Wednesday 3 October 2018

Balkan (Part 4 - Crotia & Montenegro)

Day 5

Hari kelima, di Dubrovnik. Kami membeli 1 Day Dubronik Pass yang berharga €24 @ 200Kuna. Boleh beli online di www.dubrovnikcard.com dan pick up di Tourist Centre berhampiran Dubrovnik Port.


Pekej Pass ini termasuk:
#Museums (historical, maritime, monastery, heritage)
#Art Galery
#Public Transport
#Dubrovnik City Walls

Kalau ada masa memang boleh masuk semua. Yang paling mahal adalah Dubrovnik City Walls (150 Kuna).

Dubrovnik City Walls

Selepas redeem pass kami terus ke City Walls. Dubrovnik merupakan lokasi utama di Crotia (King's Landing) untuk pengambaran siri televisyen 'Game of Thrones', adaptasi dari novel fantasi 'A Song of Ice and Fire'. Aku tak tengok cerita ni so tak tahu hujung pangkal. Tak apalah, yang penting aku sampai sini to have my own experiences.

Pintu masuk City Walls

  
Wall of Dubrovnik

Berries. Bought for 30 Kuna 

Shoplots at both sides left and right

Top of wall city

Wall city & Old city

Dubrovnik Wall adalah salah satu Tapak Warisan UNESCO dan merupakan kubu pertahanan yang dibina mengelilingi bandar lama, dengan panjang 1,940m dan ketinggian maksima 25m, 3 kubu, 16 menara, 6 benteng, 2 Citadel dan 2 penjuru pertahanan. Kubu ini di bina pada kurun ke 13 dan terus dibina sehingga mencapai struktur yang kukuh pada kurun ke 17. Kubu ini tidak terjejas dengan Perang Dunia I & II, jadi tiada kesan runtuhan kelihatan dan struktur yg ada adalah asal. Kubu ini juga merupakan antara sistem kubu yang paling hebat pada Zaman Pertengahan. 

Untuk keliling Wall city, perlukan lebih kurang satu jam. Turun tangga, naik tangga. Sila workout untuk pastikan lutut anda kuat. Bukan main redah macam aku ✌️. 

Dalam kawasan bandar lama ni ada kedai-kedai souvenier tetapi agak mahal. Better beli kat luar je unless kau memang kaya duit tak tau nak buat apa 🤷‍♀️. 

Ada kereta kabel dengan bayaran 150Kuna tetapi aku tak naik sebab tak berbaloi. Trek pendek sangat. Better save my money.. Hehe

Pulau Lokrum 

Pukul 2 ptg, sebahagian team mate kami pulang ke hostel utk berehat dan solat. Aku dan beberapa team mate decide untuk teruskan perjalanan ke Pulau Lokrum yang berada bertentangan dengan Wall City. 

Tambang feri ke Pulau Lokrum tidak termasuk dalam Dubrovnik Pass. Jangan syok sendiri ye. Harga tiket adalah 150 Kuna dengan kekerapan setiap 30 minit. Cara nak ke tempat feri, dari pintu masuk Wall City, jalan terus sampai jumpa Pelabuhan di hujung jalan. Senang je 😁. 

Apa yang menarik sangat dengan Pulau Lokrum ni? 

Pulau Lokrum merupakan sebahagian dari lokasi pengambaran 'Game of Throne'. Di puncak bukit di pulau ini berdirinya Fort Royal, yang dibina oleh Perancis semasa penjajahan Napoleon di Crotia, yang kemudiannya dinamakan sebagai Menara Maximilian oleh Austria. 

Antara lokasi yang boleh dilawati di pulau lokrum adalah Dead Sea, Fort Royal, Botanical Garden, Lazaret, Benedictine Monastry of St Mary dan Charlotte's Well. 

Nak eksplore pulau ni perlukan 2 jam. Memang cecah 21000 steps hari ni. Kaki dah tak rasa berpijak ke bumi...🙄🙄

Peta Pulau Lokrum

Path Pulau Lokrum. Path mudah tapi jarak tu jauh dari satu point ke satu point

Benedictine Monastery Of St Mary

Burung merak. Banyak di sini

 
Puncak Pulau

Pukul 4.30ptg kami bergerak pulang ke Wall City, pulang ke hostel untuk solat dan berehat. Malam tidur awal sebab over exhausted. 

Day 6

Pagi ni, pada pukul 10 pagi, kami bergerak ke stesen bas Dubrovnik untuk meneruskan perjalanan ke Kotor, Montenegero. 
Sandang beg berat 11kg 😫

Jadual bas adalah 11pagi tapi dah tunggu  tunggu dan tunggu lagi, lebih kurang 12.30 tghari baru sampai basnya. Dengan open air bus station dan cuaca panas, mmmm memang menguji sangat kesabarannya. Dah lambat kene pulak bayar check in luggage €1 per bag. Air Asia versi bas nih. Dengan redha kami bayarlah, tak kan nak tinggal beg kt Crotia? 🙄

Bas ni yang lambat 😡😡

Setelah dua jam perjalanan (tak termasuk setengah jam masa di imigresen Kotor) kami pun tiba di Stesen Bas Kotor. Montenegero bukanlah negara Kesatuan Eropah, maka kami perlu melalui proses imigresen yang agak ketat. Turun bas, beratur, cop pasport dan berdiri tepi jalan menunggu penumpang lain settle imigresen. Nasib dapat cop pasport. Bertambah koleksi. Terubat penat berdiri huhu. 

Jarak stesen bas dengan Old City hanya 10 minit perjalanan. Jadi kami menapak sahajalah ke hostel kami yang terletak di Old City, Montenegero Hostel. Nama je hostel tapi macam apartment. Tak percaya tengok gambar di bawah..  

Bilik twin sharing

Sharing kitchen

Sharing bathroom

Permandangan dari bilik kami

Disebabkan oleh bas lambat tadi, sampai Kotor pun lambat, maka kami keluar bersiar-siar di Bandar lama Kotor pada waktu malam selepas Maghrib. Memang meriah bandar lama ni pada waktu malam sebab tempat ini dipenuhi restoran yang menghidangkan makanan laut. Harga reasonable bagi aku, average €15 per plate. 
Jadi, pelancong ke penduduk tempatan memang ramai di sini memenuhi restoran yang ada. 

Aku ke Port Kotor di depan Bandar Lama. Dapatla tengok sisa sisa Sunset.

Port of Kotor

Wall City pada waktu malam. Kalau siang, memang tak dapat membezakan mana satu bukit, mana satu Wall City. Sama warna. 

Malam berehat awal sebab pagi-pagi esok nak panjat Wall City. Entri seterusnya aku akan ceritakan lagi tentang Wall City dan Old City of Kotor. 

Bersambung.... 





No comments: