Sunday 25 November 2018

New Zealand Part 1 (Day 1&2)

Niat untuk ke New Zealand ni dah lama. Sepatutnya tahun 2017 pergi sana namun rezeki tak menyebelahi dek kesihatan yang tidak memuaskan.

Bila kesihatan dah bertambah baik, Alhamdulillah pada November 2018 Dia mengurniakan rezeki untuk aku ke sana. Ikutilah perjalanan sepanjang 9 hari di New Zealand termasuk 2 hari perjalanan pergi dan balik.

Day 1

Selepas 13 jam perjalanan, termasuk 1 jam 30 min transit di Gold Coast, sampailah kami di Auckland International Airport pada pukul 5.55 ptg waktu tempatan.

Transit di Gold Coast kene keluar lalui pemeriksaan imigresen even satu jam setengah transit dan bukan nak keluar ke city pun. Australia imigresen ~ biasalah..baju kau pun dia nak amik sample takut ada kuman, bugs berbahaya..dan aku yg kene check untuk test sample tu. Ceh! Selepas pemeriksaan kastam dan scan beg, kami menunggu di gate utk ke Auckland.

Memang jenuh naik AA berbelas jam ni, tp ini je yg murah. Kami dapat return tix RM1.3k including luggage 30kg. Rezeki aku kali ni, dapat hot seat walau aku x beli pun mana2 seat. So, boleh la lunjur2 kaki kalau rasa kejang dan lenguh 😁.

Auckland Airport

Hot seat tempat aku duduk

Gold Coast Airport ~ transit 1.5 jam

Musim bunga ~ siang agak panjang di New Zealand, dalam 14 jam. Nak setel imigresen agak lama juga nak kene beratur dan soal jawab dengan kastam especially kalau kau declare bawa makanan, ubat dsb. Satu jam setengah juga lah nak bagi clear part custom dan luggage kat airport.

Soalan yang dia gemar tanya adalah kau bawa apa dan brp pax (Nanti last post NZ aku share tips NZ walau aku xde la expert sangat pun) dan pekerjaan pun adalah salah satu perkara yang diteliti dalam form declaration tu. So jangan nak main-main tulis ko jobless ke apa.

Lepas setel hal kastam, kami keluar dari Airport untuk menunggu shuttle bus syarikat kereta sewa pick up kami ke pejabat kereta sewa. Kami sewa dengan Go Rental, full insurance coverage untuk 2 hari dengan kos rm400+. Kalau tak nak ambil risiko, baiklah keluarkan duit sikit untuk full coverage insurans. Tempat orang. Jangan kedekut sangat dan bersusah-susah di kemudian hari kalau anything happen.

Selepas pick up kereta sewa, kami ke Air BnB berdekatan Airport untuk bermalam. Selesa. Cukupla tu untuk tidur je pun. Bersih, walau tiada dapur tapi ada fridge dan microwave.

Bilik Tidur

Ruang tamu + katil + dapur

Bilik air

Setelah drop barang dan solat, (Maghrib di Auckland lebih kurang 8pm) kami keluar semula ke Park n Save berhampiran kediaman untuk beli barang keperluan ~ telur, susu, jus, perasa makanan, tuna, mentega. Esok nak ke Rotorua, jauh perjalanannya, jadi kene masak serba ringkas untuk bawa bekal 😅. 

Balik Park n Save, kami makan malam (megi je sebab dah penat) dan tidur (tidur paksa). Esok kene bangun awal pagi untuk perjalanan seterusnya. Aku lak masih jet lag sebab masa kat sana awal 5 jam dr KL 🤷‍♀️.

Day 2

Seawal 5 pagi aku dah bangun. Subuh pukul 4 dan syuruk 6 pagi. Lepas solat subuh dan mandi, kami sediakan makanan. Masak nasi goreng marjerin + telur + tuna. Entahlah campur semua dalam periuk mini yang dibawa. Janji boleh dimakan dan kenyang. Kami buat juga sandwich telur untuk dimakan dalam perjalanan.

Auckland City

Pukul 7.30 pg kami dah siap packing barang dan check out dari kediaman. Destinasi hari ini adalah ke Rotorua. 

Sebelum tu, kami ke Auckland City, ronda-ronda sekejap ambil gambar. Sebab ronda Auckland tak ada dalam itinerary, jadi random select je tempat mana nak pergi. Kesudahannya, kami ke Auckland Tower. Tak naik pun, just parked at the street dan ambil gambar. Tak ada orang sangat pun pagi-pagi ni. 

Auckland Tower

Di hujung jalan tempat kami parking ada sebuah church, jadi kami ke sana untuk ambil gambar 😁. Semua bende nak ambil gambar. 

St Patrick's Cathedral, Auckland

Selepas dah habis bergambar di sini, kami ke Stadium Auckland pula. Saje, nak bergambar. Stadium ini terletak di Eden Park, dalam 10 minit perjalanan dari Pusat Bandar. Sebab masa suntuk, memang tak sempat nak cover banyak tempat di Auckland City apatah lagi untuk jenguk kedai-kedai di sini... 

Sebelum bergerak ke Rotorua, kami sempat drive across Auckland Harbour Bridge lepas tu pusing balik hahaha. Saje nak lalu di bawah jambatan. Cantik surrounding tapi tak ada spot untuk berhenti ambil gambar. Hasilnya, aku snap gambar dari atas kereta je... 

Stadium New Zealand

Harbour Bridge

Dalam pukul 10 pg, kami meneruskan perjalanan ke Rotorua. Dalam 2 jam 45 minit perjalanan atau 288km. Had laju di sini pun limit 100kmj sahaja. 

Untuk memandu di sini, kalau dah ada lesen dwibahasa yang baru tu, xperlu buat lesen international. Tapi memandangkan lesen aku yg cap kuno berlaminate tu lagi (lesen expired 2019), maka mereka perlukan lesen international. 

View sepanjang perjalanan ke Rotorua


Karangahake Gorge

Sebelum sampai ke Rotorua, kami singgah di Karangahake Gorge. Gorge ni juga adalah tempat perlombongan emas suatu masa dahulu. Ada tunnel train, batteries, dan window walk. Untuk sampai ke tempat yang disebut tu perlu trekking dalam satu jam. Tapi sebab nak kejar masa untuk sampai Rotorua sebab kami dah book tiket attractions kat sana, terpaksa la menapak dlm 30 minit return je. Tak pelah janji sampai. Pelajarannya, jangan letak attractions too pack dalam satu hari dan kene selidik tempat nak pergi tu perlu trek ke tak.. 

New Zealand ni banyak tempat perlombongan emas. Surprise juga aku. Tapi tak pasti dieksport ke mana dan bagaimana kualitinya. Aku x sempat research lagi... 

Pintu masuk Gorge

Batteries for gold mining

The Gorge

Suspension bridge to window walk

Setelah sejam berada di sini, kami sambung perjalanan ke Whakarewarewa Maori Village. Maori culture show start pukul 2 tapi nampaknya macam xsempat nak catch je.... Mmmm.. 

Whakarewarewa Maori Village

Kami sampai di Kampung Maori tu pada pukul 2.10 petang. As expected, memang tak sempat join show tu.. Jadi, kami round2 je la kawasan ni. Basically Whakarewarewa ni adalah perkampungan dan warisan kaum Tūhourangi Ngāti Wāhiao, yang sudi berkongsi cara hidup mereka dengan pengunjung dari seluruh dunia sejak lebih dari dua ratus tahun.

Di pintu masuk kampung ini ada sebuah rumah org Maori. Macam rumah kampung kita je nampaknya. 

Kawasan ini juga merupakan kawasan thermal. Jadi, mereka tinggal di sini untuk menggunakan thermal di sekitar untuk panaskan badan, merebus dan sebagainya. Kuat betul bau belerang a.k.a sulfur. Tak pasti macamana hidung diorang boleh tahan. Aku sendiri keluar air hidung, air mata bagai bila masuk sini. 

Selain dari thermal point, ada juga rumah-rumah dan kedai souvenier di kawasan ni. 

Tarikan yang paling menarik di sini adalah Geiser Pohutu. Pohutu bermaksud explode. Geiser ni memang boleh explode up to 30m tinggi dan dikatakan yang terbesar di New Zealand. Kalau masuk village ni memang ada lookout point untuk melihat Pohutu Geiser. Tapi, kalau nak jelas lagi, kene masuk kampung sebelah Te Puia. Entrance fee mahal sikit, almost rm200. In return, ko dapat lihat geiser ni dengan lebih dekat lagi. Ada jambatan untuk ke tempat geiser tu (aku nampak dari jauh). 

Pintu masuk

Pahekohuru or Champagne pool. Panas weh

Ni la rumah orang Maori yang aku cakap tadi tu

Kedai souvenier & rumah-rumah penduduk

Pohutu Geiser

Meeting Hall. Abaikan model2 dalam gambar

Fi masuk:NZD40.50 

Kemudian, kami ke Wai O Tapu yang terletak lebih kurang 20 min dari kampung ni. 

Wai O Tapu

Wai O Tapu ni terkenal juga sebagai Thermal Wonderland yang mempunyai elemen geoterma yang paling berwarna dan unik di New Zealand disebabkan oleh aktiviti gunung berapi sejak beribu tahun dahulu. Di sini bau sulfur lagi kuat dan bermacam jenis thermal boleh jumpa. Ada tiga jenis tracking, path 1,2 & 3. Macam biasa kami ambil path paling pendek iaitu 1 jam return sebab dah penat. Ini antara yang kami jumpe sepanjang trekking Track 1...

Pintu masuk Wai o Tapu

 Artists' Pallete - terhasil disebabkan mineral-mineral yang ada di sini (carbon, sulfur, acid sulphate, alkali cloride dan arsenic) 

Asap dari bumi huhuhu

Champagne Pool - terhasil disebabkan oleh kandungan sulfur yang tinggi yang bergabung dengan garam-garam feros dalam air

The Devils Bath Tub. Crater ni terbentuk dari eruption bawah tanah. Warna lime tu pula disebabkan sulfur yang terapung di permukaan 

Ni kedai souvenier 😁

Kalau ikut track 2&3 yang lebih jauh memang akan jumpa banyak lagi thermal pool. Jadi, pilihan di tangan anda. 

Pesanan penaja: kalau hidung tak kebal, bawalah penutup hidung dan mulut. 

Entrance fee:NZD30.50

Lake Taupo

Seterusnya kami ke Mc D Lake Taupo untuk bergambar yang terletak dalam 20min dari Wai O Tapu. Unik, dengan replika kapal terbang di luar bangunan Mc D.

Amik pic je 😁

Kami tak masuk Mc D sebab bekalan makanan kami masih ada. Jangan membazir. Makan apa yang ada. So kami picnic tepi Lake Taupo makan nasi goreng dsn sandwich telur 😅. Ramai juga orang tempatan mandi di sini. Sambil makan, sambil cuci mata.. Erk.. . Tasik ni pun macam rupa laut dah. Luas terbentang. Cantik tasik ni.... 

Lake Taupo merupakan crater lake yang terhasil dari letusan supervolkanik kira-kira 26,500 tahun yang lalu. Keluasannya adalah 616km persegi menjadikannya tasik terbesar dari segi keluasan permukaan di New Zealand.

Sepetang di Lake Taupo

Selepas makan, kami bergerak ke Air bnb untuk kami menginap malam ni yang terletak tidak jauh dari tempat kami makan tadi. Walau kediaman ni hanya di tingkat bawah rumah host, tapi rasanya selesa la juga untuk satu malam punye stay. 

Dapur

Bilik tidur

Bilik tidur

Ruang tamu

Oleh kerana penat, aku tertidur pukul 8pm dan terjaga pukul 2am cari makanan. Lapar huhuhu... 

Bersambung. .. 




No comments: