Monday 5 November 2018

Bali Trip Februari 2016

Trip pendek ke Bali pada akhir Februari 2016, bersama kawan aku yang juga customer beading aku (boleh tengok IG aku zettandbeads) selama 4hari 3malam.

Meskipun tak banyak tempat boleh cover, tapi dah memadai rasanya untuk mengenali Pulau Bali, Indonesia.

Day 1

Perjalanan ke Bali menaiki MAS selama 3 jam. Bertolak 3.20ptg dari KLIA dan tiba di Bali 6.20ptg. Sampai, hari sudah gelap jadi kami hanya berehat di hotel yang terletak di Seminyak.

Bali merupakan sebuah kepulauan di Indonesia. Sangat terkenal di seluruh dunia sebagai pusat peranginan yang cantik dan menarik di Indonesia. Bergantung kepada penilaian masing-masing. Ada orang boleh ulang ke Bali beberapa kali. Macam aku, setelah 3 tahun berlalu masih belum rasa nak repeat hehe...Penduduk Bali majoritinya terdiri dari Hindus. Islam sangat minoriti di sini. Jadi amat sukar untuk membezakan siapa Hindu siapa Muslim, melainkan kalau wanita bertudung tu memang Muslim lah. Perkataan 'Bali' itu sendiri berasal dari 'Kembali' di mana selepas kejatuhan Kerajaan Majapahit pada tahun 1515 (kegemilangan Islam), ramai penganut Hindu yakni rakyat Majapahit berhijrah ke Tanah Bali untuk memulakan kehidupan dan seterusnya mengembangkan ajaran Hindu di Bali.

Pemandu yang menjemput kami di Airport membawa kami singgah di gerai makanan untuk membeli nasi sebelum ke hotel. Beli nasi penyet. Sedap ya amat, memang jauh sangat la beza dari segi rasa dengan nasi penyet kat Malaysia ni hehe...

Tiba di hotel, cek in. Mmm bilik hotel agak luas dengan bayaran hanya RM80 semalam. Boleh berguling2 dalam tu ☺...hotel kami untuk 3mlm nanti...The Studio, Seminyak.

Bilik Air

Bilik Tidur

Day 2

Seawal 8 pagi, Supir menjemput kami di hotel untuk ke destinasi pertama, Tanah Lot Temple.

Tanah Lot Temple

Tanah Lot bermaksud "Tanah di Laut" dalam bahasa Bali. Temple ini atau Pura dalam bahasa Bali terletak di Tabanan, kira-kira 20 kilometer dari Denpasar, kuil itu terletak di atas batu luar pesisir yang besar yang telah dibentuk secara berterusan selama beberapa tahun oleh pasang surut air laut. Ada upacara sembahyang waktu kami tiba di sana. Pakaian sembahyang mereka tak sama dengan tradisi Hindu yang biasa kita lihat di Malaysia. Sopan pakaiannya..berbaju kebaya lagi bagi wanita. Lelaki pula bertanjak dan berkain sarung. Aku dan kawan aku tanya salah seorang dari mereka yang membawa bakul menuju pura, apa dalam bakul yang dijunjung tu??? Katanya dalam bakul ada makanan sembahyang yang terdiri daripada buah-buahan, beras dan beberapa perkara lagi yang aku tak ingat.

Fi Masuk: RP30,000


Pandangan Pura Tanah Lot dari jarah dekat

                 
Temple berada di atas batu tu. Jadi mereka perlu seberang laut untuk ke temple. Biasanya mereka ke temple waktu air surut. Bila air pasang, tak dapatlah mereka ke temple. 

Pura Batu Bolong, Tanah Lot. Jarak jalan kaki sahaja dari Pura Tanah Lot.

Tanah Lot ni cantik waktu sunset tapi kami datang pagi, so tak de ler sunsetnya...

Bali ni banyak temple. Aku tak tau apa beza tiap temple..macam sama je, beza pada nama je..erm...

Kami seterusnya ke Taman Ayun Mengwi Temple

Taman Ayun Mengwi Temple

Terletak lebih kurang 18km dari Denpasar, ibu kota wilayah bali. Pura Taman Ayun dibangunkan pada abad 17 oleh seorang raja pertama Kerajaan Mengwi Tjokerda Sakti Blambangan atau I Gusti Agung Putu. Kami tak lama sangat berada di sini, ye lah temple kan. Ambil gambar pusing-pusing tengok apa ada then blah.

                       

Selepas Pura Taman Ayun, kami ke temple  seterusnya tapi aku tak ingat apa dah nama temple ni. Hasil carian aku, senibina terdekat temple ini adalah Pura Penataran. 

Pintu masuk

Disebabkan Bali ni terlalu banyak temple, aku cadangkan select top 10 temple sahaja untuk dilawati seperti Tanah Lot, Uluwati, Saraswati, Taman Uyun, Tirta Empul dan Ulun Danu. Setiap temple ni ada sejarah dan senibina sendiri tapi kalau nak pergi semua 4 hari datang untuk ke temple je. Masjid kat Malaysia pun tak semua kita pergi kan?? 

Supir kemudiannya membawa kami makan tengahari di sebuah restoran Muslim sebelum membawa kami ke destinasi seterusnya, Pantai Tanjung Benoa. 

Sebelum itu, kami singgah di Masjid untuk solat Jamak. Walau supir ni Hindu tapi dia hormat kami sebagai Muslim.

                        
Masjid Agung Ibnu Batutah. Sederet dengan Masjid ini adalah rumah ibadat agama lain seperti Gereja dan Tokong. Jadi masing-masing pilih tempat masing-masing.

Pulau Penyu

Seterusnya, kami ke Pulau Penyu. Untuk ke Pulau Penyu, perlu menaiki glass boat dari tepi Pantai Tanjung Benoa. Tak lama. Dalam 15 minit. Boat tu ada ruang kecil lantai kaca yang boleh tengok hidupan laut dalam bot, tapi tak nampak sangat pun. Aku? Macam biasa mabuk, nerves bagai. Memang sejenis penakut dengan apa jua jenis pengangkutan laut dan udara. Masalahnya lagi aku takut, lagi aku buat hehehehe....

Harga terkini untuk menaiki bot ke pulau adalah RP10,0000 seorang.

Di Pulau Penyu ni ada tempat pembiakan penyu ataupun turtle sanctuary. Anak-anak, mak penyu dan bapak penyu dari pelbagai spesis ada di sini samada dalam kolam khas ataupun dilepas di dalam laut dalam kawasan berpagar. Dapatlah merasa pegang anak penyu. Berat kot. Mak bapak penyu memang tak mampu la nak angkat huhu..

Di sini juga ada mini zoo untuk beberapa jenis burung - Hornbill, Kakaktua, Burung Hantu. Ada juga reptilia seperti ular dan biawak dan berpeluang juga bergambar dengan diorang ni, kalau berani la..

Nak naik bot....kami berdua je
                                                   
Anak penyu. Berat weh. Ada kot 5kg..
                                                   
OOTD dengan penyu

Burung Hantu. Nerves takut kene patuk

Selfie dengan biawak :)

Hornbill. Burung ni pun berat. Lenguh tangan...

Layan air kelapa selepas penat layan penyu

Sebelah petang kami di bawa ke Uluwatu Temple pulak oleh Supir. Kononnya nak tunggu tengok Kecak Dance dan sunset tapi sebab crowded sangat, kami pergi ambil gambar aje. Itu pun tak masuk betul-betul dalam temple.

Uluwatu Temple

Pura ini merupakan sebuah kuil Hindu yang terletak di Uluwatu, Kuta Selatan, Bali. Pura ini dibina di pinggir tebing setinggi 70 meter ke dalam laut dan dianggap sebagai salah satu Kahyangan Sedih dan didedikasikan kepada Sang Hyang Widhi Wasa dalam manifestasinya sebagai Rudra. Untuk sampai ke Pura, kene menapak di jalan pesisir tebing tinggi selama 15min - 20min, ditemani oleh monyet-monyet di sepanjang perjalanan. Kami tak lama di sini sebab monyet dan manusia sama ramai...jadi kerimasan dan kami balik ke bilik ke sebab hari pun dah gelap.

Fi masuk: RP20,000


Kat sini je clear untuk duduk bertenang dan ambil gambar. 

Day 3

Hari ketiga kami dibawa ke utara Bali menghala ke Gunung Kintamani. Sepanjang perjalanan, kami singgah di beberapa tempat iaitu Pura Batuan. 

Pura Batuan

Pura Batuan dibina pada tahun 1020 M. Terletak tak di pertengahan jalan antara Denpasar dan Ubud. Pura ini berusia lebih kurang 1000 tahun, dan dikategorikan sebagai kuil Puseh berdasarkan konsep "Tri Kahyangan atau Tri Murti". Pura ini adalah antara kuil tertua di pulau Bali. Kuil ini direka dengan perhiasan Bali dan bumbungnya dibuat dari serat pokok kelapa yang berwarna hitam.

Nak masuk Pura ni kene pakai kain batik pulak sebab aku pakai seluar. Layan je. Lawa pulak kain batik ni  😂😂. Pura ni adalah tempat suci masyarakat Hindu di Bali. Untuk perempuan yang uzur dilarang sama sekali masuk Pura-pura ni ye. 

Fi Masuk: Percuma



Next, kami singgah di Pusat Batik. Round situ dalam setengah jam, dapat juga aku rembat sehelai tudung sutera 😬😬. Lain-lain item tak mampu nak beli hehe..

Selepas tu, kami dibawa pulak ke Teres Padi. Dalam perjalanan, nampak pulak kedai seramik comel-comel untuk dijadikan hiasan. Maka, kami minta supir berhenti untuk menyopping. Aku memang suka beli bende merepek macam ni 🤷‍♀️. Macam ni la berjalan dengan perempuan 💁‍♀️💁‍♀️...  

Pinggan seramik berbagai saiz

Akhirnya, sampai di Teres Padi. 

Ambik gambar kat sini je. Malas turun bawah. 

Teres Padi Tegallalang

Teres Padi Tegallalang di Ubud terkenal dengan permandangan sawah yang indah yang melibatkan subak (sistem pengairan tradisional Bali) yang perkenalkan oleh seorang lelaki suci yang dihormati bernama Rsi Markandeya pada abad ke-8. Tegallalang membentuk tiga landskap teres paling indah di Ubud, dengan yang lain berada di kampung Pejeng dan Campuhan.

Fi Masuk: RP10,000

Gunung Batur, Kintamani

Kami dibawa menjamu selera makan tengahari di Restoran Sari, Kintamani  (halal). Restoran ini merupakan buffet restoran dan korang boleh makan sambil menikmati view Gunung Batur.. Sebelah kanan ada sebuah tasik yang dikenali sebagai Danau Batur. Gunung ni masih aktif ye. Boleh nampak kesan lava di lereng gunung.

Fi masuk: RP30,000

Nasi campur + teh

Kilang Kopi Musang Luak

Selepas makan, kami solat di situ dan beredar. Kami ke kilang kopi musang luwak 😁. Kopi ni sangat femes di Bali. Kalau yang suka kopi tu wajib try. Aku xsuka kopi jadi bila try minum xdapat nak beza rasanya dengan kopi brand lain.. 🙄🙄.

Macamana kopi ni ada kene mengena dengan musang luwak? Kisahnya, musang luwak akan makan biji kopi dan kemudiannya akan keluarkan balik kopi ni melalui najis. Biji-biji kopi tadi akan dibersihkan dan terjadilah kopi luwak. Erk...

Biji kopi luwak yang dah dibersihkan dan dikeringkan

Musang luwak tengah tidur 😁. Letih menjana kopi kot

Kecak Dance

Destinasi kedua terakhir pada hari ini adalah menyaksikan persembahan Kecak Dance di Ubud.

Kecak Dance atau Tarian Kecak ni merupakan tarian Hindu Bali dan drama muzikal yang dikembangkan sejak tahun 1930-an.

Tarian ini yang juga dikenali sebagau Ramayana Monkey Chant secara tradisinya dilakukan di kuil-kuil dan kampung di seluruh Bali.

Tarian ini mempunyai beberapa watak utama iaitu Ramayana, Sita (Wife Rama) , Ravana (Si jahat), Lakshmana (Adik Rama), Hanuman (Komander Raja Monyet) dan Sugriva (Raja Monyet) serta penari latar sekurangnya 150 orang.

Storyline drama muzikal ini adalah ~ misi Rama menyelamatkan Sita yang diculik oleh Ravana dengan bantuan Raja Monyet, Sugriva. Akhirnya Sugriva yang menang... Dalam tarian ni ada adegan pijak api dan kene rasuk bagai..

Aku tak ambil gambar masa show sebab rasa seram sejuk hahahahaha..

Show start petang dalam pukul 6.30ptg selama satu jam.

Habis show, hari dah malam dan kami pulang ke Denpasar. Singgah Hard Rock Bali sebentar sebelum balik ke hotel untuk beli koleksi Hard Rock.

Fi Masuk: RP75,000 - RP80,000

Day 4

Hari terakhir di Bali. Pagi tu tak ke mana walau flight balik KL adalah pukul 1.40 petang dek keletihan yang amat. Supir datang jemput pukul 10pagi untuk ke Airport.

Kami singgah di kedai Krisna Souvenier Shop berdekatan untuk membeli sedikit oleh-oleh sebelum balik KL...

Sekian trip Bali 😅


No comments: