Thursday 18 October 2018

Final Part (Turkey)

Day 11

Seawal 8 pagi hari ini, kami keluar bersiar-siar di Bandar Bursa. Bandar Bursa sangat besar dan padat sebenarnya. Bursa adalah sebuah kota yang terletak di barat laut Anatolia, dan merupakan bandar ke 4 yang mempunyai populasi penduduk paling tinggi di Turkey. Selain itu, ia juga merupakan pusat metropolitan dan industri di Turkey.

Bursa merupakan ibu kota pertama empayar Uthmaniyyah antara tahun 1335 sehingga 1413. Kota ini dirujuk sebagai Hudavendigar (Hadiah dari Tuhan) semasa zaman Uthmaniyyah, dan sekarang digelar pula sebagai Yesil Bursa (Bursa Hijau) yang merujuk akan taman-taman dan kebun-kebun yang melata di seluruh kotanya. Makam-makam para Sultan Uthmaniyyah awal juga terletak di Bursa. Banyak sebenarnya tempat si Bursa ni yang tersenarai dalam Tapak Warisan Dunia UNESCO. Jadi memang tak cukup sehari kat sini. Sekurangnya dua hari. 

Street view pagi di Bursa

Antara tempat/bangunan yang sempat dilawati pada hari terakhir kami di Istanbul adalah seperti berikut:

1. Monumen Mustafa Kamal Atartuk


2. Clock tower, Bursa


3. Bursa Teleferik

Kereta kabel Bursa terletak tidak jauh dari hostel kami. Menaiki bas selama 5 minit dan sampailah ke sini. View lebih cantik pada musim sejuk.

Jarak perjalanan dari bawah ke Puncak Gunung Uludag adalah 8.4km dengan satu stesen pertukaran. Perjalanan sehala mengambil masa selama 45 minit. Apa ada di puncak gunung? Biasanya kat puncak sana port orang main ski pada musim sejuk. Ada jugalah kedai-kedai untuk beli belah tapi tak banyak. Crowd pun tak ramai. Tak sampai 5minit pun beratur untuk beli tiket.

Fi masuk: 75TL

Pintu masuk Bursa Teleferik

Pemandangan dari kereta kabel. Memang padat bandar Bursa. 

Pemandangan di pertengahan route kereta kabel

Stesen akhir di puncak Gunung Uludag, Kurbaga Kaya

View Puncak Uludag

3. Masjid Ulu Cami'i

Dikenali juga sebagai Grand Mosque of Bursa. Masjid ini merupakan mercu tanda terkemuka di pusat bandar Bursa. Dengan  2 menara dan 20 kubah, Ulu Cami'i dianggap masjid kelima paling penting dalam Islam, selepas Mekah, Madinah, Baitulmuqaddis, dan Damsyik. Masjid ini juga termasuk dalam senarai Tapak Warisan Dunia UNESCO 2014 Bursa.

Dalaman Masjid Ulu Cami'i

Luaran Masjid Ulu Cami'i

4. Koza Han

Terletak di antara Bursa Grand Mosque dan Masjid Orhan, dan dibina oleh arkitek besar Abdul Ula Bin Pulat Sah atas perintah Sultan Ottoman Sultan Bayezid II pada tahun 1491.

Pada zaman silam, ia merupakan tempat untuk menjual cocoon silkworm. Pada hari ini pula, Koza Han merupakan medan jualan pelbagai kain sutera, selendang sutera, produk pakaian, aksesori serta produk artistik, mas kahwin dan produk tekstil rumah, perak dan cenderahati. 

Pintu masuk 

Masjid kecil dalam kawasan Koza Han

5.  Uzun Carsi (Long Market) 

Uzun Carsi juga dikenali sebagai Long Market. Menjual berbagai jenis barangan, pakaian, buahan, makanan, alatan rumah di lot-lot kecil. Tak dapat pulak maklumat berapa panjang bazar ni. Harga? Not bad. Agak murah

Laluan Uzun Carsi

Lebih kurang 1 tghari, kami cek out dan bergerak ke Terminal Ferry Guzelyali. Naik Metro ke stesen Emek dan ambil bas bernombor 1/GY ke Terminal Ferry. 
Sampai di terminal, terus beli tiket ke Yenikapi. Harga sehala tiket feri adalah lebih kurang 40TL.

Selepas dua jam perjalanan, kami sampai di Yenikapi. Letih yang amat. Nak berjalan pun dah xlarat sebenarnya hahaha. Dah letih tu, kene lagi menapak dari terminal ke stesen Metro dalam 10 minit jugak. 

Dari Metro Yenikapi kami terus ke Airport. Penerbangan balik KL pada pukul 10 mlm waktu Istanbul dan dijangka sampai di KL pada pukul 7.45mlm. Bertolak malam, sampai pun malam 😭. 

Jadi, tamatlah kisah Balkan. Nak kata seronok, memangla seronok tapi penat beb! Dan pengalaman travel dengan Group of Strangers memang tidak dapat dilupakan. Bukan senang nak adapt dengan orang yang first time kenal ni (for me la, orang lain maybe OK je). 

IDO Ferry - untuk penumpang dan kenderaan

Dalaman ferry. Cantik. Ada cafe lagi. Selesa

Flight view merentasi zon masa.. 

T. a. M. a. T





No comments: