Monday 28 October 2019

Explore India 2.0 - Jodhpur (Part 2)

Day 2

Hampir 6 jam jugalah mereput di stesen Jaipur untuk menunggu next train ke Jodhpur. Memandangkan aku beli tiket 1st class sleeper so, ada tempat menunggu khas yang lebih selesa, tak bising dan ada toilet khas (walau tak bersih mana but much better than toilet kat luar). Di tempat menunggu tu juga ada breastfeed room yang ble guna untuk solat. Aku dengan Farah dah pedih biji mata pun tak dapat nak tidur jugak takut terlelap langsung tertinggal keretapi. Haru!

Ruang menunggu awam, Jaipur Railway Station

                       
Finally, train arrived at 2.45am

Untuk train ke Jaipur, aku beli 1st class Acc Sleeper;

1. Coach ni adalah bilik sharing 4 persons. Tapi kami berdua je pun yang ada dalam bilik tu. 
2. Cadar untuk katil pihak train akan provide dan kene pasang sendiri. 
3. Bantal tak diganti pula sarungnya. Geli betul aku nak guna so aku guna beg aku sebagai bantal.
4. Breakfast tak disediakan. Berlapar jugalah. Walhal 1st class.. Mmm

Kesimpulannya, tak best coach 1st class sleeper ni.. 

Cabin 1st class sleeper room

Sharing 4 persons. Bilik yang belum dikemas atendan keretapi

Ni selepas kami pasang cadar sendiri

Lepas je pasang cadar, kitorang terus tidur. Dah ngantuk sangat dah.

Around 7.30am, aku baru tersedar. Subuh terlepas. Memandangkan toilet train punye kesucian pun diragui untuk mandi manda jadi kami tukar baju je. Train akan tiba di Jodhpur lebih kurang pukul 8am.

Yeay sampai dah. Lega betul

People selling fruits at the station

Outside the station 

Tiba di stesen Jodhpur, driver sudah siap sedia menunggu kami. Lepas cuci muka, gosok gigi di toilet Railway Station, kami terus ke kereta.

First destination kitorang adalah Lake Kaylana. Dalam google macam cantik. Memang overrated. Takde apa pun kat sini melainkan beberapa ekor anjing, seekor lembu dan tasik biasa2 je. So, tak payah datang kat sini pun takpe huhu..

Penunggu tasik.. 😅

Tasik ni kosong je..sunyi sepi

Next, kami ke Umaid Bhawan Palace.

Umaid Bhawan Palace

Palace ni merupakan salah satu dari residence yang terbesar at world large. Ada 347 buah bilik, sebahagian dari palace dijadikan hotel dan sebahagian lagi dijadikan museum. Dinamakan bersemperna nama Maharaja Umaid Singh, dan merupakan bekas residen utama keluarga diraja Jodhpur.

Memang besar dan cantik palace ni

Interior painting of the museum

Kami masuk part museum dengan tiket price Rs100. Museum ni mempamerkan sejarah Umaid Bhawan Singh, pameran barang2 kepunyaan beliau termasuk koleksi jam dan kereta antik. 

Koleksi piala dan alatan polo Maharaja Umaid Bhawan Singh

Koleksi kutleri, hiasan dan alatan dining room Umaid Bhawan Singh

Koleksi Jam Antik

Basikal Antik. Kereta antik susah nak amik gambo sebab dalam cermin

Lepas spent around 1 hour kat sini, kami ke Mehrangarh Fort pulak.

Sebelum ke Fort, singgah beli air di restaurant. Bila bagitau dia nak tapau, cenggini dia bungkus air aku. Penuh dengan salotape 😭😭

Mehrangarh Fort

Mehrangarh Fort dibina oleh Rao Jodha pada tahun 1459 dan merupakan salah satu kubu terbesar di negara ini.  Ia terletak di puncak bukit bertingkat 410 kaki dan menjadi tempat penggambaran The Lion King, The Dark Knight Rises, dan Thugs of Hindostan.  Mempunyai 7 pintu, namely, Victory Gate, Fateh Gate, Gopal Gate, Bhairon Gate, Dedh Kamgra Gate, Marti Gate dan Loha Gate. Setiap satunya dibina pada masa yang berlainan dan berfungsi dengan tujuan yang sangat khusus. Victory Gate telah dibina untuk memperingati kemenangan Maharaja Man Singh ke atas Jaipur dan Tentera Bikaner.  Kubu ini juga mempunyai Sheesh Mahal (Glass Palace) dan Phool Mahal (Rose Palace). 

Pada hari aku ke sini, ada festival Durga Puja. Maka sangatlah sesak dengan locals. Adalah juga foreigners but not as huge crowd as locals. Sesuai sangat aku menyemak kat sini. 

Entrance fee:Rs 600

Berduyun2 manusia ke Fort sebab Durga Festival

Semua yang masuk beli bende alah ni. Ada kelapa kat dalam. 

Bunga2. Aku tak pasti la apa. Nak tanya pun cakap macam ayam dengan itik je nanti

                      
                              The crowds

The Fort. Cantik Fort ni seriously

Museum Fort. Senibina kat sini pun sangat cantik

Pengusung raja zaman dedulu

Pengusung raja zaman dedulu

Koleksi Bidriware pada kurun ke 18

Coins yang digunakan pada zaman Mughal, Marwar, Princely State dan East India Company 

Pedang yang digunakan pada kurun ke 16 - Empayar Mughal

Phool Mahal - A Palace of Flowers. Dibina oleh Maharaja Abhay Singh pada kurun ke18 dan berfungsi sebagai Hall of Private Audience

Sheesh Mahal. Sama je konsepnya dengan yang kat Jaipur tu. 

Aku memang suka senibina kat Fort ni. Cantik berseni. Aku kan orang seni 😜

The crowds.. Yang berjalan dalam line sebelah kiri tu menghala ke tapak festival

Kedudukan Fort dengan Blue City/Old City Jodhpur

Lepas almost 3 jam di Fort ni, kami ke Jaswant Thada. Lokasinya tak jauh dari Fort ni. 

Jaswant Thada

Jaswant Thada merupakan sebuah sinotaph yang dibina oleh Maharaja Sardar Singh pada tahun 1899 sebagai ingatan terhadap bapanya, Maharaja Jaswant Singh II, dan berfungsi sebagai tempat pembakaran istana untuk keluarga diraja Marwar.

Makam ini dibina daripada kepingan marmar. Sinotaph tu apabende? Sinotaph tu tugu atau makam kosong yg dibina untuk peringatan terhadap jasad yang berada di tempat lain. 

Bangunan utama Jaswant Thada

Monumen2 sinotaph banyak di sini. Kelihatan kota lama Jodhpur dari atas ni. Tak nampak biru sangat pun sebenarnya

Mix with local katanya.. Cantik bangunan ni tapi tu lah kene photoboom. Diorang macam takde kisah kau nak ambil gambar pun. Kalau boleh nak masuk dalam gambar kau sekali 😭

Dalam keadaan tak mandi dari semalam, aku memang rasa tak best betul berjalan. Panas pulak tu. Kau rasa? So, kitorang minta driver hantarkan ke restaurant untuk makan dan seterusnya ke hotel untuk cek in dan berehat. 

Hyderabad Vege Beriani

Ini bilik di Jodhpur City. Klasik dan unik kan? 

Hotel kitorang just behind the Fort.. 

Lebih kurang 7pm, kami keluar jalan2 di Jodhpur City. Basically macam berjalan di celah2 kampung lah dengan tuktuk, basikal, motosikal dan jarang-jarang ada kereta yang lalu. Dengan anjingnya. Meriah kau.. City Jodhpur bagi aku agak kotor. Ada satu port ni siap ada tandas open air tepi jalan. Aku ingat nak ambil gambar tapi tiba2 nampak orang tengah buang air lak terus terbatal niat aku tu 😂😂. Kitorang jalan2 dalam lingkungan 1km dari hotel.

Malam di Old City Jodhpur 

Video jalan2 di Old City

Sadar Market

Kami ke Sardar Market, yang terletak dalam Old City, tutup dalam pukul 8pm macam tu. Kat Sadar Market ni ada jual sayur-sayuran, rempah, manisan India, tekstile, barangan dapur, kraftangan dan barangan perak.

Clock Tower

Berdekatan dengan Sardar Market, terdapat Ghanta Ghar, atau dikenali juga sebagai Menara Jam Rajasthan. Tower ni dibina oleh Maharaja Sardar Singh (1880-1911).

Stepwell at night 

Sempat singgah ke Stepwell Jodhpur. Gelap. Locals lepak dan bertenet kat situ. Mmmm

Dan kitorang  singgah juga di satu kedai rempah Muslim kat sini. Dia ajak masuk dan chit chat. Layan je lah. Aku tak beli pun rempah sebab bende sama ada kat Malaysia. Cengkih, buah keras, kayu manis. Normal. Safron susah dapat sini tapi stok beli kat Kashmir pun ada lagi hehe.

Kashmiri tea with Saffron served to us be the shop owner

Rempah2 yang dijual di kedai abang ni.. 

Sambung explore Jodhpur the next day, dah penat, balik dan tidur. Flight ke Amritsar keesokan harinya adalah pada pukul 4pm (asal 2pm tapi Air India ubah flight time last minute) so banyak masa untuk spent kat sini but aku tak tau camne nak berlari2 di Airport untuk connecting flight nanti 😬😬.

Day 4

Pagi selepas breakfast, kitorang sambung tour Old City. Bangunan biru kat sini tak banyak sangat dah pun. Hanya beberapa dan biru pun berlainan ton dan agak pudar warnanya. So, untuk menampakkan kebiruan bandar ni, jenuh jugaklah aku berjalan melalui jalan sempit celah2 rumah. Takut anjing kejar pun ye jugak.

The Blue Building

Tak semua rumah warna biru dan ada yang dah lusuh birunya

Celah bangunan pun boleh nak bergambar 😅

Kedai runcit yang comel di celah2 rumah, Blue City 

Pekan Blue City

Barber & Textile Shop

Semalam sewaktu berjalan-jalan di Sadar Market, ada terdengar bunyi Azan. Maka, hari ni terjumpa lah sebuah masjid di sini. Komuniti Islam di sini lebih kurang 30% dari total population. 

Masjid Miyao Ki, salah satu Masjid di Blue City

Kenapa rumah/bangunan disini di cat biru?
Secara faktanya, rumah yang berwarna biru adalah dimiliki oleh golongan Brahmin, Pendeta dalam Sistem Kasta India. Warna biru juga dikatakan dapat menghalau serangga (nyamuk) dan boleh menjadikan suasana rumah dingin dan sejuk. Jodhpur City juga dikenali sebagai Sun City memandangkan cuaca di Jodhpur cerah dan panas sepanjang tahun.

So, kitorang datang lagi ke stepwell hari ni. Stepwell Jodhpur tak secantik Jaipur cuma kelebihannya, di Jodhpur, kita boleh turun ke bawah untuk bergambar. Kalau nak turun mandi pun boleh. Kalau kau lalu dengan air hijau tu lah!

Entrance free. Tak proper maintain sangat. 

The other side of Stepwell

Toorji Ka Jhalra

Stepwell Jodhpur dikenali dengan nama Toorji Ka Jhalra. Berusia lebih kurang 250tahun dan dibina pada tahun 1740an menggunakan batu bata berwarna merah, Toorji Ka Jhalra menggambarkan sistem pengurusan air tradisi di Jodhpur. Senibina stepwell ini dibina oleh Permaisuri Maharaja Abhaya Singh, sebagai lambang tradisi di mana golongan diraja wanita adalah bertanggungjawab untuk  mengawasi kerja air awam.

Mempunyai kedalaman 200 kaki, stepwell ini juga dihiasi dengan ukiran-ukiran gajah menari, singa zaman pertengahan, pengairan air menggunakan lembu, dan niche yang menunjukkan pelbagai dewa.

Lepas bergambar di Stepwell ni, kitorang ke Blue Bird Restaurant (Restaurant Muslim) di sini untuk lunch.

Cheese & Butter Naan, Chicken Curry

The lemon tea and the Blue City

Lepas lunch, kami terus ke Airport dengan menaiki tuktuk (Rs200) untuk perjalanan seterusnya ke Amritsar. 

Bagi aku, Jodhpur ni menarik. Memang kampung betul tap maksimumnya, kau perlu spend 2 hari cukup kat sini. Persekitaran agak kotor, anjing berkeliaran, jadi pandai2 lah kau nak hidup bila datang sini. In terms of locals, diorang Ok. Takde racist ke apa memandangkan Islam bukan sesuatu yang asing bagi mereka. Be cool je.. 

The Fort & The Blue City

To be continued...