Thursday 12 July 2018

Bangkok by train

21/10/2014 - 24/10/2014

Hari Pertama:

Tidak pernah terfikir untuk ke Bangkok menaiki keretapi memandangkan banyak desas desus pergolakan di Selatan Thailand yang agak rancak.

Seorang kawan mengajak untuk saya memulakan perjalanan dari Sungai Kolok, Selatan Thailand. Saya berasal dari Kelantan jadi, tahu jugalah selok belok tentang laluan ke Sungai Kolok.

Trip yang pendek. Empat hari tiga malam. Pergi dengan keretapi dari Sungai Kolok (saya balik kampung dahulu) dan balik ke Kuala Lumpur semula dengan flight Malindo Air.

Melepasi sempadan Rantau Panjang - Sg Kolok. Hanya berjalan kaki dari pekan Rantau Panjang melepasi sebatang sungai kecil (Sungai Kolok). Berenang pun boleh sebenarnya, kalau berani la. Dari Rantau Panjang dah nampak rumah-rumah perkampungan Sungai Kolok.

Berjalan dalam 20 minit ke sempadan untuk imigresen. Lepas selesai urusan imigresen (perlu isi arrival card, kemukakan pasport) kami meneruskan menapak ke stesen keretapi yang terletak lebih kurang 1km dari sempadan.

 Imigresen di sempadan Kelantan - Thailand

Pintu masuk stesen keretapi Sungai Kolok

Kawasan Sg Kolok memang dikawal oleh tentera tempatan. Nampak tak kelibat askar dalam gambar di atas, di stesen keretapi? Agak kecut perut tapi as usual, saya buat hati kering. Kami masuk ke stesen, beli tiket kelas 2 cabin ladies only. Harga lupa dalam rm100 per way macam tu.

Perjalanan selama 23 jam. Hehe. Bayangkan.

Sepanjang perjalanan di Selatan Thailand - dari Sg Kolok sehingga Patani, memang kelihatan tentera-tentera Thailand mengawasi landasan keretapi. Dalam hati terdetik, kalau landasan kene bom macamana lah??Erk..

Keretapi tidaklah selaju bullet train Japan, tapi cukuplah untuk merasai goncangan macam naik kuda. Tidur malam pun berjaga-jaga takut jatuh terjelepuk atas lantai. Tandasnya agak bersih untuk digunakan dan memandangkan koc kami untuk ladies sahaja jadi dapatla posing free style ๐Ÿ˜€.

Untuk mengisi masa lapang selain tidur, kami berbual, melihat pemandangan dan pesan makanan. Ini dia tom yam kum seafood dan ikan masam manis. Tom yam dia memang terbaik tak pernah rasa kesedapannya di mana-mana.

              Set nasi atas keretapi. Sangatlah sedap 

Bila dah lepasi selatan Thailand tu barulah debaran kencang hilang sedikit demi sedikit.

Hari Kedua:

Pukul 12.30 tengahari waktu Bangkok keesokan harinya, kami tiba di Stesen Keretapi Bangkok.


Kami keluar dari stesen, naik MRT ke stesen Chatuchak Park untuk ke hotel G9 Bangkok. Hotel dengan MRT dekat je tapi sebab tak tau, kene pow dengan pakcik taxi THB100. ๐Ÿ˜‚.

Petang, kami keluar bersiar di bandar Bangkok. Masuk keluar ke Hard Rock, shopping complex jalan jalan tanpa tujuan. Untuk dinner, kami ke Central Plaza. Ada beberapa restoran halal di dalamnya seperti Secret Recipe hehe (sekarang tak tau ada lagi ke tak). Kami naik taxi. Hari dah malam. Balik hostel dan rehat.

Hari Ketiga: Pagi-pagi lagi, kami ke stesen bas Bangkok Mo Chit (Mo Chit Bus Station) untuk mengambil bas ke Ayutthaya. Maklumat terbaru, dari 2016, bas ke Ayutthaya sudah dihentikan sebaliknya digantikan dengan minibus dengan bayaran THB200 seorang.

Ayutthaya tu apa?

Ayutthaya adalah sebuah bandar di Thailand, kira-kira 80 kilometer di utara Bangkok. Ia adalah ibu kota Kerajaan Siam, dan pelabuhan perdagangan antarabangsa yang makmur, dari 1350 hingga dibakar oleh Burma pada tahun 1767. Reruntuhan kota lama kini membentuk Taman Bersejarah Ayutthaya, sebuah tapak arkeologi yang mengandungi istana, kuil Buddha, biara dan patung-patung.

Ayutthaya adalah Tapak Warisan UNESCO di Bangkok.

Sampai di Ayutthaya, kami menyewa Tuk Tuk kerana tempatnya sangatlah luas dan memang tidak mampu untuk berjalan kaki di bawah panas terik.

Antara runtuhan dan bekas kuil yang kami lawati:

Ayutthaya Historical Park

 Wat Phu Kao Tong
Wat Lokayasutharam..masamnya muka

Budak minta sedekah di kawasan kuil

Selain kuil-kuil, ada elephant ride. Pada masa ini, saya masih tiada kesedaran tentang animal abusing, maka panjatlah naik elephant dengan kos lebih kurang RM90 seorang.

Senyum, sebenarnya takut jatuh atau gajah naik minyak tiba-tiba

Dan, kami nikmati aiskrim kelapa di sini.


Kami minta pemandu tuk tuk membawa kami ke restoran halal di sini. Memang tiada label halal, jadi order je tomyam seafood sahaja dengan nasi putih.

Balik semula ke Bangkok dengan bas. Balik hotel dan rehat sebab kaki dah rasa nak tercabut.

Hari keempat:

Pagi, kami ke Pasar Chatuchak. Harga barang murah, jadi shoppinglah saya sebarang dua dan berazam untuk datang lagi (sampai hari ini pun tak datang lagi sebenarnya๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†). Saya berpecah dengan kawan saya, membawa haluan shopping masing-masing dan hasilnya saya tersesat di tengah-tengah Chatuchak tak tau cari jalan keluar hehe. Pusing-pusing sampai tempat sama beberapa kali baru lah terjumpa kawan saya. Masa tu tak roaming. Kedekut.

Jam 11 pagi, balik ke hotel, bersiap dan check out untuk ke airport pulang ke Kuala Lumpur.

Sejenis gayat. Nak naik kapal terbang pun rasa pucat tidak tentu hala. Begitula travel dapat mengubah saya. Baca entri saya pun dah tau saya ni macamana...herm...

Sekian.



No comments: