Friday 19 October 2018

Melbourne ~ Part 2 (August 15)

Day 4

Pada hari ini, aku dan Fara join tour untuk ke Great Ocean Road. Aku book tour dari
melbourneaustraliatours.com.au.

Price dan service mereka OK bagi aku. Cek website diorang untuk latest pekej dan harga ye.

Great Ocean Road adalah coastal drive sepanjang 243km bermula dari Torquay hingga ke Allansford. Dibina oleh tentera antara tahun 1919 dan 1932 dan didedikasikan kepada tentera yang terbunuh semasa Perang Dunia I, jalan ini adalah peringatan perang yang terbesar di dunia. Ia mengelilingi pelbagai bentuk rupa bumi di sepanjang pantai dan memberikan akses kepada beberapa mercu tanda yang terkenal, termasuk pembentukan batu kapur Twelve Apostles.

Perjalanan pergi dan balik termasuk stop over mengambil masa seharian. Van tour pick up kami di hotel pada pukul 7.30 pg dan perjalanan bermula...

Antara tempat yang disinggah:

1. Twelve Apostles

Merupakan beberapa pembentukan bebatuan berupa tiang terhasil dari proses hakisan disebabkan peredaran masa. Terletak di pesisir Taman Negara Port Campbell. Sekarang ni, Apostles dah tinggal beberapa je. Yang lain dah runtuh dek hakisan.

Pintu masuk ke Twelve Apostles

Landmark GRO

Apostles yang tinggal

2. Bay of Island

Bay of Islands Coastal Park adalah sepanjang 32km dan terletak di antara Peterborough dan Warrnambool. Juga terjadi akibat hakisan batu kapur oleh peredaran masa. 



3. Loch Ard Gorge

Gorge ini dinamakan sempena kapal pengangkut Loch Ard, yang karam berhampiran Pulau Muttonbird pada 1 Jun 1878 setelah belayar selama tiga bulan dari England ke Melbourne. Daripada lima puluh empat penumpang dan anak kapal, hanya dua yang terselamat: Tom Pearce, berusia 19 tahun, seorang perantis kapal, dan Eva Carmichael, seorang wanita warga Ireland yang beremigrasi dengan keluarganya, pada usia 19 tahun.



Lain-lain pemandangan sepanjang Great Ocean Road.... 

Greeny view

Lembu-lembu

Kami berhenti makan tengahari di sebuah restoran Turki di Great Ocean Road. Bersolat juga di sebuah padang disitu.

Untuk ke Great Ocean Road ni, boleh pilih untuk drive sendiri tetapi memandangkan keadaan jalan yang sempit dan berliku, ada baiknya untuk ambil local tour sahaja. Nature lover memang wajib ke GRO sekiranya datang ke Melbourne. 

Day 5

Hari ke lima agak santai, aku solo hari ni keluar shopping di DFO South Wharf. Macamana aku sampai ke sini? Naik tram dari station Bourke Street ke Clarendon Street. Lepas tu menapak sikit ke mall. Dah pusing satu mall, aku hanya masuk kedai perfume dan pakaian. Perfume sangat murah dan banyak pilihan di sini.. 

Kedai perfume

Winter jacket AUD15 - ntah kenapa gambar jadi terbalik

Petang, aku ke St Kilda Beach. Boleh naik tram ke sini, direct sampai ke Stesen St Kilda. Tenang je pantai di sini, tak ramai orang. Untung-untung boleh nampak penguin di celah batu. 

Aku berjalan-jalan spend masa kat sini sampai lewat petang sebelum balik hotel. 

Ada port untuk private boat juga



Spotted penguin! Masa ni aku xpandai guna shutter speed lagi so gambar asal dapat tangkap je

Day 6

Hari kedua terakhir di Melbourne. Hari ni, aku ambil local tour lagi dengan syarikat yang sama dengan Great Ocean Road untuk ke Philip Island, Puffing Billy Train dan Maru Koala and Animal Park. 

Aku solo lagi hari ni sebab Fara dah book awal trip ke Philip Island iaitu semalam dan aku tak dapat join sebab seat penuh 😭. Tapi tak apa, bila van sampai hotel untuk pick up aku, then just realised satu van tu semua Malaysian hehe. So dapat la kawan baru.. 

1. Puffing Billy 

Perjalanan diteruskan ke Stesen Puffing Billy - Belgrave Station yang terletak 1 jam 10 minit dari Melbourne CBD. 

Tiket dah termasuk dalam pekej tour, jadi kami hanya naik train sehala ke stesen Menzies Creek. 30 minit perjalanan. Van tour tunggu kami di stesen Menzies Creek. Kalau masa panjang boleh je turun di stesen yang lebih jauh. Tapi sebab banyak lagi destinasi nak dituju, kami hanya naik route yang paling pendek. 

Macam ni lah rupa train ni. Macam budak tak? 

Dari stesen Menzies Creek, kami bergerak ke Maru Koala and Animal Park, lebih kurang satu jam perjalanan. Selain Koala, ada je binatang lain kat sini. E.g kanggaroo, wallaby, buaya, burung emu, burung nuri, wombat, bebiri dan macam-macam lah. Baru je sampai park, hujan turun lebat. But, still juga nak pergi feed Kanggaroo so pakailah baju hujan seperti dalam gambar...

Fi masuk: AUD20

Feeding the kanggaroo

Koala tengah tido

Selfie dengan Wallaby

Selepas sejam luangkan masa di sini, kami bergerak ke Philip Island. Hujan masih turun ðŸ˜Ĩ. Jarak antara Philip Island dengan Maru Koala Park hanya 30 min sahaja. Jadi, disebabkan hujan turun renyai-renyai, tak dapatlah kami turun dari van untuk bergambar. Sight seeing dari atas van je gitew. Bukan rezeki. Travel ni bergantung pada rezeki juga. Bukannya semua perkara indah yang seperti kita sangkakan. 

Philip Island merupakan sebuah pulau Australia, kira-kira 140 km (87 batu) selatan-tenggara Melbourne, Victoria. Pulau ini dinamakan sempena Gabenor Arthur Phillip, Gabenor pertama New South Wales. Pulau ini terkenal dengan port pendaratan penguin pada waktu senja, antara spesis penguin yang terkecil di dunia. 

Jom tengok apa lagi ada di pulau ni:

1. The Nobbies

Sea Lion suka berjemur kat batu besar dalam gambar

Me at The Nobbies

2. Penguin Parade

Kebiasaannya penguin akan muncul dari laut secara berjemaah pada waktu senja. Bukan sepuluh atau seratus tetapi beribu ribu ekor. Terkedek-kedek berjalan naik ke darat menuju ke sarangnya yang dibuat khas dalam bentuk kotak-kotak kecil. Dekat sini, tak dapat nak ambil gambar. Dilarang sama sekali. 

3. Wild Life Nature Park

Wallaby merata-rata

Sebab cuaca tak elok pada hari tersebut, memang tak dapat ke banyak tempat. Antara tempat lain yang boleh dilawati:

1. Philip Island Grand Prix Circuit
2. Koala Conversation Centre
3. Churchill Island Heritage Farm
4. Warrook Farm

Bertolak lewat petang balik Melbourne CBD, sampai hotel, hari dah pun malam. 

Day 7

Pagi ni kene bangun awal, nak balik KL dah. Flight 9.35 pg. So, aku dan Fara satu flight, kami plan naik bas je dari Bourke Street, berdekatan Ibis ke Airport (SkyBus). Jarak dari CBD ke Airport 15 minit je. 

Walau tak banyak gambar aku ambil untuk trip ni tapi experience tu banyak terutamanya dari segi persahabatan.. 

Sekian trip Melbourne.... 








Thursday 18 October 2018

Melbourne ~ Part 1 (August 15)

Aku ke Melbourne pada August 15, hujung-hujung winter dah time tu tapi sejuk jugak la untuk manusia yang tak berapa nak tahan sejuk macam aku. Pergi bersama dengan rakan lama dan dua orang lagi rakan sekerjanya..

Trip ini banyak mengajar aku bagaimana nak travel solo. Aku ni penakut. Kurang yakin nak travel solo, tapi Alhamdulillah bermula dari sini aku dapat travel solo sehingga ke hari ini.

Sebelum pergi, semua itinerary dirancang rapi, siap booking kereta bagai tapi bila sampai di sana itinerary 90% out. Jadi, aku tak nak membazir duit yang aku kumpul susah payah untuk datang ke sini.

Pelajaran di sini.... Berhati-hati pilih rakan travel. Tidak semesti kau kenal lama orang tu, bermakna kau boleh travel dengan dia ya.. .

Dan bermulalah al-kisah perjalanan 8 hari 7 malam di bumi Melbourne...(panjang intronya)..

Day 1

Flight dari KL tiba di Melbourne pada pukul 8.20 pagi. Selepas selesai imigresen, kami ke pejabat sewa kereta untuk pick up kereta. Tapi tak tahulah apa masalahnya, sangkut dekat situ sampai dua jam, baru dapat kereta. Aku tak campur sebab the other travel mate yang uruskan tentang kereta. Dah dapat kereta, kami ke Pusat Bandar, Melbourne CBD, cek in hotel. Sebenarnya tidak berbaloi untuk sewa kereta di Melbourne. Pertamanya, parking rate sangat tinggi. Boleh cecah RM60 sejam dan rangkaian kenderaan awam di Melbourne sangat efficient dan banyak pilihan, tram ada, bas ada, keretapi pum ada jadi pilih je mana satu yang sesuai.

Tiba di hotel, Ibis Melbourne Little Bourke Street dalam pukul 1tghari. Solat, mandi dan keluar semula pada pukul 3 petang. Maaflah time ni aku baru nak belajar travel jadi gambar pun banyak tak diambil dan so-so sahaja. Kami makan di restoran berhampiran hotel, Kedai Satay di King Street. Dah namanya Kedai Satay so memang makan sataylah.

Selepas makan, dalam pukul 4 petang, kami ke Coles Market di Bourke Street. Menapak. Untuk beli barang keperluan serta makanan untuk dinner dan breakfast. Musim sejuk cepatlah gelapnya. Jadi pukul 5, hari dah gelap dan kami pun balik ke bilik berehat.

Jadi, ini sahajalah kejadian hari pertama yang agak menyedihkan aku. Burn satu hari ðŸ˜ĐðŸ˜Đ

Day 2

Hari kedua ni, pagi-pagi lagi keluar ke Victoria Market. Kat sini ada souveniers, shirts, buahan, pakaian dan banyak lagi. Murah la jugak. Pergi menapak di celah bangunan. Jaraknya 2km atau 7minit berjalan kaki.

Waktu operasi Victoria Market adalah seperti berikut:

Isnin    Tutup
Selasa   6:00PG–2:00PTG
Rabu      6:00PG–10:00PTG
Khamis 12:00PG–2:00PTG
Jumaat  6:00PG–5:00PTG
Sabtu     6:00PG–3:00PTG
Ahad      9:00PG–4:00PTG

Antara souvenier yang dijual di sini....

Comel dan murah

Comel jugak

Lepas ke Victoria market, kekawan aku tadi ajak makan lagi hahahaha.. Sebelum ke market tadi diorang dah makan. Aku makan makanan beli Coles semalam je. So, aku dah start fed up dengan aktiviti makan yang tak sudah-sudah. Akhirnya aku menapak seorang balik bilik untuk solat dan drop barang yang dibeli. Aku start study map sendiri erk..  

Dalam pukul dua, travelmate aku ajak keluar. Ok. Aku ikut mereka. Plannya ke Federation Square. Pic Federation Square aku hilang jadi aku amik gambar google je lah ye. 

Federation Square ~ pic source Australia. Com

Suasana di Federation Square ni memang meriah. Ala-ala Dataran Merdeka di Malaysia. Baru je sampai sini, kawan-kawan travel aku cari Coffee House. Hahahaha.. So, aku dah tak dapat menahan murka jadi aku beritahu mereka aku akan jalan solo ke mana sahaja aku suka. Mereka tak dapatlah menahan kedegilan aku kali ni. 💁‍♀️

Dari Federation Square, aku menapak ke Royal Botanical Garden lebih kurang 5 minit perjalanan. Menyusuri Yarra River. 

Yarra River

Royal Botanical Garden

Monumen di Royal Botanical Garden

Kereta kuda ~ sepanjang perjalanan ke RBG

Yarra River merupakan sebuah sungai di sebelah selatan Victoria, Australia. Dikenali juga sebagai Birrarung oleh suku Wurundjeri yang menghuni lembah Yarra sebelum kedatangan bangsa Eropah. Panjang sungai ini adalah 240km. Ada cruise di sini 😍😍. Harga terbaru yang aku cek adalah dari $25 - $35 untuk dewasa, untuk 1 jam perjalanan. 

Royal Botanical Garden merupakan Taman Botanik seluas 38 hektar yang melangkaui dua kawasan iaitu Melbourne dan Cranbourne. Standard taman ada bunga, pokok, monumen pun ada. Botanical Garden ini mempunyai lebih 50,000 tumbuhan daripada 8,500 spesis.

Berhadapan dengan Royal Botanical 
Garden adalah Shrine of Rememberance. Aku pun hilang gambar kat sini. Tempat ini adalah museum peringatan perang dan dibina untuk menghormati lelaki dan wanita Victoria yang berkhidmat dalam Perang Dunia I. Tepat pukul 5 petang, lagu negara Australia akan dipasangkan sebagai penghormatan dan bendera di turunkan.

Fi Masuk: Percuma

Kat dalam ni boleh spent masa dalam satu jam jugalah.

Source pic: wikipedia.org

Oleh sebab aku berjalan seorang, jadi pukul 5 petang, aku dah gerak balik. Patah semula ke Federation Square untuk ambil tram ke stesen berdekatan Little Bourke Street. 

Day 3

Hari ketiga aku keluar lambat dari hotel. Kebetulan aku dapat info, kawan kepada kawan aku akan sampai dari KL dan menginap di hotel yang sama dengan aku. See, seperti di atur.. Dalam pukul 9.30 pagi dia sampai hotel. Namanya Fara. Biliknya sebelah bilik aku ðŸĪŠðŸĪŠðŸĪŠ. Jadi, aku set masa dengan Fara untuk ke bandar. 

Kami nak join Free Walking Tour. Tour ni ada dua slot iaitu pukul 10.30 pagi dan 2.30 petang. Duration selama 2.30 jam. Free tour ni bermaksud tiada bayaran tetapi kau kene bagi tips kat tour guide tu. Bagi aku agak informatif sebab dia banyak bercerita latar belakang dan sejarah mengenai tempat yang dilawat. Aku ni bukan fasih English jadi yang mana aku sempat tangkap so, itu je la yang aku faham 😁. 

Tempat berkumpul adalah di hadapan State Library dan guidenya memakai shirt hijau. 

Antara tempat yang dilawati dalam tour ini adalah:

Federation Square
Melbourne’s Laneways
Street Art
Flinders St Station
Yarra River
Eureka Tower
Hidden bar scene
Centre Place
Melbourne’s Coffee Culture
Block Arcade
Chinatown
Melbourne’s Arcades
Princess Theatre
State Parliament of Victoria
Bourke St Shopping Mall
Old Melbourne Gaol
State Library of Victoria
Royal Exhibition Centre
Carlton Gardens

Aku tak ada gambar setiap tempat ni, jadi nama aku dah tulis kat sini, google la sendiri huhuhu. Aku sangat recommend ambil tour ni. 

Hadapan State Library

Melbourne Street Art

Melbourne CBD

Lepas dah habis tour, aku dan Fara menaiki tram dan bergerak ke Fitzroy Garden. Keluasannya lebih kecil berbanding Botanical Garden iaitu 26 hektar. Di kawasan ini terdapat Cook's Cottage. Cook ni nama orang bukan memasak ye. Ia adalah nama kepada Captain James Cook, pelayar terkenal. Aku tak masuk sebab kedekut nak bayar fi $6.20..🙄🙄

Berdekatan ini juga terdapat St Patrick's Cathedral, siap dibina pada tahun 1939 untuk penganut Roman Catholic Archdiocese di Melbourne. 

Rehat. Penat jalan

Lepas habis jalan area sini, kami ke Harbour Town. Ada restoran halal kat sini tapi lupa nama apa. Lepas makan, pusing-pusing sekitar Harbour Town dan bergambar di NewQuay sebelum balik berehat di bilik. 

NewQuay, Docklands

Malam tu kami keluar semula untuk dinner di Restoran Blok M Ekspress di Little Bourke Street. Memang sedap. Try google k. 

Final Part (Turkey)

Day 11

Seawal 8 pagi hari ini, kami keluar bersiar-siar di Bandar Bursa. Bandar Bursa sangat besar dan padat sebenarnya. Bursa adalah sebuah kota yang terletak di barat laut Anatolia, dan merupakan bandar ke 4 yang mempunyai populasi penduduk paling tinggi di Turkey. Selain itu, ia juga merupakan pusat metropolitan dan industri di Turkey.

Bursa merupakan ibu kota pertama empayar Uthmaniyyah antara tahun 1335 sehingga 1413. Kota ini dirujuk sebagai Hudavendigar (Hadiah dari Tuhan) semasa zaman Uthmaniyyah, dan sekarang digelar pula sebagai Yesil Bursa (Bursa Hijau) yang merujuk akan taman-taman dan kebun-kebun yang melata di seluruh kotanya. Makam-makam para Sultan Uthmaniyyah awal juga terletak di Bursa. Banyak sebenarnya tempat si Bursa ni yang tersenarai dalam Tapak Warisan Dunia UNESCO. Jadi memang tak cukup sehari kat sini. Sekurangnya dua hari. 

Street view pagi di Bursa

Antara tempat/bangunan yang sempat dilawati pada hari terakhir kami di Istanbul adalah seperti berikut:

1. Monumen Mustafa Kamal Atartuk


2. Clock tower, Bursa


3. Bursa Teleferik

Kereta kabel Bursa terletak tidak jauh dari hostel kami. Menaiki bas selama 5 minit dan sampailah ke sini. View lebih cantik pada musim sejuk.

Jarak perjalanan dari bawah ke Puncak Gunung Uludag adalah 8.4km dengan satu stesen pertukaran. Perjalanan sehala mengambil masa selama 45 minit. Apa ada di puncak gunung? Biasanya kat puncak sana port orang main ski pada musim sejuk. Ada jugalah kedai-kedai untuk beli belah tapi tak banyak. Crowd pun tak ramai. Tak sampai 5minit pun beratur untuk beli tiket.

Fi masuk: 75TL

Pintu masuk Bursa Teleferik

Pemandangan dari kereta kabel. Memang padat bandar Bursa. 

Pemandangan di pertengahan route kereta kabel

Stesen akhir di puncak Gunung Uludag, Kurbaga Kaya

View Puncak Uludag

3. Masjid Ulu Cami'i

Dikenali juga sebagai Grand Mosque of Bursa. Masjid ini merupakan mercu tanda terkemuka di pusat bandar Bursa. Dengan  2 menara dan 20 kubah, Ulu Cami'i dianggap masjid kelima paling penting dalam Islam, selepas Mekah, Madinah, Baitulmuqaddis, dan Damsyik. Masjid ini juga termasuk dalam senarai Tapak Warisan Dunia UNESCO 2014 Bursa.

Dalaman Masjid Ulu Cami'i

Luaran Masjid Ulu Cami'i

4. Koza Han

Terletak di antara Bursa Grand Mosque dan Masjid Orhan, dan dibina oleh arkitek besar Abdul Ula Bin Pulat Sah atas perintah Sultan Ottoman Sultan Bayezid II pada tahun 1491.

Pada zaman silam, ia merupakan tempat untuk menjual cocoon silkworm. Pada hari ini pula, Koza Han merupakan medan jualan pelbagai kain sutera, selendang sutera, produk pakaian, aksesori serta produk artistik, mas kahwin dan produk tekstil rumah, perak dan cenderahati. 

Pintu masuk 

Masjid kecil dalam kawasan Koza Han

5.  Uzun Carsi (Long Market) 

Uzun Carsi juga dikenali sebagai Long Market. Menjual berbagai jenis barangan, pakaian, buahan, makanan, alatan rumah di lot-lot kecil. Tak dapat pulak maklumat berapa panjang bazar ni. Harga? Not bad. Agak murah

Laluan Uzun Carsi

Lebih kurang 1 tghari, kami cek out dan bergerak ke Terminal Ferry Guzelyali. Naik Metro ke stesen Emek dan ambil bas bernombor 1/GY ke Terminal Ferry. 
Sampai di terminal, terus beli tiket ke Yenikapi. Harga sehala tiket feri adalah lebih kurang 40TL.

Selepas dua jam perjalanan, kami sampai di Yenikapi. Letih yang amat. Nak berjalan pun dah xlarat sebenarnya hahaha. Dah letih tu, kene lagi menapak dari terminal ke stesen Metro dalam 10 minit jugak. 

Dari Metro Yenikapi kami terus ke Airport. Penerbangan balik KL pada pukul 10 mlm waktu Istanbul dan dijangka sampai di KL pada pukul 7.45mlm. Bertolak malam, sampai pun malam 😭. 

Jadi, tamatlah kisah Balkan. Nak kata seronok, memangla seronok tapi penat beb! Dan pengalaman travel dengan Group of Strangers memang tidak dapat dilupakan. Bukan senang nak adapt dengan orang yang first time kenal ni (for me la, orang lain maybe OK je). 

IDO Ferry - untuk penumpang dan kenderaan

Dalaman ferry. Cantik. Ada cafe lagi. Selesa

Flight view merentasi zon masa.. 

T. a. M. a. T