Thursday 25 October 2018

Autumn in Jeju Part 2

Day 3

Seawal 6.45 pagi, kami bertolak ke Seongsan Ilchulbong sejauh 40km dari hotel.

Seongsan Ilchulbong 

Sampai di Seongsan lebih kurang 7.30 pagi. Kami antara yang terawal sampai. Beli tiket dan terus masuk. Mengah juga la nk berjalan dan memanjat tangga hingga ke puncak. Jangkamasa naik atas adalah 30 minit. Kalo berhenti bergambar bagai kene expect more. If you are fit enough mungkin boleh berlari-lari naik atas dalam 20min je haha.

Seongsan dari pintu masuk

Flat path sebelum jumpa tangga

Tu dia.. Tangga yang agak step

Nampak tak crater shape? 

View dari puncak Seongsan

Seongsan Ilchulbong, diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO dan dikenali juga sebagai 'Sunrise Peak'. Ia adalah sejenis kon tuf arketik yang dibentuk oleh letusan hidrovolcanik di atas laut yang cetek kira-kira 5 ribu tahun yang lalu. Terletak di pantai timur Pulau Jeju dan tuf ini adalah 182 meter tinggi dan mempunyai kawah seperti mangkuk di puncaknya.

Kami turun semula ke bawah setelah spend masa hampir 30 min di atas. Masa ni tak ada orang sangat jadi bahagia untuk bergambar dan lepak. Bila kami turun, berpusu-pusu manusia mula memanjat tangga. Hmmm.. Nasib baik awal kalau tak memang kemurungan lah sebab susah nak ambil gambar. Atas tu sempit OK?

Woman divers performance

Dah tiba di bawah, nampak poster ni. Tapi kami tak dapatlah nak tunggu sebab perlu ke destinasi lain kan... Waktu performance ada dua masa je iaitu 1.30ptg dan 3.30ptg. Tak ada rezeki nak tengok.. 🤷‍♀️

Berdekatan dengan Seongsan adalah jety bot ke Udo Island. Dengarnya menarik juga pulau ni tapi kami tak pergi sebab kesuntukan masa.

Masa operasi: 7.10 pg - 7 ptg

Fi masuk: 2,000 KW

GPS: 7830959

Seopjikoji

Seopjikoji terletak berhampiran dengan Seongsan Ilchulbong. Siapa yang suka nature memang patut ke sini, nyaman je berjalan-jalan di trek pinggir laut. Kalau nak cantik lagi datang musim bunga, tempat ni akan dipenuhi oleh bunga Canola yang warna kuning tu.

"Seopji" adalah nama lama untuk kawasan itu, dan "Koji" adalah dialek Jeju yang bermaksud bonggolan di atas tanah. Di atas bukit terdapat sebuah rumah api dan dari sini boleh nampak Seongsan Ilchulbong dari jauh.

Seopjikoji adalah lokasi penggambaran beberapa filem dan drama Korea seperti 'All in' (2003), My Girl (2006), Running Man Show, 'Gingko Bed', 'The Uprising', 'One Thousand and One Nights'.

Pedestrian Coastal Track

Tangga ke rumah api

Model bergambar 🤪

Free admission

GPS: 7820080

Jeju Folk Village

Jeju Folk Village mempunyai 117 buah rumah tradisi masyarakat Jeju yang disusun mengikut kampung-kampung tertentu sekitar linkungan tahun 1890-an. Antaranya ialah Mountain Village, Hill-Country Village, Fishing Village dan Shamanisme Village. Beberapa jenis barangan rakyat juga dipamerkan seperti 1,046 barangan buluh, 1,699 tembikar, 1,544 porselin, 765 lilin wax, 921 besi dan 579 barangan lain.

Design rumah/bangunan yang ada di sini tidak jauh bezanya. Farmasi, sekolah, rumah nelayan, rumah petani semuanya kelihatan sama rekabentuknya. Satu tingkat di atas tanah, diperbuat dari bongkah batu yg besar yg dicantumkan menggunakan tanah liat serta berbumbungkan jerami kering.

Jeju Folk Village merupakan lokasi pengambaran filem Dae Jang Geum ~ Jewel in the Palace. Aku tak pernah tengok pun. Korang tau ke?

Terdapat beberapa persembahan budaya di sini pada tiga waktu berlainan iaitu 11.30am, 1.30pm dan 3.30pm. Bagi aku, worth juga masuk sini walau sedikit mahal sebab boleh belajar dan tengok tradisi masyarakat Jeju ni, bukan sekadar nk sightseeing nature sahaja. At least you go back with some knowledge maybe?

