Tuesday 10 July 2018

Beginning of the journey - Perth (Part 2)

Untuk ke Australia, rakyat Malaysia perlukan visa. Untuk visa saya biasanya apply di sini 👇 dengan kos AUD9.95

https://easyeta.com/

Imigresen Australia juga agak ketat. Banyak barang larangan tidak boleh dibawa masuk dan akan ditapis terlebih dahulu oleh Imigresen setibanya di Airport. Boleh semak web ini untuk barang larangan:

https://www.shipit.co.uk/Australia_Customs_Quarantine_Rules.htm

Hari kedua di Perth:

Pagi hari kedua, kami bersiar2 di sekitar Carventas. Seterusnya, bergerak ke Lancelin Sand Dune kira-kira 1.30 jam perjalanan dari hostel.

Banyak kedai-kedai disekitar Sand Dune yang menawarkan khidmat sewaan Sand Board atau papan luncur dengan serendah AUD12.

Source pic: tripadvisor.com.sg

Matahari mulai tegak di atas kepala, kami memulangkan Board dan beredar dari Lancelin setelah 2 jam di situ.

Ke mana kami???

Busselton. Terletak di Selatan Perth (Lancelin & Cervantes berada di utara Perth) dengan jarak 350km atau 3.45 jam pemanduan. Untuk road trip ni, kami tidak cerewet soal makanan. Makan apa yang ada sahaja tidak mengharap untuk duduk makan di restoran-restoram di sekitar. Save time, save cost.

Sampai di Busselton, hari sudah petang. Cek in di motel dan seterusnya kami ke Busselton Jetty yang terletak tidak jauh dari motel. Busselton Jetty adalah tempat masyarakat di sini memancing, beriadag dan bersiar-siar di petang hari. Laluan jetty jauh ke tengah laut dan kami berjaya berjalan sampai ke hujung jetty. Ada terfikir 'What if jambatan runtuh?'

Gambaran Busselton Jetty (memang tak best asyik gambar google 😑)

Source pic: 50greatdives.com

19.00 hari sudah gelap. Kami berlegar-legar di sekitar Bandar kecil Busselton untuk makan malam. Jumpa kedai Fish & Chips, maka makanlah Fish & Chips sebagai dinner. Balik motel & rehat.

Hari ketiga di Perth:
Pagi-pagi lagi, kami meneruskan perjalanan ke Cape Naturaliste Lighthouse yang terletak di Margaret River, 30km jarak dari Busselton town.

Latest entrance fee: AUD15

Cape Naturaliste diaktifkan pada tahun 1904 dan dibina daripada batu kapur yang dikutip dari Bunker Bay yang berdekatan. Amat penting bagi pelaut-pelaut sebagai aras tanda untuk berlabuh.

11.00am,bergerak dari Cape ke Ngilgi Cave. Apa yang menarik, pintu masuk Ngilgi Cave adalah ke dalam tanah. Maksudnya, gua ini berada di bawah tanah. Susunan stalaktit dan stalagmit dalam gua ni sangatlah cantik. Nama Ngilgi Cave berasal dari Legenda Aborigin yang kaya menggambarkan pertempuran antara semangat yang baik (Ngilgi) dan roh jahat (Wolgine).

Latest entrance fee: AUD22.50

Source pic: pinterest.ca

Setelah hampir 2 jam di dalam gua, kami keluar dan menuju ke Bandar Perth. Kereta sewa akan dipulangkan pada hari ini memandangkan kami hanya akan menggunakan perkhidmatan bas dan teksi sahaja di bandar.

3 jam perjalanan ke Bandar Perth, pulangkan kereta dan bergerak ke AirBnB di Bandar Perth untuk bermalam.

Hari keempat di Perth:

Pagi hari keempat, kami ke Kings Park and Botanical Garden. Jalan-jalan, tengok memorial war dan sebagainya. Tenang. Sesuai untuk relaks, riadah atau membawa hati yang luka lara.

Source pic:wanderwisdom.com

Tengahari - kami habiskan masa di Harbour Town. Plan asal nak window shopping, sekali ada sale besar besaran, maka bershoppinglah kita. Dapatlah beli antaranya t shirt dgn harga AUD2.99 sehelai. Makan tengahari di Harbour Town. Di sini ada terdapat beberapa kedai makanan halal. Tak pasti sekarang masih wujud atau tidak kedai-kedai tersebut.

Sungguh, trip ke Perth ni saya tidak tahu apa-apa tentang travel. Tidak tahu membaca peta, laluan bas, nak naik bas mana pun tak tahu. Nasibla kawan yang mengajak dah expert dalam bidang travelling. 😅😅. Dari sini lah saya dapat rasakan betapa tertutup dan bodohnya saya, tidak terdedah kepada perkara-perkara sebegini.

Sebelah petang, kami menaiki bas dan ronda-ronda Perth City, beli cenderehati dan sempat singgah bergambar di Swan Bell tower.

Seingatnya, sewaktu ke sana, tiada pas spesifik untuk menaiki bas. Naik bas, tanya pakcik berapa tambang dan bayar dengan syiling. Pernah tersalah naik bas, pakcik tu suruh duduk sahaja dalam bas tanpa bayaran hingga ke next station untuk kami tunggu bas yang betul. That is the friendliness of Australian.

Hari kelima di Perth

Bergerak ke Fremantle dengan menaiki keretapi dari Perth. Perjalanan selama 40 min. Destinasi pertama adalah Fremantle Market. Ada banyak lagi sebenarnya tempat menarik di sini tapi kesuntukan masa. Cenderahati murah di sini tapi mampu tengok je sebab duit dah nak habis 😂😂. 

Sebelum bergerak pulang ke Perth, kami sempatlah makan fish and chips Fremantle yang orang cakap sedap tu..Mm entahlah apa bezanya. Tak pasti. Macam rasa fresh sikit je kot.

Flight pukul 3. Pukul 11 pagi masih di Fremantle. Nak balik naik train tak cukup duit, so kami pergi draw duit dekat ATM machine. Sampai di Perth, tertinggal pula bas untuk ke kediaman. Bagasi semuanya berada di kediaman. Tunggu punye tunggu pukul 1 masih di stesen bas. Cuba selongkar nombor teksi. Mahal pun mahal lah. Janji tidak terlepas flight 😣😣. Pemandu hantar kami ke kediaman dan kami minta tunggu kami amik luggage untuk terus ke airport.

Pukul 2 sampai airport. Nasib kaunter belum tutup. Fuhh..jantung tak henti berdebar. Maka selamatlah kami pulang ke tanahair. First time travelling dah thrill hahah.

Moral of the story, jangan buat bende last minute. Properly study and plan before you do something.

Bajet: terpulang pada diri masing2, nak mewah, gaya backpackers atau macamana. Asalkan selesa. Saya pun dah lupa berapa kos habis di Perth. 

Sekian

No comments: