Monday 12 November 2018

Royal Belum April 2016

Trip ke Tasik Banding, Hutan Royal Belum, Perak Darul Ridzuan pada April 2016 selama 3 hari 2 malam ni, aku join Caravan Serai untuk trip pendek ni.

Day 1

Naik bas di BTS pada pukul 10.30 mlm dan bergerak secara berjemaah ke Jeti Tasik Banding.

Day 2

Pukul 8 pagi keesokan harinya kami berhenti di Gerik, Perak untuk sarapan pagi sebelum kami teruskan perjalanan ke Jeti Tasik Banding yang terletak lebih kurang 44km dari Grik.

Pukul 10 pagi lebih kurang, kami sampai di Jeti dan menunggu house boat kami, tempat yang kami akan menginap selama sehingga petang keesokan harinya.

Tasik Banding, terletak di Grik, Perak dan meliputi 15,200 hektar, merupakan tasik buatan manusia terbesar di Perak.e

Hutan Belum pula berusia 130 juta tahun, lebih besar dari saiz Singapura dan lebih tua daripada hutan Amazon, menjadikannya hutan tertua di dunia. Segala macam flora dan fauna ada di sini termasuk beberapa penempatan orang asli.

Houseboat lengkap dengan dapur, bilik, toilet dan ruang makan

Kami bertolak merentasi Tasik Banding jauh ke dalam Hutan Royal Belum. Terdapat beberapa pos tentera yang dilarang sama sekali untuk mengambil gambar. Tentera ada di sini untuk mengawal keselamatan kerana di sini pernah berlakunya pertempuran antara komunis dan tentera Malaysia. 

Destinasi pertama kami adalah perkampungan orang asli Suku Kaum Jahai. Diorang ni sebenarnya berpindah randah dna bukan penduduk asal di sini. Mereka dipercayai berpindah ke Asia Tenggara lebih kurang 60,000 tahun yang lalu. Lama dah tu... Aku pun tak wujud lagi huhuhu.. 

Kalau tengok kawasan petempatan mereka ni pun ada beberapa buah rumah sahaja. Mereka bukan beragama Islam dan kegiatan ekonomi mereka adalah memungut hasil hutan untuk dijual contohnya madu lebah dan menangkap ikan. Rumah mereka ni pula diperbuat daripada buluh dan daun nipah. 

Ketika kami sampai, kelihatan anak-anak bermain dengan riang dan kedatangan kami disambut dengan baik. Setelah mendengar taklimat tentang asal usul kaum Jahai, kami adakan permainan dengan anak-anak di sana. Yelah, mereka bukannya terdedah dengan pembangunan semasa, naik roller coaster bagai. Sekurangnya terhibur juga hati mereka...kan?

Rumah suku kaum Jahai

Game dengan anak-anak orang asli

Bergambar kenangan sebelum teruskan perjalanan

Setelah meluangkan masa lebih kurang 2 jam di sini, kami meneruskan perjalanan kami. Selepas setengah jam berlayar, houseboat kami berlabuh di tengah-tengah tasik di dalam hutan belantara. Seram jugak la sebab dekat sini harimau dan gajah terutamanya ada di mana2... 

Kami berehat di sini. Sebenarnya dari tadi berehat bukan buat apa-apa pun haha.. 

Kami kemudiannya dibahagikan kepada beberapa team, team memasak, team sediakan hidangan dan lain-lain. Hari ni bukan giliran aku masak so aku relax je tunggu makanan siap 😁😁. Bila makanan siap, apalagi makan la sampai kenyang. Sedap jugak diorang ni masak ye.. 

Relax dengan Aishah di atas ruang legar atas bumbung bot

Tasik Banding, Royal Belum

Dalam pukul 4 ptg ada sesi Water Confidence. Boleh bermain rakit, nak mandi dan menyelam semua boleh.. Aku beriya masa warm up je lepas tu memang tak konfident langsung nak masuk air walau pakai safety jacket. Sejak lemas masa form 5 dulu, memang aku fobia bab-bab nak masuk air ni 🙄🙄. 

So, aku tengok orang je terjun,menyelam, timbul dan sebagainya.. 

Lepas diorang dah jerit suruh aku turun, aku terjun jap dalam air. Tak sampai 2 minit aku mintak diorang tarik aku naik rakit semula 😂😂😂. Tasik ni kalau tak ada konfiden macam aku susah sikit sebab arusnya tak mengalir, jadi instead membiarkan kau hanyut, ia akan menarik kau ke dalam tasik tu sendiri..... 

Warm up session

Berakit ni memang best walau payah juga nak mengemudi rakit ni 😁. 

Berakit. Cari mana aku? 

Senja. Kami di arah untuk naik ke houseboat. Bersihkan diri dan team masak kene masak untuk makan malam hehehe.. Dan sekali lagi, aku tunggu turn makan je 😁. 

Selepas makan, ada sesi ice breaking. Cabut kertas bertuah dan kene perform apa yang tertulis di kertas tu.. Nasib aku xbaik kali ni. Kene menyanyi pulak.. Lagu P Ramlee pulak tu. Mmm... Untuk memboloskan diri dengan cepat, aku nyanyi je lagu 'Di mana ku cari ganti' dalam serangkap. Alasan, tak ingat lirik. Kesian la diorang semua kene dengar suara sumbang aku 😆😆. 

Lepas sesi tersebut, kami masuk tidur. Satu bilik share 4 orang. Walau agak sempit, bolehla setakat untuk survive 2 malam kan... 

Day 3

Pagi hari ni, selepas sarapan kami melawat tapak Raflessia. Pergi menaiki bot laju dari tempat houseboat kami berlabuh dan perlu jungle trekking jugak dalam 30minit untuk sampai ke tapak. Guide kami banyak berkongsi tentang bagaimana nak survive kalau sesat dalam hutan.

1. Selain berpandukan matahari, kita boleh juga mengikut aliran air sungai. Sebab aliran air sungai dah sah-sah akan ke muara (laut).

2. Harimau ni biasanya akan berbau hamis. Jadi, kalau ada terbau hamis semasa berada di hutan boleh berjaga-jaga, mungkin harimau ada berdekatan 😂😂.

3. Untuk berselindung dari haiwan liar, boleh bersembunyi di sebalik pokok besar seperti di bawah. Tapi kalau aku, tetap waswas juga 😭.

Berhampiran tapak Raflessia ni ada air terjun kecil. Tak boleh mandi pun, boleh tengok je.

Rezeki bukan berpihak pada kami, bukan masa Raflessia mengembang pada masa kami datang jadi tak adalah bunganya 😩.

Naik speed bot ke tapak Raflessia

Bergambar di sebalik pokok besar. Lupa nama pokok ni

Air terjun berhampiran tapak Raflessia

Berhenti penat setelah tak dapat tengok Raflessia

Setelah kecewa tak dapat tengok Raflessia, kami pulang semula ke houseboat. Kali ini giliran aku dan Aishah masak. Hehe.. Kitorang masak kari ikan. Entahlah rasa apa. 😁😁. Diorang cakap sedap tapi jangan percaya sangat 🤣🤣🤣.. 

Selepas makan tengahari, kami dibawa trekking sekali lagi. Kali ini kami melalui Sira Haiwan. Sira Haiwan adalah tempat haiwan minum dan dikenali juga sebagai hospital haiwan. Ia bukanlah kolam, tasik atau sungai tetapi hanyalah mata air kecil yang keluar dari celah-celah batu untuk haiwan minum dan dipercayai air ini juga mampu mengubati atau menjadi penawar untuk haiwan yang cedera atau sakit. Hebat kuasa Allah...

Selesai trekking lebih kurang satu jam jangkaannya, kami pulang semula ke houseboat. Balik untuk bersihkan diri dan pack barang untuk balik KL 😁. 

Destinasi houseboat seterusnya....pulang ke jeti Tasik Banding. 

Lebih kurang 5 petang, kami sampai di Jeti Tasik Banding. Bas sudah menunggu kami untuk pulang ke KL. 

Best trip macam ni. Dengarnya ada buka trip baru ke Tasik Perdu... Belum cuba lagi ke sana....





No comments: