City. Memang cantik di sini. Dari pesisir pantai, dapat lihat Pulau Biyangdo. 

Tengok ton warna laut tu..

Tengah fefeeling tepi laut tiba-tiba nampak penyelam di pesisir pantai. Nampak tak? Jeju memang terkenal dengan 'woman divers' yang dipanggil Haenyeo. Mereka ni menyelam di dalam laut sehingga 10m dengan membawa tong oksigen untuk mencari gamat merah, abalone dan urchins untuk dijual. Ada yang menyelam tanpa menggunakan tong oksigen 💁‍♀️. 

Diver tengah tenggelam timbul

GPS: 7283394

Jeju City

Hari semakin gelap. Oleh kerana kedudukan pantai ni berdekatan dengan Jeju City, kami mencari restoran muslim friendly di Jeju City. Hasilnya, kami ke sini 👇

Badajanchi Restaurant

Aku tak pasti owner ni muslim atau tidak tapi ada baca review yang disini disediakan ruang solat. Jadi sebab dah sampai sini pun hampir maghrib, kami minta izin untuk solat di sini dan owner bagi space di tempat yang bersih untuk lakukan solat. Semoga owner restoran dimurahkan rezeki selalu. Amin.. 

Lepas solat kami order grilled fish dan sambal sotong serta nasi. Hidangan lain tu sampingan je. Memang sedap. Aku suka sambal sotong tu 😋😋😋. 

Hidangan kami. Kos 58,000KW

GPS: 7028989

Selesai makan kami singgah sebentar di Starbuck Jeju City sekejap untuk jumpa Pn Ayu Hasman dari TMPL Backpackers. Sebab kitorang geng datang Jeju ni pernah join TMPL masa ke Eastern Europe tahun 2017 dan kebetulan trip TMPL di Jeju baru je habis hari tu 😎😎. So ala-ala reunion gitu di bumi Jeju. Borak sekejap je sebab masing-masing dah penat kan. Lepas jumpe Ayu, kami pusing sekejap Dongmun Market yang terletak di hadapan Starbuck dan balik ke hotel di Seagwipo 😅.