Sunday 30 September 2018

Balkan (Part 1 - Jordan)

Trip 5/9/18 - 16/9/18

Untuk trip Balkan, aku join trip backpackers Travel More Pay Less ke Balkan West yang merangkumi 4 negara iaitu Turkey, Bosnia Herzegovina, Crotia dan Montenegero. Since aku dah ada pengalaman join the team to Eastern Europe in 2017, so tahun ni aku decide untuk join lagi. Posting Eastern Europe tak sempat-sempat lagi nak buat. Sila bersabar ye.

Route perjalanan Balkan West adalah:

KL - Istanbul - Sarajevo - Dubrovnik - Kotor - Istanbul - KL

Untuk sampai ke Istanbul, aku dan member aku Fazu pilih Royal Jordanian Airline, yang mana perlu transit selama 12 jam di Jordan. Salah satu sebab pemilihan, tiket murah semasa promosi Mothers Day (tix price dapat RM1.7k sahaja) dan nak ambil peluang bersiar siar di Amman memandangkan rakyat Malaysia tidak perlu membayar visa untuk masuk ke Jordan.

Selepas pembelian tiket, aku mencari local guide kat Amman, akhirnya dapatlah pelajar Malaysia di Jordan, En Al Amin.

Royal Jordanian (RJ) ni kurang canggih bagi aku. Masa kami nak cek in luggage, sepatutnya luggage boleh hantar direct ke Istanbul (Berdasarkan pengalaman naik Etihad ke Vienna sebelum ni). Tapi RJ tak dapat berbuat demikian. Yakni, kami perlu ambil luggage di Amman dan cek in balik untuk ke Istanbul. Well...

RJ akan transit di Bangkok sebelum ke Amman untuk mengisi minyak, teknikal prosedur dan cuci flight 🙄🙄. Yang sadis, penumpang yang akan ke Amman tak dibenarkan turun dan kau kene hadap la bunyi bising pekerja diorang vacuum interior, tukar amenities semua tu.

Flight interior

Nampak tak? 

Perkara yang menyejukkan hati aku pasal RJ ni, makanan dia sedap. Especially prawn noodle. Memang habis licin. Meals dapat 3 kali on way to Istanbul. 

Nasi gulai ayam, kek tiramisu, salad, bun dan air

Prawn noodle

Bun, croissant, buah dan air

Day 1 ~ 6/9/2018

Pukul 5.30 pagi waktu Amman, iaitu 10.30 pagi waktu Malaysia, kami tiba di Amman. Selesai imigresen dan solat subuh, lepak Starbuck sementara tunggu En Al Amin pick up kami pada pukul 7.30 pagi. 

Starbuck Queen Alia International Airport

Pukul 7.45 pagi, En Al Amin sampai dengan kawannya (kalau tak silap namanya En Husin). Kami meneruskan perjalanan ke Laut Mati (Dead Sea). Perjalanan melalui bukit bukau, jalan lereng bukit selama 40 minit. 

Sunyi sepi. Itulah yang dapat diperhatikan di Laut Mati. Kerana kesuntukan masa, kami tidak turun ke persisiran pantai. Cukup sekadar mengambil gambar dari tebing yang berdekatan. Ada dua bahagian Laut Mati ni, satu tempat berbayar dan satu tempat percuma. Tempat berbayar lebih terjaga untuk pengunjung yang ingin mandi manda di sini. 

Cantik permandangan. Di seberang Laut Mati adalah bumi Israel. 

Hotel lima bintang yang terdapat di persisiran, khas bagi mereka yang ingin bermalam di sini

Bukit pasir di sepanjang perjalanan ke Laut Mati

Cerita Laut Mati. Laut Mati berada di kedudukan serendah 418m di bawah aras laut yang merupakan kedudukan terendah di dunia dan merupakan tasik masin terdalam dengan kedalaman 330m. Laut Mati adalah tempat Allah melaknat kaum Nabi Lut di atas keingkaran mereka dengan kegiatan maksiat, homoseksual dan merompak barangan yang dibawa kafilah. Allah telah menerbalikkan bumi kaum Luth dari atas ke bawah, disebabkan itulah ketumpatan garam di atas adalah tinggi sehinggakan tiada hidupan di sini. Sunyi dan sepi. Ambillah pelajaran dari kisah kaum sebelumnya. Insaf. 

Kami tidak lama di sini, meneruskan perjalanan ke Bandar Amman. Singgah di  satu restoran untuk alas perut. 

Nutella pancake kot nama dia hahah

Pizza

Bandar Amman. Bangunan warna senada. Jimat cat. Cantik juga ye.. 

Setelah alas perut, kami teruskan perjalanan ke Amman Citadel. Amman Citadel merupakan kompleks sejarah yang penting di Amman. Dikenal juga sebagai Jabal Al-Qal'a. Citadel ini didiami sejak dari zaman Neolitik. Ingat tak masa belajar sejarah dulu? Mesolitik, Neolitik, Paleolitik... Citadel ini didiami oleh pelbagai kaum dan budaya sehingga zaman Umayyad di mana, kejatuhan kota ini bermula dan pada 1878 ianya menjadi sebuah kota yang ditinggalkan dan kesan runtuhan dan kemusnahan masih jelas sehingga hari ini. 

Runtuhan Temple of Hercules. Temple ini dibina oleh Germinius Marcianos yang merupakan gabernor wilayah Arab di antara 161 - 166 AD. 

Kesan runtuhan di sekitar Citadel 

Kompleks Umayyad. Dibina 730 AD. Kompleks ini terdiri daripada masjid, bazaar, hamman, istana dan rumah penduduk. Kompleks ini musnah sebahagiannya dalam kejadian gempa bumi yang kuat pada 749 AD. 

Sistem tadahan air Citadel

Gua batu yang dijadikan sebagai perkuburan pada kurun ke 23 sebelum Masihi. 

Roman Theater

Sedikit cerita mengenai Roman Theater. Roman Theater terletak tidak jauh dari Citadel. Memang boleh nampak dari atas. Kami tak sempat singgah di Roman Theater kerana kesuntukan masa dan kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut. 

Roman Theater boleh menampung 6000 penonton pada satu masa dan masih digunakan untuk aktiviti kebudayaan di Amman. 
Tempat duduk teater ini terbahagj kepada 3 bahagian:

1. Bahagian hadapan - Pemimpin
2. Bahagian tengah - militari
3. Bahagian atas - orang awam

Destinasi terakhir kami, Cave of Seven Sleepers, lebih kurang 30 min perjalanan dari Bandar Amman. 

Kisah pemuda gua ada diceritakan dengan terperinci di dalam Al Quran surah 18 ayat 15 hingga ayat ke 20.

Ada beberapa lokasi yang dipercayai merupakan Gua 7 pemuda kahfi namun yang paling tepat dengan perincian di dalam Al Quran adalah di Jordan. Dikatakan, mereka berasal dari Citadel dan melarikan diri ke Gua ini disebabkan pemerintahan yang zalim pada ketika itu. Sejauh mana kebenarannya hanya Allah yang tahu. Dua lokasi lain adalah di Syria dan Turkey. 

Mengikut jurucakap gua ini, tulang tulang 7 pemuda dihimpunkan dan ditanam di sini. 

Pintu masuk Gua 7 Pemuda 

Sebahagian kubur 7 pemuda kahfi

Kene pakai jubah sebab aku pakai seluar

Masjid bersebelahan Cave of Seven Sleepers

Kami bergerak ke Airport untuk penerbangan seterusnya ke Istanbul. Walau hanya beberapa jam di sini, terlalu banyak yamg dipelajari terutama mengenai sejarah tamadun lama dan Islam itu sendiri. Walau bandar Amman nampak biasa sahaja, tiada MRT, bullet train dsb tapi nilai matawangnya setanding GBP! 

1 Jordanian Dinar = RM5.80

Kami draw duit dari ATM machine di sana memandangkan JD susah nak tukar kat Malaysia. 

Tidak berkesempatan ke Petra kali ini untuk melihat tinggalan kaum Tsamud. Nampaknya perlu datang lagi ke sini, combined dengan Palestine. Maybe? 

Gambar kenangan dengan En Al Amin

Entri bersambung untuk perjalanan seterusnya.. 





No comments: