Friday 20 September 2019

Hidden Germ of Vietnam (Part 2)

Day 3

Hari ketiga, selepas light breakfast di Hoa Homestay, Lao Chai, kami menaiki taxi dengan harga VND200,000 per car untuk ke Ofis Sapa Express untuk drop luggage. Perjalanan ambil masa selama 45 minit, dengan jalan yang lompang-lompang. Ada lah beberapa kali aku terhantuk dalam kereta tu sebab bergoncang-goncang. Huhuh..

Inilah homestay kitorang. Harga berpatutan, view cantik tapi jauh je dalam ler.. 

Tiba di ofis Sapa Express, staff di situ offer kami untuk belikan tiket furnicular dan cable car untuk ke Fansipan. Harga sama je cuma dapat cut line dekat ticket counter aje lah nanti.

Lepas setel beli tiket, kami berjalan kaki ke Sunworld Plaza, lebih kurang 10 minit dari ofis Sapa Express. Hujan dah mula turun. Aku terfikir macamanalah nanti nak naik atas dengan hujan macam ni...

Sampai di Sunworld, kami terus ke stesen furnicular. Perjalanan menaiki furnicular ke stesen cable car, Muong Hoa Station, mengambil masa lebih kurang 3 minit je. Memang crowded. Hujan-hujan pun memang ramai betul manusia nak naik Fansipan (termasuk aku!). Permandangan sepanjang perjalanan furnicular tu sangatlah cantik, Nampak teres-teres padi, rumah, bangunan dan kebun jagung di lereng bukit.

 Furnicular ke Stesen Cable Car

Bunga matahari, antara view sepanjang perjalanan furnicular

Dalam keadaan hujan pun, view tetap lawa! 

Setelah sampai di stesen cable car, kami terus beratur untuk menaiki cable car. Gambar cable car lupa nak ambil pulak huhu. Tak mengambil masa yang panjang untuk beratur sebab cable car dia besar, sekali masuk boleh muat 20 orang macam tu, dan, cable car ke Fansipan ni sangatlah stabil. Angin kuat ke, hujan ke, ribut ke..steady je, tak bergoyang sangat dan tak berhenti macam cable car Gunung Mat Chinchang kat Langkawi tu...gegege...

View dari Cable Car. Aku rasa tu sungai. Deras betul air.. 

Dan ini waterfall.. 

Perjalanan ke Ga Fansipan (stesen cable car) mengambil masa lebih kurang 20 minit. Sepanjang perjalanan, even hujan rintik-rintik, still boleh nampak beberapa buah air terjun, lereng bukit, pokok2 hutan, memang cantik lah. Kalau hike mesti lagi cantik. This time aku naik guna cable car je sebab masa suntuk dan kawan aku bukan hiker. Tak pe la, janji enjoy naik guna method mana pun.


Ini map perjalanan ke Summit Fansipan by cable car

Untuk ke puncak Fansipan, ada 3 cara:

1) Pertama: Hiking. Tapi aku tak survey lagi trail hiking camne

2) Kedua : Naik furnicular dari Sunworld ke Cable Car Station (VND50.000) dan naik cable car ke Ga Fansipan (VND750,000).

Dari stesen ni ambil Furnicular ke Ga Truc May (VND70,000). Furnicular Ga Truc May ni adalah sehala dan balik nanti kene turun semula melalui tangga ke stesen Ga Fansipan

3) Ketiga: Dari Ga Fansipan, naik 673 anak tangga ke Puncak Fansipan

Kitorang pilih cara ketiga, anyhow kau memang takkan terlepas dari tangga hahah..

Bila kami sampai ke Ga Fansipan, hujan makin lebat pekej dengan ribut sekali. Pandangan sekeliling memang kabus terus, tak nampak apapun. Ada sedikit rasa frust tapi dah nak buat macamana kan?? Dalam keadaan hujan dan ribut yang lebat tu, kami panjat tangga-tangga ke summit. Sejuk la hoi dengan baju basah kuyup semua. Mengah jugakla aku...

Gerbang Thanh Van Dac Lo, Gate of Heaven, Fansipan. Ada grand bell tower kat sini tapi dah hujan-hujan ni view kelabu asap je. 

Part of Bich Van Thien Tu Temple

Bich Van Thien Tu Temple, Fansipan. Ini je la gambar yang boleh ambil pun.. 

Antara tangga untuk ke summit. Tangga cantik senang nak naik atas

Sampai di summit, view memang putih je sekeliling, tempat sempit, so kitorang ambil masa dalam 10 minit je untuk bergambar.

Summit Fansipan. Walau hujan lebat, ribut, nak ambil gambar kat sini pun kene ikut turn. Betapa ramainya manusia. 

Monument Fansipan in the Background kelabu asap. Redho.. 😔

Fansipan adalah puncak tertinggi di Indo-China dengan ketinggian 3,143m dan dikenali juga sebagai Roof of Indo-China. Gunung ini terletak 9km arah Barat Daya pekan Sapa di banjaran Pergunungan Hoang Lien. Terdapat 2,024 spesis flora dan 327 fauna di sini.

Turun dari Fansipan, aku berlegar2 di sekitar SunWorld Plaza. Banyak outlet-outlet barangan outdoor kat sini but a bit pricy, better beli kedai2 tepi jalan tu aje lah.

Percubaan memakai topi traditional etnik Hmong. Mmmm.. Lain macam je.. 🙄🙄

            Bao An Thien Tu pagoda temple

Niat asal lepas turun Fansipan adalah nak ke Cat Cat Village memandangkan sampai bawah baru pukul 1pm, tapi memandangkan cuaca buruk, so kitorang batalkan aje niat tu. Bas balik ke Hanoi bertolak pada pukul 4.15pm so, sementara menunggu, kitorang pergi makan...

 Hotel ni agak femes dan recommended by trip advisor. Halal, view pun cantik. Ada rasa la makanan dia pun

 Halal certifications 

Ok dh ready nak balik ke Hanoi

Tiba di Hanoi hari dah malam, tiba di ofis Sapa Ekspress di Hanoi, kami ambil grab untuk ke hotel yang letaknya dalam 10min dari Hanoi Railway Station.

Hari ketiga berakhir setelah kami tiba di hotel hehehe...

Sapa ni cantik, walaupun terletak agak pedalaman tapi rata-rata penduduknya even etnik Hmong tu sangat fasih berbahasa Inggeris. Speaking uolls. Tempat ni dah dikenali serata dunia dan kalau tengok kadar pelancongnya, majoriti datang dari Barat. Asian ada, agak kurang.

Aku rajin nanti, aku nak repeat hike Fansipan pulak. Bila tu tak pasti. Bergantung kerajinan dan mood aku 😁.

Day 4

Seawal jam 5.30am, kami menapak ke Hanoi Railway station untuk menaiki keretapi ke Nin Binh yang dijadualkan bertolak pada pukul 6am. Perjalanan mengambil masa selama 2 jam 15 min dengan harga RM35 per way. Tiket dibeli di web yang sama dengan bas ke Sapa.

 Train ke Nin Binh dah tiba! Jom Naik

 Tempat duduk penumpang. Oklah, not bad. 

Ada orang jual2 makanan atas train. Entahlah apa yang dijual. Macam keropok2 kot 🤔🤔

Sampai di Nin Binh, kitorang ambi grab ke Trang An Scenic Landscape Complex, kira2 17min dari Railway Station. Complex ni merupakan salah satu dari Unesco World Heritage Site di Vietnam.

Dah sampai Trang An Scenic Landscape Complex 

Korang boleh ambil boat tour di sini menyelusuri sungai Sao Khe, selama 3 jam. Ada satu lagi alternative untuk boat tour adalah di Tam Coc yang terletak tak jauh dari Trang An.

 Boat2 beratur tunggu penumpang

Ni boat yang kitorang naik. Kedua dari kanan

Aku pilih Trang An sebab:

i) Standard ticketing price iaitu VND200,000 untuk 3 hours ride. Jadi, tiada kejadian ulat-ulat untuk caj mahal
ii) Structured queuing system - ada staff yang akan kawal/atur perjalanan boat. Max 4 person per boat.
iii) Ada polis/guard at certain point di sepanjang sungai - so, ko memang kena pakai safety jacket, kalau tak boat roarer yang kene tindakan
iv) Tiada boat lain sepanjang perjalanan yang nak paksa Kau beli souvenier ke apa.

Aku tak pasti di Tam Choc bagaimana, maybe sama sistemnya. Kene somebody cuba dan bagi review. Aku ada banyak baca review sebelum ni di Tam Coc banyak scam, safety pun ala kadar. So, you may try to see if the system improvised.

Ada 3 jenis route, korang kene pilih salah satu (harga sama):

Route 1: 9 caves, 3 temple
Route 2: 4 caves, 3 temple
Route 3: 3 caves, 3 temple

Bermulalah tour kami dengan route yang kami pilih iaitu Route 2. Aku tengok dalam internet, roarer kayuh sampan pakai kaki, tapi makcik roarer aku ni relax je pakai tangan huhu...memang cantik scenery - gunung batu kapur, hutan belantara, sungai yang jernih, gua batu kapur dan temple2 lama di sepanjang perjalanan. Perfect!

Jemaah rombongan

Langit biru, Gunung Batu Kapur, Sungai yang jernih dan model yang cun.. Perfect!! 

Hang Lam Lam Cave. Salah satu cave yang dilalui.. 

Cao Son Temple. Tak stop pun. Ambil gambar dari dalam bot. Ni bukan gloomy wheather tapi fon aku masuk air sebab hujan di Fansipan semalam. Hampeh. 

Aku tak stop pun kat temple2 tu, tengok dari dalam boat. Sejenis malas nak masuk sangat temple2 ni. Last pit stop adalah The Skull Island, tempat pengambaran filem King Kong. Aku ter imagine pulak tiba2 King Kong keluar dari celah-celah gunung tu...
Dah ingat2 lupa part mana dalam King Kong keluar kapal terbang ni

Landmark Kong Skull Island Movie Set. King Kong je yang takde kat sini 

Rumah orang asli katanya. Kalau nak bergambar dengan diorang kene bayar VND50K. Aku xde duit biasalah traveller marhain. 

Habis je boat tour, matahari dah tegak atas kepala. Panas ya amat. Aku berangan nak tour basikal tepi sawah macam orang putih buat tu tapi belum apa2 lagi dah lencun baju. Dah la lapar tak sempat breakfast pagi tadi, good combination of the day.

Kitorang then ambil grab ke Hang Mua Cave. Alternative, ride bycicle or bike untuk ke Hang Mua Cave.

Permulaan pendakian disambut oleh kepala naga ni 😂😂

Marilah mendaki

In the background Tam Choc river, paddy field and limestone mountains. Ada nampak muka aku gayat?? 

Sebelah sana tu tak naik. Aku tak larat dan kelaparan. 

Kene panjat 500 tangga batu tapi tangga sini tak proper macam Fansipan lah. Gigih. Aku dah nak pitam dah sebab panas dan kelaparan tapi berjaya gak sampai atas.

Lepas satu jam, kitorang turun dan decide untuk ke stesen keretapi je lepak situ. Kedai makanan halal memang tak ada di Nin Binh, maka aku makan biskut dan minum air aje lah. Memang tak larat dah nak berkelana dalam cuaca panas terik. So, duduk la mereput kat stesen keretapi tu.

Tahap bengang tak leh bawa bincang

Setelah 2 jam mereput, dapat pula announcement yang keretapi delay. Sepatutnya bergerak pada pukul 4.51pm tapi delay sampai pukul 6pm. Dahla lapar, air cond dalam stesen pun suam-suam kuku, bersabar je lah. Penantian suatu penyiksaan sebenarnya.

Pukul 8.30mlm baru sampai Hanoi Railway Stattion, kitorang merayap sekejap dekat pasar malam Hanoi. Tak de bende menarik pun. Aku pun tak de plan nak beli souvenier dan t shirt, so jalan-jalan cuci mata. Tujuan asal menapak ke sini dalam keadaan lapar adalah nak beli pembuka tin sebab aku bawa sardine tapi lupa nak bawa pembuka tin..Haru, haru.

Suasana pasar malam. Biasa je. Macam tempat kita... 

Dah dapat pembuka tin, kami ambil grab ke hotel dan makan je la apa yang ada. Kat Hanoi ni tak banyak pun kedai makanan halal. Satu lagi pasal grab, pada malam minggu dan at certain places di Hanoi memang banyak scam, aku pernah kena ni Danang. Lepas kita book, driver akan cancel the booking dan bila kita reorder, price akan naik mendadak, sampai twice or triple. Banyakkan bersabar la sampai kau dapat booking yang tak di cancel.

Day 5

Second last day in Hanoi. Hari ni trip ke Ha Long Bay. Aku beli pekej bus dan cruise kat Klook je. Disebabkan ni trip untuk bermalas-malasan jadi aku malas nak beriya pergi sendiri ke Ha Long bagai. Memang ada pro & cons nya especially aku tak sempat nak naik Bai Tho Mountain yang ada view superb! Pilihan di tangan anda.

Pukul 7am, kitorang keluar menapak ke Hanoi Railway Street untuk bergambar. Masa ni tak ada orang lagi memang bahagia nak bergambar tapi macam tak best sebab kedai-kedai pun belum buka dan makcik kedai pun baru nak start bersihkan kawasan kedai diorang yang terletak di tepi landasan.

Bahagia bergambar. Kedai pun tak buka lagi. Kalau nak bergambar time train lalu, cek timing train dulu ye.. 

Dh habis bergambar, kami order grab ke ofis tour agent. First order, salah alamat kot, ntah mana-mana driver tu bawa kitorang. Second order, baru betul. Cuak sekejap sebab dah terlambat.

Sekitar ofis tour agent. Rata2 mat salleh ikut tour ni.. 

Tengah tunggu bas, rombongan beca ni lalu jadi aku pun ambik la gambar

Bas datang pukul 9pg dan perjalanan ke Ha Long Bay mengambil masa lebih kurang 3 jam. Aku memang tido sepanjang perjalanan so memang didn't care much apa jua scenery sepanjang perjalanan.

Selepas 2 jam perjalanan, bas stopped by sekejap di sebuah kedai handcraft - lukisan by disables. Cantik memang cantik tapi harga dia memang tepuk dahi. Perjalanan kemudian diteruskan ke Ha Long.

Handicapped tengah hasilkan lukisan tenun. Cantik tu memang tapi harga? Aku tak mampu 😭

Tiba di Ha Long, kami terus dibawa ke bot yang dh siap menunggu. Bila semua penumpang dah naik, bot berjalan dan kami terus dihidang lunch berasaskan seafood. Sedapla jugak. Kitorang makan semeja dengan minah Korea. Ingat nak borak dengan diorang tapi mood pulak takde.

Ha Long adalah sebuah teluk dan Tapak Warisan Dunia UNESCO di Vietnam. Teluk ini mempunyai ribuan pulau kecil. Teluk ini terletak dalam wilayah Quang Ninh, Vietnam utara, 160 km barat laut Hanoi, berhampiran sempadan Cina. 


Ni bot2 cruise

Aku naik bot yang ni

Lunch seafood - udang, sotong, ikan

Lepas makan, aku naik deck atas untuk ambil gambar. Gloomy wheather hari ni so gambar agak kelabu asap sket.

 Pulau2 kecil kelihatan kat belakang aku

Gloomy wheather... 

Bot kemudian berhenti di satu port yang aku tak tau nama apa. Kat sini penumpang ada dua choice, nak berkayak ataupun  naik bot buluh. Aku nak berkayak sebenarnya, tapi kawan aku berdua tu tak nak berkayak maka aku layankan aje naik bot buluh. Dia pusing2 situ je pun around 40min. Mmm layankan aje. Nanti aku gi berkayak tempat lain.

Bot buluh ride.. Layannnn

Majoriti naik bot ni. Tak ramai yg berkayak.. 

Masuk gua keluar gua. Gua pendek je.. 

Naik balik ke bot, aku busy bergambar di atas sampailah bot berhenti di satu pulau. Kat situ ada satu gua, Thien Chung Cave namanya. Memang cantik gua ni. Stalagtites dan stalagmites dia memang cantik kejadiannya, antara yang tercantik selepas Gua Tempurung di Perak.

Aku macam biasa memang berjalan kt belakang, tak ikut sangat guide sebab buzy ambil gambar. Dalam 30min je kt sini. Gua pun tak panjang mana, around 100m je.

Signboard ni cerita pasal Ha Long Bay

Inside the Cave. Cantik kan?? 

 Setiap sudut gua ni ada keunikan stalagtites dengan stalagmites nya 

Dan lagi.. Tak jemu memandang ciptaanNya

Gua ni ada lagenda. Ni aku ambik kat google je.. Legenda Gua Thien Cung mengatakan bahawa ia adalah rumah kuno Raja Naga dan Ratu.  Raja Naga dan Ratu mengadakan perkahwinan di tengah-tengah gua, dihadiri oleh semua makhluk ajaib dan mitos.  Selepas pernikahan, mereka memiliki 100 anak dan tinggal di gua sementara Raja melindungi penduduk Halong Bay dari penjajah.  Setelah anak-anak mereka membesar, separuh daripada anak-anak masih berada di Teluk Halong sebagai penjaga dan pelindungnya, dan separuh lagi membantu seluruh Vietnam.

Lepas dah habis visit, bot balik semula ke port dan kami pun naik bas untuk balik ke Hanoi. Dan sepanjang perjalanan aku tidur jugak jadi memang tak ambik gambar view hahah.

Port Ha Long. Yeay! Trip dan habis... 

Tiba di Hanoi dah malam, kami balik hotel untuk rehat dan pack barang sebab esok, seawal 5am dh kene bersiap ke Airport untuk penerbangan jam 9am.

Dekat Nin Binh dan Ha Long ni tak ada tempat proper solat, jadi pandai-pandai la korang solat macamana,paling tidak solat hormat waktu.

Day 6

Seawal 6am kami dah keluar hotel, ambil grab dan ke Airport. Perjalanan ke airport sekejap je dan airport puntak crowded. Airport Hanoi agak cantik dan aku sempat lagi check kedai2 dalam tu sebelum balik KL.

Babai Hanoi. Hanoi ni banyak tempat bersejarah, memang menarik bagi orang yang minat sejarah macam aku. Bila nak repeat? Tengok la nanti. Dah makin malas nak jalan 🤣🤣🤣 - SEKIAN -










Wednesday 18 September 2019

Hidden Germ of Vietnam (Part 1)

Trip North Vietnam - Hanoi - Sapa - Tam Choc - Nin Binh

18/7/2019 - 23/7/2019

Day 1

Seawal 6am flight kami boarding dari KLIA2. As usual, penumpang AA yang tegar. Macam biasa juga, aku akan tidur di Airport kalau flight seawal pagi mcm ni, risau tak terbangun, naya!

Penerbangan ke Hanoi mengambil masa selama 3.5 jam dan kami tiba di Hanoi pada pukul 8.25am (awal sejam dari KL). Tiba di Airport masih pagi, kami menaiki bas intercity di luar Airport ke Old Quarter dengan harga VND35,000. Aku memang lupa nombor bas apa, tapi kat luar Airport tu memang ada banyak bas ke Old Quarter. Tak pasti? Tanya je bas tu - Old Quarter??


Baru sampai di Airport Hanoi

Perjalanan dari Airport ke Old Quarter adalah lebih kurang 30min. Traffic tak jem sangat. Sebab pening tak tau nk berhenti stesen bas mana (banyak sangat stesen bas di Hanoi), kitorang bagitahu driver untuk drop kan kami di stesen atau hentian berdekatan Railway Station.

OK, so driver drop kan kitorang di salah satu hentian bas di tepi jalan. Aku pun tak pasti kat mana kitorang berada, guna google map macam 2km nk berjalan ke Railway Station. Malas la aku tengah2 panas bawa load semua nak berjalan, so kitorang amik grab ke Railway Station. Harga grab agak berpatutan tapi aku takde la nk catit semua kan?

Sampai di Railway Station, bukan untuk naik train, but untuk simpan luggage je hahah...Ada tempat simpanan luggage di sini dan harga mengikut jam. Aku pilih 4 jam untuk VND50,000. Pilih compartment besar jadi boleh muatkan 3 backpack sekaligus.


Ni luggage compartment yang disediakan. Kalau ambil size XXL memang boleh muat 3 biji backpack

Setelah drop luggage, kami jalan kaki menghala ke Military History Museum. Tak jauh pun dalam 10min dari Railway Station. 

Entrance Fee: VND 40,000
Opening hours: 7:30 am - 11:30 am, and 1 pm to 4 pm


 Ni antara bahan pameran di Military Museum. Kebanyakan jentera perang Vietnam War

 Ni busur panah. Aku lupa dah fungsi apa. Untuk memanah la tak kan untuk memasak. 

Replika situasi perang

Flag Tower Hanoi - simbolik Hanoi dan merupakan sebahagian dari Kota Citadel. Flag Tower ni terletak bersebelahan Military Museum

Museum ni takde dalam plan pun, tiba2 ternampak along the way ke Citadel sebab kami jalan kaki dari Railway Station. Ok lah layan je museum ni bergambar semua, lebih kepada hal2 ketenteraan Vietnam zaman dulu2 termasuk peristiwa Vietnam War 1954 to 1975. Kalau minat sejarah, memang sesuai sangatlah ke museum ni.

Setelah habiskan masa hampir dua jam di sini kami ke Imperial Citadel of Thang Long yang terletak lebih kurang 300m dari Military Museum. 


Gerbang Imperial Citadel

Lepas lalui gerbang tu, akan lalu di sini

Giant bell - tak ditulis pula apa fungsi nya. Mmmm

Part of Kinh Thien Palace

Imperial Citadel merupakan salah satu dari tapak Warisan Dunia UNESCO yang dahulunya digunakan sebagai kediaman Raja Vietnam semasa empayar pemerintahan Đại Việt. Binaan ini juga berfungsi sebagai pusat ketenteraan tentera Vietnam selama lebih seribu tahun. Selepas menjalani pengubahsuaian sepanjang dekad pertama tahun 2000-an, Citadel kini dibuka semula pada tahun 2012.

Dalam compound Citadel ni terdapat bilik D67. Bilik ni merupakan kubu rahsia dan ibu pejabat tentera Jeneral Giap, komander Tentera Vietnam Utara semasa Perang Vietnam / Amerika pada tahun 1960-an. Tapak Citadel ni agak luas dan terdiri daripada beberapa kompleks. Agak lengang, mungkin sebab kami pergi pun hari Khamis hehe.

Entrance Fee: VND 30,000
Opening hours: 8 am - 11:30 am daily, 2 pm - 4pm Tue -Thu and Sat - Sun

After spend about 1 hour kat sini, tak larat dengan kepanasan dan kelaparan sebenarnya. Kami ambil grab untuk ke Masjid Al Noor. Masjid ni kecil je terletak betul2 di tepi Jalan. Ada sebuah restoran halal di sini yang dipunyai oleh keluarga Muslim di sini. Kami pesan makanan masing-masing dan harganya mmm agak berpatutan. Rasa pun boleh diterima tekak.


 Pintu masuk masjid kelihatan dari jalan raya 

 Mini library dalam masjid 

Ruang dalam Masjid 


 Pintu Masuk restoran yg terletak dalam perkarangan Masjid 

Nasi Ayam Masam Manis tajuk dia


Lepas makan, kami solat jamak di Masjid tersebut dan terus ke office bus tour ke Sapa. 

Bas akan bergerak pada pukul 3.00ptg dan perjalanan dijangka akan mengambil masa selama 5 jam dari Hanoi. Bas selesa juga la ada 16 seater je, siap dapat air mineral dan kacang lagi. Kos bas dalam RM70 sehala ke Sapa Town.


 Ni la bas kitorang.. 
Datin-datin sangat sesuai dengan seat bas

Mineral dan kacang provided

Segala tiket bas dan train kitorang beli di sini 👉 https://ticketing.12go.asia


 View sepanjang perjalanan. Gambar semak samun juga aku ambil

Sawah padi sepanjang perjalanan

Perjalanan 4 jam pertama melalui sawah padi, kampong-kampong, bukit bukau, memang hijau habis dan perjalanan 1 jam terakhir (masa ni dah malam) jalannya berliku macam Cameron Highland. Aku memang surrender dengan jalan2 yang mcm ni..nak termuntah...

Lebih kurang 8.30mlm kami tiba di bandar Sapa. Memang happening weh town  ni waktu malam. walhal bukan malam minggu. Macam pesta, lampu berwarna warni, dekat tasik, tepi jalan, atau di mana sahaja akan dipenuhi manusia. Kedai-kedai pun masih dibuka walau jam sudah menunjukkan pukul 9mlm.


 Bandar yang sangat happening. Dengan muzik yang kuat dipasang di premis2

Penuh dengan warna warni

Kebanyakan kedai-kedai di sini menjual barangan outdoor. Harganya murah tetapi bergantung kepada tokei kedai lah. Beli kedai-kedai tepi jalan ni lebih murah berbanding dari butik-butik dalam Sun Plaza tuuu.......

Kami berjalan kaki sahaja ke hotel yang terletak lebih kurang 10 minit dari pusat bandar Sapa. Dah selesai check in, kami makan makanan yang dibawa dr KL dan have a rest. Kat Sapa ni ada beberapa kedai makanan halal tapi dah malam2 ni tak kuasa nak menapak ke restoran-restoran tu...Penat lagipun...


Day 2

Hari kedua ni sepatutnya kami pergi trekking di Sapa. Kitorang ambil guide kat sana through http://sapaethnic.com . Ada banyak pekej, kitorang pilih route Cat Cat - Y Linh Ho - lao Chai - Ta Van.

Sebenarnya, boleh je nak trekking sendiri tapi aku malas nk berfikir dan tak nak sesat. So, oklah bayar USD32 sorang untuk 6 hours of trekking.

Trip sepatutnya start pukul 8.30 pagi whereby guide akan pick up kitorang di hotel. Semangat waja nak trekking nih, pukul 7.30 pagi dah keluar bilik dan having breakfast, pukul 8.30 pagi dah tercongok kat lobi tunggu guide tiba. Sekali pukul 9.30 tak muncul2. Aku pun call la nombor guide tu, dah berapa kali call baru nak angkat suara blur2 macam baru bangun tidur. Aku apalagi...sound la orang kat seberang tu...

'We supposed to have a trekking trip this morning yet nobody arrived. Can you check for us?'
Dia reply..'Ok I will check'...' beberapa minit kemudian dia update 'Sorry we will be late today, our guide is on the way'

Aku pun jawab..'yes we are late. Can you give us discount?'..Dia pun krik krik krik...'Ok we will pick up you freely by car to the trekking point'

Sampai je guide which is perempuan Hmong yang comel, katanya kitorang akan start trekking di Y Linh Ho instead of Cat Cat sebab dah lewat. Hangin betul aku tapi sebab waktu pun dah 10.30pagi dan memikirkan takut hari hujan, then nak kene gerak ke homestay untuk malam ni...aku pun redho je lah. Kawan aku dua lagi tu pun dah muka redho...

Start trekking, kami di bawa oleh 4wd ke trekking point. Jalannya memang bisa pening kepala buk! Nak masuk ke 3 perkampungan ni (Y LInh Ho, Lao Chai dan Ta Van) kene bayar VND30,000 kalau tak silap. Trek dia senang je. Kacang sangat tapi macam biasalah aku memang paling lambat sebab asyik nak ambil gambar. Gambar kerbau pun aku ambil. Santai2 udah le...nak rush apa sangat kan..cukup-cukup la dh skip Cat Cat village tu. Walhal Cat Cat la yang paling cantik antara semua tempat tu!


Bosan menunggu... 

 Ok ni starting point trekking di Y Linh Ho

Inilah pokok Indigo

Etnik - Etnik yang menginap di perkampungan-perkampungan ini adalah:

Y Linh Ho - Hmong 
Ta Van - Hmong, Giay, Red Dao
Lao Chai - Black Hmong

Secara jujur aku tak dapat bezakan etnik-etnik ni. Nampak sama je.. 

Sepanjang trekking aku nampak sawah padi berteres. Itu sudah semestinya. Kebun jagung, kebun indigo dan perkampungan etnik2 di Sapa terutamanya HMong. Guide yang comel ni banyak bercerita tentang budaya, kegunaan indigo untuk hasilkan warna asli pakaian mereka dan tentang proses penanaman padi..So dengan cerita-cerita dia tadi, sejuk sikit hati aku yang membara tadi. Agak ramai yang trekking especially Mat Salleh. Aku tak Nampak pun Malaysian trekking. Guide tu siap cakap lagi, normally Asian especially Malaysian lazy to trek. Not like you all. Aku pun ada sedikit bengang bila sentuh Malaysian ni (Nampak macam lembik pulak), aku pun jawab ' We are hikers so its normal for us to trek!' . Itulah ayat riak aku sebab aku tak suka dipandang lembik. Dah aku ambil tour trekking of course la aku tau kemampuan aku untuk trekking! Hahahahaah


 Jagung dijemur dan dikeringkan untuk dijual

Ini adalah kain yang dicelup perahan daun indigo untuk dibuat pakaian traditional

 The view is superb! 

 Yang baju biru tu guide kami. 2 lagi tu escort yang menjual souvenier kat kitorang huhuhu. Stoking yang dia pakai tu tak lurut lak. 

 The paddy 

 Sekolah 

 Local traditional home 

Traditional cloth

 Kandang lembu

Locals selling fruits and vegetables 


Kerbau berkubang 😂😂

Trekking mengambil masa selama 4 jam dengan jarak sejauh 10km. Mudah je. Kami berhenti di sebuah restoran, diorang nak hidang lunch tapi dah anjing pun penuh dalam kedai, aku mampu minta fresh orange je (lunch termasuk dalam pekej dan aku dah request sebenarnya nak makanan Muslim heheh).

Sepanjang trekking, memang ada seorang lady yang ikut je kami, gendong bakul buluh.
Aku saje je Tanya..'What is inside?'
Dia jawab 'Handicraft stuffs'

Hahah aku dah dapat agak dah dia follow nak suruh beli handicraft dia. Aku bukan tak nak beli, tapi seketul wristlet pun nk jual VND50,000 kat aku, ko rasa aku anak jutawan ke nak beli banyak2? Diorang tak kan paksa kau beli masa dalam perjalanan tapi bila tiba di kedai makan nanti, kau akan diserbu bak retis..Aku rasa aku memang retis sebab masuk je kedai tak kira budak ke dewasa yang jual handicraft serbu hukhuk...

Sebab muka lady yang follow aku sepanjang perjalanan tu dah bagi muka tak best, aku pun beli la satu wristlet. Aku travel bajet je weh. Aku tak de bajet nak beli banyak2 lebih. Lagi-lagi yang jenis frequent traveller macam aku ni!

Guide tu siap bawa kami ke rumah depa. Ajak masuk tapi kami menolak. Ambil gambar dari luar rumah aje lah 🙄. 


Inilah rumah perempuan Hmong comel tu

Halal restoran di Sapa Town

Tajuk restoran ni. Boleh cuba google nanti

Nasi dengan squids bakar. Sedap la jugak

Dah habis trekking, kitorang pergi makan di sebuah restoran halal di Sapa Town. Masakan taste not bad or maybe sebab lapar jadi makan dengan lahapnya. 

Dalam perjalanan balik ke hotel, kami singgah di kedai barang an outdoor. kedai ni sangat lah murah sampai aku memborong, baju dry fit, seluar hike, daybackpack... Hehehe. Jumlah borongan aku hanyalah USD53 untuk 2 seluar hiking, 2 dry fit dan 1 backpack. Hehe.. 


Banyak testimoni dan diorang provide guide juga ke Fansipan dan Sapa trekking

Nama kedai ni.. 

Aku angkat letak beg ni dekat 10 kali. Last2 aku beli dengan harga USD27

Dalam pukul 5.30 petang, taxi yang akan bawa kami ke Homestay untuk menginap. Malam nanti dah tiba. Tujuan aku book Homestay ni sebab nak berada lebih dekat dengan view sawah-sawah ni. Tapi, punya lah jauh ke dalam nak masuk tempat ni. Hahah.. Dengan jalan yang sangat improper. Azab kejap. 

Sampai hostel, kami bersih kan diri, makan dan rehat


Sunset yang sgt cantik di Homestay. Inilah yang dikata Beauty comes after the pain 😂😂