Saturday 26 October 2019

Explore India 2.0 - Jaipur (Part 1)

Trip India 2.0

Jaipur - Jodhpur - Amritsar

Day 0

Trip India 2.0 ini berlangsung pada awal Oktober 2019, semata2 kerana sakit hati dengan harga visa yang sangat mahal sewaktu kunjungan ke India pada awal tahun ni. Multiple entry untuk setahun sebanyak RM453. Mahal bukan? Almost the price for US visa with validity of 10 years!

The first trip to India, aku ke Delhi, Agra dan Kashmir (ble refer posting sebelum ini) dan tak berapa nak puas hati sebab pergi dengan local agen dan tak banyak tempat dapat cover sebab miss communication. So, this time aku pergi berdua je dengan Farah.

Delhi at night

Kali ni, kami berdua menaiki Air Asia ke Delhi (sebelum ni fly ke Delhi dengan MAS). Tiba di Delhi dah malam around 10pm. Lepas selesai urusan imigresen, kami book uber untuk ke hotel. Dapat tidur sekejap pun jadilah memandangkan train ke Jaipur adalah pada pukul 6pg hari berikut nya.

Dah book uber, kereta dia pulak rosak. Then, to book another uber, we will be charged for some fees dan need to have another round waiting. Pulak..So, hari pun dah malam, aku pun dah penat, kitorang decided untuk amik je cab dekat airport untuk ke hotel dgn harga Rs700. Mahal la weh sebab bukan jauh pun but no choice.

We reached hotel after 15minutes in the cab, checked in and be prepared to rest since we have only less than 6 hours before our next journey!

Bloomroom Hotel @ Railway Station. Agak selesa dan berpatutan

Day 1

Pukul 4.30 pagi dah bangun bersiap-siap. Jarak hotel ke Ajmeri Gate, New Delhi Station adalah 15minit jalan kaki dari Hotel. Ajmeri Gate ni adalah gate pelepasan untuk ke Jaipur. Walaupun 15min jalan kaki, dengan suasana 5pg memang tidaklah untuk aku jalan kaki. Jangan cari masalah hanya kerana kedekut nak bayar grab ok? So, kitorang book grab utk ke Ajmeri gate. Seriously aku memang lupa harga dia (silap tak tulis 😭) but not really expen67ses.

Ajmeri Gate, Delhi Station 

Sampai di Delhi Station, Ajmeri Gate... meriah betul suasana termasuk yang tidur di stesen 😁. Kami mencari2 platform. Ada kaunter pertanyaan di situ, so ble tanya diorang.

Sejenis selamba tidur di tengah2 alam

Ways to the Platform

Arts in the Railway Station

Ways to Platform

Stesen train ni penuh dengan art jadi sepanjang perjalanan nak ke platform pun berapa kali stop amik gambarπŸ˜….

Tiba di platform 2, kelihatan train ke Mumbai. Memang padat elok terutama di kelas 2 & 3. Scary pun ada menengok keadaan dlm train tu. Aku dan Farah duduk di bangku kat platform memandangkan waktu baru pukul 5.30pg. Nak solat subuh tapi kotor sana sini memang aku geli 😬.

Platform scenery at 5.30am

Train to Mumbai, second class yang padat iteww.. 

Untuk hilangkan bosan, aku berjalan2 di sekitar platform. Eh, tiba2 nampak masjid.. I mean surau kat Platform 2, aku turun tolak pintu surau. Ada orang tengah solat. Eloklah, boleh aku Subuh kat situ..

Surau kecil ni agak bersih 

Muka mengantuk

Train ke Jaipur tiba pukul 6pg. Aku beli tiket 1st class acc seater dengan harga RM102.20. Oklah juga selesa. Kerusi ok, ada plug charger, dapat newspaper, dapat air mineral 1.5l, dan bermacam2 makanan, snek, buah. Memang kau tak kan lapar dan aku pun tak expect semewah ini makanannya. Kalah segala flight dan train yg pernah aku naik kat memana negara setakat ni.

Seater 1st class acc

Soket

Dapat paper. Aku tak baca pun. 

Air kotak lemon. Sedap weh. 

Attendan yang edar makanan

Coffee, snack

Cornflakes, roti. Rasa nak repeat pulak aku rasa 🀣🀣

Vege. Rasa kacang dal hahah.. Dan juga pisang

Antara view yang indah sepanjang perjalanan

Gerai makanan kat stesen ketapi 

Perjalanan ke Jaipur mengambil masa 4 jam 45min. View not bad tapi nak ambil gambar tu agak susahlah. Aku tak sempat tidur pun dalam train, sibuk makan dan layan view.

Tiba di Jaipur pada 10.45pg Mr Babu, driver yang akan bawa kami sekitar Jaipur dah sedia menunggu. Untuk trip kali ni, kami book kereta sewa with driver di Klook untuk 12 jam dengan harga Rm125.60 per car. Mean, kalau berempat lagi murah la kosnya.

Jaipur Old City or Pink City

Lepas pick up, Mr Babu terus bawa kami ke old city Jaipur. Kami ke Hawa Mahal. Bila sampai Hawa Mahal... Oh la, macam ni ke? Tepi jalan je...

Hawa Mahal


Hawa Mahal

Hawa Mahal merupakan sebuah istana dan diperbuat dari batu pasir merah dan merah jambu. Istana ni dibina di pinggir City Palace dan meluas ke Zenana atau women's chamber's. Dibina pada tahun 1799 oleh Maharaja Pratap singh, cucu kepada Maharaja Sawai Jai Singh, pengasas Jaipur.

Kami tak masuk Hawa Mahal. Amik gambar kat luar je. Malas pulak nak masuk. Tengah berpusing2 di luar Hawa Mahal tu, ada orang tegur, such kind of 'Assalamualaikum, Where are you from?I am Muslim', aku krik krik nak jawab balik. Bimbang scammer ke penjahat menyamar ke. Dia pula sibuk offer nak ambilkan gambar.. Mmmm aku bagi la can. Cantik jugak gambar dia ambil. Dia ajak aku naik Tatoo cafe untuk ambil gambar lawa. Aku dengan Farah ikut je. Tatoo Cafe ni terletak berhadapan dengan Hawa Mahal.

Kedai2 sekitar Hawa Mahal. Memang geram je aku tengok tapi sebab takde bajet shopping, kene buat2 tak nampak 

Tatoo cafe. Camne boleh salah angle tertinggal huruf Lounge nih! 

Selesai sesi fotografi di Tatoo Cafe, mamat ni ajak ke kedai kain dia yang terletak berhampiran dengan Tatoo Cafe tu je. Mula2 malas tapi sebab dia pun ambik gambar superb, layan aku posing, ok lah kitorang bagi can untuk tengok apa ada kat kedai dia.. Huhu.

Ekslusive la sket kedai ni. Mahal

Try2 je πŸ™„

Tengok punya tengok aku ambil la kurti blok print ni satu set dengan shawl. Aku rasa mahal je harga dia, even after bargaining. Tapi, mmm ambik je lah wei. Malas nk pikir. Aku selai, Farah selai. Setel.

City Palace

Mr Babu pick up kitorang depan Tatoo Cafe dan bawa kami ke City Palace. City Palace ni ambil gambar kat luar je sebab entrance fee dia di luar kawalan fikiran aku hehe. Kalau kau ada bajet, boleh je nak masuk sini..

Pintu gerbang ke City Palace

Tu dia tix price 😭

City Palace was established at the same time as the city of Jaipur, by Maharaja Sawai Jai Singh II in 1727.

Before move to Jal Mahal, the driver bought this for us! Its delicious. Thanks a lot! 

Jal Mahal

Lepas bergambar, Mr Babu bawa ke Jal Mahal. Suasana di sini agak tenang berbanding dengan keadaan di tengah2 Old City tadi. Aku nampak camel riding jugak.

Jal Mahal ni istana di tengah tasik Man Sagar. No such way to go to the palace anyway. Ambil gambar tepi tasik tu je. Ada banyak stall kat sini jual makanan la, souvenir la.. Dan yg paling menarik stall sewa pakaian tradisi Rajasthan dengan harga kurang dari Rs200. Aku? Apalagi.. Bila nak melaram kan?
In Rajasthan traditional wear. Susah juga nak jadi model eh?🀣🀣

They sell foods but im not sure what πŸ€”

The souveniers mainly with elephant characters

Ni looks like Bhel Puri..

Jal Mahal merupakan kompleks 5 tingkat di mana hanya 1 tingkat kelihatan di permukaan air while the remaining is water underneath. Dibina pada tahun 1750 oleh Maharaja Madho Singh I dan digunakan sebagai tempat istirehat semasa pesta memburu itik. Mmm..πŸ€”πŸ€”

Anokhi Museum

Next, kitorang ke Anokhi Museum. Museum ni bukanlah famous sangat pun tapi dah kata traveller, explorer...so why not we tried to see whats inside. Takkan nak pergi ke tempat viral je ken??

Exterior of the building. Full of art 

Traditional garment - hand block printing 

Surprisingly, museum ni Japanese yang sponsor

Lawa2 kain ela ni

Hand block printing demonstration 

The carving of hand block printing 

Basically, Anokhi Museum ni terletak di Chanwar Palkiwalon ki Haveli, sebuah rumah agung yang di ubahsuai menggunakan teknik purba setelah mengalami kemusnahan. Museum ni lebih kepada preservation hand block printing yang berusia lebih dari 500 tahun di Rajasthan. Jadi, dalam museum ni dipamerkan garment2 ranging dari kontemporari ke traditional outfit hasil dari blok printing. Juga, ada demostrasi blok printing di situ. Aku pun cuba la jugak ala2 expert tapi nak tekan kayu tu pun berpeluh 🀣🀣.

Fi masuk Rs30 per person & Rs50 for camera.

Panna Meena Ka Kund


Dapat bergambar macam ni je lah. Tak dapat turun. Hampeh! 

Stepwell ni tak jauh pun dari Museum tadi. So, kami singgah kejap unuk bergambar. Memang tak dapat turun pun, ada guard jaga. Stepwell ni dibina pada kurun ke 16 dan setinggi 8 tingkat, kegunaan dia zaman dulu2 adalah untuk simpan air, mainly untuk diminum pada musim kemarau. Tapi ada juga yang guna untuk mandi. Serbaguna nampaknya πŸ˜….

Amer Fort

Sebab masa ada banyak lagi, kami bercadang untuk ke Amer Fort. Driver tu beriya suruh ambil guide sebab katanya nothing kalau tak ambil guide masuk sana. Sebab aku pun x buat research sangat pastu otak pun tengah suam2, so agree lah untuk driver tu cari guide. Aku tak sure dia kol sape tapi last2 ada sorang pakcik naik kereta tu katanya dia adalah guide. Fine.

Dia pun ceritalah sejarah Amer Fort ni, itu ini begitu begini. Ingatkan dia follow sampai dalam Fort dan cerita kisah setiap tempat tapi rupanya kat tempat beli tiket je. Kah, terpedaya jugak kitorang! But, ada juga pekdah pakcik ni. Dia belikan tiket local untuk kitorang sebab katanya muka kitorang macam Nepal. Guard tu siap tanya kitorang dari mana? Walau aku x faham Hindi, konfiden je aku jawab Nepal. Dan price tiket untuk Nepal sama dengan local πŸ˜‚πŸ˜‚. Entrance fee foreigner Rs750 seorang. Local Rs200 seorang. Bayar guide yang entah apa2 tu Rs500 so kitorang still save Rs300 per person. Oklah tu wei dari takde apa.

Diwan-i-am 

Sheesh Mahal 

Shila Devi Temple 

Sukh Mandir

Amer Fort merupakan ibukota Rajasthan sebelum Jaipur. Ia dibina daripada batubata berwarna merah serta marmar pada tahun 1592 oleh Maharaja Man Singh. Fort ini kemudiannya diperluaskan dan diubahsuai oleh Raja Jai Singh I. Senibina monumen ini dipengaruhi oleh Hindu dan Islam. Fort ni ada few part iaitu Sheesh Mahal, Sukh Mandir dan Diwan-i-am.

Sheesh Mahal also known as Mirror Palace dan dibina dari precious stones dan pure glass. Dari pembacaan aku, Mahal ni dibina sebab puteri zaman dulu suka tengok bintang tapi depa ni not allowed to sleep in open air.

Sukh Mandir / Hall of Pleasure pula terkenal dengan sistem penyejuk haba yang dicipta untuk keselesaan istana.

Diwan-i-am pulak merupakan Hall of Private Audience untuk tetamu khas Maharaja. Nama lainnya adalah Jas Mandir.

Dalam Fort ni jugak terdapat Shila Devi Temple dan Ganesh Pol. Ganesh Pol ni adalah entry gate untuk raja dan kaum kerabatnya sahaja ke dalam Fort.

The view of Amer Fort

Maota Lake and the Mughal Garden, Kesar Kyaari

From the roadside

Lepas spent around 2 jam kat sini, kami mintak driver hantar pergi restaurant. Lapar dowh.

Singgah makan di satu restaurant, kami order makanan tradisi Rajasthan, Vegetarian Thali. Share dua orang.

Combination masam, pedas, manis, masin.. Semua ada

Lepas makan, kami ke Royal Albert Museum untuk ambil gambar. Dari luar je. Tak masuk pun sebab dah super barai.

The colours changing every minutes

Lepas pergi Museum ni, driver hantar kitorang ke Jaipur station untuk next train ke Jodhpur. Train pukul 2.45 pagi dan the time we arrived at station is 8.30pm. Selamat mereput....

Jaipur Station at night... 

Jaipur, bagi aku memang best dengan attractions, people and craft surroundings. Baju lawa2.. Kalau repeat pun tak menyesal.

To be continued...