Friday 19 October 2018

Melbourne ~ Part 2 (August 15)

Day 4

Pada hari ini, aku dan Fara join tour untuk ke Great Ocean Road. Aku book tour dari
melbourneaustraliatours.com.au.

Price dan service mereka OK bagi aku. Cek website diorang untuk latest pekej dan harga ye.

Great Ocean Road adalah coastal drive sepanjang 243km bermula dari Torquay hingga ke Allansford. Dibina oleh tentera antara tahun 1919 dan 1932 dan didedikasikan kepada tentera yang terbunuh semasa Perang Dunia I, jalan ini adalah peringatan perang yang terbesar di dunia. Ia mengelilingi pelbagai bentuk rupa bumi di sepanjang pantai dan memberikan akses kepada beberapa mercu tanda yang terkenal, termasuk pembentukan batu kapur Twelve Apostles.

Perjalanan pergi dan balik termasuk stop over mengambil masa seharian. Van tour pick up kami di hotel pada pukul 7.30 pg dan perjalanan bermula...

Antara tempat yang disinggah:

1. Twelve Apostles

Merupakan beberapa pembentukan bebatuan berupa tiang terhasil dari proses hakisan disebabkan peredaran masa. Terletak di pesisir Taman Negara Port Campbell. Sekarang ni, Apostles dah tinggal beberapa je. Yang lain dah runtuh dek hakisan.

Pintu masuk ke Twelve Apostles

Landmark GRO

Apostles yang tinggal

2. Bay of Island

Bay of Islands Coastal Park adalah sepanjang 32km dan terletak di antara Peterborough dan Warrnambool. Juga terjadi akibat hakisan batu kapur oleh peredaran masa. 



3. Loch Ard Gorge

Gorge ini dinamakan sempena kapal pengangkut Loch Ard, yang karam berhampiran Pulau Muttonbird pada 1 Jun 1878 setelah belayar selama tiga bulan dari England ke Melbourne. Daripada lima puluh empat penumpang dan anak kapal, hanya dua yang terselamat: Tom Pearce, berusia 19 tahun, seorang perantis kapal, dan Eva Carmichael, seorang wanita warga Ireland yang beremigrasi dengan keluarganya, pada usia 19 tahun.



Lain-lain pemandangan sepanjang Great Ocean Road.... 

Greeny view

Lembu-lembu

Kami berhenti makan tengahari di sebuah restoran Turki di Great Ocean Road. Bersolat juga di sebuah padang disitu.

Untuk ke Great Ocean Road ni, boleh pilih untuk drive sendiri tetapi memandangkan keadaan jalan yang sempit dan berliku, ada baiknya untuk ambil local tour sahaja. Nature lover memang wajib ke GRO sekiranya datang ke Melbourne. 

Day 5

Hari ke lima agak santai, aku solo hari ni keluar shopping di DFO South Wharf. Macamana aku sampai ke sini? Naik tram dari station Bourke Street ke Clarendon Street. Lepas tu menapak sikit ke mall. Dah pusing satu mall, aku hanya masuk kedai perfume dan pakaian. Perfume sangat murah dan banyak pilihan di sini.. 

Kedai perfume

Winter jacket AUD15 - ntah kenapa gambar jadi terbalik

Petang, aku ke St Kilda Beach. Boleh naik tram ke sini, direct sampai ke Stesen St Kilda. Tenang je pantai di sini, tak ramai orang. Untung-untung boleh nampak penguin di celah batu. 

Aku berjalan-jalan spend masa kat sini sampai lewat petang sebelum balik hotel. 

Ada port untuk private boat juga



Spotted penguin! Masa ni aku xpandai guna shutter speed lagi so gambar asal dapat tangkap je

Day 6

Hari kedua terakhir di Melbourne. Hari ni, aku ambil local tour lagi dengan syarikat yang sama dengan Great Ocean Road untuk ke Philip Island, Puffing Billy Train dan Maru Koala and Animal Park. 

Aku solo lagi hari ni sebab Fara dah book awal trip ke Philip Island iaitu semalam dan aku tak dapat join sebab seat penuh 😭. Tapi tak apa, bila van sampai hotel untuk pick up aku, then just realised satu van tu semua Malaysian hehe. So dapat la kawan baru.. 

1. Puffing Billy 

Perjalanan diteruskan ke Stesen Puffing Billy - Belgrave Station yang terletak 1 jam 10 minit dari Melbourne CBD. 

Tiket dah termasuk dalam pekej tour, jadi kami hanya naik train sehala ke stesen Menzies Creek. 30 minit perjalanan. Van tour tunggu kami di stesen Menzies Creek. Kalau masa panjang boleh je turun di stesen yang lebih jauh. Tapi sebab banyak lagi destinasi nak dituju, kami hanya naik route yang paling pendek. 

Macam ni lah rupa train ni. Macam budak tak? 

Dari stesen Menzies Creek, kami bergerak ke Maru Koala and Animal Park, lebih kurang satu jam perjalanan. Selain Koala, ada je binatang lain kat sini. E.g kanggaroo, wallaby, buaya, burung emu, burung nuri, wombat, bebiri dan macam-macam lah. Baru je sampai park, hujan turun lebat. But, still juga nak pergi feed Kanggaroo so pakailah baju hujan seperti dalam gambar...

Fi masuk: AUD20

Feeding the kanggaroo

Koala tengah tido

Selfie dengan Wallaby

Selepas sejam luangkan masa di sini, kami bergerak ke Philip Island. Hujan masih turun 😥. Jarak antara Philip Island dengan Maru Koala Park hanya 30 min sahaja. Jadi, disebabkan hujan turun renyai-renyai, tak dapatlah kami turun dari van untuk bergambar. Sight seeing dari atas van je gitew. Bukan rezeki. Travel ni bergantung pada rezeki juga. Bukannya semua perkara indah yang seperti kita sangkakan. 

Philip Island merupakan sebuah pulau Australia, kira-kira 140 km (87 batu) selatan-tenggara Melbourne, Victoria. Pulau ini dinamakan sempena Gabenor Arthur Phillip, Gabenor pertama New South Wales. Pulau ini terkenal dengan port pendaratan penguin pada waktu senja, antara spesis penguin yang terkecil di dunia. 

Jom tengok apa lagi ada di pulau ni:

1. The Nobbies

Sea Lion suka berjemur kat batu besar dalam gambar

Me at The Nobbies

2. Penguin Parade

Kebiasaannya penguin akan muncul dari laut secara berjemaah pada waktu senja. Bukan sepuluh atau seratus tetapi beribu ribu ekor. Terkedek-kedek berjalan naik ke darat menuju ke sarangnya yang dibuat khas dalam bentuk kotak-kotak kecil. Dekat sini, tak dapat nak ambil gambar. Dilarang sama sekali. 

3. Wild Life Nature Park

Wallaby merata-rata

Sebab cuaca tak elok pada hari tersebut, memang tak dapat ke banyak tempat. Antara tempat lain yang boleh dilawati:

1. Philip Island Grand Prix Circuit
2. Koala Conversation Centre
3. Churchill Island Heritage Farm
4. Warrook Farm

Bertolak lewat petang balik Melbourne CBD, sampai hotel, hari dah pun malam. 

Day 7

Pagi ni kene bangun awal, nak balik KL dah. Flight 9.35 pg. So, aku dan Fara satu flight, kami plan naik bas je dari Bourke Street, berdekatan Ibis ke Airport (SkyBus). Jarak dari CBD ke Airport 15 minit je. 

Walau tak banyak gambar aku ambil untuk trip ni tapi experience tu banyak terutamanya dari segi persahabatan.. 

Sekian trip Melbourne.... 








No comments: