Wednesday, 10 October 2018

Balkan (Part 5 - Montenegro)

Day 7

Seawal jam 6.30 pagi kami bersiap-siap untuk mendaki City Wall Kotor. Dinding City Wall Kotor adalah setinggi lebih daripada 4 kilometer (260m), 1350 langkah.

Tips: Kalau nak mendaki City Wall free, naik sebelum 8am. Selepas 8am, fi masuk dikenakan sebanyak €8.

Aku ambil masa sejam untuk sampai ke atas. Kalau well fit dan tak layan bergambar rasanya 30 minit dah sampai ke atas. 💁‍♀️💁‍♀️ðŸĪŠ.  Di puncak City Wall terdapat kesan kemusnahan Kubu St John. Tak ada apa yang menarik pun pasal kubu ni. Cuma, permandangan dari atas, superb!! Lepas layan view dan bergambar, aku dan geng turun semula ke bawah, dalam pukul 9.00 pagi.

Superb! 

City Wall dan Old City Kotor

City Wall dan Old City Kotor adalah salah satu dari Tapak Warisan Dunia UNESCO, diiktiraf pada tahun 1979.

City Wall merupakan sebahagian daripada usaha Pertahanan Venetian dari abad ke 15 hingga ke 17. Terdiri dari benteng, menara, citadel, gerbang, kubu, tangki, istana, bangunan dan struktur sampingan yang menggabungkan seni bina tentera Illyria, Byzantium, Venice, dan Austria.

City Wall dan bukit sama warna. Cuba cari mana city wall? 

Gereja Our Lady of Remedy - dibina pada 1518

St John Fortress, di puncak City Wall

Top of city wall. Aku tak terjun, no worries

Tangga-tangga untuk didaki

Old City Kotor pula terletak di kaki Kotor City Wall dan mempunyai banyak monumen seni bina zaman pertengahan seperti gereja-gereja, katedral, istana, dan muzium.

Old City

Sea Gate - Pintu Utama Old City

Cathedrals - Old City

Perast

Pukul 11 pagi, kami bergerak ke Perast dengan menaiki Bas Blue Line. Tambang €1 sehala. Perast merupakan bandar lama di Teluk Kotor. Bandar yang agak sunyi sepi, kelihatan beberapa istana lama dan gereja di sini. Perast ini juga merupakan sebahagian Tapak Warisan Dunia UNESCO di Kotor.

Raspberry €1.5 per box. Dijual di Old City. Layan sambil tunggu bas tapi lepas belek buah ni banyak ulat. Kene basuh dulu hahah. Dah banyak masuk perut aku masalahnya.. 

Perast City

Gereja

Dari Perast, anda boleh menaiki bot dengan bayaran €5 dua hala untuk ke pulau kecil yang berdekatan iaitu, Our Lady of The Rocks. Naik bot 5 min je.

Our Lady of The Rocks merupakan sebuah pulau tiruan yang dibina dengan benteng-benteng batu oleh dua beradik bermula pada tahun 1452. Terdapat sebuah muzium kecil di sebelah gereja yang mempamerkan lukisan, serta artifak kapal & pelayaran. Bayaran masuk percuma je.

Aku tak tahu macamana nak appreciate Our Lady of The Rocks ni tapi sebab view kat sini lawa, jadi layankan aje 😁😁.

Our Lady of The Rocks

Antara yang dipamerkan dalam muzium di Our Lady of The Rocks. 

Old Town Kotor

Kembali ke pesisir Bandar Perast menaiki bot, jalan2 di sekitar town dan kembali ke Old Town Kotor lebih kurang 4ptg.

Berehat. Aku tidur sebab penat mendaki pagi tadi tak habis lagi 😎😎. 

Malam, selepas Maghrib. Aku dan Fazu keluar cari souvenier. Susah la nak cari yang murah, asal dapat satu dua, jadilah. Selepas tu, kami pergi makan seafood. Old City ni memang banyak kedai seafood. Pilih je nak makan tempat mana. 

Grilled calamari - €13. Restoran apa dah lupa nama

Dekat Old City ni ada Hard Rock Cafe Montenegro. Siapa pengumpul tu boleh la shopping di sini 😁. 

Day 8

Hari ke 8 kami bertolak ke Podgorica menaiki private transfer. 

Singgah di beberapa tempat di sepanjang perjalanan. 

Budva

Persinggahan pertama adalah Budva Old City yang berusia 2500 tahun dan dikatakan antara penempatan tertua di persisiran Adriatik. Di samping Old City, Budva mempunyai pantai dan pesisir laut yang cantik. 

Old City Budva

Budva Citadel

The cliffs

Morgen Beach

Singgah sekejap sahaja di Budva. Kat sini pun ada Hard Rock Shop mini untuk shopping. Perjalanan diteruskan ke Lake Skadar National Park yang terletak lebih kurang 42km dari Budva. 

Lake Skadar National Park

Lake Skadar merupakan tasik terbesar di Semenanjung Balkan. Terletak di Lembah Skadar dan tasik ini juga memisahkan negara Montenegro dan Albania. Dua pertiga tasik di sebelah Montenegro dan selebihnya di Albania. Tasik ni sebenarnya berbentuk seperti ladam kuda. Tapi aku xnampak pun bentuk ladam tu 🙄🙄. Keluasan tasik ini adalah 44km panjang dan 14km lebar.

Ada bot tour disediakan di sini dengan bayaran €10 per trip beserta €4 untuk fi masuk National Park.

Lake Skadar

View dari bot tour

Habis bot tour, kami ke Podgorica! 

Podgorica

Podgorica merupakan ibu negara dan bandar terbesar Montenegero.

Kami bermalam di sini pada hari ini memandangkan keesokan paginya akan berlepas ke Istanbul dari Podgorica Airport.

Petang, selepas makan di Restoran Pod Volat (aku order Cevapi lagi, entahlah kenapa) kami bersiar-siar di bandar Podgorica. Menapak dengan gayanya. 😁 

Restoran halal - Pod Volat

Antara monumen di Podgorica yang aku boleh share, tiada fi masuk dikenakan:

Masjid Starodoganjska

Clock tower

Former Royal Palace

Cathedral of the Resurrection of Christ

Lepas dah round Bandar Podgorica, aku mendapati bandar ini sangatlah membosankan. Tak ada apa yang catchy mata aku. Mmmm.. Rasanya bandar Kota Bharu kampung aku lagi lawa ðŸĪŠðŸĪŠ. Kalau bukan sebab nak naik flight dari sini, tak payah letak dalam itinerary pun tak apa. Tak rugi.

Maghrib time, so geng menapak balik ke hostel untuk berehat. 

Wednesday, 3 October 2018

Balkan (Part 4 - Crotia & Montenegro)

Day 5

Hari kelima, di Dubrovnik. Kami membeli 1 Day Dubronik Pass yang berharga €24 @ 200Kuna. Boleh beli online di www.dubrovnikcard.com dan pick up di Tourist Centre berhampiran Dubrovnik Port.


Pekej Pass ini termasuk:
#Museums (historical, maritime, monastery, heritage)
#Art Galery
#Public Transport
#Dubrovnik City Walls

Kalau ada masa memang boleh masuk semua. Yang paling mahal adalah Dubrovnik City Walls (150 Kuna).

Dubrovnik City Walls

Selepas redeem pass kami terus ke City Walls. Dubrovnik merupakan lokasi utama di Crotia (King's Landing) untuk pengambaran siri televisyen 'Game of Thrones', adaptasi dari novel fantasi 'A Song of Ice and Fire'. Aku tak tengok cerita ni so tak tahu hujung pangkal. Tak apalah, yang penting aku sampai sini to have my own experiences.

Pintu masuk City Walls

  
Wall of Dubrovnik

Berries. Bought for 30 Kuna 

Shoplots at both sides left and right

Top of wall city

Wall city & Old city

Dubrovnik Wall adalah salah satu Tapak Warisan UNESCO dan merupakan kubu pertahanan yang dibina mengelilingi bandar lama, dengan panjang 1,940m dan ketinggian maksima 25m, 3 kubu, 16 menara, 6 benteng, 2 Citadel dan 2 penjuru pertahanan. Kubu ini di bina pada kurun ke 13 dan terus dibina sehingga mencapai struktur yang kukuh pada kurun ke 17. Kubu ini tidak terjejas dengan Perang Dunia I & II, jadi tiada kesan runtuhan kelihatan dan struktur yg ada adalah asal. Kubu ini juga merupakan antara sistem kubu yang paling hebat pada Zaman Pertengahan. 

Untuk keliling Wall city, perlukan lebih kurang satu jam. Turun tangga, naik tangga. Sila workout untuk pastikan lutut anda kuat. Bukan main redah macam aku ✌️. 

Dalam kawasan bandar lama ni ada kedai-kedai souvenier tetapi agak mahal. Better beli kat luar je unless kau memang kaya duit tak tau nak buat apa ðŸĪ·‍♀️. 

Ada kereta kabel dengan bayaran 150Kuna tetapi aku tak naik sebab tak berbaloi. Trek pendek sangat. Better save my money.. Hehe

Pulau Lokrum 

Pukul 2 ptg, sebahagian team mate kami pulang ke hostel utk berehat dan solat. Aku dan beberapa team mate decide untuk teruskan perjalanan ke Pulau Lokrum yang berada bertentangan dengan Wall City. 

Tambang feri ke Pulau Lokrum tidak termasuk dalam Dubrovnik Pass. Jangan syok sendiri ye. Harga tiket adalah 150 Kuna dengan kekerapan setiap 30 minit. Cara nak ke tempat feri, dari pintu masuk Wall City, jalan terus sampai jumpa Pelabuhan di hujung jalan. Senang je 😁. 

Apa yang menarik sangat dengan Pulau Lokrum ni? 

Pulau Lokrum merupakan sebahagian dari lokasi pengambaran 'Game of Throne'. Di puncak bukit di pulau ini berdirinya Fort Royal, yang dibina oleh Perancis semasa penjajahan Napoleon di Crotia, yang kemudiannya dinamakan sebagai Menara Maximilian oleh Austria. 

Antara lokasi yang boleh dilawati di pulau lokrum adalah Dead Sea, Fort Royal, Botanical Garden, Lazaret, Benedictine Monastry of St Mary dan Charlotte's Well. 

Nak eksplore pulau ni perlukan 2 jam. Memang cecah 21000 steps hari ni. Kaki dah tak rasa berpijak ke bumi...🙄🙄

Peta Pulau Lokrum

Path Pulau Lokrum. Path mudah tapi jarak tu jauh dari satu point ke satu point

Benedictine Monastery Of St Mary

Burung merak. Banyak di sini

 
Puncak Pulau

Pukul 4.30ptg kami bergerak pulang ke Wall City, pulang ke hostel untuk solat dan berehat. Malam tidur awal sebab over exhausted. 

Day 6

Pagi ni, pada pukul 10 pagi, kami bergerak ke stesen bas Dubrovnik untuk meneruskan perjalanan ke Kotor, Montenegero. 
Sandang beg berat 11kg ðŸ˜Ŧ

Jadual bas adalah 11pagi tapi dah tunggu  tunggu dan tunggu lagi, lebih kurang 12.30 tghari baru sampai basnya. Dengan open air bus station dan cuaca panas, mmmm memang menguji sangat kesabarannya. Dah lambat kene pulak bayar check in luggage €1 per bag. Air Asia versi bas nih. Dengan redha kami bayarlah, tak kan nak tinggal beg kt Crotia? 🙄

Bas ni yang lambat ðŸ˜ĄðŸ˜Ą

Setelah dua jam perjalanan (tak termasuk setengah jam masa di imigresen Kotor) kami pun tiba di Stesen Bas Kotor. Montenegero bukanlah negara Kesatuan Eropah, maka kami perlu melalui proses imigresen yang agak ketat. Turun bas, beratur, cop pasport dan berdiri tepi jalan menunggu penumpang lain settle imigresen. Nasib dapat cop pasport. Bertambah koleksi. Terubat penat berdiri huhu. 

Jarak stesen bas dengan Old City hanya 10 minit perjalanan. Jadi kami menapak sahajalah ke hostel kami yang terletak di Old City, Montenegero Hostel. Nama je hostel tapi macam apartment. Tak percaya tengok gambar di bawah..  

Bilik twin sharing

Sharing kitchen

Sharing bathroom

Permandangan dari bilik kami

Disebabkan oleh bas lambat tadi, sampai Kotor pun lambat, maka kami keluar bersiar-siar di Bandar lama Kotor pada waktu malam selepas Maghrib. Memang meriah bandar lama ni pada waktu malam sebab tempat ini dipenuhi restoran yang menghidangkan makanan laut. Harga reasonable bagi aku, average €15 per plate. 
Jadi, pelancong ke penduduk tempatan memang ramai di sini memenuhi restoran yang ada. 

Aku ke Port Kotor di depan Bandar Lama. Dapatla tengok sisa sisa Sunset.

Port of Kotor

Wall City pada waktu malam. Kalau siang, memang tak dapat membezakan mana satu bukit, mana satu Wall City. Sama warna. 

Malam berehat awal sebab pagi-pagi esok nak panjat Wall City. Entri seterusnya aku akan ceritakan lagi tentang Wall City dan Old City of Kotor. 

Bersambung.... 





Tuesday, 2 October 2018

Balkan (Part 3 - Bosnia Herzegovina & Crotia)

Day 4

Seperti yang dijangka, bangun pagi, demam. Nasiblah dah bawa siap2 vitamin C untuk ketahanan badan. Panadol pun bawa tapi rugi lah datang jauh-jauh then tidur atas kereta ðŸĪ·‍♀️.

Pukul 9 pagi, private transfer datang pick up di apartment untuk ke Dubrovnik, Crotia. Perjalanan terus mengambil masa 6 jam lebih kurang (kalau ada stop over lebih la 6 jam) 😆.

Dalam perjalanan ke Dubrovnik, kami singgah di Mostar, 150km dari Sarajevo, lebih kurang sejam setengah perjalanan.

View sepanjang perjalanan. Rugi kalau tidur

Jambatan keretapi

Mostar, adalah salah satu dari Tapak Warisan Dunia UNESCO. Aku memang pengumpul Tapak Warisan UNESCO. Bagi aku, worth untuk spend dan eksplore tempat warisan dunia kerana setiap tempat mempunyai sebab berbeza diiktiraf oleh UNESCO. 

Mostar adalah salah satu dari bandar di Bosnia Herzegovina. Apa yang menarik di Mostar?

1. Mostar Stari Most

Mostar Stari Most

Gambar dari menara Masjid Mehmed Pasha

Stari Most adalah jambatan yang dibina pada abad ke-16, zaman Uthmaniyyah yang merangkumi Sungai Neretva dan menghubungkan kedua-dua belah bandar. Ia telah menjadi simbol bandar selama lebih 400 tahun, dimusnahkan semasa Perang Bosnia dan dibina semula pada tahun 2004.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa jambatan ini juga memisahkan penempatan Kristian dan Islam di sini. Sebelah timur didiami oleh penduduk beragama Islam dan sebelah barat jambatam pula didiami Kristian. 

Di jambatan Stari Most, jika bernasib baik dapat tengok aksi 'Bridge Jump' dari pengunjung-pengunjung. Mereka membayar sejumlah fi untuk terjun dari jambatan. 

Aksi terjun jambatan

Bandar ini mengambil namanya dari penjaga jambatan, Mostari, yang menjaganya. Jalan-jalan yang mengelilingi jambatan itu meriah dan berlimpah dengan restoran, kafe dan kedai-kedai, semuanya terletak di tempat yang penuh dengan seni bina pra-Uthmaniyah, Timur Ottoman, Mediterranean dan barat Eropah.

Di sekitar Stari Most ada banyak kedai cenderahati, boleh shopping di sini. Aku beli aiskrim je.. 

Yogurt ice cream Euro1.5

2. Masjid Koski Mehmed Pasha

Masjid ini merupakan tinggalan zaman Uthmaniah dan telah dibina pada tahun 1618. Masjid ini terjejas teruk semasa Perang Bosnia dan siap dibina semula pada tahun 2001 menggunakan bantuan dana dari Komuniti Islam Turki. 

Entri masuk ke Masjid : 6Mark

Luaran masjid

Dalaman masjid

Tempat wuduk

3. Blagaj Tekke


Terletak 12 kilometer dari Mostar, di bawah tebing di sumber sungai Buna, Blagaj Tekke merupakan Biara Sufi Dervish yang berusia lebih 600 tahun dan dianggap sebagai salah satu tempat paling suci di Bosnia dan Herzegovina. 

Sekarang, ia digunakan sebagai surau untuk pengunjung ke sini. 

Entri masuk: €2 (di Mostar € diterima pakai)

Jeram Sungai Buna di tepi Tekke

Kedai makan seafood sepanjang Sungai

Makan seafood tepi Sungai. Kalau boleh nak makan macam ni hari-hari ðŸĪŠðŸĪŠ

Mix plate €30 per plate. Sedap!! 

Selepas makan, kami. Meneruskan perjalanan ke Dubrovnik lebih kurang 2 jam setengah perjalanan dari Blagaj. 

Perjalanan yang ditemani dengan pemandangan Laut Adriatik. Coastal Drive gitew..


Melepasi sempadan Bosnia - Crotia

Walaupun Bosnia dan Crotia berasal dari negara yang sama, namun sekatan imigresen sangat ketat apalagi setelah Crotia menyertai Kesatuan Eropah pada tahun 2015.

Seingatnya ada 4 imigresen perlu ditempuh sepanjang perjalanan. Keluar imigresen Bosnia, masuk imigresen Crotia, keluar imigresen Bosnia balik, masuk Crotia haha entah yang mana satu dah. Yang penting semuanya selamat dengan izinNya dan diingatkan dilarang sama sekali untuk mengambil gambar di imigresen mahupun memegang telefon korang. Kalau tak, bercinta lah korang dengan polis dan kastam di sitew nanti... 

Nak sampai dah ni...

Pukul 6.30 petang, tiba di Dubrovnik, Crotia. Terus ke hostel 365 For U untuk berehat. Aku lupa nak ambil gambar hostel 🙄. 

Malam selepas isya' (perbezaan waktu Crotia dan Malaysia adalah 6jam ke belakang), aku join beberapa team mate yang rajin nak menapak untuk keluar menukar matawang dan misi mencari air mineral.

Menapakla ke bandar selama 20 minit hehe. Walaupun Crotia adalah anggota Kesatuan Eropah, tetapi mereka tidak menerima €, malah mereka mempunya matawang sendiri Crotian Kuna (Kuna). Boleh tukar € dengan Kuna di beberapa outlet di bandar. Berkira betul.

Euro 1 = 7.5Kuna

Selepas dah bolot air, kami menaiki bas ke hostel. Dah naik bas, terlepas hentian pulak 😆😆. Kena menapak lagi untuk ke hostel dengan membawa air berliter2 yang dibeli.

Mmmm ko rasa senang tak jadi backpackers???

Bersambung..............