Pintu masuk

Female divers house

Southern Stock Farmer's house

Hunter's house

Millstone

Reban arnab pun ada 😁

Masa operasi: 8.30 pg - 6 ptg

Fi masuk: 11,000 KW

GPS: 7874501

Autumn in Jeju

Impak Autumn di Jeju kali ni sangat lambat. Boleh dikatakan hanya 20% sahaja kawasan Jeju ni ada impak Autumn, daun-daun berwarna merah, kuning, oren dan hijau. Itupun sekitar Hallasan. Di tempat lain, mmm hijau je nampaknya.. 😩

Kami dapat info dr Pn Ayu TMPL bahawasanya Hallasan ada impak Autumn (sebab beliau dah naik Hallasan). Maka gigihlah kami ke sana petang tu untuk misi menjejak Autumn. Kami ke Trail Seongpanak Hallasan. Ingat nak masuk trail selangkah dua tapi sebab last admission adalah 12.30pm maka tak dapatlah kami nak masuk ke trail Hallasan.

Apa kami buat? Berhenti tepi jalan dan menikmati suasana autumn di situ. Misi complete bila dapat bergambar dengan autumn 😁.

Aku dan autumn

Cantik betul

Tak leh masuk so bergambar kenangan je

GPS: 7259950 

Lepas bergambar kenangan dengan Autumn, kitorang ke... 

Yellow Cafe

Yellow Cafe ni sebenarnya untuk peminat Banana Uyu, sejenis minuman susu berperisa banana. Kat Malaysia pun banyak je orang buat but still tak sama dengan keenakan Banana Uyu ni huhuhuh. Bila masuk sini ingatkan boleh borong Banana Uyu tapi rupanya diorang tak jual. Kene beli dekat 7E  juga..   

Habis, apa yang diorang jual dekat sini? 

Kitorang order Banana Tiramisu dan Banana Flavoured Milkshake with Ice Cream. Selain itu, ada juga Tea dan Coffee berperisa Banana dan Banana Rolls. 

Pintu masuk cafe

Ini semua replika. Jangan tertipu

Merchandise Yellow Cafe

Our order 😍

Ruangan dalam Cafe ~ serba kuning

Masa operasi: 9pg - 9mlm

GPS: 7391140

Selepas menikmati juadah di Cafe, kami pulang ke Cafe untuk solat sebelum keluar semula ke town utk ke Natural Republic. Ada 50% diskaun on selected item gitewww... 

Day 4

Hari terakhir di Jeju. Sebelum ke airport, kami ke Jeongbang Waterfalls yang tidak jauh letaknya dari hotel. 

Jeongbang Waterfalls ni adalah satu-satunya air terjun di Asia yang jatuh terus ke laut. Mmm.. Aku tak dapat fikir bagaimana campuran air tawar dan air masin itu berlaku. Kebesaran Illahi... 

Sampai di sini pukul 9pg. Ada pelangi. Cantik sangat. Baru aku nak fefeeling tiba-tiba aku jatuh terjelupuk kat tepi tangga kat situ. Entah apasal. Hahahahaha.. Baru je nak bangun dari jatuh, datang pula serombongan budak sekolah menyerbu ke pinggir air terjun. Hahahaha susah betul aku nak ambil gambar kisahnya... Atas kesabaran menunggu line clear, dapat la gambar cun sikit.. Mmm

Cantik sangat. Ada pelangi lagi

Jeongbang dari kejauhan

Masa operasi: 9 pg - 6 ptg

Fi masuk: 2,000 KW

GPS: 7331530

Kami bergerak ke pejabat AJ Car Rental selepas itu untuk memulangkan kereta sewa dan seterusnya ke Airport untuk penerbangan kami petang nanti. Dari Seagwipo ke Airport dalam satu jam perjalanan ye. . 

Setiap tempat attraction aku ada letak GPS nombor. Kenapakah? Sebabnya dekat Jeju ni, google map tak boleh guna dan GPS dia kene guna phone number. Jadi no GPS yang diberi itu adalah nombor telefon tempat berkenaan. Selagi nombor telefon tempat tersebut tak bertukar selagi itu boleh guna nombor GPS yang diberi. 

So, kalau aku nak ke Jeju lagi untuk Hallasan dan Manjanggul Cave, ada sesiapa nak ikut? 🤪🤪🤪

Sekian trip Jeju...  

No comments: