Wednesday 27 February 2019

New Zealand Part 3 (Day 5&6)

Day 5

Pagi di Fox Glacier. Pagi ni sepatutnya ada Glacier Hike di Fox Glacier, dah book tiket semua dah (book through Klook). Tapi, bukan rezeki nampaknya, dua hari sebelum berangkat ke New Zealand kami dapat email cancellation dari Klook disebabkan oleh bad weather. Masa dapat cancellation dan refund payment tu, memang tak terfikir untuk book San Josef Glacier pun sebab alasan bad weather tu might be applicable to San Josef as well. 

Bila sampai di Fox Glacier baru tahu cerita sebenar... Rupanya ada land slide di Fox Glacier so semua trail tutup 😭.

New Zealand memang terkenal dengan Glacier Country. Ada dua port Glacier di sini iaitu Fox Glacier dan San Josef Glacier. Fox Glacier adalah glasier maritim berukuran 13 kilometer yang terletak di Taman Negara Westland Tai Poutini di Pantai Barat Pulau Selatan New Zealand. Ia dinamakan pada tahun 1872 selepas lawatan oleh Perdana Menteri New Zealand Sir William Fox.

Aku dah berangan nak pergi San Josef sebab host hostel tu cakap San Josef open as usual, tapi sebab nak pergi San Josef tu perlu berpatah balik 30km, travel mates aku tak nak patah balik (aku ok je nak patah balik sebab aku dah spend beribu kot untuk datang sini). So, aku kene ikut majoriti lah 😭. Kalau dekat sini easy accessible to public transport dan next destination pun tak jauh sangat, aku memang rela pergi seorang San Josef tu! So, aku memang frust dan ini adalah salah satu sebab aku nak repeat semula NZ. 

So, pagi tu lepas breakfast kami ke Tasik Matheson untuk trekking. 

Breakfast macaroni cheese, strawberry and choc beli dekat ParknSave

Tasik Matheson 

Trail tasik ni mudah je. Boleh berlari-lari kalau rajin 😉. Round trip 1j30min.

Tasik ni tak jauh pun dari hostel dan pusat pekan Fox Glacier, dalam 6km. Juga dikenali sebagai tasik cermin. Memang cantik reflection dia, dapat la ubat hati aku yang tak dapat pergi San Josef tadi huhuhu.. Dekat tasik ni ada belut elektrik ye, be careful jangan gatal-gatal nak celup tangan dalam air, kene current baru tau 🤣🤣.

Jeti kecil 

Trail ke jeti. Aku suka flora di sini.. 

Ini signboard trail. Ada banyak trail sebenarnya. Kami ambil yang paling jauh. 

Kami singgah di lookout yang semalam tak jadi pergi tu after Tasik Matheson. Lebih kurang 4km dari tasik. Ingatkan lookout tu berada di tanah tinggi rupanya tanah rata cenggini je. Ini sebenarnya glacier lookout. Dari sini boleh nampak glacier dari jauh. Kalau terer, carilah kat mana glacier tu dalam gambar di bawah. 


Glacier Walk

Next, Glacier Walk. While we heading to Wanaka, ada ternampak sign board Glacier lookout. Jadi, kami decide untuk berhenti kalau-kalau ada trail di sini untuk tengok Glacier (nak jugak!). Masuk lorong yang agak scary about 5km dan end up nampak car park ni. So, tak de idea sebenarnya camne lookout ni looks like sebab sekeliling hutan kan? Ada banyak juga kereta park di sini. Maybe diorang trekking. Jadi, kami ikut je trail yang disediakan. 


Trail pendek je dalam 1km. Mula-mula memang wonder betul ke jalan ni tapi bila tengok ada few people lalu lalang so we all anggap diorang menghala/dari tempat yang sama. End of the route, this is the view looks like. Nampak sikit je.. Semua laluan ke glacier ditutup memang tak de can nak cilok 😂😂. 


Kami kemudiannya meneruskan perjalanan ke Wanaka. Dalam perjalanan, di sekitar Paringa, nampak signboard Salmon Farm 😋😋 so, apalagi menyinggah la kita.. Ada cafe yang menghidangkan makanan berasaskan salmon serta kolam ternakan ikan salmon. Farm kat sini bersaiz kecil je.  Kalau nak yang lagi besar, boleh ke Farm di Twizel 😁. 

Papan tanda ke Salmon Farm & Cafe

Our meals ~ salmon fritata, hot chocolate and smoke salmon sandwiches 

Salmon Farm. Ikan Salmon tak nampak pulak 😅

Tasik Paringa

Tak jauh dari Salmon Farm, terdapat sebuah tasik iaitu Tasik Paringa. Nampak signboard tasik di tepi jalan so, kami cubalah masuk nak tengok apa yang ada. Memang lengang tasik ni. Ada beberapa buah kereta dan campervan park di sini, camping mungkin. Tasik ini merupakan camp site, sesuai untuk mereka yang bercaravan dan nak camping tepi tasik. Ada disediakan tandas awam juga. Tasik ni berbentuk 'U' tapi dari atas bumi memang tak nampak lah shape 'U' tu. Kene guna drone baru nampak. Ni aku tolong google nak buktikan fakta bentuk 'U' tu 😌. 


Kosong. Mungkin time datang ni weekdays, so tak de aktiviti

Kami beredar selepas 15min berada di sini. Next stopover.. 

Knights Point Lookout, Haast. 

Tak banyak pun information pasal tempat, samaada dari local information board atau kat google. But the scenery quite breathtaking. Masa kitorang sampai, cuaca mendung, nak hujan. Jadi, gambar pun, kelabu lah sket nampaknya. 

Dari lookout, boleh nampak beberapa ketul rocky island di tengah-tengah Tasman Sea, mungkin disebabkan hakisan. Itu aje lah yang menarik di sini, tidak lain tidak bukan view rocky island and Tasman Sea hehehehe... 


Ship Creek/Tauparikaka

Ship Creek ini terletak 20km ke utara Haast, West Coast South Island. Ada beberapa bentuk muka bumi di sini ~ sand dune, paya dan laut.

Terdapat dua trek pendek di sini untuk trekkers ~ Dune Lake Walk, trail round trip 30min (round kawasan sand dune). Satu trail lagi, Kahitahea Swamp Forest Walk, trail round trip 20min (round kawasan paya). Kitorang tak trek pun. Lepak tepi pantai sebab singgah sekejap je dan hari memang nak hujan. Actually aku nampak dolphine melompat2 dari jarak jauh tapi sebab x expert so, aku xamik gambar dolphin. Tengok je 😝.

Kenapa dinamakan tempat ni Ship Creek? Cerita dia. ..

Dulu2 pada tahun 1857, rangka sebuah kapal ditemui di sini, tak sure siapa yang
jumpa. Kapal itu dipercayai bernama Schomberg, sebuah kapal dagang yang berasal dari Scotland dan dipercayai tenggelam pada tahun 1855 dalam pelayarannya di sekitar Shipwreck Coast, Victoria, Australia, iaitu sekitar Great Ocean Road. Kalau kau combine sejarah, shipwreck coast tu dah banyak telan kapal. Entah lah apa yang ada di situ 😒. So, kapal tu hanyut dan terdampar di South Island, NZ.
                  
Sand dune trail. Gambar diambil dari menara tinjau

The swamp and the sea

Kami beredar selepas satu jam di sini. Hujan turun renyai2 dan mula lebat sejurus kami tinggalkan Ship Creek. Dan hujan pun berterusan sampai Wanaka. Stesen minyak dekat South Island ni adalah sebiji setiap 100km. Jadi, always aware dengan takuk minyak kereta ye.

Paling ngeri bab driving sini bila drive dengan jalan yang sempit tepi tasik. Tasik Wanaka tu je dah macam laut. Adalah dalam 30km jugak melalui jalan ngeri tu. Turn aku drive. Berpeluh aku tanya diri aku, bila la nak abis tasik ni wei? Ngeri semacam jalannya.. 😭.

Plan sebenar adalah, aku book resort tepi Tasik Hawea berdekatan Wanaka. Cantik tasik ni, ingat sampai awal nak lepak tepi tasik. Memandangkan hujan lebat, sudahnya lepak kat cottage aje lah.. Rehat2  dan tidur 😁.

Ni cottage kitorang kat resort tu.. Cantik dan berbaloi.

First bedroom

Dapur 

Living room

Second bedroom

Toilet

Day 6

Tasik Wanaka

Pagi-pagi lagi selepas breakfast, kitorang gerak ke Tasik Wanaka. So, tiba di tasik Wanaka, kami cari The Wanaka Tree. Mudah je sebenarnya nak ke lokasi pokok Wanaka ni. Landmark ~ House of Puzzle. Tiada apa yang istimewa pasal pokok ni selain dari hanyalah sebatang pokok di tengah tasik yang menjadi pujaan hati dan igauan pengunjung ke sini sampai dapat jolokan 'That Wanaka Tree'. Masa kitorang sampai, siapa ada yang shooting gambar kahwin kat sini. 🙄🙄

Pokok Wanaka. Kalau air surut boleh la bergambar sambil panjat pokok tu 😁

Selepas bergambar, kami teruskan perjalanan ke Queenstown, lebih kurang 1 jam melalui Crown Range.

Crown Range Road

Dalam perjalanan, ternampak bende warna-warni ni.. Jadi kitorang singgah jap amik gambar. Memang cantik view kat sini. 

Cardona Bra Fence

Cardona Bra Fence ni sebenarnya tribute for breast cancer awareness so diorang gantung bra diorang di pagar-pagar ni sebagai sumbangan diorang. Aku tak menyumbang pun. Huhu... 

Background belakang ni cantik ya amat. Tak jemu mata memandang

Seterusnya kami teruskan perjalanan di Crown Range. Memang cantik laluan ni. Berbaloi2

Masih bersalji. Walau dah nak masuk summer

Di puncak gunung, Crown Range Road. Cantik! 

Kami tiba di bandar Queenstown lebih kurang 9.30 pagi. Kami dah book tiket untuk gondola dan luge pada pukul 10.30 pagi. Sementara tu, berhenti di Tasik Wakatipu, just beside Queenstown city untuk breakfast. Nyaman dan tenang di sini. Tak ramai pengunjung. 

Biasa je breakfastnya. Masak bodo2 kt cottage pagi td. 

No caption. . 

Queenstown Gondola & Luge

Lebih kurang pukul 10pg, kami gerak ke stesen gondola. Parking agak susah di sini, jadi kami park di dalam sebuah bangunan berdekatan. Menapak juga la dalam 10min.

Stesen gondola Queenstown 

Macam best lak paragliding berlatar belakang tasik dan gunung-ganang 😍

Gondola ride selama 10minit untuk ke puncak. Pendek je routenya. Kami terus ke stesen Luge. Kami beli pekej di Klook untuk Gondola ride return dan Luge 3 round. Pekej berharga NZD55. Aku pulak, terlupa hari tu hari nak main luge, so aku pakai skirt so dengan selamba aku main luge dengan skirt gegege. Aku pakai legging laaa.. 

First time main luge, takut2 jugak especially time curam dan laju. Salah kontrol memang boleh terbabas golek2 sampai bawah nu huhu.. Dah second dan third round dah OK dah. Jadi addicted pulak. So aku lak tak terfikir nak bawa tripod untuk ambil video time main luge. Padan lah muka aku.. 

Bukti aku main luge. Abaikan tangan aku yang kering, hitam dan kurus itu

This is the trek looks like

Queenstown from top of hill

Lepas main luge, kami pusing2 atas bukit tu dan turun balik.

Pergi makan chips ni di Queenstown. Ada tanda halal. Jadi, tanpa ragu2 aku makan je lah. Kalau kau jenis yang ada tanda halal pun ragu2 janganlah pulak makan. Certain people bende macam ni pun jadi isu besar. Kalau bende macam ni kau nak buat isu, duduk rumah kau kat Ulu Langat tu aje lah ye. 


Eriks fish & chips, Queenstown city

Fish, squids and fries. 

Lepas makan, lebih kurang 2pm, kami gerak ke Te Anau. Bermalam di sana sebab esok nak naik cruise Milford Sound. Dari Queenstown ke Te Anau pun dalam 2 jam macam tu huhuhu. 

View sepanjang perjalanan. Memang tak bosan. Tapi kalau ngantuk sangat aku tidur jugak huhu

Te Anau

Te Anau ni bandar kecil je dan merupakan bandar terdekat dengan Milford Sound. Jadi, kat sini adalah tempat paling strategik untuk bermalam sekiranya keesokan pagi tu ada cruise ye. 

Kami tiba di Te Anau pada pukul 4ptg, shopping bahan makanan dan check in. Sebelum senja kami keluar ke Tasik Te Anau. Jalan kaki je. Cuaca gloomy maybe sebab lepas hujan ataupun hari dah petang. Jadi gambar pun x secantik macam dalam google hehe.

Te Anau

Bersambung.... 



Monday 24 December 2018

New Zealand Part 2 (Day 3&4)

Day 3

Pagi hari ketiga, di Lake Taupo. Breakfast di Mc Donald sebelum berpatah semula ke Auckland untuk penerbangan ke Christchurch.

Pancake & harsh brown. Ini je la yg dapat makan pun 😂😂

Perjalanan dari Lake Taupo ke Auckland mengambil masa hampir 3jam dengan kelajuan maksima 100kmj. Tu pun bukan semua tempat dapat halaju ni. Kebanyakannya 80kmj je.  Mmmm...

Huka Falls

Dalam perjalanan, kami singgah di Huka Falls (kira-kira 10 min je dari Mc D tadi). Awal pagi, memang takde orang, bahagia untuk bergambar. Huka Falls ni akan mengalir ke Lake Taupo dan menjadi sumber tenaga hidro semulajadi dengan menghasilkan kira-kira 15% sumber tenaga bagi New Zealand.

Memang deras benau airnya

Macam gorge pulak 


Kat sini ada trekking dan mountain biking trail juga ye. Lihat gambar di atas. Lepas dah spend around 30 min di sini, kami beredar. Huka Falls takde fi masuk dan parking juga disediakan. Kemudahan toilet pun ada. So, no worries 😁.

Agrodome

Next, di pertengahan jalan kami singgah di Agrodome. Apa yang ada di sini? This is animal farm guys. Matlamat aku nak tengok Alpaca je. Alpaca ni sejenis mamalia dan berasal dari America Selatan. Binatang lain setakat lembu, bebiri, rusa, kasuari.. Dekat KL ni pun belambak-lambak. Pergi dekat 99 Wonderland, Selayang pun ada deme ni.

So, trip untuk round farm bermula pada pukul 10.30 pagi selama satu jam dan kami sampai on time. Lepas redeem tiket, kita naik trak pulak.

Tiket Agrodome boleh di tempah di sini  👇Agrodome Booking. Harga untuk adult adalah NZD49.50.

Tour menaiki trak transformer ni

Bebiri. Memang gemuk. Seekor pun dah cukup untuk kenduri sekampung. 

Ni la dia alpaca. Sejenis binatang yang comel dan menjadi pujaan hatiku 😍😍

Kami di beri minuman percuma jus kiwi. Memang sedap aku siap refill lagi. Lepas tu, pergi beli pulak dekat souvenier shop air ni 😁. Ketagihan

Ini telur burung kasuari. Berat la jugak. Keras. Nak pegang pun risau takut jatuh pecah mau mak dia kejar aku 😅

Ni burung kasuari. Garang kot. Aku xbagi makan kat burung ni demi menjaga kesucian tangan aku dari dipatuk. 

Lepas dah habis tour around 12pm kami bertolak ke Auckland airport. Dijangka tiba pada pukul 2pm di airport manakala flight kami ke Christchurch adalah pada pukul 6.25pm, menaiki Jet Star. Jet Star bagi 20kg check in luggage. Ok la tu kan? 

3 jam jugak ler mereput kat airport. Penerbangan ke Christchurch mengambil masa 1j 25min.

Tiba di Christchurch pada pukul 8malam disambut hujan renyai-renyai. Hari masih cerah. Linkungan 9malam barulah hari beransur gelap. Kami book uber untuk ke hostel. Tak jauh dari Airport. Dalam 15min ride sahaja.

Airport pun lawa 😍

Sebab dah penat, lapar. Malam tu makan kat bilik ajelah. Dah lupa makan apa. Rasanya telan megi je. Walaupun ada disediakan dapur, tapi tak denya la nak masak. Basuh baju dan tidur sebab esoknya nak catch train pukul 8 pagi.

Day 4

Bangun seawal 6pagi untuk bersiap. Aku makan megi lagi untuk breakfast. Nak alas perut sebab tak pasti atas train nanti ada ke tidak makanan yang boleh dimakan ☺️.

Sampai di stesen keretapi pada pukul 7.30pagi, bergambar dan kemudian beratur untuk check in luggage di gerabak khas.

Tempat aku ambil gambar tu adalah view coach yang open air. Agak sejuk membeku lah kalo duduk dekat coach ni

Tempat duduk agak selesa. Ada meja untuk makan, membaca, letak barang dan membawang

Toilet pun bersih dan comel je. Kelas kau jah.. 

Headfon disediakan. Audio akan menceritakan tentang sejarah dan keterangan tempat2 yang dilalui

Mini cafe. Ada dijual pastri, kek, dan minuman ringan

Antara permandangan sepanjang journey. Banyak sangat gambar lawa. Pening nak pilih. 

Train berhenti di Arthur Pass untuk bergambar.

View coach. Masa ni dah nak sampai Greymouth. View tak berapa nak lawa dah

More views from the train

And more.. . 

Tiket untuk Tranzalpine ni mahal bagi aku ~ NZD199, lebih kurang RM600 macam tu untuk one way ye. Diulang, one way. Tapi sebab nak dapatkan pengalaman dan view yang sebegini, aku pejam mata je bayar harga tiket. 

Tiket boleh dibeli di sini 👉Tranzalpine. Tips untuk dapat harga tiket lebih murah, minta kawan korang yang pergi atau berada di New Zealand untuk book guna url local. Memang dapat harga NZD50 lebih murah. Banyak tu jimat in RM 😁😁. 

Perjalanan ke Greymouth mengambil masa selama 5 jam. Aku yang sejenis tak dapat duduk diam, so, aku ke view coach yang terletak lebih kurang 6 gerabak dari coach tempat duduk aku. Sejuk memang tak boleh blah la. Dengan crowded tourist yang busy masing2 nak amik gambar (termasuk aku) .. Fuhh... Sesak elok kat coach tu. Bukan senang nak dapatkan gambar2 lawa ni. Dalam sejam lebih juga aku berdiri snapping gambo kat situ. Jika dari Christchurch, view cantik adalah di sebelah kiri. Sebelah kanan, view kurang cantik. Jadi, advantage berada di view coach is you can take picture at both sides 😉. 

Greymouth

Lebih kurang 1pm sampailah di Greymouth. Kecik je stesen keretapinya. 

Ni gambar stesen keretapi. Aku malas nak amik gambar leklok time ni. Asal snap je 🤣🤣

Yeah, finally arrived here. 

Depan train station Greymouth ada sungai. Bersih sungai ni. Cantik. 

Kami pick up kereta ~ Apex Car Rental dan menghala ke Fox Glacier, bermalam di situ. Perjalanan ke Fox Glacier dari Greymouth mengambil masa selama 2j 30min. Dalam perjalanan, ada beberapa tempat yang kami singgah. Takde dalam itinerary pun. Just based on signboard on the road. 

Hokitika Beach

Pantai ni terletak lebih kurang 30min dari greymouth. Memang orang datang sini untuk bergambar dekat ikon pantai ni je pun. Tidaklah ada yang mandi manda dengan ombak besar, angin yang agak kuat ni 🤣🤣. Kami stop by dalam 15 minit je untuk bergambar. Dah la sejuk. 

Ikon Hokitika

Pekan kecil Hokitika, just beside the beach. Sunyi sepi. 

Next, kami teruskan perjalanan dan singgah di Lake Mahinapua. Sunyi tasik ni, kitorang dan beberapa orang je yang datang ke sini nampaknya huhuh.. 

Lake Mahinapua, terletak kira-kira 10km di selatan Hokitika dan berhampiran bandar kecil Ruatapu.


Ia dinamakan sempena nama Mahinapua, seorang wanita, yang namanya merujuk kepada 'bunga di bawah cahaya suram atau senja'.

Tasik ini merupakan titik pertemuan antara Laut Tasman dan Hokitika Glacier.

Sunyi sepi

Fox Glacier

Lebih kurang 6pm kami sampai di Fox Glacier. Kat sini kami bermalam di backpackers hostel je. Tengok bilik gambar di bawah, simple dimple. Nak tidur je pun kan? Jangan banyak bunyi. 

Lepas berehat, solat, kami keluar berjalan2 di town. Sebenarnya plan ke look out berdekatan (10km dari hotel) untuk sunset, tapi sebab parking hostel limited, so kami berjalan sekitar town Fox Glacier je untuk bergambar. Kang dah keluar susah nak dapat parking semula. 

Bilik sharing 4 persons

Sunset di Fox Glacier

How beautiful His creation 😌

Town Foz Glacier dipenuhi hostel dan motel je. Tak ada yang menarik sangat pun. Lepas merayau sekitar pekan dalam sejam, kami balik hostel, makan dan berehat. Perjalanan esok jauh lagi jadi kene recharge bateri badan. 🤣🤣

Next entry aku akan cerita lagi tentang Fox Glacier dan kisah yang menghampakan aku (salah satu sebab kenapa aku kene repeat balik NZ)