Wednesday 18 September 2019

Hidden Germ of Vietnam (Part 1)

Trip North Vietnam - Hanoi - Sapa - Tam Choc - Nin Binh

18/7/2019 - 23/7/2019

Day 1

Seawal 6am flight kami boarding dari KLIA2. As usual, penumpang AA yang tegar. Macam biasa juga, aku akan tidur di Airport kalau flight seawal pagi mcm ni, risau tak terbangun, naya!

Penerbangan ke Hanoi mengambil masa selama 3.5 jam dan kami tiba di Hanoi pada pukul 8.25am (awal sejam dari KL). Tiba di Airport masih pagi, kami menaiki bas intercity di luar Airport ke Old Quarter dengan harga VND35,000. Aku memang lupa nombor bas apa, tapi kat luar Airport tu memang ada banyak bas ke Old Quarter. Tak pasti? Tanya je bas tu - Old Quarter??


Baru sampai di Airport Hanoi

Perjalanan dari Airport ke Old Quarter adalah lebih kurang 30min. Traffic tak jem sangat. Sebab pening tak tau nk berhenti stesen bas mana (banyak sangat stesen bas di Hanoi), kitorang bagitahu driver untuk drop kan kami di stesen atau hentian berdekatan Railway Station.

OK, so driver drop kan kitorang di salah satu hentian bas di tepi jalan. Aku pun tak pasti kat mana kitorang berada, guna google map macam 2km nk berjalan ke Railway Station. Malas la aku tengah2 panas bawa load semua nak berjalan, so kitorang amik grab ke Railway Station. Harga grab agak berpatutan tapi aku takde la nk catit semua kan?

Sampai di Railway Station, bukan untuk naik train, but untuk simpan luggage je hahah...Ada tempat simpanan luggage di sini dan harga mengikut jam. Aku pilih 4 jam untuk VND50,000. Pilih compartment besar jadi boleh muatkan 3 backpack sekaligus.


Ni luggage compartment yang disediakan. Kalau ambil size XXL memang boleh muat 3 biji backpack

Setelah drop luggage, kami jalan kaki menghala ke Military History Museum. Tak jauh pun dalam 10min dari Railway Station. 

Entrance Fee: VND 40,000
Opening hours: 7:30 am - 11:30 am, and 1 pm to 4 pm


 Ni antara bahan pameran di Military Museum. Kebanyakan jentera perang Vietnam War

 Ni busur panah. Aku lupa dah fungsi apa. Untuk memanah la tak kan untuk memasak. 

Replika situasi perang

Flag Tower Hanoi - simbolik Hanoi dan merupakan sebahagian dari Kota Citadel. Flag Tower ni terletak bersebelahan Military Museum

Museum ni takde dalam plan pun, tiba2 ternampak along the way ke Citadel sebab kami jalan kaki dari Railway Station. Ok lah layan je museum ni bergambar semua, lebih kepada hal2 ketenteraan Vietnam zaman dulu2 termasuk peristiwa Vietnam War 1954 to 1975. Kalau minat sejarah, memang sesuai sangatlah ke museum ni.

Setelah habiskan masa hampir dua jam di sini kami ke Imperial Citadel of Thang Long yang terletak lebih kurang 300m dari Military Museum. 


Gerbang Imperial Citadel

Lepas lalui gerbang tu, akan lalu di sini

Giant bell - tak ditulis pula apa fungsi nya. Mmmm

Part of Kinh Thien Palace

Imperial Citadel merupakan salah satu dari tapak Warisan Dunia UNESCO yang dahulunya digunakan sebagai kediaman Raja Vietnam semasa empayar pemerintahan Đẑi Việt. Binaan ini juga berfungsi sebagai pusat ketenteraan tentera Vietnam selama lebih seribu tahun. Selepas menjalani pengubahsuaian sepanjang dekad pertama tahun 2000-an, Citadel kini dibuka semula pada tahun 2012.

Dalam compound Citadel ni terdapat bilik D67. Bilik ni merupakan kubu rahsia dan ibu pejabat tentera Jeneral Giap, komander Tentera Vietnam Utara semasa Perang Vietnam / Amerika pada tahun 1960-an. Tapak Citadel ni agak luas dan terdiri daripada beberapa kompleks. Agak lengang, mungkin sebab kami pergi pun hari Khamis hehe.

Entrance Fee: VND 30,000
Opening hours: 8 am - 11:30 am daily, 2 pm - 4pm Tue -Thu and Sat - Sun

After spend about 1 hour kat sini, tak larat dengan kepanasan dan kelaparan sebenarnya. Kami ambil grab untuk ke Masjid Al Noor. Masjid ni kecil je terletak betul2 di tepi Jalan. Ada sebuah restoran halal di sini yang dipunyai oleh keluarga Muslim di sini. Kami pesan makanan masing-masing dan harganya mmm agak berpatutan. Rasa pun boleh diterima tekak.


 Pintu masuk masjid kelihatan dari jalan raya 

 Mini library dalam masjid 

Ruang dalam Masjid 


 Pintu Masuk restoran yg terletak dalam perkarangan Masjid 

Nasi Ayam Masam Manis tajuk dia


Lepas makan, kami solat jamak di Masjid tersebut dan terus ke office bus tour ke Sapa. 

Bas akan bergerak pada pukul 3.00ptg dan perjalanan dijangka akan mengambil masa selama 5 jam dari Hanoi. Bas selesa juga la ada 16 seater je, siap dapat air mineral dan kacang lagi. Kos bas dalam RM70 sehala ke Sapa Town.


 Ni la bas kitorang.. 
Datin-datin sangat sesuai dengan seat bas

Mineral dan kacang provided

Segala tiket bas dan train kitorang beli di sini πŸ‘‰ https://ticketing.12go.asia


 View sepanjang perjalanan. Gambar semak samun juga aku ambil

Sawah padi sepanjang perjalanan

Perjalanan 4 jam pertama melalui sawah padi, kampong-kampong, bukit bukau, memang hijau habis dan perjalanan 1 jam terakhir (masa ni dah malam) jalannya berliku macam Cameron Highland. Aku memang surrender dengan jalan2 yang mcm ni..nak termuntah...

Lebih kurang 8.30mlm kami tiba di bandar Sapa. Memang happening weh town  ni waktu malam. walhal bukan malam minggu. Macam pesta, lampu berwarna warni, dekat tasik, tepi jalan, atau di mana sahaja akan dipenuhi manusia. Kedai-kedai pun masih dibuka walau jam sudah menunjukkan pukul 9mlm.


 Bandar yang sangat happening. Dengan muzik yang kuat dipasang di premis2

Penuh dengan warna warni

Kebanyakan kedai-kedai di sini menjual barangan outdoor. Harganya murah tetapi bergantung kepada tokei kedai lah. Beli kedai-kedai tepi jalan ni lebih murah berbanding dari butik-butik dalam Sun Plaza tuuu.......

Kami berjalan kaki sahaja ke hotel yang terletak lebih kurang 10 minit dari pusat bandar Sapa. Dah selesai check in, kami makan makanan yang dibawa dr KL dan have a rest. Kat Sapa ni ada beberapa kedai makanan halal tapi dah malam2 ni tak kuasa nak menapak ke restoran-restoran tu...Penat lagipun...


Day 2

Hari kedua ni sepatutnya kami pergi trekking di Sapa. Kitorang ambil guide kat sana through http://sapaethnic.com . Ada banyak pekej, kitorang pilih route Cat Cat - Y Linh Ho - lao Chai - Ta Van.

Sebenarnya, boleh je nak trekking sendiri tapi aku malas nk berfikir dan tak nak sesat. So, oklah bayar USD32 sorang untuk 6 hours of trekking.

Trip sepatutnya start pukul 8.30 pagi whereby guide akan pick up kitorang di hotel. Semangat waja nak trekking nih, pukul 7.30 pagi dah keluar bilik dan having breakfast, pukul 8.30 pagi dah tercongok kat lobi tunggu guide tiba. Sekali pukul 9.30 tak muncul2. Aku pun call la nombor guide tu, dah berapa kali call baru nak angkat suara blur2 macam baru bangun tidur. Aku apalagi...sound la orang kat seberang tu...

'We supposed to have a trekking trip this morning yet nobody arrived. Can you check for us?'
Dia reply..'Ok I will check'...' beberapa minit kemudian dia update 'Sorry we will be late today, our guide is on the way'

Aku pun jawab..'yes we are late. Can you give us discount?'..Dia pun krik krik krik...'Ok we will pick up you freely by car to the trekking point'

Sampai je guide which is perempuan Hmong yang comel, katanya kitorang akan start trekking di Y Linh Ho instead of Cat Cat sebab dah lewat. Hangin betul aku tapi sebab waktu pun dah 10.30pagi dan memikirkan takut hari hujan, then nak kene gerak ke homestay untuk malam ni...aku pun redho je lah. Kawan aku dua lagi tu pun dah muka redho...

Start trekking, kami di bawa oleh 4wd ke trekking point. Jalannya memang bisa pening kepala buk! Nak masuk ke 3 perkampungan ni (Y LInh Ho, Lao Chai dan Ta Van) kene bayar VND30,000 kalau tak silap. Trek dia senang je. Kacang sangat tapi macam biasalah aku memang paling lambat sebab asyik nak ambil gambar. Gambar kerbau pun aku ambil. Santai2 udah le...nak rush apa sangat kan..cukup-cukup la dh skip Cat Cat village tu. Walhal Cat Cat la yang paling cantik antara semua tempat tu!


Bosan menunggu... 

 Ok ni starting point trekking di Y Linh Ho

Inilah pokok Indigo

Etnik - Etnik yang menginap di perkampungan-perkampungan ini adalah:

Y Linh Ho - Hmong 
Ta Van - Hmong, Giay, Red Dao
Lao Chai - Black Hmong

Secara jujur aku tak dapat bezakan etnik-etnik ni. Nampak sama je.. 

Sepanjang trekking aku nampak sawah padi berteres. Itu sudah semestinya. Kebun jagung, kebun indigo dan perkampungan etnik2 di Sapa terutamanya HMong. Guide yang comel ni banyak bercerita tentang budaya, kegunaan indigo untuk hasilkan warna asli pakaian mereka dan tentang proses penanaman padi..So dengan cerita-cerita dia tadi, sejuk sikit hati aku yang membara tadi. Agak ramai yang trekking especially Mat Salleh. Aku tak Nampak pun Malaysian trekking. Guide tu siap cakap lagi, normally Asian especially Malaysian lazy to trek. Not like you all. Aku pun ada sedikit bengang bila sentuh Malaysian ni (Nampak macam lembik pulak), aku pun jawab ' We are hikers so its normal for us to trek!' . Itulah ayat riak aku sebab aku tak suka dipandang lembik. Dah aku ambil tour trekking of course la aku tau kemampuan aku untuk trekking! Hahahahaah


 Jagung dijemur dan dikeringkan untuk dijual

Ini adalah kain yang dicelup perahan daun indigo untuk dibuat pakaian traditional

 The view is superb! 

 Yang baju biru tu guide kami. 2 lagi tu escort yang menjual souvenier kat kitorang huhuhu. Stoking yang dia pakai tu tak lurut lak. 

 The paddy 

 Sekolah 

 Local traditional home 

Traditional cloth

 Kandang lembu

Locals selling fruits and vegetables 


Kerbau berkubang πŸ˜‚πŸ˜‚

Trekking mengambil masa selama 4 jam dengan jarak sejauh 10km. Mudah je. Kami berhenti di sebuah restoran, diorang nak hidang lunch tapi dah anjing pun penuh dalam kedai, aku mampu minta fresh orange je (lunch termasuk dalam pekej dan aku dah request sebenarnya nak makanan Muslim heheh).

Sepanjang trekking, memang ada seorang lady yang ikut je kami, gendong bakul buluh.
Aku saje je Tanya..'What is inside?'
Dia jawab 'Handicraft stuffs'

Hahah aku dah dapat agak dah dia follow nak suruh beli handicraft dia. Aku bukan tak nak beli, tapi seketul wristlet pun nk jual VND50,000 kat aku, ko rasa aku anak jutawan ke nak beli banyak2? Diorang tak kan paksa kau beli masa dalam perjalanan tapi bila tiba di kedai makan nanti, kau akan diserbu bak retis..Aku rasa aku memang retis sebab masuk je kedai tak kira budak ke dewasa yang jual handicraft serbu hukhuk...

Sebab muka lady yang follow aku sepanjang perjalanan tu dah bagi muka tak best, aku pun beli la satu wristlet. Aku travel bajet je weh. Aku tak de bajet nak beli banyak2 lebih. Lagi-lagi yang jenis frequent traveller macam aku ni!

Guide tu siap bawa kami ke rumah depa. Ajak masuk tapi kami menolak. Ambil gambar dari luar rumah aje lah πŸ™„. 


Inilah rumah perempuan Hmong comel tu

Halal restoran di Sapa Town

Tajuk restoran ni. Boleh cuba google nanti

Nasi dengan squids bakar. Sedap la jugak

Dah habis trekking, kitorang pergi makan di sebuah restoran halal di Sapa Town. Masakan taste not bad or maybe sebab lapar jadi makan dengan lahapnya. 

Dalam perjalanan balik ke hotel, kami singgah di kedai barang an outdoor. kedai ni sangat lah murah sampai aku memborong, baju dry fit, seluar hike, daybackpack... Hehehe. Jumlah borongan aku hanyalah USD53 untuk 2 seluar hiking, 2 dry fit dan 1 backpack. Hehe.. 


Banyak testimoni dan diorang provide guide juga ke Fansipan dan Sapa trekking

Nama kedai ni.. 

Aku angkat letak beg ni dekat 10 kali. Last2 aku beli dengan harga USD27

Dalam pukul 5.30 petang, taxi yang akan bawa kami ke Homestay untuk menginap. Malam nanti dah tiba. Tujuan aku book Homestay ni sebab nak berada lebih dekat dengan view sawah-sawah ni. Tapi, punya lah jauh ke dalam nak masuk tempat ni. Hahah.. Dengan jalan yang sangat improper. Azab kejap. 

Sampai hostel, kami bersih kan diri, makan dan rehat


Sunset yang sgt cantik di Homestay. Inilah yang dikata Beauty comes after the pain πŸ˜‚πŸ˜‚

No comments: