Saturday 29 September 2018

Jom Gi Muor

Salam/hi semua,

'Road trip' ke Muar pada 28&29 July 2018 dengan dua orang lagi kawan aku; Tim & Fara.

Day 1

Aku naik KTM Komuter dari Salak Selatan ke Seremban. Tim pick up kami di sana, bersarapan dan meneruskan perjalanan ke Muar. Maklamat trip kali ini adalah untuk makan.

Tiba di Bandar Diraja Muar lebih kurang  jam 1 tengahari. Destinasi pertama kami adalah restoran Sai Kee Kopi 434 Muar. I dont like coffee tapi layan ajelah..

Alamat: 121, Jalan Maharani, Taman Sri Emas, 84000 Muar, Johor


Interior restoran Kopi 434 cukup klasik. Ada radio lama.


Tidak kurang juga set tea lama, teko aladin pun ada. Menarik. Lama juga aku termenung di sini.. 😁


Ini makanan yang kami order, mi siput, roti bakar, Signature Coffee Elephant Bean (Aku order air mangga), dan kek durian. Dalam banyak-banyak makanan yang dipesan, kek durian paling sedap. Yang lain tu biasa je rasanya. 😬

Dah kenyang, kami bergerak ke hotel untuk cek in. Sampai hotel borak dan tidur. Hehe. Bilik kami.. Memang mengundang ketiduran. 



Lepas Asar, kami ke Masjid Sultan Ismail Muar 2. Besar dan cantik masjid ni. Masjid ni sebenarnya adalah replikasi kepada Masjid Jamek Sultan Ibrahim yang terletak di seberang Sungai Muar. Masjid Sultan Ismail didirikan untuk menampung lebih ramai jemaah berbanding dengan Masjid Jamek yang lebih kecil saiznya. 



Selepas itu, kami terjebak dalam misi 'wall mural painting'. Maka, melangkahlah dari sudut ke sudut, bangunan ke bangunan untuk mencari 'viral mural painting' di Bandar Muar ini. Kebanyakan lukisan di lukis oleh pelancong asing yang datang ke Bandar Muar. Mmm.. Rajin pula diorang ni ye.. 🤔🤔. Dan setiap painting ada nama dan ceritanya sendiri. Antara painting yang kami jumpa setelah berjalan beribu tapak di sekitar Muar:

Loving sisters ~ dilukis oleh Julia Volchkova seorang artis Siberia

Action actree in Chinese Opera. Mural ni tersorok di belakang bangunan Kwong Siu

The Bond ~ dilukis oleh Sabek, pelukis dari Spanish. Mural ini menggambarkan ikatan yang kuat di antara gadis dan harimau hitam yang ditunggang. 

Penat. So, cari makan lagi. Kali ke ke Faris Kitchen. Apa yang special di sini? 


Jalan Sungai Abong, Taman Sungai Abong Mulia, 84000 Muar, Johor
Buka dari jam 6pm hingga 12am

 Nasi Lemak Sotong Gergasi RM10 


Roti John Cheese RM15. Besar, share 3 orang 

Memang kekenyangan dengan saiz makanan dan rasa yang sedap! Hari pertama berakhir dengan perut kenyang dan kaki lenguh 😁.

Day 2

Perkara menarik mengenai Bandar Muar yang aku tak jumpa di Bandar lain di Malaysia adalah.. 


Antena TV pencakar langit 😁. Sebab first time datang Muar, jakun tengok antena tinggi macam ni. Antena tinggi ni dipasang untuk mendapatkan siaran Singapura dan Indonesia, disebabkan oleh jarak Bandar Muar yang agak dekat dengan kedua negara ini. Untungla. Sekali dapat siaran tiga negara. Tapi kat rumah, siaran Malaysia pun aku jarang tengok. Memang tak suka tengok TV 🤣🤣. 

Hari kedua bermula dengan sarapan pagi di R & H Cafe. Makan Sate dan roti bakar. 

No15, Jalan Temenggong Ahmad 26/1,, Taman Sri Temenggong,, Jalan Temenggong Ahmad,, 84000 Muar, Johor

Juadah kami 

Rating untuk restoran ni ~ mild taste. Mean, no harm to try. Ramai orang take breakfast kat sini tak kurang juga yang bungkus makanan (macam aku).

Lepas makan, bersedia untuk balik KL. Sebelum tu, kami singgah di Waterfront Tanjung Emas, Muar, Johor. Terletak di tebing Sungai Muar, tempat riadah utama masyarakat Muar, i guess. Lengang. Mungkin disebabkan hari Ahad adalah hari persekolahan dan bekerja di Johor. 


Ada perkhidmatan boat cruise di sini. Dengan bayaran RM12 bagi dewasa (kanak2 lupa berapa) untuk 30 minit perjalanan. Lepas posing amik gambar, pergi makan lagi. Kali ni, signature Muar ~ Mi Bandung Muar. 

So, kami stop di Kedai mi Bandung Abu Hanipah. Sedap!!!!! 

Alamat: Jalan Abdullah, Pekan Muar, 84000 Muar, Johor. 

Mi Bandung : RM5

Soto Ayam :RM4.50

Bergerak pulang ke lubuk KL. Singgah di Klebang, beli coconut milk shake 🤪🤪. Berakhirlah kisah Muar kami 😁. 







No comments: