Monday 9 July 2018

Beginning of the journey - Perth (Part 1)

Setelah di selongkar sana - sini nampaknya tiada gambar Perth yang terselamat 😭😭😭

Maka saya akan menggunakan Google Picture untuk menggambarkan keadaan dan tempat-tempat tertentu.

Perth, destinasi pertama saya dalam dunia travelling. Reason being?? Kawan ajak dan ikut je blindly.

My previous impression about travelling; kumpul duit, pergi travel dan duit anda habis sekelip mata dalam beberapa hari 😂😂. Jadi saya lebih suka habiskan duit membeli pakaian dan beg tangan.

Source pic:google

Perth terletak di Barat Australia, 5 jam penerbangan dari Kuala Lumpur dan mempunyai zon waktu yang sama seperti Malaysia.

5 hari 4 malam ~ 31/12/13 - 4/1/14

Hari pertama di Perth:

5.00am - tiba di Perth Airport. Penerbangan yang agak mencabar disebabkan air turbulence di perairan Indonesia. Selesai urusan kastam, kami menunggu bas di luar terminal T1. Bus route 380 untuk ke Perth City.

9.00am - Pick up car rental. Saya lupa nama syarikat sewa kereta pada masa tu. Kalau tak silap, Ace Rental Cars. Destinasi pertama adalah Caversham Wildlie Park. Terdapat hidupan liar bumi Australia seperti Kanggaroo, Tasmania Devil, Koala dan lain-lain yang confirm tak ada di Malaysia. Mungkin ramai sangat pelancong Malaysia ke sini, tandas di sini disediakan saluran getah paip untuk kemudahan pelancong.

Latest entrance fee: AUD29

                                            Source pic: http://www.cavershamwildlife.com.au

Setelah beberapa jam menghabiskan masa kejar kanggaroo, bergambar dengan koala & woombat, tengok farm show, kami menambil lunch ringkas sebelum bergerak ke Pinnacle Desert ~ 3 jam perjalanan dari Perth City.

Perjalanan ke Pinnacle National Park ditemani permandangan hutan renek Australia serta Indian Ocean. Selepas 3 jam atas jalan, sampailah di Pinnacle Desert, Nambong National Park.

Latest entrance fee: AUD25

Macam ni la rupanya Pinnacles tu..
Source pic: http://www.australia.com


Pinnacles ni terbentuk dari batu kapur yang berasal dari kerang di era sebelumnya yang kaya dengan kehidupan laut. Faham ke? 🤔🤔

18.00pm - Hari dah gelap. Dari Desert kami ke sebuah hostel di Cervantes untuk bermalam.

Ikuti kisah hari 2 ke 5 dalam pos seterusnya.....







No comments: