Wednesday 29 May 2019

Perjalanan Umrah Ramadhan (Part 2)

Tiba di Kota Mekah

Pagi 21 May, kami bertolak ke Mekah menaiki bas. Perjalanan yg mengambil masa 5 jam dan kami tiba di Tanah Haram pada pukul 3.15 ptg. Sebelum tu, kami singgah di Bir Ali untuk berniat ihram untuk umrah pertama. Tak ramai sangat jemaah lain yang berniat di sini. Agak lengang.

Masjid Bir Ali

Gambar sepanjang perjalanan. Ni je yang sempat amik. Waktu lain, aku tido. 

Sampai di Mekah, awal sangat pulak. Hotel belum ready lagi dengan bilik. Jadi, kami terpaksa duduk menunggu di lobi selama 2 jam menunggu bilik masing2 ready untuk di masuki. Kami menginap di Hotel Ajyad Makareem. Katanya 5 star. Overall aku rasa ok hotel ni. Makan sedap tapi menu sama hari2. Cuma sistem saliran bilik air aku kurang gemar sebab air bertakung takde saliran keluar. Ish 🤦‍♀️. Sahabau ajelah. 

Bilik hotel di Ajyad Makareem

Bilik hotel di Ajyad Makareem

Bilik air hotel di Ajyad Makareem

Bilik hotel di Ajyad Makareem

Juadah berbuka hotel. 

Selepas dapat kunci bilik, kami hantar beg ke bilik, dan terus ke in house restaurant untuk berbuka puasa. Jakun aku tengok makanan yang variety lagi2 aku suka try makanan tempat orang. Rasa nak ambil semua. Lepas solat maghrib dan isyak di hotel, kami berkumpul di lobi untuk sama2 bergerak ke Masjidil Haram bagi umrah pertama. 

Tiba di Masjidil Haram, polis hanya benarkan jemaah yang memakai ihram sahaja yang boleh masuk. Jemaah wanita perlu diiringi lelaki berihram. Ni sebab kat dalam masjid tu dah pack, orang tengah terawikh time kami sampai. Nak tawaf pun pack kene pegang satu sama lain takut tercicir. Alhamdulillah, everything went well walau crowd terlalu ramai. Cuma kami tak dapat tunaikan solat sunat tawaf je sebab tempat penuh, tak ada space langsung. Yang cuba untuk solat memang kene halau huhu.. Tak apalah sunat je pun. 

Selesai umrah, terawikh pun habis, maka kami pun balik lah bilik, buat terawikh sendiri2. Aku tak terbuat, penat, tertido sampai 3.30 pagi. Sipi2 dah nak habis waktu sahur. 

Makan aiskrim lepas umrah. Sedap. Nyesal tak repeat 

Hari kedua aku solat subuh di hotel je. Balik bilik sambung tido dan pukul 10 pagi ke Masjid iktikaf sampai Asar. Lepas Asar, kami kene balik hotel sebab ada sesi tazkirah oleh Ustaz. Aku mulanya decide nak iktikaf sampai habis terawikh, berbuka di Masjid je, tapi makcik2 ajak aku balik hotel hadiri majlis ilmu. Terniat dalam hati aku, kalau aku balik hotel ni aku akan tido dan tak berterawikh ni.. 

Sekali, memang betul lah apa yang aku niatkan tu. Lepas majlis ilmu, terus berbuka di in house restoran dan jemaah maghrib di surau hotel. Rancangnya aku nak balik bilik untuk mandi dan proceed untuk isyak dan terawikh di surau hotel (sebab hotel masih dalam tanah haram jadi sama je ganjarannya. Untuk ke Masjidil Haram lewat dikhuatiri tak dapat masuk atau tiada tempat). Sudahnya aku balik bilik dan tertido sampai tengah malam dengan tak mandinya. 😭. Makcik roomate aku memang ada kejut tapi aku minta dia pergi dulu. So, jangan nak niat bukan2 kat sini. Ia boleh jadi kenyataan. 

Keadaan Masjidil Haram 22.5.19, 10.30 pg. Boleh tahan crowd

Sebab bengang dengan kes tertido semalam, aku bangun seawal 2.30 pagi untuk sahur dan ke masjid sesorang tunggu solat subuh. Serik la dei nanti tertido lagi huhuhu. 

Subuh di roof top, best kat sini layan suasana sambil tunggu subuh. 

Sesudah subuh, aku dah janji dengan Asma untuk tawaf sunat bersama. Alhamdulillah pukul 6.15 selesai tawaf kami dalam crowd yang mmm boleh tahan lah ramainya. Berpeluh2 walau seawal 6 pagi. 

Bukan senang nak ambil gambar. Jemaah tawaf rapat sampai tepi.

Selesai tawaf, aku balik bersiap untuk ziarah luar. Sebenarnya untuk bulan puasa ni, ziarah luar so-so je sebab panas dan seawal jam 11 pagi, kene balik semula hotel sebab jalan banyak akan tutup. Jadi, kalau keluar pukul 8 pagi apa sangat boleh buat kan? Pagi ni, kami sempat ke Jabal Nur dan Jabal Rahmah, tapi tak naik pun sebab kekangan masa dan cuaca. Di Jabal Rahmah, aku ambil gambar kat bawah je. Aku sendiri pun berdoa dalam bas je. Kemudian, kami ke Mina, Padang Arafah dan Muzdalifah. Di Padang Arafah dah boleh nampak khemah2 untuk jemaah haji dipasang. 

Me at Jabal Rahmah

Khemah2 di padang Arafah

Stesen LRT yang menghubungkan Arafah, Muzdalifah dan Mina

Kami kemudian ke Ja'ranah untuk berniat ihram. Disebabkan banyak bas aku tak dapat ambil gambar proper.. Macam ni je huhu

Masjid Ja'ranah

Balik di hotel, kebanyakan team kami menunaikan umrah tengahari tu juga dengan skooter. Aku tak gemar nak naik skooter sebab aku single jadi bila masa aku nak fokus bawa skooter, bila masa aku nk pegang buku baca doa? Kalau doa sendiri pun, aku tak yakin aku boleh fokus, berdoa sambil bawa skooter jadi aku prefer tawaf guna kaki je hehe. Kebetulan Aini tak ikut famili dia tawaf (sebab ayah dia tawaf di tingkat 1 tolak kerusi roda nenek dia), so aku dengan Aini decide untuk tawaf tengah2 panas ceng pukul 12 tghari tu di bahagian open air tu. 

Sebenarnya, boleh survive. Sebab lantai masjidil haram memang tak panas walau cuaca panas terik. Crowded memang penuh berhimpit2. Biasa tempat yang aku rasa nak penyek tu tempat lampu hijau sebab pertembungan orang nak masuk, nak keluar dan orang nak teruskan tawaf. Lepas area tu Insyaallah lapang. Walau matahari tegak atas kepala, aku tak rasa dahaga atau nak pengsan pun. Kalau kat Malaysia ni, aku rasa lapar pun boleh pitam. Kalau aku hiking tengah panas, perut kosong, konfem pitam aku datang nak rebah. Tapi kat sana, aku keliling kaabah 7 pusingan dalam puasa, manusia padat dan bawah direct matahari, tak ada rasa pitam pun. Rasa letih je la. Itu je. Selesai 7 pusingan, kebetulan masuk waktu zohor, jadi semua jemaah berhenti tawaf dan solat Zohor berjemaah. Aku dan Aini pun solat kt tepi2 tu je. Alhamdulillah. 

Sambung dengan Saie. Alhamdulillah sekali lagi, walau padat sepadatnya manusia, namun ruang tu tetap ada dan aku berjaya habiskan Saie 7 pusingan dan tahallul di situ juga. Bukan tak nak tunggu malam, tapi malas nak berada dalam ihram lama2 dan hati aku pun tak tenang bertangguh2 ni. 

Dataran depan Gate 1. Sini pun dh crowded

Tempat Saie pun crowded



Sebahagian dari Bukit Safa

Balik hotel, tido sampai petang penat kikikiki.. 

Petang rutinnya seperti biasa, tazkirah, buka puasa, solat jemaah maghrib dan sekali lagi aku tertido kat bilik lepas maghrib. Damn! 

Hari ke empat di Mekah, Jumaat 24.5, aku sempat tawaf sunat selepas subuh dan berjemaah solat Jumaat sebelum aku disahkan uzur. Aduh, sedikit kecewa sebab aku target dapat buat sekali lagi umrah, tawaf sunat dan qiamulail tapi aku yakin Allah adalah sebaik2 perancang. Untuk qiamullail, pada 10 malam terakhir, akan bermula pada pukul 1 pagi dengan melaksanakan solat hajat 8 rakaat. Memang meriah sebab dari bilik hotel aku yang jarak 100m pun boleh dengar bacaannya. Aku menyimpan angan2 untuk datang lagi pada 10 akhir Ramadhan. Moga Allah izinkan. 

Bila dah uzur ni, limited aktiviti aku untuk ke Masjid. Jadi, aku ambil peluang ni untuk ronda2 Menara Safwah dan angkut air zam2 untuk dibawa pulang hehe. 


Hudaibiyah - kedai2 cenderahati. Murah2. Belilah di sini

Berhenti untuk berniat ihram di Masjid Hudaibiyah. Aku makan angin je sebab dah uzur

Masjid Hudaibiyah 

Kedai2 dalam Menara Safwah. Agak murah

Bin Dawood. Supermarket ada macam2 tapi mahal sket harganya

Jemaah gelandangan. Aku ternampak ni masa ronda2 Safwah. Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah beri pada aku. Mungkin juga ibadah mereka lebih baik dari ibadah aku. Kalau tak keranaNya, kenapa mereka sanggup begini?? 

Sebenarnya kalau uzur, masih boleh tengok kaabah, samada di Gate 1 sebab direct nampak Kaabah (tapi panaslah) ataupun ke tempat Saie sebab tempat Saie bukan kawasan Masjid (tapi crowdes lah). Mana2 tempat pun ada cabarannya jadi hati perlu kental. Rutin aku bila uzur adalah ulang alik ke tempat saie untuk berdoa depan kaabah (walau jarak sedikit jauh tapi masih nampak jelas). 

Gate 1 - boleh nampak direct Kaabah dari sini. Kalau zoom gambar ni boleh nampak k

Tempat Saie - sini pun ble nampak Kaabah kalau zoom

Di Mekah, aku tak berpeluang buka puasa di Masjid. Biasanya akan berbuka di hotel je. Juadahnya aku perhatikan lebih kurang di Madinah sahaja iaitu kurma, air zam2 dan yoghurt.

Ahad, 26hb kami bertolak ke Jeddah sebab tak boleh nak stay di Mekah dah, hotel semua dah fully booked. Ini semua gara2 MAS delaykan flight kami untuk balik KL. 

Disebabkan aku tak dapat lakukan tawaf wida, aku hanya berdoa di hadapan Gate  mohon untuk Allah mudahkan aku untuk sampai lagi ke sini pada masa akan datang Sayunya hati masa ni Allah je yang tahu. 

Sampai di Jeddah, kami singgah di sebuah kedai cenderahati untuk tumpang solat sebelum proceed ke hotel yang disediakan oleh MAS. Memang duduk je kat hotel tu sampai 27hb ptg sebelum berangkat ke Airport. Aku mula2 decide nak keluar berjalan2 tapi dengan cuaca yang panas, lokasi hotel yang jauh dari bandar, membuatkan aku rela duduk hotel update blog aku hehe. 

                
Buka puasa ramai2 di Airport Jeddah 

Free meals diedar di Airport Jeddah

Juadah buka puasa yang disedia oleh ET

Alhamdulillah selamat tiba di tanahair pada 28hb jam 12 tghari waktu tempatan. 

Apa yang aku boleh simpulkan, 

1. Jangan simpan rasa takut untuk mengerjakan umrah di bulan Ramadhan. Aku first timer, pergi seorang dan pada bulan Ramadhan. Tidak ada konsep takut lapar, takut pengsan, takut dahaga, takut itu ini. Allah Maha Pemurah. Kita sebenarnya yang meletakkan persepsi, berburuk sangka dan tidak yakin pada Allah. Mintalah dengan Dia. Aku memang rasa sedikit penat dan mengantuk tapi mampu untuk selesaikab umrah, berpanas, berjalan untuk tawaf dan Saie tanpa rasa dahaga, lapar, nak pengsan dan sebagainya. Semuanya smooth Alhamdulillah. Lepas tawaf sunat dan Umrah berehatlah. No harm 

2. Jangan takut juga untuk datang seorang. Allah akan ada sentiasa bersama kamu. Jangan ada persangkaan. Aku sendiri tak pernah fikir camne aku nk survive seorang atau siapa nak teman aku. Semuanya serah pada Allah. Akan ada nanti. Jikalau situasi boleh berseorang dan Allah akan izin. Jika tidak, Allah akan gerakkan hati sesiapa untuk bersama kita. Mudah. Tiada yang susah dengan pertolongan Allah. Kita sahaja yang banyak perasangka.

Ini sahaja perkongsian aku tentang perjalanan aku. Perjalanan setiap dari kita adalah berlainan. Moga Allah mudahkan setiap urusan kita Insyaallah. 


4 comments:

Bibie Karim said...

Allahu akbar. Terus teringat pengalaman sendiri. Tulah kan bumi berkat, panas macamana pun tetap puasa ok je. Makan sikit pun kenyang dah. Alhamdulillah urusan ko dipermudahkan Nya.

Zaira Travel Stories said...

Alhamdulillah kuasa Allah semua tu

zila@akulovetravel said...

penulisan yang jelas...macam semua pengalaman sis saya boleh bayangkan. semoga saya mendapan rezeki macam sis

Zaira Travel Stories said...

Insyaallah. Skrg lebih mudah untuk ke sana. Apa yg pasti, sentiasa berharap pada Dia untuk dimudahkan urusan. Terima kasih ☺️