Tuesday 2 October 2018

Balkan (Part 3 - Bosnia Herzegovina & Crotia)

Day 4

Seperti yang dijangka, bangun pagi, demam. Nasiblah dah bawa siap2 vitamin C untuk ketahanan badan. Panadol pun bawa tapi rugi lah datang jauh-jauh then tidur atas kereta ðŸĪ·‍♀️.

Pukul 9 pagi, private transfer datang pick up di apartment untuk ke Dubrovnik, Crotia. Perjalanan terus mengambil masa 6 jam lebih kurang (kalau ada stop over lebih la 6 jam) 😆.

Dalam perjalanan ke Dubrovnik, kami singgah di Mostar, 150km dari Sarajevo, lebih kurang sejam setengah perjalanan.

View sepanjang perjalanan. Rugi kalau tidur

Jambatan keretapi

Mostar, adalah salah satu dari Tapak Warisan Dunia UNESCO. Aku memang pengumpul Tapak Warisan UNESCO. Bagi aku, worth untuk spend dan eksplore tempat warisan dunia kerana setiap tempat mempunyai sebab berbeza diiktiraf oleh UNESCO. 

Mostar adalah salah satu dari bandar di Bosnia Herzegovina. Apa yang menarik di Mostar?

1. Mostar Stari Most

Mostar Stari Most

Gambar dari menara Masjid Mehmed Pasha

Stari Most adalah jambatan yang dibina pada abad ke-16, zaman Uthmaniyyah yang merangkumi Sungai Neretva dan menghubungkan kedua-dua belah bandar. Ia telah menjadi simbol bandar selama lebih 400 tahun, dimusnahkan semasa Perang Bosnia dan dibina semula pada tahun 2004.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa jambatan ini juga memisahkan penempatan Kristian dan Islam di sini. Sebelah timur didiami oleh penduduk beragama Islam dan sebelah barat jambatam pula didiami Kristian. 

Di jambatan Stari Most, jika bernasib baik dapat tengok aksi 'Bridge Jump' dari pengunjung-pengunjung. Mereka membayar sejumlah fi untuk terjun dari jambatan. 

Aksi terjun jambatan

Bandar ini mengambil namanya dari penjaga jambatan, Mostari, yang menjaganya. Jalan-jalan yang mengelilingi jambatan itu meriah dan berlimpah dengan restoran, kafe dan kedai-kedai, semuanya terletak di tempat yang penuh dengan seni bina pra-Uthmaniyah, Timur Ottoman, Mediterranean dan barat Eropah.

Di sekitar Stari Most ada banyak kedai cenderahati, boleh shopping di sini. Aku beli aiskrim je.. 

Yogurt ice cream Euro1.5

2. Masjid Koski Mehmed Pasha

Masjid ini merupakan tinggalan zaman Uthmaniah dan telah dibina pada tahun 1618. Masjid ini terjejas teruk semasa Perang Bosnia dan siap dibina semula pada tahun 2001 menggunakan bantuan dana dari Komuniti Islam Turki. 

Entri masuk ke Masjid : 6Mark

Luaran masjid

Dalaman masjid

Tempat wuduk

3. Blagaj Tekke


Terletak 12 kilometer dari Mostar, di bawah tebing di sumber sungai Buna, Blagaj Tekke merupakan Biara Sufi Dervish yang berusia lebih 600 tahun dan dianggap sebagai salah satu tempat paling suci di Bosnia dan Herzegovina. 

Sekarang, ia digunakan sebagai surau untuk pengunjung ke sini. 

Entri masuk: €2 (di Mostar € diterima pakai)

Jeram Sungai Buna di tepi Tekke

Kedai makan seafood sepanjang Sungai

Makan seafood tepi Sungai. Kalau boleh nak makan macam ni hari-hari ðŸĪŠðŸĪŠ

Mix plate €30 per plate. Sedap!! 

Selepas makan, kami. Meneruskan perjalanan ke Dubrovnik lebih kurang 2 jam setengah perjalanan dari Blagaj. 

Perjalanan yang ditemani dengan pemandangan Laut Adriatik. Coastal Drive gitew..


Melepasi sempadan Bosnia - Crotia

Walaupun Bosnia dan Crotia berasal dari negara yang sama, namun sekatan imigresen sangat ketat apalagi setelah Crotia menyertai Kesatuan Eropah pada tahun 2015.

Seingatnya ada 4 imigresen perlu ditempuh sepanjang perjalanan. Keluar imigresen Bosnia, masuk imigresen Crotia, keluar imigresen Bosnia balik, masuk Crotia haha entah yang mana satu dah. Yang penting semuanya selamat dengan izinNya dan diingatkan dilarang sama sekali untuk mengambil gambar di imigresen mahupun memegang telefon korang. Kalau tak, bercinta lah korang dengan polis dan kastam di sitew nanti... 

Nak sampai dah ni...

Pukul 6.30 petang, tiba di Dubrovnik, Crotia. Terus ke hostel 365 For U untuk berehat. Aku lupa nak ambil gambar hostel 🙄. 

Malam selepas isya' (perbezaan waktu Crotia dan Malaysia adalah 6jam ke belakang), aku join beberapa team mate yang rajin nak menapak untuk keluar menukar matawang dan misi mencari air mineral.

Menapakla ke bandar selama 20 minit hehe. Walaupun Crotia adalah anggota Kesatuan Eropah, tetapi mereka tidak menerima €, malah mereka mempunya matawang sendiri Crotian Kuna (Kuna). Boleh tukar € dengan Kuna di beberapa outlet di bandar. Berkira betul.

Euro 1 = 7.5Kuna

Selepas dah bolot air, kami menaiki bas ke hostel. Dah naik bas, terlepas hentian pulak 😆😆. Kena menapak lagi untuk ke hostel dengan membawa air berliter2 yang dibeli.

Mmmm ko rasa senang tak jadi backpackers???

Bersambung.............. 




No comments: