Monday, 1 October 2018

Balkan (Part 2 - Bosnia Herzegovina)

Day 1

Tiba di Lapangan Terbang Atartuk, Istanbul pada pukul 7.50mlm. Selesai urusan imigresen dan bagasi (lebih kurang 1 jam), kami menaiki Metro ke stesen Zeytinburnu sebelum menukar laluan Tram ke Sultanahmed, 1 jam perjalanan. So total hours lost - 2 hours. Kaki ni dah rasa tak berpijak ke bumi dengan beban backpack 11kg. Ku gagahkan jua berjalan kaki 10minit untuk ke hostel. Teamate lain sudah sampai dan dah tidur pun 😏.

Sampai hotel, bersihkan diri dan rehat. Seawal 4 pagi esoknya airport transfer akan pick up kami untuk ke Atartuk Airport, berlepas ke Sarajevo.

Day 2

Kami menaiki Turkish Airlines ke Sarajevo. Penerbangan selama 1.5 jam. Service not bad. Breakfast agak sedap dan walaupun short distance flight, Airline ini menyediakan in flight entertainment.

Habis licin dimakan

Sarajevo from the air

Gambar di atas adalah salah satu dari permandangan sekitar Sarajevo dari udara. Cantik. Macam cerita fairy tale kelihatan kotak-kotak kecil, gunung, bukit bukau menghijau.. 

Tiba di Airport Sarajevo, sudah ada dua kereta yang menanti kami untuk ke apartment yang terletak di tengah-tengah Bandar Sarajevo. 

Apartment kami.. Cantik tak? 

Ruang tamu, dapur dan double bed

Bilik tidur

Bilik air

Kami berehat, masak, makan dan keluar meneroka Bandar Sarajevo selepas Zohor. Jarak perjalanan ke Pusat Bandar dalam 10 minit jalan kaki je. Moden juga bandar ni, ada tram. 
Jalan ke pusat bandar. Jalan agak berbukit bukau

Tram

Sarajevo merupakan ibu negara dan bandar terbesar di Bosnia Herzegovina. Bandar ini mempunyai penduduk dari berbilang agama iaitu Yahudi, Islam dan Kristian. 

Pada tahun 1992, berlaku perang Bosnia di mana Sarajevo telah dikepung oleh tentera Yugoslavia selama 1417 hari bertujuan untuk menakhluk kota tersebut. Peperangan ini merupakan sebahagian peristiwa yang berlaku selepas perpecahan Yugoslavia. Disebabkan oleh konflik politik, Yugoslavia telah berpecah kepada 6 negara iaitu Bosnia, Crotia, Montenegero, Slovenia, Serbia dan Macedonia. Dipisahkan mengikut latar belakang dan etnis. 

Perang Bosnia tamat apabila Persetujuan Rangka Kerja Umum untuk Keamanan di Bosnia dan Herzegovina yang dirundingkan di Ohio, ditandatangani di Paris pada Dis 1995. 

Secara peribadi, meskipun perang baru sahaja berlalu 20 tahun yang lepas, pembangunan di Sarajevo adalah pantas seolah peperangan tidak pernah wujud. 

Sebilj. Monumen kayu yang mengeluarkan mata air, di tengah-tengah Bascarsija Square, dan dibina oleh Mehmed Pasha Kukavica pada tahun 1758.

Lokum - manisan Turki yang di makan bersama kopi Bosnia untuk mengurangkan rasa pahit

Pahit dan pekat. Kopi Bosnia

Di sekitar Bascarsija, terdapat deretan kedai yang menjual pelbagai jenis kraftangan, cenderahati dan hiasan rumah. Paling comel. Set kopi bosnia. 

Dalam bandar ini juga ramai peminta sedekah. Kesian tapi sekali kau beri, akan berduyun datang minta dengan kau. So, better kesian kat diri kau je. 

Antara kedai yang ada di sini

Pemandangan Bandar Sarajevo

Sarajevo City Hall atau Vijecnica

Masjid Gazi Husrev-beg, Sarajevo. Siap dibina pada tahun 1532 dan merupakan salah satu tinggalan terkenal struktur Uthmaniah di Balkan. 

Dikenali sebagai Ros Sarajevo. Kesan Mostar yang jatuh ke atas konkrit di sekitar Sarajevo semasa Perang Bosnia meletus, yang kemudiannya ditutup oleh resin merah. Banyak dijumpai di setiap sudut bandar Sarajevo. 

Tapak Arkeologi Taslihan, Sarajevo. 
Caravanserai dan penempatan batu - menyediakan kemudahan penempatan kepada pedagang serta barangan dan kuda-kuda mereka. Pada 1878, terdapat 50 Caravanserai di Sarajevo di mana Kolobara, Taslihan dan Morica Han adalah yang terpenting. 

Sacred Heart Cathedral, Gereja Katolik di Sarajevo

Hujan rintik-rintik, hari sudah mulai gelap jadi kami berjemaah pulang ke apartment untuk berehat. 

Day 3

Seawal jam 9 pagi, private transfer kami tiba di apartment. Ke mana kami hari ini?? 

Destinasi pertama adalah... 

Kubu Stari Grad, Travnik, Bosnia. Perjalanan mengambil masa selama dua jam dari Sarajevo. 

Untuk ke Stari Grad perlu memanjat anak tangga setinggi 250m. Kubu ini dipercayai dibina pada suku kedua kurun ke 14 atau suku pertama kurun 15. Ia juga dikatakan dibina oleh King Tvrtko II, tetapi King Stjepan Dabisa juga dikatakan membina kubu ini. Entahlah yang mana satu. Korang baca je la apa yang aku tulis. ðŸĪŠðŸĪŠ

Travnik adalah bandar kecil yang agak sunyi. Suatu ketika dulu pernah ditakluk oleh Kerajaan Turki Uthmaniah menyebabkan sebahagian besar penduduknya adalah beragama Islam. 

Dekat Bosnia ni memang banyak Castle/Istana lama. Kalo banyak masa boleh lawat Castle tempat lain. 

Pemandangan Kubu Stari Grad

Panjat sampai atas untuk dapat view sebegini. Berbaloi

Dipamerkan juga baju-baju lama dan alatan istana di sini. Penerangan dalam bahasa Bosnia, jadi tak faham

Turun dari Stari Grad, bersebelahan tempat letak kereta, terdapat satu anak sungai yang diberi nama Plava Voda atau Blue Water River. Jernih dan deras airnya. Rasa nak mandi pulak. 

Plava Voda

Seterusnya, kami teruskan perjalanan ke Pliva Waterfall, Jajce iaitu satu jam dari Travnik. Bayaran masuk ke air terjun adalah 4Mark. Lupa nak cerita, Bosnia menggunakan matawang Mark. Kat Malaysia tiada matawang ni. Cara terbaik adalah menukar wang Euro anda di kaunter tukaran wang asing di Sarajevo. 

1Mark = 0.5 Euro

Selain air terjun, banyak lagi tarikan di sini seperti Kubu Jajce, Masjid Sultan Esma, The Church of St Mary with St Lukes Bell Tower, Mitra Temple dan Rumah Tradisi Jajce. Kami tak pergi semua pun. Tak sempat dan penat dah nak jalan. 

Pliva Waterfall. Habis basah baju kene percikan air terjun

Pandangan Pliva Waterfall dari atas

Masjid Sultan Esma. Dibina pada tahun 1750 dan menjadi tinggalan bernilai penaklukan Uthmaniah di Jajce

The Church of St Mary with St Lukes Bell Tower. Monumen ini merupakan sebuah gereja dan dibina pada kurun 12. Setelah penaklukan Uthmaniah pada 1528, ia ditukarkan menjadi sebuah masjid dengan nama Masjid Sultan Suleyman II. Pada tahun 1892, kerajaan Austria telah mengishtiharkan monumen ini sebagai Monumen Kebudayaan. 

Kemudian kami di bawa ke Watermills. Pada awalnya kami ingatkan boleh jalan kaki je dari Pliva Waterfall ke sini. Rupanya jauh juga, 5KM. Makin kurus la hamba kalau nak jalan kaki ke sini... 😁

Pondok-pondok kayu ini dibina pada zaman empayar Austro-Hungarian linkungan 1867 - 1918 dan digunakan untuk menghasilkan tenaga dengan menggunakan turbin yang terletak di bawah rumah tersebut. 

Sekarang, pondok kayu ini tidak lagi berfungsi untuk menghasilkan tenaga sebaliknya menjadi tumpuan pelancong disebabkan keunikan dan keindahan suasana di sini.

Sejuk mata memandang

Bukti aku datang Watermills

Turbin untuk memutarkan air bagi menghasilkan tenaga

Hari semakin gelap. Lapar la pulak. Banyak berjalan jadi tenaga cepat habis. Mmm
Dalam perjalanan pulang ke Sarajevo, kami berhenti makan di Restoran Bajra, Travnik. Memang confirm tak ada nasi. Jadi aku pesan Cevapi. Cevapi adalah daging (lamb) panggang yang di makan bersama roti. Tekak kampung aku tak berapa nak dapat telan Cevapi ni tapi sebab lapar aku makan tak pandang kiri kanan dah.. 

Restoran Bajra

Cevapi

Selepas makan, perjalanan diteruskan ke Sarajevo. Lebih kurang 8.30 malam kami sampai di Sarajevo. Berhenti di Latinska Cuprija atau dalam Bahasa Melayunya Jambatan Latin. Jambatan ini dibina pada tahun 1798 dan merupakan jambatan Uthmaniyyah di atas sungai Miljacka. Di hujung bahagian utara jambatan itu adalah tapak pembunuhan Archduke Franz Ferdinand dari Austria oleh Gavrilo Princip pada tahun 1914, yang menjadi perisik Perang Dunia I.

Jambatan Latin di malam hari

Dari jambatan ni, kami menapak pulang ke hostel sambil membeli belah souvenier. Rasa nak demam pun ada masa ni. Penat weh. Lagi-lagi aku yang aktif memanjat sana sini hari ni. Average footsteps adalah 17000 kaki sehari. Ko rasa? 

Bersambung dalam Part 3...dah ngantuk ðŸ˜īðŸ˜īðŸ˜ī








Sunday, 30 September 2018

Balkan (Part 1 - Jordan)

Trip 5/9/18 - 16/9/18

Untuk trip Balkan, aku join trip backpackers Travel More Pay Less ke Balkan West yang merangkumi 4 negara iaitu Turkey, Bosnia Herzegovina, Crotia dan Montenegero. Since aku dah ada pengalaman join the team to Eastern Europe in 2017, so tahun ni aku decide untuk join lagi. Posting Eastern Europe tak sempat-sempat lagi nak buat. Sila bersabar ye.

Route perjalanan Balkan West adalah:

KL - Istanbul - Sarajevo - Dubrovnik - Kotor - Istanbul - KL

Untuk sampai ke Istanbul, aku dan member aku Fazu pilih Royal Jordanian Airline, yang mana perlu transit selama 12 jam di Jordan. Salah satu sebab pemilihan, tiket murah semasa promosi Mothers Day (tix price dapat RM1.7k sahaja) dan nak ambil peluang bersiar siar di Amman memandangkan rakyat Malaysia tidak perlu membayar visa untuk masuk ke Jordan.

Selepas pembelian tiket, aku mencari local guide kat Amman, akhirnya dapatlah pelajar Malaysia di Jordan, En Al Amin.

Royal Jordanian (RJ) ni kurang canggih bagi aku. Masa kami nak cek in luggage, sepatutnya luggage boleh hantar direct ke Istanbul (Berdasarkan pengalaman naik Etihad ke Vienna sebelum ni). Tapi RJ tak dapat berbuat demikian. Yakni, kami perlu ambil luggage di Amman dan cek in balik untuk ke Istanbul. Well...

RJ akan transit di Bangkok sebelum ke Amman untuk mengisi minyak, teknikal prosedur dan cuci flight 🙄🙄. Yang sadis, penumpang yang akan ke Amman tak dibenarkan turun dan kau kene hadap la bunyi bising pekerja diorang vacuum interior, tukar amenities semua tu.

Flight interior

Nampak tak? 

Perkara yang menyejukkan hati aku pasal RJ ni, makanan dia sedap. Especially prawn noodle. Memang habis licin. Meals dapat 3 kali on way to Istanbul. 

Nasi gulai ayam, kek tiramisu, salad, bun dan air

Prawn noodle

Bun, croissant, buah dan air

Day 1 ~ 6/9/2018

Pukul 5.30 pagi waktu Amman, iaitu 10.30 pagi waktu Malaysia, kami tiba di Amman. Selesai imigresen dan solat subuh, lepak Starbuck sementara tunggu En Al Amin pick up kami pada pukul 7.30 pagi. 

Starbuck Queen Alia International Airport

Pukul 7.45 pagi, En Al Amin sampai dengan kawannya (kalau tak silap namanya En Husin). Kami meneruskan perjalanan ke Laut Mati (Dead Sea). Perjalanan melalui bukit bukau, jalan lereng bukit selama 40 minit. 

Sunyi sepi. Itulah yang dapat diperhatikan di Laut Mati. Kerana kesuntukan masa, kami tidak turun ke persisiran pantai. Cukup sekadar mengambil gambar dari tebing yang berdekatan. Ada dua bahagian Laut Mati ni, satu tempat berbayar dan satu tempat percuma. Tempat berbayar lebih terjaga untuk pengunjung yang ingin mandi manda di sini. 

Cantik permandangan. Di seberang Laut Mati adalah bumi Israel. 

Hotel lima bintang yang terdapat di persisiran, khas bagi mereka yang ingin bermalam di sini

Bukit pasir di sepanjang perjalanan ke Laut Mati

Cerita Laut Mati. Laut Mati berada di kedudukan serendah 418m di bawah aras laut yang merupakan kedudukan terendah di dunia dan merupakan tasik masin terdalam dengan kedalaman 330m. Laut Mati adalah tempat Allah melaknat kaum Nabi Lut di atas keingkaran mereka dengan kegiatan maksiat, homoseksual dan merompak barangan yang dibawa kafilah. Allah telah menerbalikkan bumi kaum Luth dari atas ke bawah, disebabkan itulah ketumpatan garam di atas adalah tinggi sehinggakan tiada hidupan di sini. Sunyi dan sepi. Ambillah pelajaran dari kisah kaum sebelumnya. Insaf. 

Kami tidak lama di sini, meneruskan perjalanan ke Bandar Amman. Singgah di  satu restoran untuk alas perut. 

Nutella pancake kot nama dia hahah

Pizza

Bandar Amman. Bangunan warna senada. Jimat cat. Cantik juga ye.. 

Setelah alas perut, kami teruskan perjalanan ke Amman Citadel. Amman Citadel merupakan kompleks sejarah yang penting di Amman. Dikenal juga sebagai Jabal Al-Qal'a. Citadel ini didiami sejak dari zaman Neolitik. Ingat tak masa belajar sejarah dulu? Mesolitik, Neolitik, Paleolitik... Citadel ini didiami oleh pelbagai kaum dan budaya sehingga zaman Umayyad di mana, kejatuhan kota ini bermula dan pada 1878 ianya menjadi sebuah kota yang ditinggalkan dan kesan runtuhan dan kemusnahan masih jelas sehingga hari ini. 

Runtuhan Temple of Hercules. Temple ini dibina oleh Germinius Marcianos yang merupakan gabernor wilayah Arab di antara 161 - 166 AD. 

Kesan runtuhan di sekitar Citadel 

Kompleks Umayyad. Dibina 730 AD. Kompleks ini terdiri daripada masjid, bazaar, hamman, istana dan rumah penduduk. Kompleks ini musnah sebahagiannya dalam kejadian gempa bumi yang kuat pada 749 AD. 

Sistem tadahan air Citadel

Gua batu yang dijadikan sebagai perkuburan pada kurun ke 23 sebelum Masihi. 

Roman Theater

Sedikit cerita mengenai Roman Theater. Roman Theater terletak tidak jauh dari Citadel. Memang boleh nampak dari atas. Kami tak sempat singgah di Roman Theater kerana kesuntukan masa dan kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut. 

Roman Theater boleh menampung 6000 penonton pada satu masa dan masih digunakan untuk aktiviti kebudayaan di Amman. 
Tempat duduk teater ini terbahagj kepada 3 bahagian:

1. Bahagian hadapan - Pemimpin
2. Bahagian tengah - militari
3. Bahagian atas - orang awam

Destinasi terakhir kami, Cave of Seven Sleepers, lebih kurang 30 min perjalanan dari Bandar Amman. 

Kisah pemuda gua ada diceritakan dengan terperinci di dalam Al Quran surah 18 ayat 15 hingga ayat ke 20.

Ada beberapa lokasi yang dipercayai merupakan Gua 7 pemuda kahfi namun yang paling tepat dengan perincian di dalam Al Quran adalah di Jordan. Dikatakan, mereka berasal dari Citadel dan melarikan diri ke Gua ini disebabkan pemerintahan yang zalim pada ketika itu. Sejauh mana kebenarannya hanya Allah yang tahu. Dua lokasi lain adalah di Syria dan Turkey. 

Mengikut jurucakap gua ini, tulang tulang 7 pemuda dihimpunkan dan ditanam di sini. 

Pintu masuk Gua 7 Pemuda 

Sebahagian kubur 7 pemuda kahfi

Kene pakai jubah sebab aku pakai seluar

Masjid bersebelahan Cave of Seven Sleepers

Kami bergerak ke Airport untuk penerbangan seterusnya ke Istanbul. Walau hanya beberapa jam di sini, terlalu banyak yamg dipelajari terutama mengenai sejarah tamadun lama dan Islam itu sendiri. Walau bandar Amman nampak biasa sahaja, tiada MRT, bullet train dsb tapi nilai matawangnya setanding GBP! 

1 Jordanian Dinar = RM5.80

Kami draw duit dari ATM machine di sana memandangkan JD susah nak tukar kat Malaysia. 

Tidak berkesempatan ke Petra kali ini untuk melihat tinggalan kaum Tsamud. Nampaknya perlu datang lagi ke sini, combined dengan Palestine. Maybe? 

Gambar kenangan dengan En Al Amin

Entri bersambung untuk perjalanan seterusnya..