Thursday, 18 October 2018

Final Part (Turkey)

Day 11

Seawal 8 pagi hari ini, kami keluar bersiar-siar di Bandar Bursa. Bandar Bursa sangat besar dan padat sebenarnya. Bursa adalah sebuah kota yang terletak di barat laut Anatolia, dan merupakan bandar ke 4 yang mempunyai populasi penduduk paling tinggi di Turkey. Selain itu, ia juga merupakan pusat metropolitan dan industri di Turkey.

Bursa merupakan ibu kota pertama empayar Uthmaniyyah antara tahun 1335 sehingga 1413. Kota ini dirujuk sebagai Hudavendigar (Hadiah dari Tuhan) semasa zaman Uthmaniyyah, dan sekarang digelar pula sebagai Yesil Bursa (Bursa Hijau) yang merujuk akan taman-taman dan kebun-kebun yang melata di seluruh kotanya. Makam-makam para Sultan Uthmaniyyah awal juga terletak di Bursa. Banyak sebenarnya tempat si Bursa ni yang tersenarai dalam Tapak Warisan Dunia UNESCO. Jadi memang tak cukup sehari kat sini. Sekurangnya dua hari. 

Street view pagi di Bursa

Antara tempat/bangunan yang sempat dilawati pada hari terakhir kami di Istanbul adalah seperti berikut:

1. Monumen Mustafa Kamal Atartuk


2. Clock tower, Bursa


3. Bursa Teleferik

Kereta kabel Bursa terletak tidak jauh dari hostel kami. Menaiki bas selama 5 minit dan sampailah ke sini. View lebih cantik pada musim sejuk.

Jarak perjalanan dari bawah ke Puncak Gunung Uludag adalah 8.4km dengan satu stesen pertukaran. Perjalanan sehala mengambil masa selama 45 minit. Apa ada di puncak gunung? Biasanya kat puncak sana port orang main ski pada musim sejuk. Ada jugalah kedai-kedai untuk beli belah tapi tak banyak. Crowd pun tak ramai. Tak sampai 5minit pun beratur untuk beli tiket.

Fi masuk: 75TL

Pintu masuk Bursa Teleferik

Pemandangan dari kereta kabel. Memang padat bandar Bursa. 

Pemandangan di pertengahan route kereta kabel

Stesen akhir di puncak Gunung Uludag, Kurbaga Kaya

View Puncak Uludag

3. Masjid Ulu Cami'i

Dikenali juga sebagai Grand Mosque of Bursa. Masjid ini merupakan mercu tanda terkemuka di pusat bandar Bursa. Dengan  2 menara dan 20 kubah, Ulu Cami'i dianggap masjid kelima paling penting dalam Islam, selepas Mekah, Madinah, Baitulmuqaddis, dan Damsyik. Masjid ini juga termasuk dalam senarai Tapak Warisan Dunia UNESCO 2014 Bursa.

Dalaman Masjid Ulu Cami'i

Luaran Masjid Ulu Cami'i

4. Koza Han

Terletak di antara Bursa Grand Mosque dan Masjid Orhan, dan dibina oleh arkitek besar Abdul Ula Bin Pulat Sah atas perintah Sultan Ottoman Sultan Bayezid II pada tahun 1491.

Pada zaman silam, ia merupakan tempat untuk menjual cocoon silkworm. Pada hari ini pula, Koza Han merupakan medan jualan pelbagai kain sutera, selendang sutera, produk pakaian, aksesori serta produk artistik, mas kahwin dan produk tekstil rumah, perak dan cenderahati. 

Pintu masuk 

Masjid kecil dalam kawasan Koza Han

5.  Uzun Carsi (Long Market) 

Uzun Carsi juga dikenali sebagai Long Market. Menjual berbagai jenis barangan, pakaian, buahan, makanan, alatan rumah di lot-lot kecil. Tak dapat pulak maklumat berapa panjang bazar ni. Harga? Not bad. Agak murah

Laluan Uzun Carsi

Lebih kurang 1 tghari, kami cek out dan bergerak ke Terminal Ferry Guzelyali. Naik Metro ke stesen Emek dan ambil bas bernombor 1/GY ke Terminal Ferry. 
Sampai di terminal, terus beli tiket ke Yenikapi. Harga sehala tiket feri adalah lebih kurang 40TL.

Selepas dua jam perjalanan, kami sampai di Yenikapi. Letih yang amat. Nak berjalan pun dah xlarat sebenarnya hahaha. Dah letih tu, kene lagi menapak dari terminal ke stesen Metro dalam 10 minit jugak. 

Dari Metro Yenikapi kami terus ke Airport. Penerbangan balik KL pada pukul 10 mlm waktu Istanbul dan dijangka sampai di KL pada pukul 7.45mlm. Bertolak malam, sampai pun malam 😭. 

Jadi, tamatlah kisah Balkan. Nak kata seronok, memangla seronok tapi penat beb! Dan pengalaman travel dengan Group of Strangers memang tidak dapat dilupakan. Bukan senang nak adapt dengan orang yang first time kenal ni (for me la, orang lain maybe OK je). 

IDO Ferry - untuk penumpang dan kenderaan

Dalaman ferry. Cantik. Ada cafe lagi. Selesa

Flight view merentasi zon masa.. 

T. a. M. a. T





Tuesday, 16 October 2018

Balkan Part 6 (Turkey)

Day 9

Lebih kurang pukul 8.30 pagi, kami bergerak ke Lapangan Terbang Podgorica,10 minit perjalanan dari hostel, dengan menaiki private transfer. Bayar dalam €2+ per person kalau tak silap.

Airport Podgorica ni kecik je, so lepas drop beg, ada satu layer pemeriksaan kastam then dah sampai gate pelepasan. Memang tak ada outlet perfume, handbag ke apa dalam tu.. πŸ˜†πŸ˜†. Penerbangan ke Istanbul dari Podgorica mengambil masa satu jam setengah. Lebih kurang 12.30 tghari sampailah di Istanbul dan melalui imigresen yang berliku2 panjangnya πŸ€·β€β™€οΈ. Setel hal kat Airport, naik Metro dan tram ke Sultanahmet. Kami menginap di hostel yang sama seperti malam pertama sampai di Istanbul. Cuma bilik kali ni berbeza, dapat double bed, bilik sea view tapi takde gambar pulak. Dah hari-hari terakhir sebelum balik dh xde nk kisah gambar bilik dah sebab tak sabar nak balik rumah πŸ˜‚πŸ˜‚.

Pukul 4 ptg, kami keluar ke Grand Baazar. Memang tidaklah dapat untuk round satu Bazaar tapi cukuplah beli apa yang patut dibeli sahaja.. Tapi, memang catchy eye barang-barang di sini. Aku dah kira cukup kuat dah ni menahan nafsu shopping aku hehehehe...

Pintu masuk Grand Baazar

Suasana dalam Grand Baazar

Keluar Grand Baazar, kami berjalan-jalan pula di sekitar kedai berdekatan Grand Baazar.. Mmm memang kene buat satu shopping trip la gamaknya gini. Baju, tudung cantik-cantik 😍😍. (Aku harap aku dapat suami yang berjimat cermat sebab aku suka shopping hahahaha..)

Posing selepas membeli tudung kat kedai ni

Dah letih round di kawasan Grand Baazar, kami ke Taksim pula. Taksim adalah bahagian kota Istanbul yang agak moden. Terdapat berbagai jenis kedai, restoran dan hotel di sini. Meriah ya amat sampai pening aku rasa nak berjalan-jalan di sini. Kat Malaysia pun aku jarang pergi shopping kompleks..inikan pula nak meredah lautan manusia hahahaha.

Lautan manusia di Taksim

Di Taksim juga terdapat Monumen Republik yang dibina pada tahun 1923 sebagai tanda peringatan penubuhan Republik Turki.

Monumen Republik

Selepas lebih kurang satu jam menapak di sekitar Taksim tanpa hala tujuan, aku dan beberapa team mate decide untuk balik bilik. Kaki pun dah kebas, apakata balik berehat sebab esok nak jalan lagi πŸ˜‚πŸ˜‚. 

Day 10

Kota Istanbul kaya dengan sejarah dan merupakan satu-satunya kota di dunia yang terletak di antara dua benua iaitu Asia dan Eropah. Kota Istanbul merupakan kota yang terhasil dari tiga empayar hebat iaitu Roman, Byzantine dan Uthmaniah.

Kawasan bersejarah di Istanbul diwakili oleh empat kawasan utama iaitu Taman Arkeologi Sultanahmet, Kawasan Pemuliharaan Suleymaniye, Kawasan Pemuliharaan Zeyrek dan Kawasan Pemuliharaan 'Land Walls'. Kawasan-kawasan ini diiktiraf of UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia di Turkey.

Dalam jangkamasa yang singkat memang tak dapat la nak jenguk semua tempat (jadi kene datang lagi Turkey!). Antara tempat yang sempat dijenguk adalah:

1. The Hippodrome of Constantinople

The Walled Obelisk in the hippodrome

The Obelisk of Thutmose III

The Serpent Column

Ketiga-tiga monumen di atas yang dikenali sebagai The Hippodrome of Constantinople terletak di Dataran Sultan Ahmed atau dalam bahasa Turkeynya Sultanahmet Meydani. Tempat ini merupakan pusat sukan dan sosial di zaman empayar Constantinople, yang merupakan ibukota Empayar Byzantium. Pada hari ini, hanya terdapat beberapa kesan serpihan struktur asal pusat ini. 

Kata hippodrome berasal dari hippos ~ kuda, dan dromos ~ jalan atau cara. Atas sebab ini, kadang-kadang juga disebut AtmeydanΔ± ("Horse Square") dalam bahasa Turki. Perlumbaan kuda dan perlumbaan kereta adalah popular di dunia kuno dan hippodromes merupakan ciri khas bandar-bandar Yunani di era Hellenistic, Roman dan Byzantine.

2. Hagia Sophia

Hagia Sophia

Dalaman Hagia Sophia

Dalaman kubah Hagia Sophia 

Hagia Sophia merupakan sebuah struktur bangunan museum dan dianggap sebagai sebuah bangunan teragung dan tercantik di dunia. Pada awalnya, bangunan ini dibina sebagai sebuah Cathedral bagi penganut Kristian Ortodoks tetapi kemudian diubahsuai menjadi sebuah masjid oleh kerajaan Uthmaniah pada tahun 1453. Walaupun diubah kepada masjid, lambang dan gambar yang berkaitan agama Kristian masih kekal di dalam bangunan ini. Boleh lihat gambar di atas. Kerajaan Republik Turkey kemudiaannya memutuskan untuk menjadikan bangunan ini sebagai museum pada tahun 1935.

Fi masuk = 40TL

Sebaiknya datang sini awal pagi untuk elakkan dari beratur panjang lebar nak beli tiket dan nak masuk ke dalam. Hagia Sophia ni ada tiga tingkat, jadi sekurangnya satu jam perlu diperuntuk di sini (tak campur masa beratur 😁).

3. Topkapi Palace

Pintu masuk Topkapi Palace

Library of Ahmed III, Inner Palace Library

Sebahagian dari Topkapi Palace

Topkapi Palace dalam bahasa Turkey bermaksud Istana Pintu Meriam. Istana ini menjadi kediaman rasmi dan utama bagi Sultan Uthmaniyyah selama 400 tahun dari keseluruhan 624 tahun tempoh pemerintahan mereka (1465 - 1856). Pada 1924, atas arahan presiden pertama Turki, Mustafa Kemal Atartuk, istana ini ditukarkan menjadi sebuah museum. 

Kawasan Topkapi ni sangat luas. Ada beberapa blok. Kalau nak hayati apa yang dipamerkan, mungkin perlu luang masa 3-4 jam di sini. Tak semua bilik pameran yang dibenarkan mengambil gambar terutama bilik pameran alatan, senjata, pakaian dan barang peribadi milik Rasulullah dan sahabatnya. Menarik jugak lah tapi sebab orang terlalu ramai so ko tak boleh nak berlengah-lengah, tengok sekali lalu rakam dalam kepala. Pastu esok lupa hahahaha.. 

Fi Masuk: 40TL

4. Sultanahnet Camii

Blue Mosque

Dikenali juga sebagai Masjid Biru disebabkan oleh jubin birunya yang menghiasi dinding di bahagian dalamnya. Ia dibina antara tahun 1609 dan 1616, sewaktu pemerintahan Ahmed I. Dek kesuntukan masa, sempat ambil gambo macam ni je. Lets have something rather than nothing right?? 

Binaan No 1 - 3 di atas boleh dicapai dengan menapak sahaja ye 😁

4. Galata Tower

Galata Tower

Pada hari kejadian, tak dapat masuk pun Tower ni sebab terlalu panjang orang beratur dan aku dan Fazu perlu bergegas ke Port untuk menaiki Feri ke Bursa pada pukul 2.30 ptg. Hari ini adalah hari terakhir trip TMPL. Ada team mate yang dah ke airport untuk pulang ke tanahair. So, aku dengan Fazu pulak plan ke Bursa sebelum pulang ke KL malam esoknya. 

Menara Galata, adalah salah satu menara tertinggi dan tertua di Istanbul. Menara setinggi 63 meter (206 kaki) ini dibina pada abad ke-14 oleh jajahan Genoa sebagai sebahagian dari dinding pertahanan di Galata yang bertentangan dengan purba Constantinopolis. Mereka menamakan menara sebagai "Christea Turris", atau "Menara Kristus". Genoese terlibat dalam perdagangan dengan Byzantine dan menara itu digunakan untuk pengawasan Harbour di Golden Horn. Selepas penaklukan Constantinople oleh Mehmet II, ia berfungsi untuk mengesan kebakaran di bandar Istanbul. 

Fi masuk: 25TL

Galata Tower ni boleh berjalan kaki je jaraknya dari Eminonu Docks. Dalam 15minit macam tu hehehe... Melalui suasana orang memancing macam ni πŸ‘‡

Dapat ikan besau ke bang? 

Jam 1 tghari, aku dan Fazu bergegas balik ke hostel untuk ambil backpack yang lebih kurang 11kg tu 😬😬 untuk ke Bursa. Berlepas dari Eminonu Docks ke Bursa Mudanya Docks. Perjalanan selama 2 jam. Sempat la terlena sekejap atas ferry. Letih kot! 

Eminonu Docks

Bursa Mudanya Docks

Dah sampai di Mudanya Docks, perlu ambil bas ke Bursa town lebih kurang 30 minit perjalanan. Bas bernombor 1/M. Masa turun ferry tu dah nampak bas memang tunggu passenger. Ingatkan boleh bayar cash ~ 2.5TL. Yakin je meluru ke arah bas, sekali kena guna Bursa Kart. Kalau di Istanbul kena ada Istanbul Kart, di Bursa kene la guna Bursa Kart πŸ˜…. Mesin Bursa Kart boleh didapati di Terminal Ferry. Dah la nak cepat, cucuk 10 TL kat mesin untuk beli kad, mesin telan pulak duit tanpa keluar sebarang kad. Satu hal pula kat situ tekan segala button kot kad boleh keluar. Solution terakhir, share Bursa Kart, mean touch dua kali untuk dua orang. Huhuhu

Dah dapat Kart tadi, bas yang menunggu tadi dah pun berlepas... Maka menunggulah kami di situ, setelah beberapa minit berlalu, bas 1/M berlalu di depan Terminal tapi tak berhenti. Confused sekejap. Beberapa minit lagi, bas 1/M lalu lagi tapi tak berhenti. Haha, makin pening. Stres pun ada. Maka, aku pun bertanya lah kat adik comel yang menjual dekat booth kawasan situ... Mmmm... Dia tak faham English pulak. So, aku berputus asa dan terus menunggu. Actually boleh je guna google translate tapi sebab otak dah jem, so tak terfikir pun nak guna google translateπŸ˜₯. 

Selepas satu jam menunggu bas, aku berjaya tahan bas 1/M. Fazu naik dulu, entahlah apa yang pak cik tu explain dalam Turkish, kesimpulan yang kami dapat, bas 1/M tak berhenti kat situ. Aku cuba bergerak ke stesen bas yang terletak di hadapan small park berhampiran Terminal. Cek nombor bas then yes!   Bas 1/M sebenarnya berhenti di situ. Nampak tak satu jam masa terbuang? Tak sampai 5 minit bas berhenti dan kami pun naik lah dengan muka barai..  

Ingatkan naik bas dah boleh sampai town, rupanya sampai stesen Metro je hahaha. So, kene naik lagi Metro di stesen Emek ke Sehrekutsu (hotel kami). Dalam 30 minit juga masa perjalanan. Dah sampai stesen perlu pula menapak dalam 10 minit ke hotel. Hahahaha barai habis! Macam tak mampu dah nak menampung beg dan badan. Orang nampak best je aku travel, hakikatnya tuan badan je merasa.. . 

Sampai hotel, solat dan rehat sekejap sebelum kami keluar sekejap cari makan dan tinjau kawasan. Macam biasa, aku lupa ambil gambar hotel. 

Ronda-ronda kawasan sekitar dan aku beli ini... 

Durum. Aku suka rasa dia. Sedap! 

Okay, Penat lah menaip. Entri Istanbul panjang sangat. Sambung next entri untuk cerita Bursa... Stay tuned!! 












Wednesday, 10 October 2018

Balkan (Part 5 - Montenegro)

Day 7

Seawal jam 6.30 pagi kami bersiap-siap untuk mendaki City Wall Kotor. Dinding City Wall Kotor adalah setinggi lebih daripada 4 kilometer (260m), 1350 langkah.

Tips: Kalau nak mendaki City Wall free, naik sebelum 8am. Selepas 8am, fi masuk dikenakan sebanyak €8.

Aku ambil masa sejam untuk sampai ke atas. Kalau well fit dan tak layan bergambar rasanya 30 minit dah sampai ke atas. πŸ’β€β™€οΈπŸ’β€β™€οΈπŸ€ͺ.  Di puncak City Wall terdapat kesan kemusnahan Kubu St John. Tak ada apa yang menarik pun pasal kubu ni. Cuma, permandangan dari atas, superb!! Lepas layan view dan bergambar, aku dan geng turun semula ke bawah, dalam pukul 9.00 pagi.

Superb! 

City Wall dan Old City Kotor

City Wall dan Old City Kotor adalah salah satu dari Tapak Warisan Dunia UNESCO, diiktiraf pada tahun 1979.

City Wall merupakan sebahagian daripada usaha Pertahanan Venetian dari abad ke 15 hingga ke 17. Terdiri dari benteng, menara, citadel, gerbang, kubu, tangki, istana, bangunan dan struktur sampingan yang menggabungkan seni bina tentera Illyria, Byzantium, Venice, dan Austria.

City Wall dan bukit sama warna. Cuba cari mana city wall? 

Gereja Our Lady of Remedy - dibina pada 1518

St John Fortress, di puncak City Wall

Top of city wall. Aku tak terjun, no worries

Tangga-tangga untuk didaki

Old City Kotor pula terletak di kaki Kotor City Wall dan mempunyai banyak monumen seni bina zaman pertengahan seperti gereja-gereja, katedral, istana, dan muzium.

Old City

Sea Gate - Pintu Utama Old City

Cathedrals - Old City

Perast

Pukul 11 pagi, kami bergerak ke Perast dengan menaiki Bas Blue Line. Tambang €1 sehala. Perast merupakan bandar lama di Teluk Kotor. Bandar yang agak sunyi sepi, kelihatan beberapa istana lama dan gereja di sini. Perast ini juga merupakan sebahagian Tapak Warisan Dunia UNESCO di Kotor.

Raspberry €1.5 per box. Dijual di Old City. Layan sambil tunggu bas tapi lepas belek buah ni banyak ulat. Kene basuh dulu hahah. Dah banyak masuk perut aku masalahnya.. 

Perast City

Gereja

Dari Perast, anda boleh menaiki bot dengan bayaran €5 dua hala untuk ke pulau kecil yang berdekatan iaitu, Our Lady of The Rocks. Naik bot 5 min je.

Our Lady of The Rocks merupakan sebuah pulau tiruan yang dibina dengan benteng-benteng batu oleh dua beradik bermula pada tahun 1452. Terdapat sebuah muzium kecil di sebelah gereja yang mempamerkan lukisan, serta artifak kapal & pelayaran. Bayaran masuk percuma je.

Aku tak tahu macamana nak appreciate Our Lady of The Rocks ni tapi sebab view kat sini lawa, jadi layankan aje 😁😁.

Our Lady of The Rocks

Antara yang dipamerkan dalam muzium di Our Lady of The Rocks. 

Old Town Kotor

Kembali ke pesisir Bandar Perast menaiki bot, jalan2 di sekitar town dan kembali ke Old Town Kotor lebih kurang 4ptg.

Berehat. Aku tidur sebab penat mendaki pagi tadi tak habis lagi 😬😬. 

Malam, selepas Maghrib. Aku dan Fazu keluar cari souvenier. Susah la nak cari yang murah, asal dapat satu dua, jadilah. Selepas tu, kami pergi makan seafood. Old City ni memang banyak kedai seafood. Pilih je nak makan tempat mana. 

Grilled calamari - €13. Restoran apa dah lupa nama

Dekat Old City ni ada Hard Rock Cafe Montenegro. Siapa pengumpul tu boleh la shopping di sini 😁. 

Day 8

Hari ke 8 kami bertolak ke Podgorica menaiki private transfer. 

Singgah di beberapa tempat di sepanjang perjalanan. 

Budva

Persinggahan pertama adalah Budva Old City yang berusia 2500 tahun dan dikatakan antara penempatan tertua di persisiran Adriatik. Di samping Old City, Budva mempunyai pantai dan pesisir laut yang cantik. 

Old City Budva

Budva Citadel

The cliffs

Morgen Beach

Singgah sekejap sahaja di Budva. Kat sini pun ada Hard Rock Shop mini untuk shopping. Perjalanan diteruskan ke Lake Skadar National Park yang terletak lebih kurang 42km dari Budva. 

Lake Skadar National Park

Lake Skadar merupakan tasik terbesar di Semenanjung Balkan. Terletak di Lembah Skadar dan tasik ini juga memisahkan negara Montenegro dan Albania. Dua pertiga tasik di sebelah Montenegro dan selebihnya di Albania. Tasik ni sebenarnya berbentuk seperti ladam kuda. Tapi aku xnampak pun bentuk ladam tu πŸ™„πŸ™„. Keluasan tasik ini adalah 44km panjang dan 14km lebar.

Ada bot tour disediakan di sini dengan bayaran €10 per trip beserta €4 untuk fi masuk National Park.

Lake Skadar

View dari bot tour

Habis bot tour, kami ke Podgorica! 

Podgorica

Podgorica merupakan ibu negara dan bandar terbesar Montenegero.

Kami bermalam di sini pada hari ini memandangkan keesokan paginya akan berlepas ke Istanbul dari Podgorica Airport.

Petang, selepas makan di Restoran Pod Volat (aku order Cevapi lagi, entahlah kenapa) kami bersiar-siar di bandar Podgorica. Menapak dengan gayanya. 😁 

Restoran halal - Pod Volat

Antara monumen di Podgorica yang aku boleh share, tiada fi masuk dikenakan:

Masjid Starodoganjska

Clock tower

Former Royal Palace

Cathedral of the Resurrection of Christ

Lepas dah round Bandar Podgorica, aku mendapati bandar ini sangatlah membosankan. Tak ada apa yang catchy mata aku. Mmmm.. Rasanya bandar Kota Bharu kampung aku lagi lawa πŸ€ͺπŸ€ͺ. Kalau bukan sebab nak naik flight dari sini, tak payah letak dalam itinerary pun tak apa. Tak rugi.

Maghrib time, so geng menapak balik ke hostel untuk berehat.