Thursday 28 February 2019

New Zealand Final (Day 7,8,9)

Day 7

Pagi di Te Anau. Gloomy weather. Kami check out pada pukul 8 pagi dan terus bergerak ke Milford Sound untuk menaiki cruise pada pukul 10.30 pg. Perjalanan ke Milford Sound mengambil masa lebih kurang 2 jam dari Te Anau.

Singgah sebentar di Te Anau look out.

Dari semalam gloomy je kaler tasik ni 🙄

Milford Sound

Tiba di Millford Sound, parking kereta dan terus ke jeti untuk redeem tiket Klook. Tiket dibeli dengan harga NZD65 untuk Nature Package. Pelayaran mengambil masa selama 2 jam. Banyak je operator cruise lain di sini, harga dan timing lebih kurang je. Jadi, tepuk dada tanyalah selera mahu yang mana satu 😁. 

Apa yang menarik tentang Milford Sound? 

Milford Sound tersenarai sebagai UNESCO Heritage Site. Ianya merupakan satu fiord yang terletak di kawasan Fiordland National Park, South Island. Fiord ni dengan bahasa mudah, alur sempit yang panjang dikelilingi oleh tebing atau curam yang terbentuk dari Glacier. Cuaca? Sejuks yang amat. 

Inilah cruise yang dinaiki 😁. Boleh dikatakan 3/4 masa perjalanan aku lepak kat open air space atas kapal tu. Semua air hidung, air mata keluar nak cakap betapa sejuknya 🤣🤣

View sepanjang cruise

Spotted 2 ekor penguin kat atas batu batan dalam perjalanan cruise

Sea Lion berjemur.. Comel je 😍

Stirling falls, tinggi betul air terjun ni sampai merecik-recik airnya


Lady Bowen Falls, close to the port. 

Milford ni sesuai untuk relax, tenangkan fikiran menikmati alam dan kebesaran Illahi sambil berangan. Ada few trekking trail kat sini juga. Dan kalau rajin boleh berkayak. 

Lepas setel cruise, kami pergi isi minyak. Kat Milford ada satu stesen minyak yanh only accept card credit. Sepanjang dari Milford ke Te Anau memang tiada stesen minyak ye..

Homer Tunnel ~ Ini one way tunnel yang akan dilalui dalam perjalanan dari/ke Milford. Waiting time punyela lama sampai boleh turun bergambar melompat-lompat disitu

Dalam perjalanan dari Te Anau ke Milford Sound vice versa banyak sebenarnya tempat yang boleh singgah, either masa cukup ke tak, larat ke tak dan rajin nak berhenti ke tak je persoalannya. Antara tempat yang boleh disinggah:

Mirror lakes, Lake Gun, The divide, Monkey Flat & The Chasm. Aku tak singgah tempat-tempat ni. Nanti korang google la kalau nak pergi. Kami singgah sini je 👇. Tengok warna air sungai dia pun dah tenang hati. 

Mackay Creek, Milford Road

Perjalanan balik ~ kami ke Queenstown semula untuk bermalam di situ. Perjalanan dari Te Anau ke Queenstown mengambil masa lebih kurang 3j 40min jugak lah.

Tasik Wakatipu

Sampai je di Queenstown, kami ke Tasik Wakatipu. Tak habis lagi misi mencari Lupin. Lupin ni banyak colour sebenarnya. Yang dijumpai semasa trip hari tu adalah warna kuning, purple, pink dan blue purple. Lupin ni sejenis bunga liar, normally tumbuh pada musim bunga dan merupakan sumber makanan dan juga dijadikan tanaman hiasan. Bab makanan tu aku belum sempat mengkaji apa yang boleh dimakan dan khasiatnya 😁.

Lupin tumbuh meliar di Tasik Wakatipu

View Tasik Wakatipu. Tak jemu mata memandang! 

Queenstown 

Selepas bergambar dan spend masa dengan keindahan alam, kami beredar ke bandar Queenstown sebelum check in ke hostel di bandar tersebut. 

Suasana town Queenstown. Cool je, tak sesak sangat, banyak laluan pedestrian. Walau nampak kedai-kedai macam ni je, tapi jangan underexpect, branded kedai semua almost kat sini ye 😝

Sempat la membeli aiskrim ni. Dalam RM12 untuk 2 scoop. Sedap la jugak rasanya. Sejuk-sejuk makan aiskrim. Mmmm

DF Souveniers ~ Ini kedai cenderahati paling murah di Queenstown. Senang cakap, nak beli souvenier NZ, belilah di sini. Murah banyak. Tapi macam biasa, aku bagi priority kat family dulu 😝

Lebih kurang 7mlm kami balik ke YHA Backpackers hostel. Best hostel ni, banyak facilities. Dinner? Nasi putih dan tuna je. Hehehe

Day 8

Hari kedua terakhir di South Island, kami bergerak menghala ke Christchurch untuk penerbangan ke Auckland pada keesokan harinya. 

Dalam perjalanan ke Christchurch, kami melalui Lindis Pass. Orang kata Lindis Pass cantik. Meh kita tengok sejauh mana.. 

Kawarau Suspension Bridge

Kawarau Suspension Bridge ni memang terkenal dengan aktiviti Bungy Jumping. Ianya juga merupakan world first commercial bungy jumping site. So bungy jumping start dari sini dan masih aktif sehingga hari ini. Datang sini pukul 8pg memanglah takde orang yang jump.

Suspension bridge ~ aku pun tak faham kenapa aku tak amik gambar lagi clear 😒

Kawarau Gorge

Lindis Pass

Lindis Pass adalah sepanjang 63km dan terletak di antara Lembah Lindis dan Ahariri River. 

Memang betul kata orang Lindis Pass cantik. Look at the pics below. Moral to learn: when you heard some say from other people, don't simply accept at, experience it yourselves first. Ok? 

Tasik Dunstan ~ akan melalui tasik ni sebelum sampai di Lindis Pass

Jalan lurus dan langit luas terbentang

Ni dah termasuk Lindis Pass ~ view Lupin, gunung, padang menghijau. Boleh tak aku nak migrate sini je? 😉

Snowy mountain at Lindis Pass

Dalam semak samun pun nak bergambar janji ada Lupin

Mount Cook

Aoraki / Mount Cook adalah gunung yang tertinggi di New Zealand dengan 3,724 m. Ia terletak di Alps Selatan, dan mempunyai tiga puncak.

Hooker Valley adalah femes trail untuk trekkers, 3 hourd return. Trek kacang je. Jalan landai tanah rata tak perlu hike beriya sangat. Ada tiga jambatan gantung dan pengakhiran trek adalah Hooker Lake. 

Aku trek sampai jambatan kedua je 😭..member2 aku dah penat dan nak teruskan perjalanan ke Christchurch dah. So, again aku ikut majoriti. Type aku simple, alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan 😁. Kalau separuh2 ni memang bukan type aku. So, aku dont mind to repeat lagi Hooker Valley in future OK? 

Jalan menuju Mount Cook. Sebelum sampai ke Mount Cook, kita akan lalui Tasik Pukaki dulu, antara tasik terbesar di New Zealand. 

Inilah permulaan trek Hooker Valley. Cantik tak boleh blah.. 

Gaya seorang trekker yang looser hahahaha

Second bridge, Hooker Valley

Glacier yang mencair 

Tasik Taupo

Next, kami meruskan perjalanan ke Tasik Taupo. Dah tak jauh dengan Christchurch dah. Tasik ni ada ladang Lupin.. Takde la ladang sangat, just Lupin banyak tumbuh di sini.. Berwarna warni gitew 😍😍. 

Lawa combinasi natural ni, biru, hijau, pink, purple

Aku dengan Lupin mana lawa? 

The Church of the Good Shepherd. Terletak di tepi Tasik Taupo. Dalam internet macam gah je gambar. Mungkin jugak aku yang tak reti amik gambar 🤣🤣. Anyway, Church ni dibina pada tahun 1935 sebagai lambang kesucian dan penghormatan kepada perintis daerah. 

Dalam perjalanan kami singgah di Ashburton. Plan sebenar nak cari kedai makan sudahnya jumpe masjid yang tak nampak rupa masjid langsung. Kami park kereta tepi jalan dan masuk kawasan masjid. Sunyi. Ketuk pintu. Bagi salam. Dah ready nak speaking ni, sekali yang jawab salam dan buka pintu tu Malaysian. Terus aku cakap melayu dengan fasihnya. Cantik masjid ni. Bersih. Ia diuruskan oleh Persatuan Muslim Ashburton. 

Alamat: 139 Archibald St, Tinwald, Ashburton 7700


Selepas solat, kami teruskan perjalanan ke Airbnb. Lawo kan? Sampai pun dah malam so, nak pergi Christchurch town pun dah malas. Nak packing bag lagipun 🙄.

Ruang tamu & makan

Dapur

Bilik tidur

Tandas

Bahan kudapan yang host sediakan. 

Day 9

Nak balik rumah dah. Yeay! So, today we fly back to Auckland dan terus stay kat Airport untuk 14 jam flight dari Auckland ke New Zealand.

Di Airport Auckland ada mini surau. Open air lah tapinya. Level 1, end of building, nearby the foodcourt (Mc D, KFC and Pita Pit). Lepas toilet ada pintu menghala ke surau.

Flight dari Christchurch ke Auckland 

Mini surau di Auckland Airport 

Sekian lah cerita New Zealand. Banyak bende aku belajar dari trip ni anyway. Nak repeat tu entah bila. Macam biasa, berangan tak kene bayar kan? 

Story country lain aku akan cuba pos dalam masa terdekat. Sekarang hari2 pitam selagi Audit tak setel kat ofis. Do i need holiday? Yes, dekat2 je la kot 😝

No comments: